Kasih sayang antara ibu dan anak adalah kasih sayang abadi dan ikatannya takkan pernah terputus.Meskipun dihalau dan diharamkan susu diberi, jauh di sudut hati perasaan kasih dan sayang terhadap ibu kandung tetap ada.
Tak Pernah Benci Emak
Demikian kata penghuni paling lama di rumah gelandangan milik Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Marhaen (KMM) di sini yang hanya ingin dikenali sebagai Mohamad, 20, yang turut mengakui dirinya tidak pernah membenci wanita yang melahirkannya itu.
“Biarpun lebih setahun berlindung di rumah kebajikan dan diberi layanan jauh lebih sempurna berbanding oleh keluarga sendiri, perasaan rindu, sayang dan ingin kembali kepada keluarga tetap menebal.
“Anak mana tak sayangkan emaknya….setiap kali puasa atau raya, mesti teringatkan emak dan teringin nak bersama mereka, namun emak dan ayah tiri bersikap seperti orang asing pada saya.
“Tak tahu di mana salah saya kerana dari kecil lagi dihantar ke sekolah tahfiz sehinggalah umur 12 tahun.
“Selepas itu ayah meninggal dunia dan apabila mak berkahwin pula dengan bapa tiri beberapa tahun lalu, saya sentiasa menerima layanan buruk sehinggalah dihalau keluar dari rumah pada awal Januari tahun lalu,” katanya ditemui selepas menerima kunjungan Taiping Medical Centre (TMC) sempena program jelajah sahur bersama Agensi Kerajaan dan Rakan Media.
Ads
Dihantar Rumah Gelandangan
Mohamad berkata, selepas dihalau dia dibawa seorang penduduk sebelum dihantar ke rumah gelandangan itu pada 14 Januari tahun lalu.
“Benar hidup di sini serba serbi lengkap dan ibarat syurga bagi saya. Namun saya masih terasa kekurangan iaitu kasih sayang daripada ibu sendiri.
“Namun apakan daya mereka dah ‘buang’ saya dan walau apa pun kesalahan mereka, saya tetap maafkan dengan seikhlasnya,” katanya yang kini baru berkerja di sebuah hotel di bandar ini.
Mohamad berkata, bapa tirinya yang berusia lingkungan 50-an seorang penagih dengan kerja tidak menentu, manakala ibunya berusia lewat 30-an hanya mengambil upah mencuci rumah penduduk.
Selain dirinya, dua adik perempuan berusia 13 hingga 17 tahun kini tinggal bersama ibu dan bapa tirinya di bandar ini.
Ads
Setakat ini, katanya, sudah dua kali dia menyambut hari raya di rumah perlindungan itu dan reda dengan kehidupannya serta menganggap apa yang berlaku adalah ujian Allah.
Rumah Transit Rakan Jalanan
Sementara itu Presiden KMM Taiping, Faizzul Amri Shahabuddin, berkata rumah transit rakan jalanan itu dibuka pada 2020 dan menempatkan lebih 70 penghuni mempunyai enam penjaga, manakala penghuninya sentiasa bertukar ganti dengan maksikum boleh menempatkan 10 orang pada satu masa.
“Selain tempat perlindungan sementara untuk mereka yang mempunyai masalah, rumah ini turut menyediakan khidmat nasihat berkaitan kesedaran mental.
Ads
“Syarat pemilihan untuk penghuni mendiami rumah ini adalah mereka boleh mengurus diri, tidak terbabit dengan dadah, bersikap mahu berkerja dan boleh menetap selama dua bulan kecuali kes tertentu (seperti Mohamad),” katanya.
Semalam, tersebarnya di media sosial Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah,Datuk Ustaz Kazim Elias,46 atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, mengesahkan akan menjual unit tahfiz di pusat berkenaan selepas tidak mampu membiayai kos keseluruhan unit tahfiz berkenaan berjumlah kira-kira RM150,000 sebulan. Pengesahan itu sekali gus merungkai persoalan statusnya yang dimuat naik di Facebook dan di laman mudah.my mengenai penjualan pusat berkenaan dengan harga jualan RM5 juta.
Ustaz Kazim berkata, beliau tidak pernah meminta dana daripada mana-mana pihak sebelum ini untuk menguruskan pusat berkenaan dan keseluruhan kos dibiayai menggunakan wang hasil kuliah, ceramah serta penjualan produk seperti buku dan cakera padat miliknya.
Ceramah Dibatalkan & Tak Mampu Tanggung Kos
Namun, katanya, kos pentadbiran sekolah itu kini tidak mampu dibiayainya disebabkan kuliah dan ceramahnya dibatalkan di saat akhir sehingga menyebabkan sumber pendapatan digunakan untuk membiayai pusat berkenaan terjejas.
“Saya tidak pernah minta dana daripada mana-mana pihak termasuk daripada parti politik untuk menguruskan pusat pendidikan ini namun sejak lepas Pilihan Raya Umum (PRU) bagaikan ada tangan-tangan ghaib yang cuba menghalang saya daripada menyampaikan ceramah.
“Saya tidak tuduh sesiapa dan tidak mahu tuduh sesiapa kerana ceramah saya dibatalkan oleh penganjur di saat akhir dan ada yang dibatalkan selepas saya dah sampai di bilik menunggu,” katanya.
Sementara itu, Ustaz Kazim berkata kos keseluruhan pentadbiran unit tahfiz berkenaan berjumlah RM150,000 sebulan membabitkan RM60,000 gaji kakitangan serta guru dan selebihnya untuk bayaran utiliti, makan, minum serta pengurusan lain.
Tangguh Hasrat Jual Unit Tahfiz
Susulan pengumuman penjualan unit tahfiz tersebut mendapat perhatian daripada pelbagai pihak yang bersedia membantu menghulurkan bantuan. Dalam sidang media yang diadakan pagi tadi,Ustaz Kazim menangguhkan sementara keputusan menjual Unit Tahfiz Al Quran Al Barakah di pusat berkenaan di Manjoi, di sini.Keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima reaksi daripada pelbagai pihak termasuk daripada kerajaan negeri yang sudi untuk berbincang dan membantu pengurusan pusat pendidikan berkenaan.
Ustaz Kazim berkata, beliau menerima panggilan daripada wakil kerajaan negeri pagi ini yang memaklumkan mahu mengadakan perbincangan dengannya mengenai masalah dihadapi pusat pendidikan berkenaan. Katanya, perbincangan akan dilakukan selepas ini dengan kerajaan negeri dan beberapa pihak yang menyatakan hasrat untuk membantu sebelum sebarang keputusan dilakukan.
“Perbincangan akan dilakukan selepas ini dengan beberapa agensi yang ingin membantu sebelum saya akan mengumumkannya pada bulan hadapan sama ada akan menjual atau meneruskan unit tahfiz ini.
“Keputusan akan dibuat pada Ogos kerana sekiranya keputusan untuk menjual unit tahfiz ini kekal, saya perlu memikirkan nasib pelajar yang terpaksa mencari pusat tahfiz baharu dan tempoh empat bulan sehingga Disember memadai untuk mereka mencari pusat tahfiz baharu,” katanya pada sidang media di pusat berkenaan hari ini.
Katanya, masalah membabitkan kos pentadbiran pusat pendidikan itu diharap akan dapat diselesaikan kerana pusat pendidikan itu menjadi antara produk pelancongan Islam di negeri Perak yang menerima ribuan pengunjung setahun.
Mingguan Wanita berharap semoga pengakhiran yang baik-baik buat Ustaz Kazim dan Pusat Pendidikan Al Barakah ini. Semoga pusat Tahfiz ini dapat terus beroperasi dengan sempurna dan melahirkan lebih ramai golongan huffaz di negara ini.
Tak pelah, bangun pagi esoklah baru masuk bilik air dan buang air kecil….
Itu adalah perkara biasa bagi kita terutamanya bila mata sudah betul-betul mengantuk. Sanggup menahan kecing dan terus tidur. Namun, tahukah kita, bila menahan kencing pelbagai masalah kesihatan yang boleh berlaku terutamanya masalah jantung dan seterusnya membawa kepada strok.
Beberapa info yang perlu kita tahu tentang punca kesihatan akibat malas kencing malam.
Gejala paling umum pada orang tua adalah masalah kencing malam.
Oleh kerana malas untuk kencing malam, mereka tidak minum air. Ada juga yang tidak minum air sebelum tidur dan minum air selepas buang air kecil. Ini adalah penyebab utama penyumbatan pembuluh darah otak di kalangan orang tua pada waktu pagi.
Sebetulnya, kencing malam bukan masalah pundi kencing, penyebabnya adalah penuaan fungsi jantung. Daya kekuatan darah atrium kanan dari bawah tubuh sudah berkurangan.
Pada malam hari ketika berbaring tidur, bahagian bawah tubuh sudah reda dari tekanan, banyak penimbunan air di jaringan tubuh kembali ke darah.
Terlalu banyak air, ginjal mula berupaya untuk mengalirkan air ke pundi kencing, menyebabkan rasa ingin kencing pada waktu malam.
Biasanya semasa tidur antara 3-4 jam, kita akan ke tandas untuk pertama kali.
Setelah selesai, air di dalam darah masih terus meningkat, sehingga lewat 3 jam kemudian akan masuk tandas buat kali kedua.
Punca Utama Penyumbatan Pembuluh Darah Otak
Setelah dua atau tiga kali buang air kecil, air dalam darah akan berkurang, lebih-lebih lagi bila berada di tempat yang berhawa dingin.
Saat tidur, metabolisme tubuh perlahan, denyut jantung menjadi lambat sehingga darah yang kental ditambah aliran darah yang lambat, bahagian pembuluh darah yang sempit mudah tersumbat.
Inilah sebabnya mengapa hampir selalu terjadi penyumbatan pembuluh darah jantung & otak di waktu pagi sekitar jam 5 atau 6 pagi. Saat yang paling parah adalah meninggal waktu tidur!
Kesimpulan :
1. Kencing malam bukan masalah pundi kencing tetapi terjadi penuaan pada fungsi jantung.
2.Sebelum tidur harus minum sedikit air suam, setelah tengah malam buang air kecil, minum lagi sedikit air suam. Jangan takut kencing malam.
3.Perlu banyak senaman & latihan tubuh, boleh memperkuatkan fungsi jantung.
4.Harus menolak makanan yang tidak sihat terutama yang kadar tepungnya tinggi dan gorengan, telur, seafood & lainnya. Pegambilan yang berlebihan akan akan membuat pembuluh darah anda cepat menua.
JANGAN MALAS UNTUK KENCING MALAM.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Peringatan penting jangan meninggalkan power bank di dalam kereta kerana ia boleh mengundang bahaya. Dengan keadaan cuaca panas terik sekarang, merisikokan power bank boleh terbakar, sekaligus menyebabkan kereta musnah.
Tertinggal ‘Power Bank’ Dalam Kereta
Seorang pelajar Universiti Awam mengalami kerugian ribuan ringgit apabila kereta PERODUA Kancil miliknya musnah dalam kebakaran dipercayai berpunca daripada ‘power bank’ yang ditinggalkan di dalam kereta di Taman Bersatu di sini, kelmarin.
Menurut saksi yang enggan dikenali, kejadian yang berlaku kira-kira 1.40 tengah hari tadi berpunca daripada kereta yang diletakkan di luar rumah sewa pemiliknya.
“Pemilik melihat kereta terbabit mula mengeluarkan asap dari dalam dan mendapati ‘power bank’ yang ditinggalkan di dalam kereta itu terbakar.
“Dia cuba memadamkan kebakaran namun tidak berjaya sehinggalah rakan-rakannya menghubungi pihak bomba bagi mengawal kebakaran,” katanya ketika ditemui di sini.
Bomba Berjaya Kawal Api
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) kecemasan pada jam 1.59 tengah hari dan tiba di lokasi lima minit kemudian.
“Seramai tujuh anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) Rosnani Abu Seman dengan satu jentera pemadam kebakaran dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Api berjaya dikawal pada jam 2.35 petang dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
MW: Semoga dapat jadikan iktibar kisah ini. Dalam keadaan cuaca panas terik sekarang, jangan sesekali tinggalkan ‘power bank’ di dalam kereta. Bahaya!
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...