Bekas isteri Hisyam, Mel anggap perpisahan punya hikmah. Setiap hubungan rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Ada pasangan yang berjaya menjalani kehidupan sebagai suami isteri sehingga akhir hayat dan ada juga yang sebaliknya.
Mahligai yang dibina pelakon, Hisyam Hamid bersama Rosmawati Hanafi atau lebih mesra dengan panggilan Mel sejak 20 tahun lalu tidak dapat diselamatkan dan masing-masing memilih untuk berpisah.
Terbaru menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Mel menyatakan perceraian yang berlaku adalah satu kehilangan yang berat serta meninggalkan pelbagai pertanyaan kepada dirinya.
Bekas Isteri Hisyam, Mel Anggap Perpisahan Punya Hikmah
Ibu kepada dua cahaya mata itu walau bagaimanapun menganggap segala yang berlaku ada hikmahnya.
Ads
“Semua yang berlaku pasti bersebab. Setiap patah hati dan kekecewaan membawa rahmat yang tersembunyi. Saya mungkin berasa kehilangan sekarang, bergelut dengan soalan yang seolah-olah tiada jawapan.
“Saya melalui 1,000 perkara dalam hidup yang orang tidak tahu. Saya mengalami perkara-perkara yang menggoncangkan, mengubah, menghancurkan, membina dan mengajar saya lebih kuat yang pernah saya fikirkan.
“Hati saya mungkin terluka sekarang, tapi perasaan ini tidak akan kekal lama. Hati saya akan pulih semula pada masa yang terbaik.
“Namun buat waktu ini, sudah tiba masanya untuk jadi lebih kuat, reda dengan segala ketentuan dan memperbaiki diri,” luah Mel.
Semalam sewaktu menghadiri majlis sidang media pelancaran dua buah drama Astro, Hisyam Hamid telah mengumumkan perkahwinan yang dibina bersama Mel hampir 20 tahun sudah berakhir. Namun Hisyam enggan mendedahkan punca dan tarikh sebenar perceraian mereka.
Ads
Untuk rekod pasangan ini berkahwin pada 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nurish Syameliah,17, dan Haydeen, 15.
Pempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Suami yang setia tak kedekut, rela keluarkan duit untuk cantikkan isteri. Sebagai seorang suami, selain membahagiakan isteri, suami juga harus mencantikkan isteri. Kalau boleh biar setiap masa isteri nampak cantik dipandang.
Ini kerana isteri adalah ratu hati dan juga permaisuri yang bertahta di hati, yang kita telah sudi terima untuk sehidup semati. Ramai lelaki sering terlepas pandang dan ambil remeh soal ini kerana berpendapat wanita pandai mencantikkan diri sendiri.
Bagaimana wanita nak cantik kalau tak diberikan modal? Apa ingat semua perempuan cantik dekat luar sana itu bergaya secara percuma ke?
Bagi yang belum berkahwin, paling kurang pun boyfriend mereka ada belanja set mekap yang sedang trend atau pakaian yang paling cantik. Jadi ada sebab kenapa lelaki terutamanya suami harus mencantikkan isteri masing-masing.
Berikut dikongsikan kenapa lelaki jangan kedekut keluar duit belanja untuk cantikkan isteri.
1. Penyegar mata
Mana-mana isteri yang suri rumah, memang dia duduk di rumah. Bayangkan kalau anda hadiahkan set make up, perfume dan baju-baju yang cantik. Tidakkah mata anda jadi segar setiap kali balik kerja?
2. Penambah pahala
Memandang isteri pun boleh dapat pahala tau! Lelaki kan suka tengok kecantikan wanita. Daripada tengok wanita yang tidak halal, baik tengok isteri sendiri.
3. Wujudkan mood romantik
Tidak dinafikan kalau isteri kita nampak cantik dan wangi, suami mesti jadi cair dan kalau boleh, mesti nak terus terkam.
4. Eratkan kasih-sayang
Selain isteri ikat suami pada perut dengan makanan yang lazat, isteri yang kelihatan cantik juga mampu mengeratkan kasih-sayang setiap kali mata bertentang mata. Bergaduh kecil itu normal tapi kalau isteri tengah cantik, silap-silap gaduh pun boleh jadi manja-manja!
5. Bukti kesetiaan
Tak kisahlah kalau anda seorang suami yang semakin boroi tanda bahagia. Yang penting anda mampu spend modal untuk cantikkan isteri dan perkara itu pun sudah dianggap sebagai bukti kesetiaan anda sebagai seorang suami.
Lelaki curang sebab kurang kepuasan emosi dan fizikal. Curang merujuk kepada tindakan tidak setia atau melanggar kepercayaan dalam hubungan, sama ada dalam konteks perkahwinan, percintaan, atau hubungan lain yang melibatkan komitmen emosi dan fizikal.
Kecurangan biasanya melibatkan hubungan intim atau romantik dengan pihak ketiga di luar ikatan rasmi atau komitmen yang telah dipersetujui bersama.
Jenis-jenis curang:
Kecurangan Emosi:
Kecurangan emosi berlaku apabila seseorang menjalin hubungan emosi yang mendalam dengan orang lain di luar hubungan utama mereka. Ini mungkin melibatkan perkongsian perasaan, rahsia, atau keintiman emosi yang sepatutnya eksklusif kepada pasangan.
Kecurangan Fizikal:
Kecurangan fizikal merujuk kepada hubungan fizikal atau seksual dengan seseorang selain daripada pasangan yang sah. Ini termasuk ciuman, sentuhan intim, atau hubungan seksual.
Kecurangan Maya:
Dalam era digital, kecurangan maya atau online cheating menjadi semakin lazim. Ini melibatkan hubungan intim atau seksual yang dijalinkan melalui platform dalam talian seperti media sosial, aplikasi mesej, atau laman web temu janji.
Kecurangan Pelik:
Kecurangan pelik melibatkan tindakan yang melanggar kepercayaan pasangan tetapi mungkin tidak semestinya melibatkan hubungan emosi atau fizikal yang mendalam.
Contohnya, menonton pornografi atau berfantasi tentang orang lain tanpa pengetahuan atau persetujuan pasangan.
Faktor-faktor mengapa lelaki curang:
1. Kekurangan Kepuasan Emosi
Salah satu sebab utama lelaki curang adalah kekurangan kepuasan emosi dalam hubungan. Apabila seorang lelaki merasa tidak dihargai, tidak dicintai, atau tidak diberi perhatian yang mencukupi, dia mungkin mencari perhatian tersebut di luar hubungan.
2. Kurangnya Kepuasan Fizikal
Kekurangan kepuasan fizikal atau intimasi dalam hubungan juga boleh menjadi punca utama lelaki curang. Jika keperluan seksual tidak dipenuhi, sesetengah lelaki mungkin mencari kepuasan tersebut dengan orang lain.
3. Pengaruh Rakan
Pengaruh rakan dan persekitaran sosial boleh memainkan peranan dalam keputusan lelaki untuk curang. Jika rakan-rakan lelaki tersebut mengamalkan tingkah laku curang, dia mungkin merasakan ia sesuatu yang boleh diterima atau normal.
4. Masalah Komitmen
Sesetengah lelaki mungkin mempunyai masalah dengan komitmen. Mereka mungkin merasa terperangkap dalam hubungan jangka panjang dan mencari cara untuk melarikan diri daripada komitmen tersebut melalui kecurangan.
5. Kurangnya Komunikasi
Komunikasi yang buruk antara pasangan boleh membawa kepada kecurangan. Apabila pasangan tidak berkomunikasi dengan baik, masalah dan konflik tidak diselesaikan dengan betul, yang boleh menyebabkan salah seorang pasangan mencari penyelesaian di luar hubungan.
6. Ketagihan
Ketagihan terhadap intimasi, perhatian, atau pengesahan daripada orang lain boleh menjadi punca lelaki curang. Ini boleh berlaku apabila seorang lelaki mempunyai ketagihan yang tidak diatasi atau disedari.
Cara mengatasi dan mencegah kecurangan:
Komunikasi Terbuka:
Membina dan mengekalkan komunikasi terbuka dengan pasangan adalah kunci untuk mengelakkan salah faham dan ketidakpuasan yang boleh membawa kepada kecurangan.
Kejujuran dan Keterbukaan:
Sentiasa jujur dan terbuka dengan pasangan mengenai perasaan, keperluan, dan keinginan anda.
Mencari Bantuan Profesional:
Jika menghadapi masalah dalam hubungan, mencari bantuan daripada kaunselor atau terapis boleh membantu pasangan menyelesaikan isu sebelum ia menjadi lebih buruk.
Memperkukuhkan Ikatan Emosi dan Fizikal:
Meluangkan masa berkualiti bersama dan memastikan keperluan emosi dan fizikal masing-masing dipenuhi dapat mengurangkan risiko kecurangan.
Mengatasi kecurangan memerlukan usaha bersama dan komitmen dari kedua-dua pihak. Dengan komunikasi yang baik, penghargaan, dan bantuan profesional, pasangan boleh mengatasi cabaran ini dan membina hubungan yang lebih kukuh dan bermakna.
Peguam syarie kongsi isteri kena penjara 7 hari, “lebih 80 kali sengaja ubah tempat pertemuan bekas suami & anak. Kes seorang ibu yang di penjara oleh Mahkamah Tinggi Syariah kerana dengan sengaja tidak beri kebenaran kepada bekas suami bertemu anak agak memeranjatkan.
Ini kerana kita biasa mendengar ada lelaki yang di penjara kerana gagal membayar nafkah anak tetapi kali ini ia melibatkan seorang isteri yang didapati lebih 80 kali dengan sengaja mengubah tempat pertemuan anak dan bapanya.
Ikuti perkongsian dari peguam syarie, Fahmi Ramli dari Tetuan Khairul Fahmi & Associates mengenai hal ini.
Penjara kerana anak
Pada asalnya, saya bercadang untuk kunci mulut terlebih dahulu sehinggalah ada fakta kes yang jelas diketahui. Sebab keadilan ini mesti datang dengan keterangan dan pembuktian.
Ramai orang kecoh dan menghentam keputusan Mahkamah Tinggi Syariah apabila memenjarakan seorang ibu yang telah melanggar perintah Mahkamah berkaitan dengan hak jagaan anak.
Ramai yang mencemuh katanya mahkamah zalim, bapa zalim dan sampai satu tahap ada yang mengkritik Islam itu zalim. Nauzubillah.
Percayalah, Islam tak pernah zalim.
Yang zalim apabila kita tidak mengikut apa yang telah ditentukan syarak dan undang-undang serta tidak meletakkan sesuatu perkara betul pada tempatnya.
Saya menyeru untuk semua follower yang membaca untuk bertenang, dan nilaikan sendiri dengan akal yang waras.
Apakah perintah asal berkaitan jagaan anak?
Bagi suami isteri yang bercerai, salah satu isu yang bakal timbul di Mahkamah adalah berkaitan dengan hak jagaan anak. Semua orang yang selalu saya terangkan akan faham, saya selalu cakap, bab jagaan anak adalah bab kebajikan anak.
Dan keutamaan biasanya diberikan kepada ibu kerana hak jagaan disisi undang-undang dan syarak akan diutamakan kepada ibu mengikut Seksyen 81 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
Tapi, yang paling baik bila ada pertikaian berkaitan hak jagaan anak adalah diputuskan melalui Persetujuan. Kes pihak-pihak adalah Perintah Jagaan yang diputuskan bukan melalui paksaan Mahkamah, tetapi melalui Persetujuan pihak-pihak.
Maka, bekas suami dan isteri, sangat perlu menghormati perjanjian apatah lagi bila ia melibatkan Perintah Mahkamah.
Apabila sesuatu perkara itu telah menjadi Perintah Persetujuan ia tetap dikira perintah Mahkamah. Setiap pihak-pihak yang terlibat sangat perlu mematuhi perintah.
Jika salah satu pihak melanggar perintah, ia boleh dianggap sebagai satu kesalahan. Dan pihak yang dianiaya tersebut, berhak, untuk memohon supaya perintah tersebut dikuatkuasakan.
Jika, bekas isteri atau suami rasa terbeban dengan perintah tersebut, mereka sepatutnya boleh membuat tuntutan Ubah Perintah di Mahkamah yang sama keluarkan perintah tersebut.
Tidak. Mahkamah Syariahlah yang paling kurang bagi penjara meskipun melibatkan kes-kes jenayah syariah yang walaupun dah termaktub setiap kesalahan yang ada hukuman penjara.
Apatah lagi nak hukum penjara keatas wanita yang bergelar ibu dan isu yang berkaitan dengan Perintah Hak Jagaan Anak.
Permulaan kepada kes Komital (Hukuman Penjara) perlu bermula dengan satu Permohonan di Mahkamah Syariah. Ia mesti dibuktikan sekeras-kerasnya apakah pelanggaran yang berlaku.
Mengikut fakta, si bapa ini diperintahkan untuk berjumpa di Kuala Lumpur, tapi si ibu dengan sengaja mengubah lokasi ke Kajang iaitu satu tempat yang bertentangan dengan perintah yang mereka persetujui.
Ini bukan kali pertama. Lebih daripada 80 kali perkara tersebut berlaku seorang bapa dinafikan haknya untuk berjumpa dengan anak-anak.
Mahkamah tidak zalim. Mahkamah beri peluang kepada si ibu untuk bela diri kenapa berbuat demikian apabila mengeluarkan satu Notis Tunjuk Sebab pada 17 Januari 2019. Lebih daripada 20 orang Peguam Syarie bertukar ganti untuk bela si ibu.
Melalui perbicaraan dan keputusan Yang Arif Hakim, pihak si ibu telah gagal membuktikan alasan yang munasabah dan ada pengakuan sendiri si ibu yang dia ingkar perintah tersebut dengan alasan yang tidak munasabah.
Pengalaman kes saya sendiri?
Dahulu, saya ada satu kes yang lebih teruk berlaku kepada si ibu. Mahkamah Tinggi Syariah telah putuskan hak jagaan kepada si ibu dan si bapa diberikan hak untuk melawat pada bila-bila masa yang munasabah.
Tapi, perintah ini jadi sia-sia apabila anak-anak dibawa lari dan disembunyikan tanpa jejak. Jenuh saya naik turun Mahkamah untuk dapatkan pula Perintah Penguatkuasaan untuk dapatkan kerjasama pihak berkuasa.
Tapi, masih lagi belum berjaya.
Hinggalah ke peringkat Akhir, kita dapat menjejaki si bapa, saya segera dapatkan Notis Tunjuk Sebab namun banyak halangan yang masih dilalui hanya untuk dapatkan keadilan serta jagaan anak tersebut.
Kes ini makan masa lebih daripada 3 tahun. Si ibu dinafikan haknya di Mahkamah.
Namun, pada tahun keempat, akhirnya berjaya dibawa si bapa ke Mahkamah dan kuasa Allah pada ketika itu, anak-anak juga dibawa ke Mahkamah.
Adakah Mahkamah terus jatuhkan hukuman penjara? Tidak. Mahkamah tegaskan dan berikan amaran sekeras-kerasnya kepada si bapa supaya Jangan Hina Perintah Mahkamah.
Dan si ibu juga memaafkan peristiwa lalu. Si bapa akhirnya dilepaskan dari segala waran tangkap sebab keadilan telah diperoleh.
Kesimpulan,
Masih kejamkah Mahkamah Syariah apabila memerintahkan penjara 7 hari kerana pelanggaran perintah melalui perbuatan sendiri?
Saya selalu berpesan, seorang bapa, jika jahat atau teruk macam mana sekalipun, selagi dia adalah Bapa Kandung, selagi itu, dia berhak untuk berjumpa dengan anak-anaknya.
Begitu juga dengan si ibu, teruk macam mana sekalipun, bab jagaan anak, ibu tetap ada hak untuk berjumpa dengan anak-anaknya.
Islam tidak pernah zalim. Islam diturunkan untuk membela hak Lelaki dan Wanita. Penjara bukan untuk lelaki sahaja. Hukuman dalam Islam juga bukan untuk lelaki semata-mata.
Berlapang dada. Fahamkan dahulu asas kes sesuatu. Baru menilai. Hormatilah undang-undang, apatah lagi perjanjian yang kita lakukan sendiri.