Asyraf Khalid meluahkan walaupun bergelar anak kepada ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) dan anak tiri kepada penyanyi wanita tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, namun dia lebih selesa berdikari dan bukanlah seorang yang meminta-minta dan jauh sekali bergantung harap kepada ayahnya.
“Saya bersyukur sebab ayah banyak mendidik sejak kecil dan membentuk untuk diri ini menjadi seorang yang berdikari tanpa meminta-minta kepadanya. Masa muda, ayah paling pantang kalau saya minta duit kepadanya.
“Ayah nak saya faham tentang erti kehidupan dan kebiasaan mencari wang sendiri. Itu yang membuatkan saya takut untuk minta apa-apa daripadanya sampai sekarang. Itu juga yang membuatkan saya jadi seperti hari ini berkat didikannya.
“Dari kecil, ayahlah yang berikan segala galanya untuk saya. Apabila sudah meningkat dewasa dan berkahwin, mana mungkin saya nak susahkannya lagi selain terus berada di bawah ketiaknya.
Ads
“Hati siapa yang tak terguris kalau balik balik pandangan sama yang dilemparkan orang luar. Rasa kadang kadang macam loser, kerana mereka fikir saya kecapi semua ini dengan cara mudah selain tanggapan klise.
“Jujur saya tak boleh menafikan rasa bengang, jelak dan amarah itu pernah bersarang sampai naik geram. Biasalah yang orang nampak hanya keindahan, di sebalik semua itu… tak ada siapa yang tahu.
“Cuma tak adil jika mereka terus berandaian begitu dan begini. Tapi kalau terus larut dengan rasa negatif itu pun saya tak akan ke mana. Saya lawan segala rasa,” katanya membuka bicara.
Ads
Foto: Instagram @tyaarifinnw
RM10, Pilih Makan Dikantin Atau Restoran Mamak
Asyraf mengakui sejak mendirikan rumahtangga dengan isteri tercinta Tya Arifin yang juga artis popular dari seberang, isterinya menjadi saksi jatuh bangun dirinya. Malah dia rasa sangat bertuah kerana Tya sangat memahami dan sanggup harungi hidup susah senang bersama.
“Tya banyak melihat dan melalui serba serbi kesukaran dan kepayahan hidup. Bisnes yang gagal dilakukan juga berakhir dengan pelbagai ujian termasuk saya berdepan dengan hutang yang banyak.
“Pernah satu tahap saya dan isteri sampai kena catu makanan kerana kekangan duit. Kami hanya ada RM10 untuk memilih sama ada makan nasi goreng di kantin atau di restoran Mamak.
Ads
Bersyukur dengan kehidupan kini disamping isteri dan anak-anak kesayangan. Foto: Instagram @tyaarifinnw
“Lepas itu nak bina perniagaan baru balik bukan mudah. Tapi saya berkeras untuk melaluinya tanpa meminta pertolongan sesiapa. Termasuk ayah. Saat saya bernikah dan mempunyai anak, diri ini terfikir takkan nak beli lampin pakai buang pun ayah masih nak tanggung.
“Saya bertatih sendiri dari bawah. Ikutkan sejak usia tujuh tahun lagi saya sudah jual pen di sekolah dan macam macam lagilah lubuk perniagaan yang dicuba.
“Berbekal semangat, ilmu dan pengalaman, saya bangkit semula. Perjuangan itu bagai baru bermula dan perlahan demi perlahan, saya bina kembali empayar dunia niaga sehabis baik,” kata bapa kepada dua cahaya mata comel, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa juga optimis membangunkan perniagaan jamu jenama Mutyara yang diusahakan oleh isterinya Tya Arifin.
Di akhir bicara, sekalipun selesa berdikari, Asyraf berbangga kerana dia memiliki tenaga sokongan jitu di belakang iaitu keluarga tersayang.
Hannah Delisha ikut nasihat ibu, awal kehamilan kena rehat secukupnya. Pemilik nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch, 27, akur jika ditakdirkan dirinya menimang anak selepas berusia 30 tahun.
Seperti yang diketahui ramai pada bulan April tahun lalu Hasrat untuk menimang cahaya mata pertama tidak kesampaian selepas dia mengalami keguguran. Ketika itu, bayi yang dikandungnya sudah 13 minggu.
Hannah Delisha Ikut Nasihat Ibu
Terbaru menerusi laporan Kosmo Online! Hannah akui dirinya dan suami Imam Shah mengimpikan kehadiran cahaya mata dan akur jika ditakdirkan menimang anak selepas berusia 30 tahun.
Malah dirinya juga berpegang dengan nasihat ibu agar mengamalkan perancangan keluarga.
“Sebelum gugur, saya tidak percayakan perancangan keluarga. Ibu sering mengingatkan saya apabila melihat saya terlalu sibuk dengan kerja.
“Ibu suruh jaga kesihatan kerana badan setiap orang tidak sama. Ada orang boleh kerja kuat sampai bersalin pun tiada apa-apa berlaku.
“Namun, badan saya mungkin tak sekuat itu, jadi jika ditakdirkan mengandung, saya kena berehat pada trimester pertama. Buat masa ini, belum ada apa-apa memandangkan saya sibuk dengan penggambaran drama 50 episod untuk Ramadan,” kongsi Hannah.
Lebih Peka Keadaan Tubuh
Jika ditakdirkan mengandung kelak, dirinya perlukan rehat yang secukupnya.
“Saya sedar kita hanya boleh rancang, tetapi Allah yang tentukan. Jadi, kalau rezeki dapat anak selepas mencecah usia 30 tahun saya kena terima.
“Ada wanita yang boleh bekerja dalam tempoh waktu yang panjang dan keluar sana-sini tapi bila sampai waktu melahirkan, semuanya mudah saja.
“Sekarang saya faham keadaan tubuh saya. Trimester pertama kandungan saya perlu berehat dan nampaknya kena ada perancangan keluarga,” jelas Hannah.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak MUA Bellaz cedera, penutup ‘flush toilet’ terjatuh, hempap kaki. Selebriti media sosial dan usahawan kosmetik, Muabellaz, berkongsi detik cemas apabila anaknya, Eica, mengalami kecederaan selepas ditimpa penutup flush toilet yang berat.
Anak MUA Bellaz Cedera, Penutup ‘Flush Toilet’ Terjatuh, Hempap Kaki
Menerusi hantaran di Instagram, Muabellaz menjelaskan kejadian berlaku sejurus selepas beliau menamatkan siaran langsung (live). Bunyi dentuman kuat dari tandas mengejutkan mereka sebelum mendapati penutup flush toilet terjatuh dan menghempap kaki Eica.
“Benda nak jadi sat ja hampaa… doakan kakak Eica cepat sembuh. Elok-elok lepas habis live, terdengar bunyi kuat dalam toilet. Rupa-rupanya tudung flush toilet jenis berat tu tertimpa kaki dia. Allah, anak uii… doakan Eica cepat sembuh,” tulisnya.
Menurutnya lagi, hasil pemeriksaan mendapati tulang kaki anaknya patah di bahagian jari kaki nombor lima.
“Kaki dia anak no. 5 patah… weh scan. Semoga cepat sembuh. Doktor kata nasib tak ada luka dan tidak besar, kalau tidak kena operate,” tambahnya.
Dalam gambar yang dimuat naik, Eica kelihatan duduk di kerusi roda sambil ditemani ahli keluarga. Kejadian itu turut mengundang simpati dan doa daripada para pengikutnya di media sosial yang mendoakan agar Eica segera pulih dan tidak mengalami komplikasi lanjut.
Terkesan dengan konflik yang berlaku dalam rumahtangganya namun isteri Shuk Sahar akui hidup perlu diteruskan.Isteri kepada pelawak dan penyampai radio Shuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah kekal positif dan kuat.
Pergolakan rumah tangga Shuk kembali hangat diperkatakan dalam laman sosial setelah Sera mendakwa suaminya curang sekali lagi.
Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.
Isteri Shuk Sahar Teruskan Hidup Demi Dua Cahaya Mata
Perkongsi Rossalennah atau mesra dikenali sebagai Sera menerusi akaun Instagramnya yang terbaru menyatakan apa pun yang berlaku, hidup perlu diteruskan demi dua cahaya mata mereka iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimy, 2 tahun.
“No matter what happen, life must be go on (apa pun terjadi hidup perlu diteruskan) sebab ada dua anak lagi Sera nak kena tanggung.
“I am a strong women because a strong women raised me (saya wanita yang kuat sebab dibesarkan oleh wanita yang kuat),” tulisnya.
Dedah Suami Curang
Terbaru menerusi perkongsian di Instagram milik isterinya, Sera telah mendedahkan tentang kecurangan suaminya dengan wanita yang sama.
Pendedahan tersebut ternyata menggemparkan dan wanita yang mempunyai dua cahaya mata ini juga memberitahu Shuk tidak mahu keluar dari rumah wanita tersebut walaupun sudah dirayu. Sera juga mendapat tahu bahawa Shuk masih lagi berhubung dengan Fara dan suaminya itu tidak pulang ke rumah dan tinggal di rumah wanita berkenaan.
Suaminya, Shuk Sahar semalam digantung kerja serta merta sebagai penyampai radio Hot FM di slot Geng Pagi Hot.
Pihak pengurusan stesen radio Hot FM telah mengesahkan tindakan tersebut diambil terhadap Shuk menerusi satu kenyataan media semalam.
“Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman tentang isu beliau yang sedang tular di media sosial.
“Perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai,” katanya.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...