Prun adalah buah plum yang telah dikeringkan. Rupa bentuknya berkedut kerana air daripada buah ini telah dikeluarkan melalui pelbagai teknik. Terdapat lebih dari 1,000 jenis buah plum tetapi saiz buah ini biasanya terletak antara buah limau nipis dan buah pic.

Buah prun memiliki rasa yang manis, tinggi serat dan ini menjadikan buah ini agak sukar untuk dikunyah. Tetapi seratnya secara semulajadi menyebabkan buah yang telah dikeringkan ini menyihatkan.

Plum dan prun amat baik untuk kesihatan secara keseluruhan. Buah ini mengandungi vitamin, mineral, serat, karbohidrat, dan lemak. Dikatakan suku cawan buah prun menyediakan lebih dari 12 peratus serat dan juga 6 peratus vitamin K yang diperlukan setiap hari.

Selain itu terdapat sejumlah mangan, potassium, tembaga, zink, kalsium, beta karotena, lutein, zeaxanthin, dan antioksidan yang boleh memperbaik kesihatan dalam pelbagai cara.

Apabila dimakan dengan kerap, dikatakan buah prun mampu memberikan kebaikan kepada kesihatan.

IKLAN

Prun Penuh Serat Sesuai Sangat Untuk Mak-Mak Kurangkan Sembelit

1-Memperbaik pencernaan

Salah satu sebab utama prun dimakan adalah untuk memperbaik pergerakan usus. Buah prun kering sumber terbaik serat pemakanan. Jus prun amat popular di kalangan warga tua yang mahu memperbaik fungsi pencernaan, menghapuskan sembelit, dan mengurangkan keradangan pada perut.

2-Merangsang kesihatan mata

Bahan-bahan yang terdapat dalam prun, seperti lutein dan zeaxanthin adalah antioksidan hebat yang boleh membantu mencegah kesan negatif radikal bebas dalam tubuh. Kedua-dua antioksidan ini mampu membantu mencegah kemerosotan makular dan mengurangkan risiko tekanan oksidatif dalam mata, memastikan penglihatan terang dan jelas seiring dengan penambahan usia.

IKLAN

3-Mencegah kanser

Seperti yang dijelaskan tadi, antioksidan yang ditemui dalam buah-buahan kering ini boleh melindungi mata, tetapi mengurangkan kerosakan radikal bebas dalam tubuh boleh mencegah jenis-jenis kanser lain juga kerana radikal bebas ini boleh meningkatkan mutasi dan merangsang pembangunan pertumbuhan berkanser.

4-Memperbaik kekuatan tulang

Dengan pelbagai rangkaian mineral dan zat utama yang diperlukan oleh tubuh untuk kekuatan tulang dan pembangunan, buah-buahan kering sebegini adalah ideal jika anda mahu mengelakkan osteoporosis dan masalah berkaitan tulang. Jika darah anda tidak mengandungi kalsium atau mineral lain secukupnya, tubuh akan mengambilnya daripada tulang sekaligus melemahkannya. Atas sebab ini, pengambilan makana kaya mineral seperti prun adalah pilihan terbaik.

IKLAN

5-Mengawal kolesterol

Serat dalam prun bukan sahaja baik untuk pencernaan tetapi baik untuk menghapuskan kolesterol berlebihan daripada tubuh. Keseimbangan kolesterol ini akan merendahkan peluang untuk mendapat atherosclerosis dan masalah kardiovaskular lain seperti serangan jantung dan stroke.

6-Mendetoksifikasi tubuh

Walaupun prun adalah buah-buahan segar, secara kasarnya ia masih mengandungi 30 peratus air dan mengandungi sifat diuretik yang akan membantu membuang toksin yang tidak diperlukan dalam tubuh sebelum ia mencetuskan kerosakan pada pelbagai sistem tubuh.

7-Mengurangkan berat badan

Walaupun suku cawan prun mengandungi secara kasarnya 100 kalori, buah-buahan kering sebegini amat padat dan mampu memastikan anda sentiasa kenyang. Ini bermakna anda tidak perlu mengambil snek antara waktu makan atau terlebih makan.

Peringatan: Memakan buah prun secara berlebihan boleh memberikan kesan negatif termasuklah diarea dan masalah gastrousus. Alahan terhadap buah prun adalah jarang sekali tetapi jika anda tidak pernah memakan plum atau prun sebelum ini, beri perhatian pada tindakbalas tubuh sebaik anda menambah prun dalam pemakanan anda.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI