kesilapan-kewangan

Setiap orang tentu pernah melakukan kesilapan kewangan dalam hal pembelian kenderaan. Lagi-lagi bab kereta yang akan digunapakai untuk pelbagai urusan.

Jika terlalu ikutkan kehendak, tidak berkira-kira soal kewangan mencukupi atau sebaliknya. Bimbang boleh ‘terbelit’ hutang hingga sukar untuk bernafas.

Paling susah hati, hutang kereta ini tak sama macam hutang rumah. Kenderaan boleh menjadi liabiliti kepada anda, sebaliknya rumah suka atau tidak itulah aset untuk anda.

Lelaki ini, Hamizi Hamdan berkongsi pesanan. Bagaimana suatu masa dulu, dirinya pernah terjebak dalam pembelian kereta mewah. Sehingga sanggup membayar duit muka kenderaan menggunakan kad kredit.

Anda yang sedang berkira-kira mahu menukar kenderaan itu, eloklah hadamkan betul-betul pesanan ini.

Kalaulah Boleh Ubah Kesilapan Kewangan Dulu

Kalau saya boleh undur masa saya nak ubah kesilapan kewangan saya dahulu.
Yang utama.dan agak menyesal adalah masa saya kerja makan gaji sekitar 2006 saya beli kereta Honda Accord 2.4 baru yang berharga RM160,000.

Saya swipe kad kredit RM16,000 untuk down payment. Gila tak gila.

IKLAN

Lepas tu kereta tu parking dekat rumah Isnin hingga Sabtu. Kalau jalan hanya hari Ahad dan cuti umum.

Sebulan saya kena bayar RM1,785. Jangan kata lebih baik beli rumah. Masa ini saya kerja Engineer takde masa nak belajar dan berfikir pasal mengurus kewangan. Takde masa fikir pasal diri sendiri.

Bila rumah pertama terbengkalai dan dok bayar RM785 sebulan otak tak boleh fikir macam mana nak beli rumah lain. Sebab nak dapat loan rumah lagi susah daripada loan kereta.

Loan kereta tadi masih lulus walaupun swipe kad kredit RM16,000. Kalau loan rumah itu red flag.

IKLAN

Patutnya saya pakai sahaja Proton Wira (masa tu Wira pun dah oK), asalkan boleh sampai dari point A ke B. Anak pun sorang je masa tu. Itulah bodoh.

Baca sini : Lelaki Ini Kongsi Perbezaan Antara Orang Kaya Dengan Orang Banyak Duit

Kalau Tak Betul-betul Kaya, No Wa Ulang Kesilapan Dulu

Sekarang dah tua baru sedar diri. Saya beli kereta Nissan Teana 2.5 v6 tu tahun 2012 baru RM35,000. Condition pun baik lagi Alhamdulillah.

Walau kena cucuk suruh beli Alphard lah Vellfire lah sorry lah kalau saya tak betul-betul kaya no way saya akan ulang lagi kebodohan dahulu.

IKLAN

Orang yang ‘kaya’ ni dia tak susah hati sebulan income RM5,000 pun cukup siap tidur lena. Bukan gaji RM15,000 yang dikejar hutang siang dan malam.

Orang bijak dia belajar dari pengalaman lalu. Yang paling bijak belajar dari pengalaman orang sebelumnya.

Yang muda-muda tu jangan ikut nafsu. Roda itu berputar. Sekali kita di bawah, nak naik ke atas itu sukar.

Mingguan Wanita : Hakikatnya, memang ada segelintir yang terbeban hutang dek kerana memiliki kenderaan mewah di luar kemampuan. Fikir dalam-dalam sebelum membuat keputusan membeli.

Sumber/Foto : Hamizi Hamdan

https://www.youtube.com/watch?v=X4H0vjAldpI

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI