Bebola keledek Keju. Dengar nama pun macam dah boleh agak, rasanya tentu sedap kan? Ada asa manis keledek, rasa lemak masin keju. Bila gigit saja bebola tu, keluar kejunya. Peh! Memang sedap.
Cuba Resipi Bebola Keledek Ini Pula
Antara dilema yang akan dihadapi oleh mak-mak tiap hari, apa nak masak untuk famili. Rasa bosan asyik masa lauk yang lebih kurang sama saja. Malam sebelum tidur dah fikir apa nak masak esok; dari sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam sehinggalah kudapan ringan sebelum tidur. Wah! Lengkap. Mana taknya, bila PKP dan PKPB, tentu kebanyakan anak tinggal di rumah. Apa lagi, makan je lah kan.
Ini ada lagi satu resipi yang best untuk dicuba. Sangat senang dan bahan pun taklah perlu modal yang tinggi sangat. Yang penting, bila buat sendiri, boleh makan puas-puas. Bebola Keledek Keju ni boleh dijadikan minum petang atau kudapan ringan sambil menonton TV pada waktu malam. Mesti sekejap saja dah licin.
Jangan lupa cuba ye mak-mak!
BAHAN-BAHAN BEBOLA KELEDEK KEJU:
BAHAN DOH (KULIT):
350gm keledek manis
11/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
Ads
1/2 cawan gula perang/putih
1 sudu kecil baking powder
Secubit garam
Air secukupnya
BAHAN LAIN:
Keju cheddar
Serbuk roti secukupnya
Ads
Sedikit bancuhan tepung gandum+air – untuk dijadikan pelekat serbuk roti
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Terlebih dahulu rebus keledek hingga lembut. Angkat dan toskan. Kemudian lenyekkan ia hingga lumat. Kemudian masukkan tepung pulut, tepung beras, gula, baking powder dan secubit garam. Gaul sekata dan uli hingga ia membentuk menjadi doh. Dari semasa ke semasa masukkan air secukupnya (jika perlu) dalam proses membuat doh.
Kemudian, ambil sedikit doh tadi, bulatkan dan leperkan. Letak sedikit keju cheddar di tengahnya dan tutup semula. Bentukkan ia seperti bebola. Ulangi langkah hingga selesai.
Ads
Setelah itu, celup bebola tadi ke dalam sedikit campuran tepung dan air, kemudian golekkan ke dalam serbuk roti hingga merata.
Panaskan minyak ke dalam kuali dan goreng bebola cheese itu hingga masak.
Pucuk Ubi Pucuk Ubi biasanya dicelur dan dicicah dengan sambal belacan ataupun dimasak lemak cili padi.Namun pucuk ubi boleh juga digoreng rangup. Memang crunchy dan sedap lebih-lebih lagi dinikmati dengan nasi panas. Bagi yang mengikuti Instagram Dato Rizalman Ibrahim, Pereka Fesyen terkenal ini sering kongsikan resepi-resipi menarik sebagai rujukan buat para followernya. Pucuk Ubi Goreng antara resipi yang dikongsikannya baru-baru ini.
Puan Siti Elliza Anisada kongsikan resipi Pucuk Ubi Goreng resipi Rizalman ini.
Tengok Rizalman buat. Kami pun nak buat jugak.. Sedap oii makan dengan nasi panas-panas.Resepi ada dekar gambaq.Selamat mencuba
Bahan-Bahan:
Pucuk Ubi
2 biji Bawang besaq (hiris)
Cabai kering kami rebus, keringkan, blender kering bagi kasar-kasar sikit
Belacan
Asam keping
Kurau masin, goreng, blender kering.
Ikan bilis
Cara Membuat:
1. Pucuk ubi, basuh dan lap sehelai-sehelai daun tu. Ni part paling malas. Separuh kami lap sehelai-sehelai, separuh kami jemoq bagi kering.Tak perlu rebus pucuk ubi tersebut, kalau tidak tak crunchy.
3.Kemudian goreng pucuk ubi dalam minyak yang banyak, sekejap je. Bila dah berubah warna angkat, kalau tidak takut pahit. Pucuk ubi lepas goreng, wangi pucuk ubi time goreng.
4.Guna minyak yang sama, dari awai sampai habis masak (guna minyak banyak).Goreng ikan bilis, angkat.
5.Goreng bawang sampai garing, masukkan cabai kering, asam keping dan balacan masak lama sikit sampai cabai tue garing.
6.Dah garing cabai and bawang, masukkan ikan kurau and ikan bilis. Perasakan gula, garam, msg.
8.Dah cukup rasa, tutup api gaul pucuk ubi yang dah goreng tadi.
9.Lepas kami gaul sebati, kami angkat tapis, bagi minyak turun, sebab kami buat ni pakai minyak banyak.
MW:Jika ada pucuk ubi di rumah boleh laa cuba resipi pucuk ubi crunchy yang dikongsikan ini. Memang berbaloi sedap dan puas hati makan dengan nasi panas.
Memang mudah dan menarik bila buat satu adunan tapi boleh dapat 3 jenis kuih yang berbeza iaitu donut, cakoi dan pau. Memang jimat masa mak-mak nak menguli dekat dapur.
Cara membuatnya memang mudah, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nitaharryini sebagai rujukan;
Satu resipi/adunan dapat 3 jenis kueh. Suka ke suka. DONUT/CAKOI/PAU
Bahan-Bahan:
400g tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar marjerin
1 sudu kecik garam
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis/susu tepung
2 sudu kecik yis mauripan
1/2 sudu kecik soda bikarbonat
1 sudu kecik baking powder
1 biji telur
Cara Membuat:
1. Kalau guna breadmaker masuk je semua bahan.
2. Untuk uli tangan macam biasa air+gula+yis+susu pekat. Bancuh dan biarkan kembang. Kemudian boleh uli macam biasa.
Mingguan Wanita: Wah menarik resipi ni, memang mudah satu adunan boleh buat 3 jenis kuih sekaligus. Sangat jimat mak-mak nak buat kuih, tak perlu nak menguli banyak kali.
Sedapnya makan Sambal Bilis Kering ‘Salted Egg’ ini dengan nasi putih atau bubur panas-panas, memang membuka selera. Malah boleh dijadikan ‘lauk kecemasan’ kalau tak rajin nak masak dekat dapur. Mudah sangat!
Jika beli sambal kering ni memang boleh tahan harganya malah kuantitinya pun agak sedikit. Lebih jimat dan puas hati makan sebenarnya jika buat sendiri di rumah. Malah uniknya bila ada letak serbuk telur masin. Secukup rasa sambal kering ni rasa pedas manis masin. Nak buat jual pun boleh sangat, boleh tambah pendapatan. Yang penting ‘gerenti’ sedap.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Zainor Shima Ihsan ini. Anggaran buat untuk sekilo, boleh dapat dalam bekas balang sederhana.Bau wangi, rasa manis masin pedas.
Dah lama tak masak stail ni. Biasa masak sambal basah ikan bilis untuk nasi lemak.Lauk sambal ikan bilis kering ni menjadi favourite saya dan kami sekeluarga. Paling best anak bawak lauk ini balik asrama.
CikMa nak share resepi sambal bilis kering salted egg. Ada sesiapa yang suka makan sambal ikan bilis kering? Ala-ala macam sambal ikan bilis garing Che Nor. Jom kita kongsi resepi sambal ini. Makan dgn nasi panas atau bubur nasi bersama telur goreng sarang pun sodap. Sesuai untuk bekalan tambahan bila nak travel jauh. Kiranya lauk kecemasan kalau tak rajin nak masak lauk-lauk yang lain. Wow..ummphh cer gini.
Resepi sambal bilis garing/kering salted egg.
Bahan-Bahan:
500 gram cili kering kerinting pedas@ cili kering besar tak pedas. Nak mix cili pun ok je. Terpulang mana yang suka pedas.
500 gram ikan bilis kopek
Bawang goreng segera.
Gula halus/gula pasir ( dikisar) agak-agak dalam 1-2 senduk.
Garam bukit. ( pilihan)
Serbuk cheese. ( pilihan)
2 ketul kuib ayam- brand maggie.
Serbuk secukup rasa- brand maggie.
Serbuk salted egg-brand bestari.
Minyak masak untuk goreng cili kering/ikan bilis/kuib ayam.
Cara Membuat:
1. Basuh cili kering sekejap dan tos bagi kering. Gunting kecil-kecil. Kemudian goreng dalam minyak panas sekejap je. Goreng kasi garing. Jangan sampai hangus ye.Cili kering bau hangit nanti tak sedap sambal tu.
Kemudian guna hand blander atau blender kering rempah. Kisar bersama sedikit garam. Biar sederhana halus.
2. Ikan bilis digoreng sampai garing. Bahagi kepada 2 bahagian. Kisar sederhana halus dan kasar.
Dah siap dikisar ikan bilis goreng guna hand blender.
Bahan-bahan cili kering /ikan bilis kasar/halus yang sudah siap kisar.
3. Panaskan minyak. Bila dah panas, ambil 4 camca besar minyak goreng tadi, masukkan 2 ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak.Kacau hingga sebati. Guna api paling kecil sekali.
4. Masuk kan cili kering blender, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula halus, serbuk perasa, serbuk salted egg, serbuk cheese (terpulang nak letak atau tidak).Masa gaul sebati guna api kecil je. Sentiasa gaul dalam 5 minit gitu. Pastu tutup api. Biarkan sejuk.
Bahan-bahan sebelum digaul. Yang putih tu gula pasir yang sudah dikisar. Lagi bagus guna gula halus.
5. Sentiasa gaul semua bahan tadi dalam 5-8 minit untuk sebatikan bahan-bahan supaya tidak hangus dan tutup api. Sejuk kan terlebih dahulu sebelum masukkan dalam bekas.
6. Ada rasa pedas manis masin. Sambal ikan bilis pun bau wangi cheese/salted egg.
7. Dah siap sambal kering ikan bilis garing/kering salted egg. Sedia untuk dimakan.
Saya buat untuk sekilo, dapat dalam bekas balang sederhana.Bau wangi tau.. rasa manis masin pedas.
Info Ekstra!
Jangan guna gula sepaket atau cili kering sikit sangat. Karang manis meleting pulak sambal ikan bilis ni. Agak-agak ikut sesedap rasa tekak masing-masing nak masin manis pedas.
Saya guna cili kering yg jenis BESAR dan TAK PEDAS. Anak-anak dan suami x tahan pedas huhuhu..
Mingguan Wanita: Sedapnya Sambal Garing ni makan dengan bubur atau nasi panas. Bukan apa menu sambal simple macam ni, boleh boleh buat makan bertambah-tambah.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...