Sesiapa yang suka memakai baju putih, memang hebatlah sebab boleh jaga keputihannya dari kotoran atau sisa makan. Tak kurang juga ada yang tidak suka memakainy sebab nampak jelas bila terkena kotoran.
Nak mudah, mulalah buat hiasan dalam almari dan langsug tak dipakai baju putih. Alasannya supaya tak nampak kotor. Namun, tanpa sedar, kalau tersimpan terlalu lama, ia boleh menyebabkan warna kuning.
Rasanya semua akan kelihatan kalau lama simpan dalam almari dan paling ketara tentulah baju putih. Nak buang sayang pula. Kalau dibersihkan tentu masih ada sisa-sisa warna kuning itu. Jadi, jason_jezi ajar cara nak bersihkan warna kuning yang lekat pada baju.
Bukan setakat baju putih yang jadi kuning, kain putih atau sebarang pakaian warna putih yang simpan terlalu lama dalam almari, boleh nampak jelas kuningnya.
Cara nak hilangkan wara kuning itu, senang saja.
Bahan-bahan:
Ubat gigi
Baking soda
Cuka
Air panas
Cecair pencuci
Caranya:
1. Ambil baldi atau besen, Masukkan sedikit ubat gigi, baking soda dan cuka.
.
.
Ads
2. Kemudian masukkan air panas dan cecair pencuci.
.
3. Kacau sebati.
4. Selepsa itu, masukkan pakaian seperti baju atau kain yang ada warna kuning. Rendam selama 30 minit.
.
5. Bilas dsn lihatlah hasilnya.
Ads
Mingguan Wanita : Kalau baju putih memang sayang nak guna. Tapi kalau dah simpan lama dalam almari, boleh jadi kuning pula. Jangan dibuang. Sayang. Sekarang dah tahu cara, bolehlah bersihkan nanti.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Ads
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Lebat sungguh dan memang meriah hasilnya apabila cili kampung yang ditanam, sekali petik sahaja pun dan boleh dapat sedulang! Memang jimat, tak perlu beli cili kampung lagi di pasar.
Rupanya ada caranya untuk dapatkan hasil cili kampung yang meriah merimbun macam ni.Selain dengan siraman air baja, kena pastikan pangkal pokok ditutup dengan sabut, untuk mengekalkan kelembapan tanah.
Bagi yang tanam pokok cili di rumah, boleh tip tanam pokok cili kampung yang dikongsikan oleh Puan So Na Ta ini supaya meriah hasilnya.
Memang simpan untuk raya. Halia & kelapa je kena beli. Dua pokok je yang dipetik, dapat satu dulang.
Tanam dalam bag beras pun dah ok.Sebelah bawah lapiskan dengan sabut kelapa untuk lembabkan tanah. Saya pun bukan tanam kat tanah, tanam dalam tong cat je.
Nak cantikkan daunnya dan banyak buah, biasanya yang saya buat kalau daun keriting saya akan potong pokok tu.Buang mana yang kerinting. Tinggalkan tiga atau empat jari dari tanah.Kalau pokok dah besar potong sejengkal dari tanah
Mingguan Wanita:Memang meriah dan lebat sungguh hasil cili kampung ni. Boleh ikut tip yang dikongsikan dan pastikan pangkal pokok ditutup dengan sabut, untuk mengekalkan kelembapan tanah.
Mudah sangat rupanya mak-mak boleh buat tauhu kering atau fucuk sendiri di rumah. Hanya menggunakan air soya segar tanpa gula.Bukan apa, bila buat sendiri, lebih terjamin tahap kebersihannya, halal malah hilang segala keraguan dari segi cara pemprosesannya. Masak tumis air letak telur dan kentang pun dah cukup sedap!
Berikut perkongsian cara membuat tauhu kering ini oleh Zaujah Abu Syuhadah sebagai rujukan;
Bahan-Bahan:
1 Bungkus Air Soya Segar (tanpa gula)
1 Batang Chopstik
Cara Membuat:
1.Panaskan air soya segar didalam periuk. Gunakan api yang paling perlahan.
2.Biarkan air soya panas dan tidak perlu dikacau sehingga membentuk lapisan berkedut-kedut pada bahagian atas.
3.Apabila lapisan tersebut berwarna kekuningan, ambil pisau dan lalukan dikeliling tepi periuk bagi memudahkan lapisan diangkat nanti.
4.Selepas itu, ambil chopstik dan angkat lapisan tersebut dan tarik perlahan-lahan.
5.Jemur pada cahaya mata hari sehingga benar-benar kering.
Rupanya ada cara mudah untuk mengait buah pada pokok-pokok yang tinggi supaya buah tetap elok dan tak jatuh ke tanah. Biasanya pokok-pokok tinggi seperti betik dan mangga sangat sesuai dengan cara ini berbanding guna galah semata-mata, yang boleh menyebabkan buah jatuh pecah mahupun lebam.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Abdul Rahman Man sebagai panduan.
Alhamdulilah..pokok betik dah tinggi hampir nak sama tinggi dengan tiang api. Terpikir macam mana cara-cara nak amik tapi buah tak rosak.
Cara ni berkesan dan buah pun tak rosak. Sebelum ni nak amik buah betik guna galah dan jatuh rosak macam tu ja.
1.Potong bahagian bawah botol minuman dengan gunting atau pisau.
2. Buatkan dua lubang seperti di dalam gambar dan masukkan cable tie.
3. Ikat cable tie tersebut pada batang kayu/mop dengan ketat.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.