Anak Sibuk Kelas Online Homework Melambak, Mak Kena Bertenang

Anak sudah tidak ke sekolah kerana pandemik Covid-19 yang kembali membimbangkan. Namun sesi persekolahan tetap dilakukan, tetapi di alam maya. Ramai  mak ayah (terutama mak lah ye) mengeluh.

Bukan tak suka bahkan berterima kasih dengan usaha pihak guru lakukan, tapi kadangkala bila terlalu banyak sangat kelas anak nak dipantau, boleh jadi stres.

Bayangkan kalau anak tak ada handphone seorang satu dan kena guna yang mak punya. Kalau ada dua tiga orang? Kenalah bergilir. Ini belum lagi bab kerja sekolah yang diberi. Bagi yang masih kecil, tentulah perlu mak yang pantau dan ajar. Berbeza kalau yang sudah di sekolah menengah dan universiti. Mereka dah pandai bawa diri.

Anak Sibuk Kelas Online Homework Melambak, Mak Kena Bertenang

Mak Yang Bekerja

Mungkin yang mengadu stres, mak yang masih bekerja atau yang bekerja dari rumah. Mana nak buat kerja sendiri lagi, mana nak pantau kelas online dan homework si buah hati tu lagi. Bila dibiarkan je, memang dia tak siapkan.

Bahkan kadangkala tak dibuatnya langsung. Kemudian bila cikgu dah minta hantar, mulalah merengek dan menangis. Mana mak tak stres? Akhirnya, mak yang kena buat. Aduh. Macam mana nak pandai?

Jangan Stres, Wujudkan Suasana Belajar Yang Selesa

Jangan stres ye mak-mak. Kita kena sesuaikan diri dengan norma baru ini. Tiada pilihan. Kita pun tentu tak nak cahaya mata kita duduk rumah tanpa buat apa-apa. Bila cikgu-cikgu dah buat kelas online, kenalah bagi kerjasama. Kita kena hargai usaha cikgu untuk anak kita itu.

Dalam masa yang sama, kita kena pujuk mereka untuk bersemangat belajar walau pun hanya di alam maya.

Mula-mula, kena wujudkan suasana pembelajaran yang selesa untuk mereka. Kalau  ada bilik sendiri, letak laptop di atas meja studt. Biar dia bersedia umpama belajar dalam kelas. Pastikan dia mandi, sarapan dan bersedia untuk masuk kelas.

Baca artikel menarik lain di sini:

Emosi Anak Dipengaruhi Corak Didikan Mak Ayah

Doa Mak Tiada Hijab, Nak Anak Berjaya Jangan Putus Berdoa

Beritahu Jadual Sehari Sebelum

Biasanya untuk yang masih di sekolah rendah, maklumkan pada mereka jadual untuk esok hari. Bermula jam berapa hingga jam berapa. Jadi mental mereka dah bersedia untuk sesi pembelajaran itu.

Kalau boleh, ketika mereka menghadiri kelas, jangan ganggu mereka. Biar mereka fokus pada guru. Nak suruh apa pun, biar lepas itu.

Duduk Sama-Sama 

Boleh juga mak ajak anak duduk sama-sama di ruang tamu. Mak yang bekerja dari rumah, bolehlah pantau mereka sambil buat kerja. Secara tak langsung, kita memberi semangat untuk belajar bila dia pun melihat kita sibuk buat kerja kita. Masing-masing dengan ‘kerja’ masing-masing.

Bagi mak yang mungkin menghadapi kesukaran bila anak-anak kelas online serentak sedangkan handphone tak cukup, mungkin boleh berbincang dengan cikgu. Pasti cikgu akan bertolak ansur.

Bagi Anak ‘Reward’

Anak  yang masih di bangku sekolah rendah misalnya memang banyak ragam. Bila penat, tak nak buat homework. Mak kena pandai ‘beli jiwa’ anak. Misalnya kalau mereka dapat habiskan kerja rumah yang cikgu bagi atau menghadiri kelas online, mak bagi reward. Contohnya masakkan makanan kegemarannya. Atau boleh benarkan dia bermain dengan gajet mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh mak ayah.

Anak Besar Lain Pula Halnya..

Anak yang remaja, lain pula halnya. Biasanya mereka dah ada handphone sendiri. Mak pun kena pergi ofis dan mereka di rumah. Tiba-tiba terkejut bila cikgu ‘update’ di dalam grup whatsapp ibu bapa nama anak tersenarai dalam list tak hadir kelas. Aduh.

Untuk situasi ini, sebelum keluar kerja, kena ingatkan anak untuk masuk kelas. Beritahu mereka juga, kita akan tahu kalau dia ponteng. Ha..mesti dia pun rasa takut nak ponteng kan?

Jangan lupa follow kami di:

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI