Petik lada cili pun ada cara betulnya. Menggunakan kaedah yang tepat membolehkan pokok cili menghasilkan buah yang lebat.
Ini yang dikongsikan oleh Salleh Mohammad. Panduan memetik lada cili dengan betul. Bagi mak-mak yang menanam pokok cili di musim PKP ini, bolehlah hadamkan tipnya.
Salleh menggunakan baja AB dan NPK untuk menghasilkan pokok cili yang subur.
Kaedah Dan Cara Betul Petik Lada Cili
Jangan memetik menggunakan gunting. Sebab tunggul batang buah lada yang tertinggal akan menutup semula tunas bunga di tapak tunggul. Dan akan menunggu masa agak lama untuk tapak tunggul mengeluarkan bunga semula sehingga tunggul buah lada yang berbaki gugur.
Jangan memetik ketika waktu hujan atau di awal pagi. Ini kerana, lada yang basah akan membentuk lada yang dipetik tidak bertahan lama dan mudah busuk.
Rujuk Gambar Memetik Cili Yang Betul, Gunakan Jari
Sebaiknya elak petik cili menggunakan gunting. Jika menggunakan gunting, akan jadi lambat nak mengeluarkan bunga baru di tapak tangkai buah yang dah dipetik.
Ads
Petik lada menggunakan jari. Agar menghasilkan buah yang lebat. Sebab cili ini agak manja dan sensitif sifatnya.
Bekas tapak lama akan mengeluarkan tangkai bunga lagi.
Hasilkan buah lada cili yang lebat.
Lada Cili Dipetik Ketika Masih Hijau Untuk Tujuan Komersial
Ads
Lada cili untuk dipasarkan dipetik ketika buahnya masih hijau. Bagi membolehkan ia bertahan lama di pasaran.
Bila masakan menggunakan telur seperti kari, masak lemak dan sebagainya, jika salah tekniknya memang telur mudah hancur dan pecah dalam kuah. Sebenarnya ada caranya untuk pastikan telur tak pecah bila masak. Menariknya, petua telur jadi elok, bulat atau bujur mudah saja.
1. Didihkan air panas masukkan 4 sudu cuka.
2. Bila mendidih pecahkan telur satu persatu. Biar masak.
Cuka itu berfungsi supaya telur tak pecah. Telur tu akan jadi bulat atau bujur. Lepas dah masak tapis dan masukkan telur tu dalam kuah kuning yang telah dimasak.
Selalunya nak bersihkan kipas siling memang agak payah. Memandangkan kipas siling agak tinggi dan memerlukan kita panjat tangga untuk membersihkan habuk-habuk yang ada. Jika rajin sebenarnya kita boleh DIY buat berus/ alat untuk bersihkan kipas siling ini.
Menerusi perkongsian menarik dari seorang youtuber melalui saluran youtube beliau iaitu CrazyIndianHacker langkah bersihkan kipas siling hanya mengambil masa dalam 57 saat sahaja tanpa penyapu, kain atau tangga.
Berus bulu ayam
Penyampung paip pvc
Paip pvc
Kayu
1. Sediakan dua batang penyapu/berus bulu ayam macam gambar di bawah ini.
2. Potongkan pada bahagian pemegangnya dan tinggalkan batang dawainya sahaja seperti ini.
3. Pasang atau cantumkan penyambung paip pvc bersama paip pvc yang lain. Ikut anggaran panjang berus. Buat bentuk U.
4. Masukkan kedua-dua batang penyambung bulu ayam tersebut pada penyambung paip pvc itu. Ia akan menjadi roda bulu ayam seperti ini.
5. Kemudian, sambungkan kayu yang panjang dan lekatkan dengan salotape untuk dijadikan pemegang.
6. Hasilnya nanti seperti ini.
7. Boleh mula membersihkan kipas syiling rumah dengan mudah tanpa penyapu atau tangga. Paling menarik tak sampai seminit pun dah bersih kipas.
Mingguan Wanita : Menarik juga tip yang dikongsikan ini. Boleh buat sendiri di rumah. Lebih mudah nak bersihkan kipas nanti tak perlu guna tangga atau kain.
Selalu kita fikir minyak masak dalam paket yang dijual di pasaran adalah hasil dari minyak terpakai. Sebab itulah harganya pun lagi murah. Tak dinafikan, ia menjadi alternatif untuk mak-mak memandangkan harga minyak dalam botol agak mahal.
Namun, ada khabar-khabar angin yang mengatakan minyak masak dalam paket ini adalah hasil dari bahan terpakai, sebab itulah harganya lebih murah. Mulalah menimbulkan keraguan di kalangan mak-mak.
Jangan mudah menafsir tanpa sebarang bukti. Semuanya tidak betul dan minyak masak dalam paket ini bukanlah dari minyak terpakai. Kalau nak tahu kualitinya pun hampir sama dengan minyak masak dalam botol. Ikuti perkongsian daripada Dr Che Puteh Osman ini.
BENARKAH MINYAK MASAK MURAH ADALAH MINYAK KITAR SEMULA?
Baru-baru ini saudara saya ada kongsikan video yang mengatakan minyak masak terpakai diproses semula menjadi minyak masak untuk menggoreng.
Saya ingin mengulas mengenai minyak terpakai ini. Benarkah minyak masak murah
sebenarnya minyak kitar semula?
Sebenarnya minyak masak dalam pek kecil masih bersubsidi sebab itu harganya masih murah.
Minyak masak mentah yang diperoleh di kilang minyak sawit adalah berwarna merah dan separa pepejal. Ia berwarna merah kerana ia mengandungi karotenoid yang tinggi.
Manakala ia separa pepejal kerana mengandungi asid lemak tepu iaitu asid palmitik dan asid stearik sekitar 60-70% manakala selebihnya adalah asid lemak tidak tepu iaitu asid oleik dan asid linoleik sekitar 30-40%. Asid lemak tepu berbentuk pepejal manakala asid lemak tidak tepu berbentuk cecair.
Proses pemeringkatan (fractionation) dilakukan bagi menghasilkan minyak sawit dengan menyejukkan minyak sawit ini. Asid lemak tepu akan membeku dan dipisahkan dengan asid lemak tidak tepu.
Minyak masak kita mengandungi tinggi kandungan asid tidak tepu seperti asid oleik sekitar 40-44% dan asid linoleik sekitar 10-13%. Selebihnya adalah asid tepu palmitik sekitar 40-43%. Ini menjadikan ia lebih stabil apabila digoreng dan tidak mudah teroksida.
Kebiasaannya minyak sawit menjalani sekali atau lebih proses pemeringkatan bagi memastikan kualiti minyak masak. Selain itu, masa dan tempoh proses pemeringkatan mempengaruhi kualiti minyak masak. Ia juga bergantung kepada kualiti buah sawit dan kualiti minyak sawit mentah yang digunakan untuk menghasilkan minyak masak.
Namun begitu, tidak dinafikan terdapat minyak masak berkualiti rendah yang kelihatan sedikit keruh. Ini kerana minyak masak ini dihasilkan melalui satu proses pemeringkatan atau proses pemeringkatan yang terlalu singkat.
Ini menyebabkan kandungan asid lemak tepu di dalam minyak masak tersebut lebih tinggi berbanding minyak masak yamg melalui lebih dari sekali proses pemeringkatan atau melalui proses pemeringkatan yang lebih lama.
Sebab itu minyak yang mengandungi asid lemak tepu yang lebih tinggi kelihatan sedikit keruh. Tetapi ia boleh digunakan, cuma tidak digalakkan menggoreng banyak kali dan tidak digalakkan menyimpan minyak lebih lama.
Untuk kesihatan, elakkan menggoreng menggunakan minyak yang sama banyak kali. Ini kerana proses pemanasan berkali-kali berisiko menghasilkan bahan berbahaya disebabkan proses pengoksidaan, hidrolisis dan pempolimeran asid lemak di dalam minyak masak.
Proses ini bukan sekadar berlaku dalam minyak masak sawit, ia juga berlaku dalam minyak zaitun, minyak soya, minyak biji matahari dan lain-lain.
Benarkah minyak masak terpakai itu digunakan untuk menghasilkan minyak masak kitar semula?
Untuk mengesahkan hal ini, saya telah menghubungi rakan sekelas saya ketika ijazah pertama dahulu untuk mendapatkan pandangannya. Ini kerana beliau bekerja di sektor industri kelapa sawit.
Menurut rakan saya, minyak terpakai itu dibeli untuk menghasilkan biodiesel. Ini kerana walaupun minyak masak telah terhidrolisis, bahan yang digunakan untuk menghasilkan biodiesel adalah dari bahan terhidrolisis tersebut.
Bahan tersebut akan melalui proses tindakbalas ester menghasilan fatty acid methyl ester (FAME). FAME akan diadunkan dengan diesel mengikut peratusan yang ditetapkan MPOB. Maka terhasillah biodiesel.
Di Malaysia ada satu syarikat yang monopoli pembelian minyak terpakai ini. Dan minyak terpakai yang dibeli syarikat ini digunakan untuk menghasilkan biodiesel. Namun, di luar pengetahuan kami sama ada adakah terdapat aktiviti secara haram membeli minyak terpakai untuk menghasilkan minyak masak kitar semula.
Namun harus diingat, pembelian dan pemprosesan minyak terpakai ini dipantau Malaysian Palm Oil Board (MPOB). Jadi, kemungkinan terjadi itu agak tipis.
Oleh itu, belilah minyak dari syarikat yang mempunyai reputasi seperti Felda Golden Ventures dan Sime Darby. Ini kerana mereka telah memperoleh akreditasi kualiti dan berstatus halal. Jika mereka melakukan seumpama ini tentulah reputasi, akreditasi kualiti dan persijilan halal mereka terjejas.
Ingatlah, minyak murah dalam plastik atau botol satu kilogram bukanlah minyak terpakai. Ia murah kerana ia bersubsidi.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ingin bayar PTPTN guna KWSP? Ketahui syarat kelayakan, langkah permohonan dan perkara penting sebelum membuat pengeluaran simpanan KWSP untuk bayaran pinjaman pendidikan.
Ramai peminjam PTPTN...