
Sekarang ni ramai yang suka guna open wardrobe macam ini sebab senang tak payah beli almari gedabak. Tetapi nak buat open wardrobe pun kena tahu caranya dan berapa kos yang anda perlukan ya.
Maka eloklah anda rujuk perkongsian daripada Puan Hiddy Asri ini, dari soal bajet sampai cara nak letak dia dah selitkan dalam gambar. Jom godek!
Buat Open Wardrobe
Siapa pakai Algot? Tak kisah apa jenis. Kita geng!
Anyway nak share Open Wardrobe Project #1 – Algot Installation for master bedroom.
Rumah flat 669sf only. Plan untuk buat setahun yang lepas dengan few sketches. Beli barang sikit-sikit sampai la sekarang baru cukup barang and start buat.
Itu pun design lari sebab kekangan ruang. So, nak kira keluasan kena exactly ikut manual yang Ikea prepare. Untuk bilik ni, total cost:
1. 2 mount rail 66cm RM20
2. 1 mount rail 88cm RM15
3. 6 wall upright 196cm RM120
4. 30 brackets 38cm RM450
5. 8 metal shelf 60x38cm RM240
6. 8 box 38x60x14cm RM160 (%)
7. 4 box 38x60x29cm RM120 (%)
8. 12 packets Pull out rail RM120
9. 4 rod 60cm RM40
Total RM1365

Guna storage box DIY RM15.50 saiz ngam2 shelve
Lakaran awal. Asalnya tengah-tengah nak letak shelf 30/40cm tapi space tak cukup.
Extra shelf 40cm tu x muat. So saya hacked dengan tindan di atas pull out rails.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sweet Cara Aidid Marcello Bahagiakan Isteri, Norzie Pak Wan Chek

Setiap suami tentu ada cara mereka sendiri untuk bahagiakan isteri masing-masing. Baik dibelikan hadiah, dibawa bercuti atau buat macam Aidid Marcello bahagiakan isteri ini, bawa balik kampung.
Isteri sebenarnya bila dah bersama dengan lelaki yang paling dia cinta, walau cuma di bawa balik kampung pun bahagianya lain macam. Sebab dia tahu, suami yang baik takkan buat jiwanya terseksa.
Suami yang baik sanggup bersusah, penat bekerja asalkan anak isteri dapat nikmati sebuah kehidupan yang bahagia. Biarpun tak mewah mana, hati mereka tenang dengan rasa bahagia yang suami curahkan.
Inilah istimewanya Aidid kala membahagiakan isteri, Norzie Pak Wan Chek. Kata Aidid, walaupun penat cari duit tapi kalau tak pandai nak bahagiakan orang rumah, tak ada maknanya hidup tu.
“Kadang-kadang aku fikir, penat gile kerja cari duit. Kerja untuk bayar segala yang wajib bayar dan sebab nak sara famili.”
“Kerja dan besarkan family memang satu tanggungjawab penting sebagai ketua keluarga. Tapi, kadang-kadang aku fikir juga, kerja rajin, penat nak mati pun.. dan habiskan setiap saat dengan kerja tanpa pandai curi masa berharga untuk yang tersayang. Bagi aku tak ada maknanya hidup.”
Tak Mampu Bawa Bercuti Ke USA, Balik Kampung Pun Jadilah
Atas dasar itulah, Aidid pilih untuk jadi seperti apa yang difikirkan.
“Jadi, selagi kaki masih terdaya menapak dan berdiri. Selagi ada kudrat untuk ke sana sini. Curilah masa terbaik untuk yang tersayang.”

“Yang menjadi tulang belakang dan pembakar semangat dalam apa jua kerja kita. Harap you, @norziepwc happy dengan apa yang I buatkan untuk you.”
“Walaupun I tak mampu nak bawa U cuti ke USA, balik kampung pun jadilah. Mana tahu maybe kita habiskan usia tua kita di sini? Love you.”
Luah Aidid Marcello dalam instagram miliknya.
Begitulah hidup berpasangan, perlu ada ‘give and take’. Saling memberi dan menerima. Barulah bahagia biarpun ketika itu wajah kita tak lagi muda seperti zaman bercinta dulu, rasa sayang dan cinta terus membara.
Sumber/Foto : Aidid Marcello, Norzie Pak Wan Chek
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ustaz Ceraikan Bini Kerana Terpikat Isteri Orang, Beri Alasan Orang Rumah Garang & Tak Manja

Isi Kandungan
ToggleUstaz ceraikan bini kerana terpikat isteri orang, beri alasan orang rumah garang & tak manja. Jika mengikuti kisah rumahtangga dikongsikan di media sosial, adakalanya ramai wanita yang takut. Takut kerana begitu mudah pasangan dirampas dalam keadaan hati tidak rela dan bersedia.
Isu isteri berskandal bukan baru malah sudah banyak terjadi. Malah semalam, seorang suami menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas bergaduh dengan lelaki yang didakwa menjadi pengganggu rumahtangganya.
Satu perkongsian dari Puan Sharifah Zahidah pengasas Quranic Antinote di fbnya mengenai kisah seorang ibu pelajar yang berperwatakan manja telah mengakibatkan seorang ustaz jatuh cinta hingga keduanya bercerai berai dengan pasangan masing-masing.
Baca perkongsiannya:-
Ustaz Ceraikan Bini Kerana Terpikat Isteri Orang
Ada satu kisah benar; di antara kisah yang sukar untuk saya lupakan, tentang seorang wanita ‘manja’ yang selalu bermesej dengan guru kelas anaknya yang merupakan seorang ustaz sehingga terbit rasa cinta di hati.
Bermula dengan sekadar mesej bertanya pendapat dan meminta nasihat; akhirnya apa yang terjadi? Berkasih sayang dan bersikap curang terhadap pasangan masing-masing yang setia dan percaya.
Manja wanita bukan dengan ajnabi adalah fitnah yang amat besar. Itu bukan manja terpuji, itu manja terkeji.
Manja yang menampakkan sisi-sisi gatal, miang dan hilang maruah diri seorang wanita – akan mudah menarik lelaki yang punyai penyakit dalam hati. Manja ini telah banyak meruntuhkan rumahtangga dan membuatkan wanita menyakiti sesama wanita.
Di saat sang suami sibuk mencari nafkah, dia bermadu kasih dan menumpahkan kemanjaannya terhadap suami orang lain.
Sehingga satu ketika, caught red handed.
Suami wanita ini dapat tahu dia ber-abang-sayang dengan ustaz kepada anaknya sendiri. Maka bertemu adegan 3 kepala, si suami bertanya pada ustaz,
“Kenapa isteri saya?”
Beri Alasan Orang Rumah Garang & Tak Manja
Tahu apa jawapan ‘ustaz’ ini?
“Sebab dia LEMBUT. Selalu ceria dan positif. Isteri saya di rumah tak macam ni..” (Lembut yang dimaksudkan adalah manja kerana wanita ini suka melentokkan suara dan intonasinya. Saya sendiri dengar rakaman suaranya).
Memuji kelembutan isteri orang dan membandingkannya dengan kegarangan isteri di rumah sendiri.
Si suami ini kata dalam hati,
“Aku saja tahu dia di rumah macam mana..”
Long story short.
Isteri kepada ustaz merayu agar si suami ini jangan ceraikan isterinya yang bermadu kasih dengan suaminya. Kerana jika si isteri ini diceraikan, pasti dirinya juga diceraikan kerana isteri manja dan ustaz ini memang plan nak bercerai dengan pasangan masing-masing dan mengahwini satu sama lain.
Tapi jodoh isteri ‘manja’ dengan suami sibuk ini tak berpanjangan. Isteri ‘manja’ berkeras minta diceraikan. Entah ke mana hilang ‘manjanya’ ketika ini.
Akhirnya, diceraikan juga lantaran isteri si manja yang sudah terlalu angau dengan ‘imam barunya.’
Rupanya beri alasan garang sebab tak beri nafkah pada isteri…
Maka, ustaz ini juga menceraikan isterinya agar dapat bersama dengan isteri orang yang manja.
Di sinilah mula terbongkar segalanya…
Bila mana si suami ini tadi berpeluang bercakap sendiri dengan isteri ustaz yang dikatakan garang.
Masakan tidak garang isteri di rumah?
Nafkah rumahtangga tak pernah dicukupkan. Si isteri kena buat macam-macam untuk tampung ketidak-cukupan daripada suami. Penat dibebani segalanya, sehingga manja dan senyumnya juga sirna. Rumahtangga sendiri sudah cukup bermasalah, suami lebih sibuk dengar wanita lain punya masalah?
Sudahlah diri tak mampu dan dibantu isteri.
Boleh pula dia dengan mudah cair dengan kemanjaan seorang wanita jauh lebih tua yang sedang sunyi hati kerana suami yang sibuk bekerja dan berusaha menafkahi?
Runtuh 2 rumahtangga hanya kerana kemanjaan seorang isteri sunyi beranak ramai – yang mengkhianati suami yang sibuk menafkahi.
Hanya kerana MANJA yang salah ditumpahkan, musnah rumahtangga yang cukup lama telah didirikan.
Kompleks bukan?
Isteri yang cukup dinafkahi, rasa sunyi.
Menumpah rasa dan manja pada lelaki ajnabi.
Lelaki ajnabi yang tak cukup menafkahi dan bergantung harap pada isteri, ambil kesempatan kemanjaan percuma atas alasan, “isteri dah tak lembut macam dulu lagi. Wanita manja beginilah yang aku cari..”
Suami yang sibuk menafkahi – ditinggalkan begitu saja hanya kerana romantis seorang ustaz yang pandai melayan luahah hati. Suami sibuk menafkahi tak sempat dengar luahan hati tentang cicak mati di balik pintu. Hanya ustaz ini saja yang ada untuk dengar cerita-cerita “comel dan manja” isteri sunyi ini tadi.
Isteri ustaz yang berkorban untuk mencukupkan keperluan, disalahkan atas kegagalan “mengikat hati suami” kerana tiada lagi kelembutan dan kemanjaan dalam memberi layanan dan sentuhan. Tak sama macam isteri di “rumah orang sana.”
Beginilah manusia.
Bermula dari kisah sebuah KEMANJAAN YANG SALAH DITUMPAHKAN, terkorban 2 rumahtangga dengan anak-anak yang berderet ramai.
Manusia akan saling menghancurkan apabila dia sering-sering menuntut dilayan, sedangkan dia sendiri LUPA BERPERANAN. Sedangkan dia sendiri, gagal MENGHARGAI pengorbanan.
Sebenarnya,
Jika rumahtangga bermasalah sekalipun, tetapi TIADA KEMANJAAN YANG SALAH RUMAH memasuki/menganggu rumahtangga – pasti banyak rumahtangga dapat diselamatkan.
Di saat kemanjaan murah ini mula menghantui jiwa lelaki – maka habislah segala yang ada pada isteri terlihat buruk di mata suami. Wanita ajnabi manja juga yang dia cari. Dicerai isteri yang selama ini bergolok gadai demi sang suami.
Pesan saya kepada wanita,
Jangan KEJAM menganggu rumahtangga wanita lain dengan kemanjaan dan kegedikan yang datang dari murahnya maruah dirimu.
Manja itu membangunkan kemesraan dalam komunikasi suami isteri. Tetapi menghancurkan kekeluargaan bila ianya dicurah pada lelaki ajnabi.

Ianya LANGSUNG tak wajar dikeluarkan!
Buat biasa-biasa sudah. Jangan tunjuk desperate sangat. Boleh beza ramah-tamah sebab karakter dengan manja yang dibuat untuk menggoda.
Saya peramah orangnya. Pernah kalian nampak saya manja? Tidak bukan. Jadi jangan jadikan alasan kononnya anda itu “peramah” jadi nampak macam “manja.” Nonsense. Orang ramah boleh jadi tegas pada tempatnya. Tiada pasal ramah dan manja kononnya dianggap benda sama.
Akhir kata,
Wanita, jaga ‘manjamu’ yang sebenarnya gedik, miang dan gersang itu. Jangan jadi murah.
Jangan jadi pemusnah rumahtangga orang.
Nampak wanita mengada dan manja cuba hampiri rumahtangga kita, boleh sound direct dengan segera. Wanita penggoda murahan, selalunya tak makan saman. Berhati-hati, ambil pengajaran.
Ini kisah benar tuan puan.
Jangan sampai ia terjadi pada ahli keluarga anda pula.
Bahaya ya, manja jadian ini. Ini detik mula sondol-sondolan berlaku dalam sesebuah rumahtangga.
Cegah sebelum parah.
Sharifah Zahidah
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Pesanan ‘Manja’ Buat Kaum Suami, Mohon Selami Kalau Tak Nak Bini Tarik Muncung!
Tak Perlu Malu Kalau Nak Bermanja Dengan Pasangan, Barulah BAHAGIA Sampai Bila-Bila
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tandas Kucing Di Pasir Mas, Disiplinkan Si Bulus Dari ‘Membuang Merata’

Isi Kandungan
ToggleTertarik betul dengan kewujudan tandas kucing di Pasir Mas, Kelantan ini. Tandas kucing ini merupakan inisiatif dari Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) demi mewujudkankan suasana bersih di kawasan sekitarnya.
Kata Yang Dipertua MDPM, Hazmi Abdul Hamid, empat unit tandas awam kucing yang terletak di Pasar Tasek Raja ini mula diperkenalkan Februari lalu.
Sebelum kewujudannya, kucing-kucing yang ada di sekitar pasar itu bebas membuang merata. Dengan adanya tandas awam kucing ini, kebanyakan kucing terbiar dah selesa gunakan tempat ‘membuang’ yang baru untuk mereka.
Katanya lagi, kucing-kucing ini pun semakin berdisiplin. Malah tahu kewujudan tandas yang disediakan khas untuk mereka.
“Mereka tak lagi membuang najis merata seperti sebelum ini.”
Secara tak langsung, usaha itu juga menjadikan persekitaran pasar lebih sihat dan bersih.
Idea Wujudkan Tandas Kucing Di Pasir Mas
Idea berkenaan mula terbit di buah fikiran selepas mesyuarat bersama MDPM dan Jawatankuasa Bandar Tasek Raja.
Dekat sekitar pasar itu saja, ada lebih kurang 600 ekor kucing terbiar.
Menariknya, pihak MDPM tetap memastikan penyelenggaraan tandas kucing awam ini berada dalam keadaan bersih.
Setiap hari akan ada kerja-kerja membersih najis untuk dibuang di tempat sepatutnya. Dengan itu, pengudaraan di kawasan itu kekal baik.
- Baca sini :
- Kucing peliharaan tak makan, cuma minum terlalu rindu sejak arwah pergi
- Jangan buang kucing merata, lagi pula dah bunting – Hafiz Hamidun
Diselenggara Dengan Baik
Pekerja juga menjalankan kerja-kerja menggembur pasir dan rumput setiap minggu. Jadi, tandas awam untuk kucing ini dapat berfungsi dengan baik.
Sebagaimana yang diharapkan oleh Hazmi, semoga dengan inovasi yang ada ini boleh menjadi contoh kepada pihak lain untuk mewujudkan tandas awam kepada kucing-kucing terbiar.

Mingguan Wanita : Kucing sebenarnya haiwan yang bijak dan penyayang. Dia tahu memilih tempat ‘membuang’ dan menutup najisnya dengan baik dekat kawasan berpasir.
Bila sayang kucing, mereka pun mendoakan sama. Itu pun jadi asbab murah rezeki kepada orang yang sayangkan haiwan kesayangan nabi ini.
Sumber/Foto : Sinar Harian, Utusan Malaysia
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI