Memang seronok dan puas hati apabila dapat merasa hasil tanaman sendiri. Lebih-lebih lagi buah bidara ni payah nak jumpa dan boleh tahan mahal juga harganya jika dibeli. Rupanya kena ‘sarung’ buahnya dengan kain ‘net’, barulah buahnya elok besar dan tak rosak dikerjakan lalat buah.
Ini tip yang dikongsikan oleh Puan Rosliza Basiran mengenai penanaman Pokok Bidara Epal sebagai panduan.
Buah Bidara Epal. Alhamdulillah,baru kali ni nampaknya menjadi. Tapi kena sarung kalau tak lalat buah dah inject dulu akan jadi kering, kecut, berlubang hitam dan kuning.
Mesti Baca:Rupanya Bila Pokok Berbunga Tapi Buah Tak Lekat, Ini Sebabnya!
Baca Lagi Di Sini:TIP LENGKAP Tanam Pokok ANGGUR Dalam Pasu Elok Menjadi, Lebat Berbuah Cantik!
Net Buah pelbagai saiz boleh beli di sini: https://invle.co/cldr5l3
- Saya beli anak pokok Bidara. Dahan yang sudah bertut dari pokok induk.
- Ambil masa tak lama dalam 5 ke 6 bulan untuk berbuah. Sebab masa beli pun dah ada putik.Beli pokok tut. Cuma nak dapat buah yang betul-betul jadi, ambil masa dan buah beberapa kali tapi tak dapat makan. Ambil masa, kami beli pun masa mula-mula pkp sebab masih belajar cara penjagaan.
- Ambil masa lama nak dapatkan buah yang besar macam nie. Berbuah beberapa kali tapi baru ni dapat yang besar .
- Pokok bidara memerlukan air yg banyak terutama semasa berbunga dan berbuah. Bila buah kuning dan kering itu tanda-tanda air kurang.
- Masa berbunga kena jaga air. Kalau nampak daun macam kecut sebab tak cukup air. Siram pagi dan petang tiap-tiap hari kalau tak hujan.
- Cantas dahan pokok supaya tumbuh tunas baru dan buah pun cantik.
- Rasa buah bidara ni sedap dan rangup macam buah epal hijau. Cuma tak masam macam epal hijau.
- Pokok Bidara Berduri tu Bidara kampung. Orang buat berubat guna daunnya. Buahnya kecil dan pahit. Pokok Bidara yang tak berduri tu bidara epal, buah lebih besar dan sedap dimakan.Dapat bezakan walaupun nampak sama daun, buahnya.
Semoga Bermanfaat!
Artikel Menarik:Siang Udang Jangan Buang Kepala & Kulitnya, Boleh Buat Baja “POWER” Untuk Tanaman!
Lagi Menarik:Buat Sendiri ‘Yellow Trap’ Berkesan Perangkap Hama, Serangga & Lalat Buah!
Mingguan Wanita: Seronok bila dapat merasan hasil tanaman sendiri. Jika ada nak tanam pokok bidara ini di rumah, boleh jadikan tip ini sebagai panduan.
Sumber: Rosliza Basiran
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI