Misteri kehilangan Fatimah ini, dikongsikan Zulkarnain Zakaria yang menemuramah suaminya, Haji Osman Abu pada pertengahan tahun 2003. Biar pun sudah lama berlalu, kejadian itu tetap segar dalam kotak ingatannya.
Acap Dan Fatimah : Ghaib
Di mana Acap? Ramadhan sudah hampir seminggu (ketika status ini dimuatnaik). Tiga minggu lagi Syawal. Sudah hampir dua bulan Acap hilang di Gua Tempurung, Perak, semasa menyertai Gopeng Ultra Trail pada 23 Mac lalu. Pasti keluarga Acap sedang bersedih dan mengharapkan kepulangannya.
Sesat? Atau, seperti yang didakwa banyak pihak, Acap telah dibawa ke alam lain oleh makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar? Dia tidak dapat keluar dari alam itu, berkahwin dengan penghuninya dan kini lebih bahagia tinggal di sana?
Wallahua’lam.
Semuanya masih misteri. Kita doakan saja Acap selamat dan suatu hari nanti pulang semula ke pangkuan keluarganya.
Saya tidak mahu cerita bab itu sebab anda boleh membacanya di medium lain. Yang saya hendak cerita ialah sebenarnya selain Acap, sudah banyak kisah ghaib berlaku di dalam masyarakat kita. Mereka ini hilang dalam keadaan yang misteri dan terus tidak dijumpai sehingga hari ini.
Mari saya kongsikan satu cerita: Kejadian ini di ceritakan kepada saya oleh Haji Osman Abu, yang saya temui di rumahnya di Kampung Pangkalan Minyak, Ayer Molek, Melaka, pada pertengahan 2003.
Ads
Fatimah Cari 2 Budak Di Sebelah Yang Sebenarnya Tiada..
Kata Haji Osman, pada pagi 20 Disember 2000 dia membawa Fatimah minum di warung berdekatan. Sewaktu dia rancak berbual dengan kawan-kawan, Fatimah tertidur di meja. Tidak lama kemudian Fatimah terjaga dan mencari-cari dua orang budak yang tadi duduk di sebelahnya (sebenarnya tiada).
Fatimah kemudian mengajak Haji Osman pulang kerana ada orang sedang menantinya di rumah. Benarkah apa yang Fatimah katakan itu? Tidak. Tiada sesiapa yang menanti mereka di rumah.
Cerita Haji Osman, pukul 2.30 petang, dia berbaring di sofa, manakala Fatimah membasuh pinggan di dapur. Tapi tidak lama kemudian, senyap saja. Dia tidak dengar sebarang bunyi lagi. Fatimah pun tidak kembali ke ruang tamu.
Haji Osman cari isterinya itu di dapur, di bilik dan sekeliling rumah. Tidak ada. Mungkin rumah jiran-jirannya, juga tiada.
Ads
Di mana Fatimah?
Tiba-tiba Isterinya Ghaib Dari Rumah
Mereka mencari pula di Bukit Busut Licin, di hadapan rumah Osman. Fatimah yang berusia 73 tahun dan mula nyanyuk, sebelum itu sering ke Bukit Busut Licin kerana katanya, di situlah arwah ibunya tinggal. Fatimah selalu bercerita pada Haji Osman bahawa ibunya itu kini hidup dalam sebuah mahligai yang sangat indah. Arwah ibunya juga sering memanggil dan mengajaknya tinggal bersama.
Usaha mencari dilakukan dengan bantuan polis. Malangnya hinggalah ketika saya bertemu dengan Haji Osman pada 2003, Fatimah masih tidak dijumpai.
Ke mana dia menghilang? Tiada siapa tahu. Dua orang jiran Haji Osman, namanya Misah dan Zaiton memberitahu saya, mereka selalu terhidu haruman bunga kenanga dan minyak atar yang sering dipakai oleh Fatimah.
Selalunya, bau itu akan terhidu di ruang tamu, dapur, halaman dan tepi jalan tempat mereka sering berbual dengan Fatimah. Seolah-olah Fatimah ada di situ, tapi mereka tidak dapat melihatnya.
Ads
Bau Minyak Atar & Bunga Kenanga.. Itulah Haruman Fatimah Selalu Guna
Ada juga penduduk yang lalu di hadapan rumah Haji Osman pada waktu malam terhidu bau minyak atar dan bunga kenanga.
Zaiton juga memberitahu saya, tidak tahu mengapa, Fatimah selalu muncul dalam mimpinya, memberitahu bahawa dia nampak Zaiton, tetapi Zaiton tidak dapat melihatnya. Seorang kanak-kanak pula pernah ternampak Fatimah di bawah sepohon pokok di kebun milik Haji Osman. Tapi hanya budak itu saja yang nampak.
Percayakah anda bahawa Fatimah sebenarnya masih hidup, tetapi telah berpindah alam?
Fatimah tidak dijumpai sehinggalah Haji Osman meninggal dunia beberapa tahun kemudian.
Nanti sambung, saya ceritakan kisah lain pula.
MW : Sayu kisah ini.. sehingga suaminya meninggal, Fatimah masih belum juga ditemui. Al Fatihah untuk Haji Osman, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Anak 8 tahun hampir mati disihir, ibu nekad bongkar wajah pelaku jika tidak tampil bertemu. Permintaan seorang wanita yang mahu individu menyihir keluarganya tampil bertemu mereka sekeluarga menjadi viral di media sosial sejak semalam.
Dikenali atas nama @ Kak Putri di facebook, wanita ini yang juga seorang pengusaha perabot berkongsi situasi anak lelakinya berusia 8 tahun yang sedang mendapatkan rawatan sebuah di hospital. Namun apa yang agak menyeramkan, anaknya dilihat mengeluarkan suara agak menyeramkan seolah-olah dirasuk. Dengan keadaan tangan diikat, dengan tubuh yang sedikit kurus kerana tidak makan, kedengaran suara garau anak lelakinya.
Anak 8 Tahun Hampir Mati Disihir
Berdasarkan perkongsiannya, dirinya menjelaskan, mereka sekeluarga berdiam diri adalah kerana sedang melawan sihir yang dikenakan kepadanya namun terkena kepada anak kecilnya.
“Assalammualaiakum. Saya baru ada kekuatan untuk kembali semula. Saya lama diam bukan sengaja tapisaya sekeluarga sedang berjuang melawan SIHIR. Ye sihir !!!!
“Sebenarnya dah sangat lama. Cuma saya senyap dan tak expose dan banyak bagi alasan untuk jumpa atau berurusan. Meniaga saya pun tinggalkan gitu jer sebab fokus saya untuk berubat saja. Keadaan saya semakin baik.
“Tapi baru-baru ini yang terkena sihir adalah anak saya yang berumur 8 tahun pula. Sihir tu sebenarnya dituju untuk saya tapi terkena anak saya. Anak-anak saya yang lain terkena sikit dan makin sembuh tapi anak saya yang umur 8 tahun ni yang terkena paling teruk dan hampir MATI !!!!!!
Sekarang dia makin pulih tapi ingatan dia masih hilang dan walaupun dah makin pulih dia tiap-tiap malam akan menangis minta tolong kerana masih dalam kesakitan.
Dirinya turut menjelaskan 16 orang Ustaz yang mereka sekeluarga bertemu malah ada antara mereka yang mengatakan sihir yang dikenakan hanya akan boleh berhenti jika tidak diberi makan (makhluk halus tersebut). Dirinya juga sudah bertemu ahli keluarga penyihir itu tapi tidak dilayan.
Ibu Bakal Bongkar Wajah Pelaku Jika Tidak Tampil Bertemu
Malah dirinya juga berkata akan berkongsi wajah penyihir itu jika enggan bertemunya sebagaimana di mahukannya. Menjelaskan penyihirnya itu duduk di Simpang Rengggam, Johor dan sudah tidak kisah tentang aib. Cuma apa dimahukannya adalah anaknya kembali sembuh dan bukan mengancam nyawa seperti dilaluinya kini.
SAYA BUKAN SAJA2 HILANG ,SAYA MINTA MAAF PADA CUSTOMER DAN PARTNER2 SAYA.ALHAMDULLILAH SAYA SEMAKIN BAIK,DAN TOLONG DOAKAN SAYA DIBERI SEMANGAT UNTUK BANGKIT. LAMA DAH SAYA TAHAN DERITA NI. DAN TOLONG LAH DOAKAN ANAK SAYAANAK SAYA MASIH DALAM KEADAAN TAK BAIK . 16 ORANG USTAZ KAMI DAH CUBA BERUBAT,DAN KAMI MASIH LAGI DALAM RAWATAN PIHAK HOSPITAL.ALHAMDULLILAHH PIHAK HOSPITAL JUGA BANYAK BANTU DAN BAGI SOKONGAN PADA KAMI.
NANTI SAYA AKAN SPILL KISAH SIHIR YG KAMI LALUI .ORANG YG SIHIR KAMI PUN SAYA AKAN SPILL TERMASUK KRONOLOGI DIA. SAYA DAH MOHON MINTA TOLONG AHLI KELUARGA ORG YG SIHIR KAMI TAPI MEREKA TAK LAYAN .
SAYA MEMANG TERDESAK CARI PEREMPUAN TU SEBAB DIA SAJA BOLEH BERENTI KAN SIHIR NI.SEBAB MAHLUK YG DIA HANTAR NI DIBERI MAKAN (menurut peramal perubatan islam) JIKA BENDA TU DI STOP DARI BERI MAKAN,BENDA TU AKAN LEMAH DAN MAKIN LEMAH DAN AKAN TINGGAL KAN BADAN ANAK SAYA. TAPI TU LAH DIA LARI2 TAK NAK JUMPA,MENGELAK DAN BLOK SAYA.
PEREMPUAN TU ORANG SIMPANG RENGGAM .LAHIR TAHUN 80 SEKOLAH SDARA,IBU DIA DUDUK DI TAMAN TIARA PERDANA.
SAYA MASIH BAGI PELUANG UNTUK DIA JUMPA SAYA SELESAI KAN SECARA BAIK .TAPI KALAU DIA BERDEGIL SAYA AKAN SPILL SEMUA DAH TAK PIKIR AIB DIA AIB SAYA ATAU AIB SESIAPA. AIB DAH TAK PENTING BAGI SAYA.SAYA CUMA NAK ANAK SAYA SIHAT. ANAK SAYA BARU BER UMUR 8 TAHUN !!!!! NAK SIHIR AKU SAMPAI MATI SILA KAN!!!! TAPI JANGAN KACAU ANAK AKU
.
UNTUK KAWAN2 YG DOAKAN SAYA ALHAMDULLILAH SAYA MAKIN SIHAT. TAPI TOLONG LAH DOA KAN ANAK SAYA YG SEDANG DERITA TU.
KEPADA SEMUA CUSTOMER DAN PARTNER2 SAYA YG SAYA TINGGAL KAN GITU JE SAYA MINTA MAAF.SAYA MEMANG TAKUT NAK BAGITAHU HAL SEBENAR SEBELUM NI SEBAB SAYA MASIH BERUBAT.TAPI SEKARANG BARU SAYA BERANI SEBAB SAYA SEMAKIN SIHAT.
SAYA BAGI PELUANG KAUM KERABAT POMPUAN NI JUMPA SAYA DAN TOLONG BANTU SAYA CARI POMPUAN NI DAH LARI2 SAYA TAHU FAMILY PEREMPUAN NI BACA POSTING NI. SAYA MASIH BAGI PELUANG. KALAU MASIH LARI2 SAYA AKAN SPIL SEMUA VIDEO POMPUAN NI! SPILL MUKA SPILL FAMILY DIA SEBAB MASIH SEBELAH KAN POMPUAN NI WALAUPUN DAH SALAH.
KAWAN2 SEMUA TOLONG SHARE BANYAK2 BIAR POMPUAN NI TIMBUL.
ADA RAMAI JUMPA SAYA TANYA KENAPA SAYA KURUS .YE BETUL SAYA LOST 17 KILO SEBAB SAYA SEDANG SAKIT DERITAORANG PUJI SAYA MAKIN KURUS TAPI TAK TAHU DISEBALIK KURUS TU SAYA DERITA .
TOLONG SHARE YE BANTU SHARE SAMPAI PEREMPUAN TU TIMBUL .UNTUK SETTLE KAN APA YG DIA BUAT .KALAU DIA MASIH TAK JUMPA SAYA ,TUNGGU POSTING KE 2 SAYA YG AKAN TUNJUK VIDEO DAN MUKA PEREMPUAN NI .SERTA ORG2 YG BACKUP PEREMPUAN NI. TERIMA KASIH SEMUA.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sesungguhnya pengorbanan dan kasih sayang mak berkekalan hingga ke akhir hayat. Sentuhan air tangannya adalah yang paling sedap dan sangat dirindui bila mak dah tiada lagi di dunia. Masakan terakhir yang sempat disediakan buat anak, pastinya menjadi lambang kasih abadi yang akan dikenang selama-lamanya.
Catatan perkongsian Puan Ila Syazielapagi ini dalam group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official begitu meruntun hati siapa pun yang bergelar anak.
Menurut Ila Syaziela, pada 16 Mac semalam, arwah emaknya Salmah Binti Kadir sempat memasakkan bubur nasi buat adiknya yang ketika itu sedang demam, sebelum meninggal dunia kerana dilanggar kereta ketika mahu melintas ke kedai.
Berikut catatan tersebut;
Ni bukan Masak Ape Tak Jadi, tapi ni masakan terakhir arwah mak saya sebelum dilanggar kereta ketika hendak melintas jalan pergi kedai semalam. Mak saya masakkan bubur untuk adik saya yang sedang demam. Harap kawan-kawn dalam group ni sudi sedekahkan Al-fatihah untuk arwah mak saya, Salmah Binti Kadir.Terima kasih.
Itulah kasih terakhir seorang emak, sebelum menghembuskan nafas terakhirnya akibat kemalangan dilanggar kereta. Sentuhan air tangan itu tetap menjadi kenangan anak sampai bila-bila.
Perkongsian tersebut ketika artikel ini ditulis mendapat simpati lebih 50,000 followers dan 12 ribu komen di grup tersebut. Ramai yang mengucapkan salam takziah, sedekahkan Al Fatihah dan tumpang simpati dengan situasi yang dilalui.
MW:Salam takziah buat keluarga semoga diberi kekuatan dan redha menghadapi ujian ini. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Watak penyondol drama ‘Curang Tanpa Niat,’ Sharifah Sakinah dianggap terlalu tua. Sharifah Sakinah bengang dengan warga maya yang mendakwa dirinya penyondol tua dalam naskhah Curang Tanpa Niat memandangkan diberi karakter berusia 40 tahun.
Watak Penyondol Drama ‘Curang Tanpa Niat’
Pelakon Sharifah Sakinah tampil mempertahankan dirinya selepas digelar ‘penyondol’ tua oleh penonton drama Curang Tanpa Niat. Dalam drama yang turut dibintanginya Shukri Yahaya dan Mira Filzah tersebut, Sakinah membawa watak sebagai ‘penyondol’ yang cuba menggoda teman sepejabatnya.
Namun rata-rata penonton drama tersebut kurang gemar dengan karakter Sakinah yang membawakan watak sebagai Astrid.
Sharifah Sakinah Dianggap Terlalu Tua
Rata-rata warga maya menyifatkan Sakinah kelihatan terlalu tua untuk beraksi sebagai ‘penyondol’. Mereka mahukan pelakon seperti Sophia Albarakbah yang membawakan watak antagonis itu.
“Korang, aku ni pelakon yang berkarakter. Dalam cerita ni aku ada karakter. Aku bukan penyondol biasa macam Sophia Albarakbah tu.
“Dalam cerita ini umur aku 48 tahun. Sebab tu perlu nampakkan aku tua. Korang faham ke tidak? Aduhai, nak kena jelaskan pula,” katanya dalam sebuah video yang dikongsikan dalam Instagram.
Ujar Sakinah wajahnya merupakan satu bonus dan boleh berubah-ubah mengikut karakter.
“Lepas ni kalau aku berlakon jadi umur 18 tahun, korang tengok la muka aku macam umur 18 tahun,” ujarnya.
Drama Curang Tanpa Niat sedang hangat ditayangkan di saluran Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam menggantikan drama fenomena, Andai Tiada Dia.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!