Malah menerusi perkongsian saudara Harith Faisal menerusi akaun Facebooknya juga memberi manfaat kepada ramai.
“Beli Kereta, Bank Kau Jelajah Ambil Personal Loan. Rabak Poket Wei”
Sememangnya luahan yang dikongsikan ini cukup bermakna sekali. Apatah lagi pada hari ini semua barang naik harga!
“Terdetik saja nak mula jaga kewangan, simpan duit, teruslah buat.
“Tak payah nak tunggu awal tahun ke, awal bulan ke, lepas kucing beranak ke.
“Yang paling popular, tunggu gaji besar baru nak mula simpan duit. Macam ni, gaji kecik, simpan sikit dulu. Nanti gaji besar, simpan amaun lebih besar.
“Simpan duit ni adalah habit dan amalan. Diadun sekali dengan mindset yang betul, bersulam pula matlamat jangka masa pendek dan panjang.
Jangan Tungguh Dapat Hidayah!
“Kalau gaji kecik pun kau tak teringin simpan duit, macam mana kau nak harap bila gaji kau besar nanti terus dapat hidayah. Bukan senang.
“You decide, nak start simpan ONE DAY nanti atau pun jadikan hari ini adalah DAY ONE.
Ads
“Bila gaji aku dah naik ke RM5,000 nanti, aku akan belanja macam orang bergaji RM2,000 je. Jadi, saving aku waktu tu akan jadi RM3,000 setiap bulan.”
“Besar periuk, besarlah keraknya. Maksud peribahasa ni, kalau gaji kau besar, komitmen kau pun akan ikut besar. Kalau boleh, jangan jadi macam ni.
“Gaji sekarang RM2,000 tapi tak nak mula menyimpan, taknak belajar ilmu urus duit. Dengan alasan, gaji kecik lagi. Tak mampu simpan duit.
“Setiap kali hujung bulan, baki gaji tinggal RM10. Lagi malang, awal-awal dah angkat kereta dengan bayaran bulanan tinggi sekitar RM500-RM600.
“Walau berapa pun gaji kita sekarang. Latih diri simpan dan urus gaji tu. Kecik pun takpa. Bila dah biasa, gaji naik RM5,000 pun tak terkejut beruk.
“Waktu kau masih bergaji RM2,000 bolehlah kau cakap nak kekalkan gaya hidup macam orang bergaji RM2,000 walau gaji besar nanti. Sebab tak rasa lagi.
“Nanti bila dah merasa gaji besar, semua bapak mak nenek kereta kau beli, semua bank kau jelajah nak amik personal loan. “Rabak poket wei. Ha!” kongsi Harith Faisal.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gara-Gara meninggalkan anak-anak didalam kereta dengan keadaan enjin masih dihidupkan dan pintu tidak berkunci, seorang wanita berdepan detik cemas apabila dua anaknya dilarikan ketika berada dalam kereta diparkirnya di hadapan kedai serbaneka di Jalan Tembikai, Taman Kota Masai dekat Pasir Gudang, baru-baru ini.
Dalam kejadian 7.45 pagi itu, dua beradik itu ditinggalkan oleh wanita berkenaan dalam kereta dengan keadaan enjin hidup dan pintu tidak berkunci.Namun wanita ini dianggap masih bernasib baik kerana anak-anaknya dapat ditemui semula serta berada dalam keadaan selamat.
Dijumpai Ditinggalkan 600 Meter
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, bagaimanapun, kenderaan dilarikan itu dijumpai semula selepas ditinggalkan 600 meter dari tempat ia dilarikan.
“Kira-kira 20 minit selepas kereta itu dibawa lari, ia ditemui semula dengan dua kanak-kanak lelaki yang masing-masing berusia lima dan enam tahun berada dalam kenderaan dalam keadaan selamat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 363/379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 33 Akta Kanak–Kanak 2001,” katanya.
Jokhiri berkata, pihaknya sedang giat mengesan serta mengenal pasti suspek dalam kes berkenaan dan setakat ini, belum ada tangkapan dibuat.
Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan anak dalam kenderaan dengan enjin masih hidup dan kunci ditinggal dalam kenderaan.
“Kami memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini supaya tampil membantu siasatan polis atau menyalurkan maklumat berkenaan ke balai polis berhampiran.
“Selain itu, saksi boleh menghubungi hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui hotline Polis Seri Alam di talian 07-3864222,” katanya.
Buat mak-mak semua, mohon jadikan kisah ini satu pengajaran. Walau macam mana nak cepat sekalipun untuk buat apa-apa urusan, tolong jangan sesekali tinggalkan anak-anak dalam kereta, baik kereta yang telah dimatikan enjin apatah lagi dengan keadaan enjin yang masih hidup iya. Situasi ini cukup membahayakan anak-anak. Mohon lebih prihatin dengan keselamatan mereka. Anak-anak adalah harta tak ternilai, harta hilang boleh dicari anak-anak hilang tak dapat diganti!.
Langkah pencegahan Covid-19 bukan hanya diambil ketika mak,ayah berada di luar sebaliknya harus bermula dari rumah. Bagi mak,ayah yang mempunyai anak remaja jadikan mereka sebagai “nurse” atau penjaga pintu di rumah.
Setiap kali ada tetamu atau orang luar datang bertandang atau berurusan, jadikan kebiasaan untuk mengambil suhu badan, mengambil nama penuh dan alamat bagi mengelakkan kluster baru yang mungkin bermula dari rumah mak,ayah sendiri tanpa disedari.
Ikuti perkongsian, Dr. Arisman MD, ini fahami penjelasannya :
NURSE DI RUMAH
Yang mempunyai anak remaja di rumah bolehlah jadikan mereka sebagai nurse atau penjaga pintu di rumah anda sebelum memberi laluan masuk kepada sesiapa sahaja yang ingin berurusan ke dalam rumah. Misalnya tukang service penapis air, tukang paip dan lain-lain.
Terutamanya rumah yang dihuni oleh ibu ayah yang mempunyai penyakit kronik dan berusia lanjut. Cuba untuk elakkan berurusan secara dekat dengan tetamu walaupun saudara-mara.
Ini sangat berguna ketika aktiviti ziarah di musim perayaan ini. Ayuh kita cuba mencegah beberapa kluster baru yang diramalkan misalnya kluster tukang paip, servis penghawa dingin, penapis air, buruh renovation rumah dan banyak lagi.
Buat Pencegahan Dari Rumah
Masyarakat perlu memperkasa aktiviti pencegahan di peringkat rumah. Ini adalah contoh kit yang boleh disediakan di peringkat rumah. Saring pekerja di pintu masuk rumah.
Penggunaan termometer infrared juga perlu betul. Kenali apakah bacaan demam, apakah bacaan normal dan apakah bacaan yang kurang tepat.
(Jika ada termometer infrared lagi bagus.. tapi tak wajib beli ye.. Cukup dengan beberapa pertanyaan, insyallah sudah banyak membantu…
Jika ada tetamu yang cuba menipu, sebelum balik ingatkan dia atau bacakan dia hadis/ayat tentang dosa-dosa penipu. Boleh jadi dia terus terang di tempat kejadian)
Sumber: Public Health Malaysia.
Tanya soalan gejala seperti:
1. demam 2. batuk 3. sakit tekak 4. sesak nafas
Dan 5. kontak rapat pesakit Covid-19
Begitu juga penggunaan hand sanitizer kena betul. Larang mereka masuk jika terdapat simptom gejala ini dan sarankan mereka untuk memeriksa kesihatan sebelum memulakan kerja. Kalau bukan kita, siapa lagi… Nak suruh kucing ke yang pergi tanya kat depan pintu rumah?
Peperangan mengakibatkan kemusnahan, bencana dan ramai rakyat yang menderita kehilangan nyawa, tempat tinggal dan segala-galanya. Sesungguhnya pengorbanan ayah juga tiada tandingannya sanggup bergadai nyawa demi anak-anak agar hidup selesa, tak mati kelaparan mahupun kesejukan.
Demi kelangsungan hidup, seorang bapa di Syria sanggup berkorban apabila bersedia menjual buah pinggangnya.Jamal Baroud mengambil tindakan itu selepas buntu bagi mendapatkan khemah di kem pelarian utara negara itu.Ia semata-mata dilakukan untuk menempatkan keluarganya termasuk lapan anaknya.
27 Hari Hilang Tempat Tinggal
Memetik portal Zaman Al Wasl, lelaki berkenaan mengiklankan diri di tepi jalan sambil memegang plakad dia mahu menjual buah pinggang.Dia juga mendakwa keluarganya sudah hilang tempat tinggal selama 27 hari akibat perang saudara yang tidak berkesudahan di negara itu.
Lebih memilukan, lapan anaknya mempunyai pelbagai masalah kesihatan termasuk masalah buah pinggang, sawan dan tumbesaran terbantut.Akibat kedaifannya, Jamal tidak mampu menghantar anaknya untuk mendapatkan rawatan.
Laporan sama menyebut Jamal sebelum ini bekerja sebagai tukang jahit.Bagaimanapun, dia kemudian ditahan kerana pembabitannya dalam menyokong revolusi.Dia diseksa hingga lehernya patah yang membuatkan dia tidak mampu lagi bekerja.
Terfikir Bunuh Diri
Menurut Jamal, dia pernah terfikir untuk membunuh diri dengan anaknya kerana tidak sanggup melihat mereka mati kelaparan dan kesejukan.
“Sudah lebih dua tahun anak saya tidak bersekolah. Selepas menjadi gelandangan, saya merayu kepada pelbagai organisasi, namun sia-sia.
“Saya juga pernah terfikir membunuh diri supaya kami semua boleh ‘berehat’,”katanya.
Perang saudara berlarutan di negara itu sejak 2011 antara tentera Syria yang disokong Russia dan kumpulan pemberontak yang didukung oleh kuasa asing termasuk Turki, Iran, Qatar, Arab Saudi dan Amerika Syarikat.
BBC melaporkan sehingga kini, kira-kira 367,000 orang maut, 192,000 lagi hilang, manakala hampir separuh rakyat negara itu hilang tempat tinggal.
MW: Kasihannya.Semoga keluarga ini diberi kekuatan, kesabaran dan mendapat bantuan sewajarnya. Ternyata peperangan tiada kebaikannya. Mengakibatkan kemusnahan, bencana dan ramai rakyat yang menderita.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...