tandas-kucing-pasir-mas

Tertarik betul dengan kewujudan tandas kucing di Pasir Mas, Kelantan ini. Tandas kucing ini merupakan inisiatif dari Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) demi mewujudkankan suasana bersih di kawasan sekitarnya.

Kata Yang Dipertua MDPM, Hazmi Abdul Hamid, empat unit tandas awam kucing yang terletak di Pasar Tasek Raja ini mula diperkenalkan Februari lalu.

Sebelum kewujudannya, kucing-kucing yang ada di sekitar pasar itu bebas membuang merata. Dengan adanya tandas awam kucing ini, kebanyakan kucing terbiar dah selesa gunakan tempat ‘membuang’ yang baru untuk mereka.

Katanya lagi, kucing-kucing ini pun semakin berdisiplin. Malah tahu kewujudan tandas yang disediakan khas untuk mereka.

Mereka tak lagi membuang najis merata seperti sebelum ini.”

Secara tak langsung, usaha itu juga menjadikan persekitaran pasar lebih sihat dan bersih.

IKLAN

Idea Wujudkan Tandas Kucing Di Pasir Mas

Idea berkenaan mula terbit di buah fikiran selepas mesyuarat bersama MDPM dan Jawatankuasa Bandar Tasek Raja.

Dekat sekitar pasar itu saja, ada lebih kurang 600 ekor kucing terbiar.

Menariknya, pihak MDPM tetap memastikan penyelenggaraan tandas kucing awam ini berada dalam keadaan bersih.

IKLAN

Setiap hari akan ada kerja-kerja membersih najis untuk dibuang di tempat sepatutnya. Dengan itu, pengudaraan di kawasan itu kekal baik.

Diselenggara Dengan Baik

Pekerja juga menjalankan kerja-kerja menggembur pasir dan rumput setiap minggu. Jadi, tandas awam untuk kucing ini dapat berfungsi dengan baik.

Sebagaimana yang diharapkan oleh Hazmi, semoga dengan inovasi yang ada ini boleh menjadi contoh kepada pihak lain untuk mewujudkan tandas awam kepada kucing-kucing terbiar.

IKLAN

Mingguan Wanita : Kucing sebenarnya haiwan yang bijak dan penyayang. Dia tahu memilih tempat ‘membuang’ dan menutup najisnya dengan baik dekat kawasan berpasir.

Bila sayang kucing, mereka pun mendoakan sama. Itu pun jadi asbab murah rezeki kepada orang yang sayangkan haiwan kesayangan nabi ini.

Sumber/Foto : Sinar Harian, Utusan Malaysia

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI