Seharusnya begitulah anak-anak, biar dah berjaya melangit, glamour ke tahap puncak sekali pun, hak mak ayah tetap ditunaikan tanpa bernanti-nanti.
Pelakon drama rantaian Nur, Noorkhiriah Ahmad Shapie ini meletakkan ibunya di takhta teratas selain suami dan anak-anak. Kerana ibulah sumber kekuatan dirinya sebagai seorang anak.
Momen mengingat mak ini tiba-tiba terakam semula di ingatan Noorkhiriah dalam bulan puasa ini. Catatnya, “Baru lepas makan sambal itam mak buat. Macam nampak mak je dalam bubur lambuk ini.”
Ads
“Hadeh.. tetibe rasa macam nak balik kampung. Korang jangan sia-siakan mak kita yang sorang ni. Dulu time akak jatuh frust tergolek dog. Mak pesan satu je, ‘boipren boipren ni leh cari ganti.. tapi mak tak de ganti dah.”
“Itulah penguat semangat akak bila down. Zaman dululah.. zaman sekarang nak frust mende? Gedik ar kalu frust-frust ni.”
Ads
Mak Masak Air Pun Sedap.. Air Tangan Mak Kan
Kata Noorkhiriah lagi, “time bulan puasa gini hok yang darjah satu punya kisah pun boleh ingat balik. Time sahur.. time berbuka.. penuh meja.”
“Ntah pape je atas meja time tu. Mak masak air pun rasa sedap. Air tangan mak kan.. Bila tanya mak OK? Tak de yang tak OK. Rindu anak-anak pun mak diam je.”
Ads
“Sedar-sedar wasap suh balik. Maka anak-anak pun meluru cari date bagi semua berkumpul. Kadang dapat, kadang berterabut baliknya.”
“Tapi takpe janji balik. Moga Allah sihatkan mak.. rahmari mak. Mak, saya rindu ngat ke Pak. Semalam (4 hari lalu) genap 5 tahun arwah Pak pergi. Allah ambil hak Dia.”
Akui Noorkhiriah lagi, ibunya itulah kebahagiaan dirinya selain daripada suami dan anak-anak. Biarpun ayahnya sudah tiada, tidak bermakna ibunya tidak berhak untuk bahagia.
MW : Cuma nak khabor, “hakak pun pernah merasa sambal itam mak Norkhiriah ni. Memang power.. dia punya sedap original pior Pahang.”
Tiada perkara yang lebih membahagiakan bagi pasangan suami isteri, apabila bakal menerima cahaya mata didalam rumahtangga sebagai pengikat kasih sayang. Walaupun masih dalam mood pengantin baru, alhamdulillah rezeki buat pasangan pelakon Fasha Sandha,35 dan Aidil Aziz,31 apabila mengumumkan bakal menerima anak pertama hasil perkahwinan mereka yang dijangka lahir pada Februari tahun depan.
Menerusi posting terbaru Fasha Sandha, pelakon ini ada kongsikan perasaannya setelah disahkan hamil dan menjawab pelbagai pertanyaan ramai yang sering diterima di Instagramnya.Antaranya tips mudah hamil, bahagia peluang kedua serta tips kekuatan selepas perceraian.
Menjawab persoalan tersebut, menurut Fasha kena percaya pada keajaiban doa dan tukar cara berdoa agar segera dimakbulkan disamping berusaha. Fasha turut berpesan bahawa segala didalam dunia ini adalah pinjaman dan banyakkan berdoa agar ia berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Syukur Alhamdulillah.Kali ke dua nampak suami mengalirkan air mata semalam (kali pertama di hari pernikahan kami). Rasanya terlalu awal untuk berkongsi kerana kehamilan ini terlalu awal, tak mengapa, Redha.Semoga kandungan ini selamat sehingga melahirkan”.
“Ramai bertanya, apakah tips mudah hamil~ Ramai juga DM untuk mengadu dan bertanya tips untuk bahagia di peluang kedua, ada mengadu kahwin dah lama tapi belum hamil, ada juga DM mintak kekuatan selepas penceraian.”
“Saya ingin kongsi pada semua, Jawapannya adalah ‘Doa’, Percayalah pada keajaiban Doa. Its Miracle. Selepas pada bulan pertama berkahwin, suami bertanya saya, adakah saya hamil, jawapan saya ~ belum lagi sayang. Dia kata dia nak cepat dapat baby sebab kawan-kawan di umur dia kebanyakan dan 2-3 anak. Oh.. dia nak mintak baby cepat”
“Bila masuk bulan kedua, saya terus menukar pattern doa saya, saya tambah kan ayat lain dalam doa, dan saya berusaha, syukur Allah makbulkan dalam masa yang singkat.”
“Kepada yang telah lama berkahwin dan masih menunggu saat ini, cuba ikut cara ni, tukar dan tambah ayat dalam doa, Allah Maha mendengar. Kalau nak merayu, merayulah pada Nya. Syukur Alhamdulillah , Allah maha mengetahui.” “Kepada yang bertanya, macam mana nak dapat kekuatan dan bagi peluang pada orang baru, hmmm macam ni lah..Saya sendiri pun tak pernah terpikir saya akan kahwin kali kedua sebab terlalu selesa menjadi ibu tunggal. Tiba-tiba je Allah buat kita terkenal tanpa dirancang, dan sama-sama tersuka, dan dan selamat menjadi suami isteri”.
“Lagi satu, selalu kena ingat ‘semua dalam dunia ni adalah ‘Pinjaman’, Allah yang bagi, dan Allah berhak ambil balik bila-bila masa je, cuma kita teruskan berdoa agar Pinjaman Allah ni berkekalan sehingga ke Akhir hayat, Insyaallah”
“Gambar ni diambil semalam di studio adikku @pinography . Terima kasih adik! @arymuzamer juga.Tahu tak , semalam satu studio menangis ?I terkejut tengok, cuma tak sempat nak rakam je. Rugi tak letak camera di semua tempat,kenangan manis ❤Tahniah encik suami kerana berjaya menjadi ayah kepada 3 anak. (2 anak instant dan 1 anak kita).Insyaallah kalau ada rezeki dan dipermudahkan,due date pada jatuh pada 2 Feb 2020. Syukur”
Terdahulu, pasangan ini telah berkahwin pada 30 Mac lalu.Ia merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha. Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli,6 dan Putri Raysha Jemaima,5.
MW: Setuju dengan apa yang Fasha Sandha kongsikan. Banyakkan berdoa dan percayalah pada keajaiban doa.Meminta dan merayu pada Nya tanpa henti, insya Allah segala yang dihajati akan segera dimakbulkan. Buat Fasha Sandha dan Aidil Aziz, tahniah diucapkan, semoga kandungan sihat dan membesar dengan sempurna serta menambah kebahagiaan dalam rumahtangga.
Semalam, 2 Ramadan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman membuat kejutan dengan memaklumkan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sedang hamil bayi kembar.
“Saya sengaja nak rahsiakan isteri saya tengah pregnant. Nak buat surprise kat semua. Tapi dugaan mungkin stress dengan keadaan semasa baru-baru ni di mana banyak pihak membesar-besarkan.”
“Dan mungkin sebab tu.. berlaku pendarahan yang agak banyak dan mungkin mengalami keguguran. Bila scan pula doktor bagitau baby kembar.”
Sebaik tahu keputusan doktor, hati suami ini dipagut rasa pilu. Beliau meminta pandangan bagaimana cara mahu elakkan dari berlaku keguguran.
“Ya Allah sayang ya.. ada caranya tak nak selamatkan baby dari gugur?”
“Mudahan kedua-dua anak saya dalam kandungan selamat.”
“Doakan ya semua sahabat IG dan FB. Mudahan dipermudahkan segala urusan. Doa kalian amat saya hargai.”
Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan 4 cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahrah, 8, Ibraheem Adham, 6 dan Yusoff Al Qardawi, 11 bulan.
Oktober dua tahun lalu, mereka mengambil anak angkat iaitu Ameena.
Pelakon dan usahawan, Hanez Suraya mengakui secara tiba-tiba dia terlalu obses dengan drama-drama Korea dan muzik K-Pop sejak hamil anak kedua.
Malah Hanez juga sering menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan menyaksikan program-program hiburan dari negara berkenaan.
“Sebelum ini, saya memang meminati budaya dan industri negara berkenaan. Tetapi, tidaklah terlalu obses seperti apa yang saya alami sewaktu hamil.
“Sehinggakan, saya pernah mengajak suami saya untuk bercuti di sana. Memang minat sangat, tidak hanya dunia hiburannya semata-mata,” katanya ketika ditemubual pada majlis pelancaran produk pewarna bibir, Cake Pop serta ‘Baby Shower’ di Hotel Grand Millennium baru-baru ini.
Pada majlis tersebut, Hanez yang kini hamil tujuh bulan turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada awal Julai depan.
“Disini saya turut mahu berkongsi yang saya bakal melahirkan anak perempuan tidak lama lagi. Jadi saya boleh beraya dulu sebelum bersalin. Alhamdulillah bayi dalam kandungan sihat,” ungkap Hanez.
Hanez yang juga suka berniaga, menjelaskan dek kerana k-pop, terus tercetus idea untuk mengeluarkan pewarna bibir yang diberi nama Cake Pop.
Menurutnya lagi, dia mulai tergerak hati untuk memasarkan produk pewarna bibir kerana terpengaruh dengan solekan natural pelakon-pelakon Korea yang sering ditonton di layar kaca.
“Sejak obses dengan perkara tersebut, saya sangat tertarik dengan solekan jua. Tampak semula jadi dan tampak segar. Disebabkan hal itulah, saya memilih untuk mengeluarkan pewarna bibir ini. Ia mempunyai tiga variasi warna bersama perisa berbeza,” katanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!