Anak Tercekik Secara Tiba-Tiba, Lakukan Langkah Ini,Jangan Pula Panik!

Pernah tak ibu bapa terfikir apa yang hendak dibuat jika tiba-tiba anak tercekik?

Tercekik adalah satu keadaan di mana saluran pernafasan tersekat atau tertutup disebabkan oleh sesuatu objek. Ini menyebabkan bekalan oksigen terhalang ke paru-paru dan seterusnya ke otak.

Masalah tercekik boleh berlaku kepada semua peringkat umur. Kejadian tercekik sering berlaku pada kanak-kanak dan ia merupakan salah satu penyebab kematian di kalangan kanak-kanak

Jangan panik!

Ikuti perkongsian Doktor Telinga, Hidung & Tekak, Dr. Ezairy M. Sallih berkaitan langkah-langkah yang patut dilakukan jika anak tercekik secara tiba-tiba.

Sedang anda menonton televisyen, anak anda tiba-tiba saja terbatuk-batuk. Beliau dilihat sedang termengah-mengah. Susah nak bernafas.

Apakah langkah anda pada saat itu?

Ingat, anak anda mungkin sedang tercekik. Beliau sedang bertarung dengan nyawa!

Pastikan Anda Lakukan Langkah Ini Untuk BAYI Anda:

  • Minta bantuan kecemasan
  • Tiarapkan bayi di atas lengan.Letakkan kepala sedikit di bawah. Tepuk belakang dada di antara tulang belikat sebanyak lima kali
  • Letakkan bayi menelentang. Periksa mulut bayi. Keluarkan benda asing jika kelihatan
  • Jika keadaan masih sama, letak dua jari di tengah-tengah dada. Lakukan tekanan sebanyak lima kali.
Anak Tercekik Secara Tiba-Tiba, Lakukan Langkah Ini,Jangan Pula Panik!
Foto kredit Facebook Dr Ezairy M.Sallih

Untuk KANAK-KANAK BERUSIA LEBIH SETAHUN, sekiranya gagal setelah melakukan tepukan lima kali di belakang, lakukan tekanan di bawah diafragm ‘Heimlich Manouvre’.

Cara melakukan Heimlich Manouvre:

  • Berdiri di belakang mangsa.
  • Letak kedua-dua tangan di pinggang mangsa dan tekan abdomen ke arah dalam dan atas.
  • Keluarkan benda asing jika kelihatan.

Jangan Buang Masa!

Jika anak anda tiba-tiba tidak sedarkan diri. Jangan buang masa. Lakukan CPR. Hubungi ambulans!

Saya tahu jika situasi ini berlaku kepada anda. Situasi panik boleh menguasai diri. Sebab tu amat penting untuk menguasai ilmu asas ini.

Semoga ilmu ni berguna untuk anda. Jangan lupa kongsi kepada pasangan anda dan juga orang yang anda sayang.

Jemput Like dan Follow Facebook page saya ni supaya anda tak terlepas nota-nota kesihatan daripada saya.

Dr Ezairy M.Sallih
Doktor Telinga, Hidung & Tekak
(Ear, Nose & Throat, ENT)

Sumber: Facebook Dr. Ezairy M.Sallih

Baca ini jugajangan-pandang-ringan-jika-anak-sukar-buang-air-besar-cari-puncanya

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI