Anak-anak kecil tak dapat membezakan perkara yang baik dan buruk dengan jelas seperti orang dewasa, jadi tanggung jawab mak ayah kena ajar adab sesuai dengan usianya.
Seperti yang dikongsikan oleh saudara Afnan Rosli, mak ayah kena biasakan adab dan tunjuk contoh yang baik dari rumah pada anak-anak.
Dan ada lagi cara yang sangat membantu untuk mak ayah praktikkan dalam kehidupan seharian, jemput baca.
TIP AJAR ADAB PADA ANAK
1. Sentiasa masuk rumah dengan salam dan ciuman. Cium anak-anak, cium isteri anda depan mereka. Ini akan beri satu sense of love & mercy pada anak-anak.
2. Jaga percakapan. Jangan pernah mengumpat jiran, atau sewaktu memandu, jangan mengutuk pemandu lain. Anak-anak anda dengar, hadam dan tiru percakapan anda. Hati-hati.
3. Bila call parents, bagi anak anda bercakap dengan mereka juga. Cucu kalau sembang ngan tok, memang lama. Sentiasa bawa mereka ziarah ibu bapa anda. Makin baik anda jaga ibu bapa anda, makin baik lah anak anda jaga anda nanti.
4. Apabila hantar mereka ke sekolah, jangan asyik pasang Radio atau CD je. Tetapi, Ceritakan pada mereka tentang diri anda. Zaman kecik-kecik anda dulu, zaman bercinta dan sebagainya. This will have a greater impact -Trust Me!
Ads
5. Baca kan pada mereka sepotong hadith setiap pagi. Tak ambil masa lama pun, tetapi kesannya sangat hebat! Cuba lah.
6. Sikat rambut, gosok gigi, perpakaian kemas walaupun anda hanya duduk di rumah. Anak2 perlu belajar bahawa berperwatakan kemas tiada kaitan dengan keluar rumah. Jadikan kemas itu personality mereka.
7. Kurangkan perkataan jangan atau tak boleh. Along, jangan buat itu, along jangan buat ini, along, itu tau boleh, ini tak boleh. Down lah budak tu, fokus pada benda yang mereka kena buat atau boleh buat. Ini akan tambah confidence mereka.
Ads
8. Minta izin anak sebelum masuk ke bilik mereka. Jangan sekadar ketuk pintu terus masuk. Mereka pun akan buat benda sama untuk anda.
9. Mohon maaf pada anak-anak kalau anda ada buat silap. Ini akan mengajar mereka untuk jadi rendah diri dan sopan.
10. Jangan nak jadi sarcastic sangat atau perlekehkan pandangan atau pendapat mereka. Ini akan hilangkan keyakinan mereka, dan menyakitkan hati mereka.
11. Tunjuk kan rasa hormat pada privasi anak-anak anda. Ini penting untuk selfesteem mereka.
Ads
12. Ajar mereka sunnah-sunnah gaya hidup Nabi Muhammad ﷺ. Itu yang terbaik!
13. Elakkan bergaduh/bertekak depan anak. Ada salah faham settle elok-elok belakang mereka.
14. Layan ibu/ayah mereka (isteri/suami kita) macam Raja/Permaisuri.
Macamana kita layan pasangan, macamtu lah anak akan layan kita.
Haaa… dalam banyak-banyak tip di atas, ada yang mak ayah dah biasakan pada anak-anak? Kalau belum, mula hari ini.
Semoga tip ajar adab pada anak ini bermanfaat buat mak ayah terapkan dalam diri anak-anak dan membantu mereka membawa diri di hadapan orang ramai untuk uruskan emosi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ramai orang terlepas pandang dan ramai yang suka gunakan kapas lembab untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Belum lagi cerita bab sesetengah orang yang main belasah mandikan anak dengan air sejuk!
Tolonglah ibu ayah, apabila memandikan bayi janganlah terus masukkan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya apabila memasukkan bayi dalam tab, air mandian tidak menjadi air najis, yang mana kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air. Nak tahu cara mandikan bayi lebih tepat, ikut tip ini…
Cara Dan Adab Memandikan Bayi Baru Lahir
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.
1. Waktu Dhuha
Seeloknya mandikan bayi pada waktu Dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
2. Siram ikut peringkat
Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
3. Cara gosok dan bahan cucian yang betul
Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4. Pastikan ikut cara siraman ini
Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
5. Patutnya ayah yang buat
Mungkin anda rasa ibulah yang terbaik mandikan anak tetapi sebenarnya eloklah tugas memandikan bayi ini dilakukan golongan ayah. Jangan lupa, sambil memandikan anak, hati kena berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
6. Elak siram muka
Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ini boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
7. Akhir dengan siraman ke bawah
Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini kerana risau air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
8. Jangan lupa lap!
Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah. Selepas itu, balutkan bayi dengan tuala kering atau selimutkannya sekali lagi dan peluk dia selama 10 minit untuk memanaskan badannya. Apabila dia sudah memakai baju, balutkan dia dalam selimut yang kering dan suam.
Haaa… jangan terlalu ‘confident’ rasa anda dah mampu mandikan anak dengan cara yang betul, seeloknya semak dan amalkan info ini untuk jaga kesihatan anak. Moga bermanfaat buat ibu-ibu muda!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Walau mustahil, setiap hari doa dia kembali sihat.” Isteri tabah jaga suami koma selepas terlibat kemalangan tiga tahun lalu.
Biarpun hidupnya berubah sekelip mata, namun sebagai isteri dia akur sebagai isteri dia perlu berada di sisi suami.
Walau Mustahil
Walaupun hilang tempat bergantung, wanita ini tetap tabah meneruskan kehidupan seharian selepas suaminya terlantar koma akibat kemalangan sejak tiga tahun lalu.
Menurut Nur Syamsinar Sudin, 30, hidupnya berubah sekelip mata apabila suami, Azizi Ibrahim, 32, terbabit dalam kemalangan di Tanah Merah pada Januari 2019.
“Hati mana yang tidak sedih melihat keadaannya yang terlantar begini, setiap hari saya berdoa semoga suami akan kembali sihat, boleh bangun dan berbual, walaupun itu adalah mustahil.
“Suami koma sejak tiga tahun lalu, tempurung kepalanya terpaksa dibuang, selain patah tengkuk dan dua pergelangan tangan.
“Selepas kemalangan itu, suami saya terpaksa menjalani pembedahan tiga kali di kepala dan tulang belakang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil, Gua Musang, Kelantan.
Isteri Tabah
Tambah Nur Syamsinar, suaminya mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan untuk membeli lampin pakai buang dan susu.
“Untuk menampung perbelanjaan seharian bagi membesarkan anak, saya terpaksa menjual nasi kerabu setiap hari.
“Pendapatan yang diperoleh tidak menentu, hanya cukup makan untuk kami anak beranak.” Katanya.
Terdahulu, Nur Syamsinar menerima kunjungan rombongan Yayasan Kebajikan Muslim diketuai Pengurus Projek Sektor Kemiskinan, Muhammad Azri Abdul Jalil yang menyampaikan bantuan makanan.
Mingguan Wanita : Memang berat bila hilang tempat bergantung apatah lagi melihat keadaan suami yang cukup berbeza. Namun wanita ini tetap memilih untuk terus kuat menjaga suami dan uruskan keluarga. Ternyata dia memang seorang wanita yang hebat!
Adat berumah tangga, kadang-kadang datang dugaan kecil dan kadang-kadir hadir badai bak taufan. Besar atau kecil, mak ayah tetap perlu hadapinya.
Begitu juga dengan rasa insecure yang kerap dikaitkan dengan isteri. Isteri tidak sewenang-wenangnya rasa insecure jika suami tidak memulakan dahulu kerana wanita adalah makhluk perasa.
Canggung sedikit tindak-tanduk suami, seorang isteri dapat hidu serta merta. Oleh itu para suami harus lebih berhati-hati.
Selalunya kalau suami tak jaga ikhtilat dalam pergaulan, memang wajib isteri rasa insecure. Betul tak? Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik ya:
Memang Wajib Isteri Rasa Insecure
Salahkah perempuan rasa insecure? Kenapa dia rasa macam itu?
Bila orang perempuan ini akan rasa insecure?
Selalunya bila pasangannya “berkawan” dengan orang perempuan lain… Contact balik ex-girlfriend, keluar makan dengan kawan-kawan perempuan di office, ada berwhatapps dengan perempuan lain…
Pendek kata, apa saja yang pasangannya buat yang melibatkan perempuan lain, yang boleh menimbulkan keraguan atau syak wasangka dia pada pasangannya dek kerana perbuatan, percakapan, bahasa tubuh, gerak geri, perangai pasangannya terhadap perkara tu, ianya automatically akan buat dia jadi insecure…
A bit… ada sedikit persamaan… Well, perempuan mana yang tidak ada rasa cemburu langsung… Even lelaki pun ada perasaan itu…
Insecure ini lebih kepada rasa takut sesuatu terjadi, rasa takut dengan kehilangan, rasa takut pasangannya itu diambil orang sebab…
Dia sayang sangat-sangat pada pasangannya…
Kalau Suami Tak Jaga Ikhtilat Dalam Pergaulan
Sudah banyak yang dia korbankan untuk pasangannya, sudah banyak yang dia buat untuk pasangannya… Dan dia tidak bersedia untuk “kehilangan” pasangannya…
Perempuan mahkluk perasa… Logik dan waras kalau dia rasa insecure dengan pasangannya kalau pasangannya itu tak jaga ikhtilat dalam pergaulan antara berlainan jantina…
MW: Kadang-kadang pelik bila sang suami sengaja hendak mencetuskan rasa insecure isteri. Sebaiknya jagalah hati isteri dan jangan biarkan isteri terasa dengan sikap suami. Barulah bahagia rumah tangga yang dibina.
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...