Ramai menjadikan kucing sebagai bintang peliharaan di rumah. Namun, hati-hati iya disebalik kecomelan kucing, air liurnya mengandungi bakteria merbahaya dan boleh sebabkan maut dan komplikasi kesihatan lain. Jika mempunyai luka akibat dicakar, sebaiknya elakkan kucing menjilat bahagian luka tersebut.

Baca Lagi Di Sini:
Wanita Ini Kongsi Tip Berkesan Hilangkan Kutu Pada Badan Kucing
Rumah Berbau Hancing, Ini 7 Petua Elak Kucing Kencing Merata, No 5 Yang Paling Berkesan!

Amaran Doktor Bahaya Air Liur Kucing

Para doktor memberi amaran kepada orang ramai tentang bahaya air liur kucing selepas seorang wanita meninggal dunia setelah haiwan itu menjilatnya, lapor portal berita News.com.au pada 6 Julai lalu.

Pakar-pakar penyakit berjangkit berkata, mereka melihat sekurang-kurangnya seorang pesakit dirawat pada setiap minggu di Hospital Melbourne kerana air liur haiwan itu mengandungi bakteria yang boleh membawa maut.Mereka memberi amaran ia boleh membawa komplikasi seperti kegagalan jantung malah mata menjadi buta.

BAHAYA Air Liur Kucing Boleh Bawa Maut,Komplikasi Kegagalan Jantung & Mata Buta

IKLAN

Satu keluarga di Melbourne berasa sedih selepas mereka mendapati nenek mereka yang berusia 80 tahun tidak memberikan tindak balas ketika kucingnya, Minty berada di sisinya.Keluarga yang enggan dikenali itu mahu orang lain diberi amaran tentang bahaya memelihara kucing terutamanya bagi golongan yang mudah terdedah dengan penyakit. Kucing peliharaan itu telah mencakar nenek tersebut dan menjilatnya pada waktu malam.

Cakar & Jilat Luka

“Ibu (nenek itu) akan tidur bersama dengan kucing dan paling ketara adalah pada waktu malam ia telah menjilat luka (pada nenek tersebut) dan air liurnya (yang membawa bakteria) memasuki saluran darah dan menyebabkan kerosakan organ badan,” kata seorang anak perempuannya kepada Herald Sun baru-baru ini.

Nenek itu menderita bakteria meningitis dan koma selama sembilan hari di Hospital Box Hill. Keluarganya berkata, dia sempat bangun bagi menghabiskan masa-masa terakhir dengan mereka sebelum jatuh sakit dan meninggal dunia sehari selepas alat bantuan sokongan hayat ditanggalkan.

IKLAN

BAHAYA Air Liur Kucing Boleh Bawa Maut,Komplikasi Kegagalan Jantung & Mata Buta

‘Penyakit Dicakar Kucing’

Pengarah Penyakit Berjangkit Austin, Lindsay Grayson memberi amaran bahawa orang ramai tidak sepatutnya membiarkan luka mereka dijilat kucing
mereka. Katanya, orang ramai yang mempunyai sistem imun badan yang lemah perlu mengelakkan berada bersama haiwan.

Kucing membawa beberapa bakteria seperti pasteurella yang boleh membawa meningitis termasuk bartonella iaitu penyebab ‘penyakit dicakar kucing’.

IKLAN

“Kami menerima sekurang-kurangnya seorang pesakit mengenai jangkitan berkaitan gigitan kucing dan dicakar haiwan itu seperti nenek ini adalah seorang bagi setiap minggu di hospital,” kata Grayson kepada akhbar tersebut.

“Adalah amat penting jika seekor kucing menggigit atau mencakar anda, anda perlu memberitahu seorang doktor,” ujarnya.

MW: Bahaya rupanya air liur kucing ni. Jadi jika ada bela kucing di rumah lebih berhati-hati iya.

Sumber: Sinar Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI