“Baca Dah Lah Merangkak” itulah antara luahan selebriti popular Datin Lisa Surihani. Terbaru menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Lisa menyatakan dirinya beberapa kali terpaksa menolak pelawaan dari team Astro Oasis sebagai salah seorang jemputan dalam rancangan tadarus Al-Quran.
“Baca Dah Lah Merangkak”
Dirinya berasa sangat rendah diri kerana masih banyak yang perlu diperbaiki dalam bacaan Al-Quran. Malah dirinya yang mempunyai masalah ‘pelat huruf R’ juga sangat struggle untuk melancarkanbacaan ayat suci Al-Quran.
“Beberapa kali pada tahun-tahun sebelum ini dipelawa team dari Astro Oasis utk participate dalam rancangan tadarus Al-Quran, sebelum ini saya selalu politely decline.
“Terfikir dalam kepala ini, baca dah la merangkak. Segan lah. Mcm-mcm excuse kita bagi.
“Sementara itu, dgn rendah diri ini, saya pasang niat supaya hubungan saya dgn Al-Quran diperbaiki lagi dan lagi. Dengan izin Allah, saya cuba join kumpulan tadarus bersama qariah jiran2 kawasan perumahan, mengaji online one on one, join kelas tajwid dan kelas tadabbur.. SubhanAllah , struggle mmg struggle. Dgn pelat R dia lagi..
“Syukur Alhamdulillah saya dikelilingi keluarga dan sahabat rapat yang banyak memberi dorongan. Saya ingat lagi salah sorang Ustaz itu pernah berkata “sebelum pandai itu , belum pandai kn? Tp bagaimana nak pandai kalau stagnant je tak buat apa2?” subhanAlla,” kongsi Lisa.
Pasangan Niat Dengan Betul
Pada masa yang sama pada tahun ini Lisa berasa dirinya sangat beruntung kerana terbuka hati menerima pelawaan Jom Khatam (Ramadan, Astro Oasis. Dirinya tekad untuk memasang niat dan mahu melancarkan bacaan ayat suci Al-Quran.
Ads
“Bila dijemput untuk sertai Jom Khatam (Ramadan, Astro Oasis) tahun ini, saya berdu’a kepada Allah swt. Pasangkan niat dgn betul. Anggap ia satu kelas mengaji, di mana bacaan kita dipantau Qari Qariah , dan betulkan mana2 yang tersilap. Jikalau penglibatan saya ini dapat membuka pintu hati mereka yang struggle seperti saya utk jadikan Al-Quran best friend mereka, Ya Allah, bukakanlah pintu ruang dan peluang itu utk mereka dan permudah usaha mereka. Tidak perlu fikirkan apa agaknya tanggapan mereka di luar sana yang mungkin kurang positif, but do it solely for Allah swt.
“O Allah, to do this was nerve wrecking and challenging. Please accept this from me and from team of Jom Khatam. Terima kasih suami tersayang kerana menyokong dan menggalakkan. Terima kasih pihak siaran dan produksi yang begitu bersifat “welcoming” and “encouraging”.
“Terima kasih Qari Ustaz Luqman atas bimbingan dan tnjuk ajar. Jazakumullah khayran khatira. Barakallahu feekum. Swipe lagi untuk hadith sahih mengenai ganjaran dua pahala bacaan Al-Quran yang dgn harapan dan du’a memberi semangat untuk kita sentiasa mencuba memperbaiki dan tidak meninggalkan hubungan kita dgn Al-Quran,” sambung Lisa Surihani.
Ads
Moga Terus Istiqamah
Lisa juga menerima komen yang sangat baik dari rakan artis dan juga para pengikutnya di laman Instagram.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebaknya hati, lihat anak kecil seusia 4 tahun dipimpin ayah masuk ke dalam ambulans. Anak itu positif Covid-19, tapi ibu dan ayah negatif. Terpisahlah si kecil itu dari ibu dan ayah selama dirawat dalam bilik isolasi di hospital.
Tidak boleh berjumpa, tidak boleh dicium apatah lagi dipeluk. Jauh terasing dari mak ayah yang selama ini melayan setiap keletahnya. Allahu..
Dan itulah gambaran hakikat yang akan dilalui oleh sesiapa saja yang positif Covid-19. mereka akan diasingkan. Melalui proses rawatan isolasi.. terasing, yang tidak tahu bila kan berakhir.
Sebak sekali membaca catatan Dr Redza Zainol, doktor yang menjadi barisan hadapan berdepan secara langsung dengan pesakit-pesakit Covid-19. Betapa sunyinya mereka, semoga Allah memberi kekuatan kepada semua yang diuji.
Rayuan Seorang Ibu Di Bilik Isolasi
Dari pagi mata ni asyik berkaca-kaca.
Sekejap-kejap ditelan air liur supaya air mata tu tak tumpah.
Setiap kali kami masuk ke bilik isolasi, mereka akan tanya.
“Saya positif Covid ke doktor?”
Saya jawab belum lagi. Belum tahu lagi.
Sebenarnya, hari ni giliran saya menjaga 2 pesakit PUI (patient under investigation) Covid-19 dengan kawan.
Seorang ibu dan seorang anak.
Dari awal saya masuk ke bilik pesakit, ibu ni dah merayu supaya ayahnya boleh datang untuk melawat anak.
Sekejap merayu, sekejap menangis. Sampaikan kita pun nak ikut sama menangis.
“Tolong doktor. Tolong saya. Sekejap je.”
Merayu macam mana pun, jawapannya tetap sama.
Pesakit Covid-19 Perjalanannya Memang Sunyi
Maafkan saya, pesakit begini perjalanannya memang sunyi. Banyak masa mereka ini seorang diri.
Tidak ada pelawat. Tak ada penjaga.
Di dalam wad isolasi, lepas selesai memeriksa pesakit, memberi perawatan, semua staf akan sama keluar dan pintu ditutup.
Perbualan hanya melalui walkie talkie atau telefon. Ada masa kami berhubung gunakan papan putih dan marker melalui tingkap kaca.
Banyak masa kami masuk cuma 2 kali sehari, ikut keperluan.
Deritanya menjadi mereka ini hanya Allah yang tahu. Dan saya, saya hanya buat apa yang termampu.
Selebihnya, saya serahkan pada Allah.
Dan setiap kali saya solat, saya doakan moga mereka ni sembuh. Moga kalian pun sama-sama doakan.
MW : Wahai rakyat Malaysia.. teruslah berdoa untuk mereka.. untuk diri sendiri juga. Kita tak tahu doa siapa yang Allah dengar dan angkat, maka berdoalah terus demi kesejahteraan bersama.
Sumber/Foto : Redza Zainol, Jika apa yang dibuat ni masih belum cukup, ampuni hambamu ini ya Allah.
“Menunggu kepulangan yang tak pernah pulang.” Syahdu suami pergi selepas tiga hari isteri tamat pantang. Beratnya ujian wanita yang dikenali dengan panggilan Jue Azur ini.
Kehilangan suami yang menjadi tempat bergantung harap, sementelah perkahwinan baru saja setahun jagung pasti saja cukup menguji.
Lebih menyedihkan sang suami pergi di saat pasangan ini bahagia menerima cahaya mata pada Februari lalu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul segala kenyataan yang memilukan ini.
Menunggu Kepulangan Yang Tak Pernah Pulang
Perkongsian Jue Azur di akaun Tiktok meraih pelbagai reaksi netizen. Ramai yang mendoakan wanita ini terus kuat berdepan dengan takdir ini.
@jueazur terima kasih pada yang mendoakan arwah suami saya.. semoga doa itu di angkat Allah swt.. semoga syurga buat suami saya.. esok jumaat 1/4 genap 29 hari dia pergi.. Allah syg sebab tu Allah uji.. terima kasih 🙏🏼 #fyp#fypシ♬ suara asli – musicstory._
Malahan tak kurang juga yang turut sama berkongsi kisah yang sama yakni kehilangan suami di saat mengandung dan baru mendirikan rumah tangga.
Ternyata kesakitan dan kesedihan yang dialami ini turut dikongsi oleh wanita-wanita yang senasib dengannya. Rata-rata antara mereka mendoakan agara Jue Azura terus kuat dan menyatakan dia tidak keseorangan.
Selepas Tiga Hari Isteri Pantang
Punca pemergian suami Jue Azur bagaimanapun tidak dijelaskan namun terdapat beberapa komen daripada sahabat dan juga saudara arwah yang menyatakan dia pergi kerana terkena buatan orang.
Sejauh mana kebenaran itu tidak dapat dipastikan. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa arwah dan dalam masa yang sama Jue Azur terus kuat menghadapi ujian ini.
Ramai antara kita yang mendirikan solat, namun sayangnya hanya sekadar mengingat bacaan dalam solat tanpa memahami maksud disebalik bacaan tersebut. Hakikatnya, setiap butir bacaan didalam solat merupakan satu doa, pengharapan dan kata-kata pujian buat yang Maha Esa yang perlu difahami maksudnya.
Pengertian disebalik bacaan duduk antara dua sujud ini contohnya, jika diteliti dan difahami setiap baris bacaannya mampu memberi kekuatan jiwa yang luar biasa buat kita.
Maksud Disebalik Bacaan Duduk Antara Dua Sujud;
ROBIGHFIRLII
(Wahai Tuhan ampunilah dosaku)
Ia mengingatkan kita pada dosa yang telah dilakukan.Dosa adalah beban yang menyebabkan kita berat melangkah menuju redha Allah SWT. Dosa adalah kotoran hati yang membuat hati kelam sehingga hati kita merasa berat untuk melakukan kebaikan.
WARHAMNII
(Sayangilah aku)
Ia mengingatkan hanya mengharapkan kasih sayang Allah berbanding cinta pada manusia.Jika kita disayangi Allah SWT, hidup akan terasa nyaman. Kerana dengan kasih sayang Allah SWT akan dapat dicapai semua cita-cita baik didunia mahupun akhirat.
WAJBURNII
(Tutupilah kekuranganku)
Ia mengingatkan banyak sekali kekurangan yang kita ada seperti kurang bersyukur, kurang sabar, mudah marah, pendendam dan sebagainya. Kekurangan ini sebenarnya hanya mampu ditutup/diperbaiki oleh Allah SWT, yang menjadikan kita dilihat seperti ‘insan sempurna’dimata manusia.
WARFA’NII
(Tinggikanlah darjatku)
Meskipun kita mempunyai banyak dosa dan kekurangan, namun tetap mengharapkan agar Allah SWT dapat meninggikan darjat kita.
WARZUQNII
(Berilah aku rezeki)
Sebagai hamba, kita mengharapkan agar dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah. Sesungguhnya hanya Allah SWT mampu mendatang kan rezeki dari arah yang tak terduga dari pelbagai cabang dan bentuk.
WAHDINI
(Berilah aku petunjuk/bimbinglah aku ke jalan kebahagiaan)
Pengharapan agar diberikan jalan petunjuk dan keredhaan menuju jalan Allah. Diberi jalan keluar,penyelesaian dan kekuatan jiwa diatas segala kesukaran dan masalah yang dihadapi.
WA’AAFINII
(Berilah aku kesihatan)
Pengharapan kesihatan yang baik agar dapat memberi kebaikan dan manfa’at serta tidak menjadi beban orang lain. “Health is not everything, but without health everything is nothing.”
WA’FUANNII.
(Aku mohon maafkanlah segala kesalahan ku)
Permulaan dan pengakhiran bacaan doa disertai pengharapan pengampunan kepada Allah. Meskipun sering lalai dalam melakukan pelbagai dosa dan kesilapan, tetap mengharapkan keampunan dariNya dan mengharapkan agar doa diperkenankan.
Semoga kita beroleh kekuatan jiwa luarbiasa apabila menghayati dan benar-benar memahami setiap maksud bacaan ini, setiap kali mendirikan solat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rita Rudaini dedah sekolah sorok kes buli 'bawah karpet'-"Pelajar senior pukul, ikat pelajar di pokok sampai tak boleh berjalan." Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini mendedahkan pengalaman pahit apabila salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya menuntut dikatakan terbabit dengan kes buli yang serius, namun cuba ditutup oleh pihak pengurusan sekolah.