Bahaya bermain badminton di waktu malam, sukan dianggap santai tapi berisiko buat jantung. Ramai antara kita suka bermain badminton selepas waktu kerja. Ramai mahu lepaskan stres di tempat kerja, rasa nak sihat termasuk mahu menghabiskan masa bersama rakan.

Jika ramai sedar, orang yang dilihat sihat namun dikhabarkan rebah tiba-tiba di gelanggang badminton dan ada yang tidak sempat diselamatkan.

Hakikatnya, kejadian sebegini bukan sekadar “takdir” tapi ada penjelasan saintifik di sebaliknya. Tubuh manusia ada batasnya dan bila kita abaikan isyarat keletihan, sukan yang sepatutnya menyihatkan boleh jadi sebaliknya memudaratkan.

Badminton Bukan Sukan Ringan Seperti Disangka

Walaupun nampak santai, badminton sebenarnya antara sukan yang paling mencabar untuk jantung. Ia menuntut:

  • Pergerakan pantas dan berulang termasuk larian mengejut dan lompatan tinggi.

  • Kadar denyutan jantung yang melonjak cepat, kadangkala hingga 80–90% daripada kapasiti maksimum.

  • Penggunaan tenaga yang tinggi dalam masa singkat.

Kajian dalam Frontiers in Physiology (2023) mengesahkan bahawa pemain badminton mengalami peningkatan kadar denyutan jantung dan tekanan sistem peredaran darah yang tinggi sepanjang permainan — menjadikan sukan ini setanding dengan larian pecut dari segi beban jantung.

Apabila dimainkan waktu malam, selepas seharian bekerja, kurang tidur dan mungkin belum makan, jantung terpaksa bekerja dua kali ganda daripada biasa. Inilah antara punca utama serangan jantung mendadak di gelanggang.

Ads
Bahaya Bermain Badminton Di Waktu Malam, Sukan Dianggap Santai Tapi Berisiko Buat Jantung
Lee Kah Chin, 35, dilaporkan tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal selepas bermain badminton minggu lalu. Isterinya sedang mengandung anak ketiga. Dalam rakaman itu, Lee rebah selepas menerima satu pukulan semasa perlawanan.

Pakar Kardiologi Intervensi, Datuk Dr Yap Yee Guan dalam satu temuramah bersama Sinar Daily memaklumkan,

“Aktiviti sukan berkala boleh mendedahkan atau memburukkan lagi masalah jantung yang tersembunyi. Insiden seperti ini bukan terpencil kepada satu kawasan sahaja di Malaysia — individu dari pelbagai peringkat umur telah kehilangan nyawa ketika bersukan.”

Kenapa Waktu Malam Lebih Berisiko

Waktu malam sebenarnya masa tubuh bersedia untuk berehat. Dalam fasa ini, hormon, suhu badan dan tekanan darah semuanya menurun. Jadi bila kita tiba-tiba buat aktiviti berat, tubuh “terkejut”.

Antara kesan yang boleh berlaku:

  • Irama jantung terganggu (arrhythmia) menyebabkan degupan jantung tidak stabil.

  • Kekurangan oksigen dalam darah, terutama dalam gelanggang tertutup.

  • Dehidrasi ringan kerana kurang minum air selepas bekerja seharian.

  • Penurunan refleks dan tumpuan yang meningkatkan risiko pengsan atau jatuh.

Semua faktor ini saling berkait dan boleh mencetuskan serangan jantung terutama bagi individu yang tidak tahu mereka mempunyai masalah kesihatan tersembunyi.

Ads

Kajian yang diterbitkan dalam Frontiers in Cardiovascular Medicine (2022) turut menunjukkan bahawa aktiviti fizikal pada waktu malam boleh mengganggu ritma sirkadian (jam biologi tubuh) dan memberi kesan kepada sistem kardiovaskular. Dalam keadaan tubuh yang sudah penat dan kurang rehat, risiko tekanan jantung meningkat ketara.

Tambahan pula, dapatan dari British Journal of Sports Medicine (2021) mendapati bahawa kombinasi antara senaman intensif dan kurang tidur boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan strok sehingga lebih 50% berbanding individu yang mempunyai pola tidur normal.

Bahaya Bermain Badminton Di Waktu Malam, Sukan Dianggap Santai Tapi Berisiko Buat Jantung

Siapa Yang Lebih Berisiko

Kebanyakan kes kematian mengejut berlaku dalam kalangan lelaki berumur 30–50 tahun. Golongan ini sering:

Ads
  • Mempunyai tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi.

  • Tidak cukup rehat dan terdedah kepada stres kerja.

  • Jarang bersenam secara konsisten, hanya aktif bila ada masa.

  • Tidak pernah jalani pemeriksaan kesihatan berkala.

Gabungan gaya hidup tidak menentu, pemakanan tidak seimbang dan sukan intensif secara tiba-tiba menjadikan jantung sukar dikawal.

Satu kajian di Malaysia turut menunjukkan bahawa penyakit jantung koronari menyumbang hampir 50% kematian yang berlaku semasa aktiviti sukan, dan kebanyakan mangsa adalah dalam lingkungan umur 40–49 tahun (O.P. Murty et al., Sudden Death During Sport Activities: A Malaysian Perspective).

Inilah antara sebab kita terbaca ada yang rebah ketika bermain badminton di waktu malam walau individu itu nampak sihat.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bahaya Bermain Badminton Di Waktu Malam, Sukan Dianggap Santai Tapi Berisiko Buat Jantung

Fakta Pantas

📍 Badminton boleh meningkatkan kadar denyutan jantung hingga 90% daripada tahap maksimum.
📍 Aktiviti fizikal malam hari dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan gangguan tidur.
📍 Kurang rehat + senaman berat = kombinasi risiko tinggi serangan jantung.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI