Bella Astillah nekad bercerai, ” sudah banyak peluang diberi kepada Aliff sebelum ini. Mungkin sudah penat “berjuang” mempertahankan rumahtangga demi anak-anak dan sayang yang masih ada, nampaknya kes tangkap khalwat Alif Aziz dan Ruhainies baru-baru ini memasuki episod baru apabila Bella Astillah nekad meminta cerai dan hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi sebutan kes cerainya hari ini.
Saat ditemui, Bella menjelaskan dirinya sudah nekad untuk bercerai kerana sebelum ini sudah terlalu banyak peluang diberikan buat suaminya yang juga penyanyi Aliff Aziz
Bella Astillah Nekad Bercerai
Bella, 30, atau nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, dia sudah memfailkan perceraian di mahkamah sama, kelmarin.
Menurutnya, dia nekad berbuat sedemikian selepas mengambil kira banyak perkara selain insiden tangkapan khalwat suaminya dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara, baru-baru ini.
“Sudah Banyak Peluang Diberi Kepada Aliff Sebelum Ini…”
Memetik laporan Harian Metro, menurutnya, selepas beberapa kali peluang diberikan, perceraian adalah jalan terakhir.
Ads
“Saya kira perceraian adalah yang terbaik sekarang. Sudah banyak peluang diberikan pun. Saya harap Aliff dapat memberikan kerjasama dalam menyelesaikan kemelut ini,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, Bella hadir di mahkamah dengan ditemani ibu dan adiknya, Didi Astillah.
Bella diwakili peguam syarie Azmi Rais dari Zulkifli Yong Azmi & Co.
Terdahulu, Bella dan Aliff pernah bercerai pada Mei 2019 namun rujuk semula pada tahun sama ketika masih dalam tempoh edah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar. Walau baru menganjak usia 15 tahun,namun Ratu dipilih menjadi wajah eksklusif koleksi abaya jenama Qierahman.
Ratu dan ibunya @official_lindajasmine ditemui ketika majlis pelancaran koleksi Qierahman Eid 2024. Sebagai seorang ibu Linda akui Ratu masih belum ada akaun media sosial sendiri. Bimbang namun Linda dan Que akan membenarkan anaknya aktif di media sosial bila tiba masa yang sesuai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bukan minyak non halal, hanya pengesahan sijil halal tamat tempoh. Di media sosial berlegar mengenai satu jenama minyak paket yang dipercayai mengandungi minyak babi.
Hal ini menimbulkan ketakutan kepada orang ramai bahawa minyak paket itu tidak halal.
Ekoran gambar minyak paket tersebar luas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyerbu kilang minyak masak didakwa tidak halal di Balakong di sini, pada 11 Mac lalu.
Ia susulan penularan di media sosial gambar minyak masak bersubsidi daripada syarikat terbabit dengan tulisan ‘non halal’ yang didakwa minyak masak babi.
Memetik laporan Harian Metro, Pengarah KPDN Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, tindakan pihak syarikat tidak meletakkan logo halal ke atas bungkusan minyak masak adalah disebabkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) syarikat tamat tempoh.
“Pihak JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) sudah mengambil tindakan kes di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 ke atas syarikat berkenaan kerana menggunakan logo halal Malaysia tanpa kebenaran pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati minyak masak keluaran syarikat terbabit diperolehi daripada sumber yang sah dan pengilang berlesen.
“KPDN Selangor memberi amaran keras ke atas mana-mana individu atau syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang ditetapkan.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan ke Whatsapp 019-848 8000, Aplikasi Ez Adu KPDN, hotline KPDN 1-800-886-800 atau Portal e-aduan KPDN,” katanya.
Kurma campur mentega makanan sunnah kegemaran Rasulullah yang mengenyangkan. Tidak semua menyukai kurma walau ia makanan sunnah. Namun menjelang Ramadan baru ini, viral kurma dimakan bersama mentega.
Nampak agak ganjil kerana tidak terbiasa memakan kurma dicampur mentega. Tapi ramai memperakaui ianya sangat sedap selepas dicampur mentega.
Perkongsian dari bekas Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam Maktabah Al-Bakri, bahawa tamar (kurma kering) dimakan bersama mentega rupanya adalah makanan kegemaran Rasulullah SAW!
Jelas Dr Zul, di riwayatkan Abu Daud dan Ibn Majah, dari Abdullah ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata:
دخل علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم «فقدمنا زبدا وتمرا وكان يحب الزبد والتمر»
“Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega dan tamar. Baginda menyukai mentega dan tamar.
Dari sudut Kesihatan, pengambil kurma dan mentega sememangnya elok diambil ketika bersahur kerana ia menyenyangkan.
Dari sudut kesihatan, kalori bagi sebiji kurma dan butter yang diambil adalah bersamaan :-
1 biji kurma = 20 kalori
1 sudu besar butter = 100 kalori
Jumlah = 120 kalori
Ia bersamaan hampir satu suku senduk nasi kerana satu sesenduk nasi sekitar 75 gram mengandungi sebanyak 100 kalori.
Tapi jangan sesekali mengambil mengambil kurma bersama marjerin kerana mentega (butter) dan marjerin berbeza.
Mentega adalah salah satu dari produk tenusu. Manakala marjerin yang biasa kita gunakan di rumah pula sejenis makanan terproses yang dihasilkan agar mirip dan mempunyai rasa yang sama dengan mentega.
Jika mentega diperbuat dari tenusu, marjerin pula diperbuat daripada sumber tumbuhan iaitu minyak sayuran yang mana jika diambil berlebihan boleh menyumbatkan jantung.
Jadi untuk bersahur atau berbuka, bolehlah mencuba kurma dicampur mentega untuk kekal bertenaga dan lebih kenyang sepanjang hari jika mengelak pengambilan nasi.
Tapi untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal, hadkan pengambilan. Secara purata, setiap lelaki dan perempuan dewasa memerlukan jumlah kalori yang berikut: Lelaki : 2000 – 2500 kcal sehari. Perempuan : 1600 – 2000 kcal sehari.
Kate Middleton sahkan hidap kanser, akui ia satu kejutan besar buat dirinya. Selepas pelbagai spekulasi berlalu termasuk pertanyaan di mana Kate Middleton kerana menghilang sejak Disember tahun lalu, kini teka teki keberadaan Princess of Wales menjawab semua spekulasi mengenai dirinya.
Semalam menerusi klip video yang dirakam di Windsor, Kate Middleton, memaklumkan dirinya mengidap kanser dan mengesahkan dirinya sedang menjalani kemoterapi pencegahan.
“Ini sudah tentu merupakan kejutan besar. Saya dan William telah melakukan segala yang kami mampu dan menguruskan perkara ini secara peribadi demi keluarga muda kami,” kata Kate, 42 yang dilihat agak lemah dan pucat.
BREAKING
Kate Middleton announces she has cancer and is undergoing the early stages of chemotherapy. pic.twitter.com/60fEKb6xhc
Isteri kepada pewaris takhta Britain ini berkata, penemuan kanser selepas susulan pembedahan perut yang dijalaninya jelas satu kejutan besar buatnya dan keluarga.
“Pasukan perubatan saya menasihatkan agar saya menjalani kemoterapi pencegahan dan saya kini berada pada peringkat awal rawatan itu,” katanya yang dilihat mengenakan seluar jeans dan baju panas dalam klip video berkenaan.
“Saya akan mengambil masa untuk pulih daripada pembedahan besar bagi memulakan rawatan (kemoterapi) saya.
“Namun paling penting, kami mengambil masa untuk menjelaskan segala-galanya kepada George, Charlotte dan Louis dengan cara yang sesuai untuk mereka dan untuk meyakinkan mereka bahawa saya akan baik-baik saja.
“Seperti yang saya katakan kepada mereka, saya sihat dan semakin kuat setiap hari dengan memberi tumpuan kepada perkara yang akan membantu saya sembuh, dalam fikiran, badan dan semangat saya,” katanya yang tidak memaklumkan jenis kanser dihidapinya.
Dalam sejarah perkahwinannya bersama Putera William, Kate Middleton yang merupakan rakyat biasa dan menjadi sangat popular di hati rakyat sejak mengahwini William pada 2011 lalu.
Dalam pada itu, Raja Britain Charles III berbangga dengan Kate, Princess of Wales, kerana keberaniannya bercakap mengenai rawatan kansernya. Dirinya kini turut menjalani rawatan akibat kanser.
Sementara itu, Putera Harry dan isteri, Meghan turut menyampaikan kata-kata sokongan kepada Kate.
Dia yang kini tinggal di California, Amerika Syarikat bertindak memutuskan hubungan dengan istana dan memilih kehidupan biasa.
“Kami berharap Kate dan keluarga diberi ruang untuk sembuh tanpa gangguan dan secara aman,” kata Harry dan Meghan, yang juga Duke dan Duchess Sussex.
Pemimpin politik Britain menawarkan sokongan kepada Princess of Wales, Kate Middleton, selepas pengumuman pengesahan mengenai kanser dihadapinya.