Anita Baharom Selamat Bernikah. Tahniah diucapkan buat pelakon Anita Baharom yang telah selamat bergelar isteri kepada Engku Isyamuddin Tuan Losin.
Selepas hampir setahun menjadi balu, Anita diijabkabulkan menerusi sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Bizmilla Garden Hall, One City.
Anita Baharom Selamat Bernikah
Sebelum ini Anita pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit televisyen, Allahyarham Mohd Ismadi, namun, meninggal dunia pada 1 Januari lalu.
Ibu kepada tiga cahaya mat aitu, selamat bergelar isteri selepas suaminya, Engku Isyamuddin melafazkan sekali akad jam 11.50 pagi tadi.
Pasangan itu dinikahkan abang Anita, Zulkifly Baharom dengan mas kahwin berupa tiga dinar emas.
“Alhamdulillah saya bersyukur kerana majlis pada hari ini berjalan dengan lancar.
Ads
“Saya berterima kasih kepada anak-anak kerana merestui perkahwinan ini serta ahli keluarga di dalam memastikan kelancaran majlis pada hari ini,” kongsi Anita.
Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun bersama arwah suami, Anita dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8.
Kenali Suami Sejak 2017
Majlis pernikahan pagi tadi dimulakan dengan acara khatam Al Quran oleh pengantin lelaki.
Ads
Anita yang mengenali suaminya sejak 2017 tetapi hanya kembali berhubung selepas melalui tempoh edah pada Mei lalu.
Anita dan suami juga memanjatkan rasa bersyukur selepas segala yang dirancang telah selamat.
Menari di Batu Caves seolah buat fashion show, gadis minta semua hormat tempat ibadah agama lain. Bila sebut tentang Batu Caves, warga kota tahu bahawa setiap kali berlangsungnya Thaipusam, berjuta warga India yang hidup harmoni di negara ini akan datang untuk tujuan ibadah. Ada datang bersembahyang dan tak kurang juga menunaikan nazar yang telah dibuat.
Batu Caves telah diiktiraf sebagai tempat ibadat suci bagi kaum India beragama Hindu yang tinggal di Malaysia. Bahkan ia merupakan tempat yang sangat popular untuk pengunjung dari dalam mahu pun luar negara dan kerap dikunjungi ramai dan disenaraikan sebagai lokasi pelancongan menarik di ibu kota.
Bahkan kerana keunikan dan kecantikannya, tak kurang juga ramai merasakan ia tempat sesuai dibuat fotoshoot kerana 272 anak tangganya sudah dicat berwarna warni dan tampak cantik dalam gambar bila dirakam.
Seperti kita fahami, Malaysia dihuni masyarakat berbilang kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Bahkan sebagai mana semua tahu, isu agama adalah isu yang sangat sensitif dan tidak wajar diusik sama sekali. Sikap toleransi yang dimulai sejak zaman nenek moyang dahulu menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati kerana keunikan ini.
Barang kali memikirkan Batu Caves diwartakan tempat pelancongan negara, membuatkan ramai pihak tertarik membuat fotoshoot di lokasi ini.
Tidak salah sebenarnya namun melakukannya dengan cara berlebihan itulah dirasakan kurang sesuai hingga mendapat perhatian dari masyarakat India bila kuil tempat sembahyang mereka disajikan dengan gerakan seakan tarian dan fotoshoot seperti yang tular baru ini.
Dalam video dikongsi di Tik Tok @cb.fashion.aceh kelihatan seorang gadis menggayakan dress labuh berwarna biru seakan menari dan berjalan menaiki tangga tersebut sebelum gambarnya dirakam. Jika dilihat pada perkongsiannya ternyata mereka ini warga jiran, iaitu dari Acheh.
Sebaik gambar ini dimuat naik, dapat dilihat, ramai bersuara mengenai dan rata-rata bercakap soal menghormati agama lain kerana Batu Caves merupakan tempat ibadah agama Hindu.
Dari Tik Tok @swashna Arora, dengan nada sopan gadis berbangsa India ini memulakan ayat memuji dress tersebut.
“Salam tolarensi saudari. Saya telah lihat muatan saudari dan pakaian saudari sangat cantik. Tetapi saudari, apa yang telah saudari lakukan di sini, bukan sesuatu yang perlu digalakkan.
“Tetapi bukan saudari seorang saja yang perlu kita salahkan dalam keadaan sebegini. Tapi juga pihak pengurusan kuil Batu Caves juga sepatutnya peka terhadap apa yang berlaku di perkarangan tempat sembahyang agama Hindu.
“Batu Caves memang tempat pelancongan tetapi ia juga tempat sembahyang penganut agama Hindu. Kelakuan saudari boleh mengganggu ketenteraman penganut agama Hindu. Yang bernazar, yang ingin menunaikan hajat mereka atau pergi sana untuk fokus pada sembahyang.
“Dan tiba-tiba pula nampak saudari yang sangat cantik dan comel menggayakan pakaian. Jadi tak salah untuk saudari gunakan tempat cantik begini untuk mempamerkan fesyen tapi apa yang salah di sini ialah ia tempat penganut agama Hindu sembahyang. Ia menjadi hal sensitif kerana kita perlu menjaga sensitiviti semua kaum di negara Malaysia.
“Katakan rakyat agama Hindu dan mereka pergi ke masjid-masjid yang cantik dengan menayangkan sari mereka dan menari di perkarangan masjid. Adakah ia sesuai. Tentunya tak boleh bukan?. Inilah logik yang ingin saya mahu saudari fikirkan,” katanya memaklumkan hal sebegitu boleh membuatkan lebih ramai lagi pereka fesyen atau yang ingin menonjolkan pakaian mereka yang cantik datang ke kuil kami.
“Ini tidak sesuai saudari. Jadi kami berasa kurang selesa dengan perlakuan begini. Tapi it’s ok kerana pengurusan juga tidak peka dengan hal ini. Ini adalah kesalahan pengurusan Batu Caves,” jelasnya.
Apa pun semoga penggayaan fotoshoot di lokasi pelancongan ini tidak dilakukan secara berlebihan dan kita semua menghormati agama lain.
Rezeki tertangguh. Setiap yang berkahwin, tentunya mendambakan cahaya mata, penyambung keturunan. Ditakdirkan berbelas tahun masih belum dikurniakan anak. Anggaplah ada rezeki yang lebih baik menanti. Semua telah diaturkan olehNya.
Jangan sedih, redha dan anggaplah ini rezeki tertangguh yang belum Allah berikan lagi. Dialah perancang segala-galanya.
Inilah yang dikongsikan oleh pelawak Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 36 tahun dalam media sosialnya tentang keputusan rawatan IVF isterinya, Nor Hasanah Yahaya tidak berjaya.
Tiada yang dapat digambarkan oleh pasangan ini, namun Achey memberitahu biarpun proses yang dilakukan oleh isterinya itu gagal tetapi dia tetap bersyukur dan reda dengan keputusan itu.
‘Syukur Alhamdulillah…reda @anne-achey please comeback stronger” tulis Achey secara ringkas.
Malah, video pendek itu melihatkan isterinya yang mesra dipanggiul Anne duduk di kerusi roda memeluk erat achey yang kelihatan tenang.
Dalam perkongsian Anne di laman sosialnya turut memperlihatkan anak angkatnya, Tiara menangis apabila mengetahui dirinya tidak dapat menjadi seorang kakak.
‘Mama kan ada, kakak kan ada kawan mama. Nanti mama buat lagi baby, okay. Kakak doakanlah mama boleh?
“Tapi ini yak ada baby lagi tau. Tak ada rezeki. Nanti Allah bagi rezeki baru pada kita okay, Ni kakak kawan dengan mama aja, boleh?,” kata Anne memujuk anaknya.
“Kalau kakak sedih, mama dengan ayah 10 kali lagi sedih. Mama sayang awak dan ayah awak,” tulis Anne dalam perkongsiannya.
Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga sejal 11 tahun lalu dan mempunyai seorang anak angkat, Nur Tiara Zinnirah Nasir yang diambil pada tahun 2018
Achey dan Anne memulakan perjalanan rawatan IVF sejak Ogos lalu dalam usha untuk mendapatkan zuriat sendiri.
Mingguan Wanita : Moga suatu hari nanti, Achey dan Anne akan dipermudahkan dan peroleh rezeki yang lebih baik lagi.
Tanah hak orang. Bila hidup berjiran, jangan fikir boleh ubahsuai rumah sesuka hati.Ada haknya dan bukan dengan sejengkal tanah di hadapn rumah itu milik kita.
Selalunya, ramai yang merasakan tanah yang ada di hadapan, hujung rumah atau belakang rumah kita milik kita sepenuhnya. Ini tidak ada yang sanggup buat ubahsuai rumah sampai ambil tanak hak orang lain.
Begitulah kalau hidup berjiran, ada hadnya dan jangan fikir tanah sekaki depan rumah pun milik kita. Jangan ambil tanah hak orang.
Nasihat yang boleh dijadikan panduan buat semua tentang jangan berlebihan tambah dan ubahsuai rumah seperti yang dikongsikan oleh Azizul Azli Ahmad.
1. Ada satu budaya kita tambah rumah sampai ambil tanah orang.
2. Walau tanah itu bukan milik orang, milik PBT untuk longkang dan jalan. Ia tetap satu kesalahan.
3. Di perumahan awam dan kos rendah hal ini sering berlaku. Lebih mengusarkan yang lakukan ini kebanyakkan yang beragama tauhid.
4. Di lorong perumahan ini, saya jalan pagi tadi ada 3 rumah yang tak buat penambahan. Istimewanya mereka bukan beragama tauhid tetapi agama budaya.
5. Jangan buat benda yang agama tidak redha, walaupun ramai orang buat di sekeliling kita. Apakah kita mahu kekal berjiran dineraka juga?
6. Bila kita tambah kediaman sampai tutup longkang, kerja selengara tidak boleh dilakukan. Bila banjir, kita mula salahkan PBT.
7. Bila PBT mula merobohkan kediaman, kita cakap PBT tidak manusiawi. Hakikatnya kita tidak mengamal agama samawi ini.
Kawan kawan,
Miskin macam mana hidup kita bukan alasan ambil hak orang lain.
Ada duit lebih bukan renovasi rumah. Tetapi belilah rumah yang kualiti kehidupan lebih baik.
Persekitaran yang baik bantu kehidupan kita dan anak anak lebih baik.
Kembalilah hidup beragama.
Mingguan Wanita : Kalau ada rezeki beli tanah dan buatlah rumah sendiri. Jalani hidp tenang dan tak perlu nak sakit hati, kalau ada jiran yang berperangai pentingkan diri sendiri.