Anak dedah ibu dipisahkan dari keluarga. Pendedahan mengejut seorang anak, Iera Omar, mengenai konflik yang menimpa keluarganya membuka mata ramai. Di sebalik wajah tenang, tersimpan kisah seorang ibu yang didakwa dipisahkan daripada anak-anaknya sejak bertahun lamanya. Atas alasan yang kini mula dipersoalkan.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya @ieraomar, kelihatan ibunya, Afiza Awang, 50, yang mengalami strok memeluknya dengan penuh sebak hingga mengundang perasaan sayu orang ramai.

Anak Dedah Ibu “Dipisahkan” Dari Keluarga, Bukti Video Menunjukkan Sihat

Pertemuan keluarga ini dilihat amat bermakna setelah terpisah sejak tahun 2015. Jelas Iera, bukan tiada usaha darinya mencari ibu kandung  namun tiada maklumat diperoleh dari bapanya yang sudah berkahwin lain.

Dalam keterangan lanjut, Iera  mendakwa ibunya yang pernah berkhidmat sebagai pramugari hampir 20 tahun lalu telah ditempatkan secara senyap di sebuah pusat jagaan swasta serta diputuskan hubungan dengan semua ahli keluarga tanpa pengetahuan mereka.

Ads

Anak Dedah Ibu “Dipisahkan” Dari Keluarga, Bukti Video Menunjukkan Sihat

Dalam perkongsian yang turut dimuat naik oleh suaminya, @omagOd di instagramnya, mereka menjelaskan bahawa keadaan mental ibu mereka, Afiza Awang, masih baik dan stabil dan disokong melalui rakaman video yang turut dikongsikan kepada umum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Omar H. Rizal (@omag0d)

 

Ads

Menurut kenyataan dari menantu Afiza,  ibu mentuanya  yang diuji strok  masih mampu berfikir dan bertutur dengan jelas dan ia dikongsikan bersama bukti video.

Pihak keluarga turut menegaskan bahawa isu yang dibangkitkan tidak melibatkan sebarang tuntutan berkaitan harta, sebaliknya lebih kepada kebajikan dan hubungan kekeluargaan.

Ads

Sebagai anak, Iera akui risaukan tentang keselamatan ibunya sendiri sementelah selepas pertemuan mereka, didakwa bapanya telah membawa ibunya keluar dari pusat jagaan tersebut.

“Ayah saya ambil ibu dari rumah jagaan pagi ini. Lokasinya kini tidak diketahui dan kami risau keselamatannya. Umur 50, sihat mental tapi dikurung sejak 2015 — tiada telefon, tiada pelawat, tiada kebebasan.

“Semalam depan polis, ayah saya kata: “Anak nak jaga mak sebab harta?”Tiada siapa sebut pasal duit.Tolong sebarkan. Keadilan akan datang. Kami takkan berhenti.

Diharap apa jua konflik keluarga ini, moga adanya keadilan buat mereka.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI