Kate Middleton sahkan hidap kanser, akui ia satu kejutan besar buat dirinya. Selepas pelbagai spekulasi berlalu termasuk pertanyaan di mana Kate Middleton kerana menghilang sejak Disember tahun lalu, kini teka teki keberadaan  Princess of Wales menjawab semua spekulasi mengenai dirinya.

Semalam menerusi klip video yang dirakam di Windsor, Kate Middleton, memaklumkan dirinya mengidap kanser dan mengesahkan dirinya  sedang menjalani kemoterapi pencegahan.

Kate Middleton Sahkan Hidap Kanser

Kate Middleton Sahkan Hidap Kanser, Akui Ia Satu Kejutan Besar Buat Dirinya

“Ini sudah tentu merupakan kejutan besar. Saya dan William telah melakukan segala yang kami mampu  dan menguruskan perkara ini secara peribadi demi keluarga muda kami,” kata Kate, 42 yang dilihat agak lemah dan pucat.

Akui Ia Satu Kejutan Besar Buat Dirinya

Isteri kepada pewaris takhta Britain ini berkata, penemuan kanser selepas susulan pembedahan perut yang dijalaninya jelas satu kejutan besar buatnya dan keluarga.

“Pasukan perubatan saya menasihatkan agar saya menjalani kemoterapi pencegahan dan saya kini berada pada peringkat awal rawatan itu,” katanya yang dilihat mengenakan seluar jeans dan baju panas dalam klip video berkenaan.

“Saya akan mengambil masa untuk pulih daripada pembedahan besar bagi memulakan rawatan (kemoterapi) saya.

“Namun paling penting, kami mengambil masa untuk menjelaskan segala-galanya kepada George, Charlotte dan Louis dengan cara yang sesuai untuk mereka dan untuk meyakinkan mereka bahawa saya akan baik-baik saja.

Kate Middleton Sahkan Hidap Kanser, Akui Ia Satu Kejutan Besar Buat Dirinya

“Seperti yang saya katakan kepada mereka, saya sihat dan semakin kuat setiap hari dengan memberi tumpuan kepada perkara yang akan membantu saya sembuh, dalam fikiran, badan dan semangat saya,” katanya yang tidak memaklumkan jenis kanser dihidapinya.

Dalam sejarah perkahwinannya bersama Putera William, Kate Middleton yang merupakan rakyat biasa dan menjadi sangat popular di hati rakyat sejak mengahwini William pada 2011 lalu.

Dalam pada itu, Raja Britain Charles III berbangga dengan Kate, Princess of Wales, kerana keberaniannya bercakap mengenai rawatan kansernya. Dirinya kini turut menjalani rawatan akibat kanser.

Sementara itu, Putera Harry dan isteri, Meghan turut menyampaikan kata-kata sokongan kepada Kate.

Dia yang kini tinggal di California, Amerika Syarikat bertindak memutuskan hubungan dengan istana dan memilih kehidupan biasa.

“Kami berharap Kate dan keluarga diberi ruang untuk sembuh tanpa gangguan dan secara aman,” kata Harry dan Meghan, yang juga Duke dan Duchess Sussex.

Pemimpin politik Britain menawarkan sokongan kepada Princess of Wales, Kate Middleton, selepas pengumuman pengesahan mengenai kanser dihadapinya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Kate Middleton Dipilih Sebagai Kerabat DiRaja Paling Bergaya Di Dunia!

Jurusolek Peribadi Dedah Rahsia Kulit Wajah Cantik & Lembap Kate Middleton, Hanya Guna Bahan Ini

Kate Middleton Manis Ukir Senyuman, Cergas & Ceria Meskipun Baru Lepas Bersalin Anak Ketiga

Dalam Diam Putera William Dikatakan Curang Dengan Kawan Isteri, Kate Middleton

“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI