Setiap orang mencari bahagia dalam hidupnya. Iya, bahagia bukan percuma. Demi mencari bahagia terutama di penghujung usia, anda tetap perlukan formula yang betul untuk memperolehinya.
Jika bercakap soal persaraan diri, wanita ini Marlia Ramli berkongsi tip bagaimana mencapai persaraan diri yang akhirnya tidak memberi beban baik kepada diri sendiri mahupun orang di sekeliling anda.
Kerana, apa yang dikongsikan ini sudah pun dipraktikkan pada dirinya sendiri. Tentunya setiap orang mempunyai bahagia tersendiri, namun bila melibatkan bab persaraan tetapkan kewangan yang stabil jadi sandaran.
Anda hadamkan pesanannya, semoga bermanfaat untuk para wanita.
Persaraan Diri
Akak spesis tak minat bergaya. Minat akak? Bekerja. Kalau tak bekerja? Membaca. Kalau tak membaca? Tidur.
Langsir rumah? Uolls datang 12 tahun lepas, hari ni pun langsir yang sama. Beli mahal sekali tu je, biar berbaloi. Target nak guna langsir sama? Minima 15 tahun baru tukar. Atau 20 tahun jika masih elok. #apeni?
Meja makan? Size 4 orang je. Meja 17 tahun lepas beli masa kawen. Kalau ada tetamu? Ada meja extend kecik. Atau makan bersila. Selesa, luas dan lapang. Dapur akak suka luas. Tak nak banyak barang.
Bilangan anak? Sepasang. Sengaja jarakkan 7 tahun. Ramai yang tanya bila nak tambah lagi? Cukuplah. Kami bahagia dengan anak dua. Anak amanah yang bukan mudah. Lagipun, kami mahu berdating suami isteri, berpegangan tangan dan bercinta.
Kereta? 9 tahun pandu Vios bebas hutang. Elaun RM1,000 majikan bagi untuk transport, itulah kos maintainance, toll dan petrol. Sekarang? Tak de kereta. Belikan suami Vellfire tapi akak yang guna. Suami banyak travel, pandu kereta biru dialah.
Baca sini : Menantu perempuan kena pandai bawa diri, barulah mentua, ipar duit tak berbunyi
Ada Bajet Tambah Bilangan Rumah
Pagar rumah? Kekal pagar hijau yang sama. Extend dapur aja. Lebihnya? Sama je rupabentuk rumah kami 12 tahun lepas hingga hari ni. Ada bajet? Tambah bilangan rumah lain sikit-sikit.
Pendidikan? Anak dalam perut terus plan dana pendidikan. Menabung sikit-sikit supaya anak tak perlu berhutang pelajaran walaupun sekolah swasta. Akaun emas GAP wajiblah ada untuk anak dua.
Yang akak pentingkan? Jenama beras. Penapis air berkualiti. Takaful seisi keluarga mesti premium. Bercuti minima 3-4 kali setahun tak kira dalam/luar negara supaya luas pandangan. Tilam mesti bagus. Mesin basuh mesti bersih dan jimat masa. Sedekah mesti berkala.
Akak dan suami mengamalkan ada part kami kedekut piang. Ada part kami tak berkira langsung. Yang penting? Utamakan perkara yang penting di dalam hidup.
Bahagia Bukan Percuma
Bahagia tidak percuma. Ianya memerlukan bumbung untuk berteduh. Makan minum yang lengkap nutrisi. Dan keperluan asas yang mencukupi. Dana persaraan perlu ada. Ya… bahagia bukan percuma.
Apapun yang kita buat, jaga simpanan dan hutang. Jangan berhutang hingga simpanan tak ada.
Nak mewah? Boleh. Tingkatkan pendapatan hingga masih mampu menyimpan. Lebihan? Bermewahanlah jika mahu.
Tak mampu tingkatkan pendapatan? Terpaksalah berjimat. Yang penting? Simpanan bulanan bertambah.
Semua orang rezeki tak sama. Ini betul. Tapi rezeki juga datang bersama ikhtiar dan usaha. Apapun yang kita buat, jangan hingga mengkhianati masa depan PERSARAAN DIRI.
Salam sayang
#marliaramli_loves
#kongsiilmu
#learnfromobservation
Sumber/Foto : Marlia Ramli
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI