Suami nak ‘bersama’ ikut ‘jalan belakang,’ peguam syarie terkejut masih ada isteri tak tahu hukumnya haram. Perkahwinan bukan hanya ikatan sah antara dua insan, tetapi juga satu amanah besar yang memerlukan pengorbanan, kesabaran dan saling memahami.
Suami Nak ‘Bersama’ Ikut ‘Jalan Belakang,’ Peguam Syarie Terkejut Masih Ada Isteri Tak Tahu Hukumnya Haram
Dalam kehidupan berumah tangga, suami dan isteri bukan sekadar tinggal serumah, tetapi perlu berperanan sebagai pasangan yang saling menyempurnakan antara satu sama lain. Kunci rumah tangga bahagia bukan terletak pada siapa yang betul, tetapi pada keinginan untuk memahami dan bertolak ansur.
Lalu bagaimana pula bila suami terlalu mementingkan diri sendiri sehingga sanggup melanggar hukum Allah dalam bab hubungan intim? Si isteri pula hanya mampu menurut kerana enggan dikatakan nusyuz.
Berikut perkongsian daripada Tuan Fahmi Ramli, Peguam Syarie yang beramal di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak & Selangor.
Ads
Ada yang tak tahu, haram bagi suami bersetubuh dengan isteri melalui dubur
Terkejut saya semalam selepas perkongsian yang saya kongsikan, berderu beberapa orang kongsikan di dalam Private Inbox menyatakan perkara mengenai suami gila seks, nak bersetubuh melalui lubang dubur.
Ishhhh, gila aihhhh. Tapi lagi sedih bila ramai wanita tak tahu di dalam Islam, hukumnya Haram. Bukan makruh dah. Haram terus. Jika dibuat, berdosa besar. Walaupun itu adalah isteri, orang yang halal disetubuhi, tak boleh ikut sedap ja langgar segala hukum.
Ada yang berkongsikan katanya suami selalu cakap, dia berhak keatas seluruh badan isteri. Bab hubungan intim ni, suami memang power bab bagi dalil. Nak tu tak kira waktu.
Saya pernah ada satu kes ngeri, suami jenis sebegini. Nak bersetubuh tu, jenis nak rakam video dan perlu tengok video lucah bagi menaikkan rangsangan. Dan setiap kali bersama, mesti suami akan mintak untuk ‘main belakang’.
Kalau tidak, dia akan ugut dengan dalil isteri nusyuz sebab menolak kehendak suami.
Astaghfirullah. Isteri ni jenis taat dan dengar sahaja apa yang diperintah oleh suami ‘penunggang agama’ sebegini. Walaupun suami ni ada pendidikan agama yang sangat baik, nafsu telah mengatasi akal sihatnya.
Dalam kes sebegini, isteri kena sedar dan tahu, haknya untuk menolak ada keatas kehendak suami jika suatu perkara yang diperintahkan itu adalah satu perkara yang dimurkai Allah swt.
Bahkan jika suami berterusan melakukan maksiat sedemikian, meskipun telah dinasihati namun enggan berubah, isteri berhak untuk mohon perceraian jika mudharat keatas tubuh badannya.
Jika fasakh, ia terletak di bawah seksyen 53(1)(h)(iii) Enakmen Keluarga Islam Negeri Pulau Pinang 2004 Isteri berhak mohon fasakh jika suami menganiayai isteri dengan cuba memaksa isteri hidup secara lucah atau ;di bawah seksyen 53(1)(l) Enakmen yang sama iaitu isteri berhak mohon fasakh jika ada alasan-alasan lain yang diiktiraf mengikut Syarak.
Mungkin Fasakh agak sukar jika anda tidak mempunyai bukti atau buktinya lemah. Jadi, atas sebab itu, isteri berhak failkan perceraian di bawah seksyen 47 yang akan menjurus kepada perceraian dibawah Seksyen 48 iaitu perceraian disebabkan wujudnya ‘Syiqaq’ atau perkelahian yang sentiasa berlaku antara pihak-pihak.
Maka, beringatlah para isteri khasnya, jangan biarkan anda jadi mangsa. Kalau sayangkan perkahwinan, nasihatkan suami. Ajak dia mendalami agama Islam. Ajak dia untuk berubat.
Kalau gagal, dan sudah tidak mampu, sayangilah diri anda sendiri dahulu. Bila anda sudah baca perkongsian ini, maksudnya anda sudah tahu, tak boleh untuk ‘bersama’ dengan suami melalui dubur.
Kalau dibiarkan juga, bimbang anda bukan mangsa, tapi bersubahat untuk melanggar hukum Allah SWT.
Sumber: Tuan Fahmi Ramli, Peguam Syarie yang beramal di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak & Selangor.
Ibu dan anak kecil ditemui hampir reput dalam rumah, sudah bercerai dengan bekas suami. Bau busuk dari sebuah rumah berkunci menemukan sesuatu mengejutkan iaitu mayat seorang ibu bersama anak kecil perempuan berusia dua tahun di sebuah pangsapuri Jalan Bukit Gambir, Pulau Pinang.
Dalam makluman terkini, adik kepada arwah dikenali sebagai Noor yang ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) memaklumkan kakaknya yang juga anak kedua dari tujuh beradik tidak mempunyai masalah kesihatan dan sudah berpisah dengan suami. Malah rumah yang diduduki adalah rumah sendiri. Namun kakaknya tidak pernah berkongsi hal peribadi dengan keluarga sebelum ini.
“Kami sekeluarga masih terkejut selepas menerima maklumat daripada polis semalam (Isnin). Sekarang, kami masih menunggu hasil bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian.
“Saya tak dapat komen lebih lanjut, kami sekeluarga amat sedih namun reda dengan apa yang berlaku. Kami serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci,” ujarnya
Sebelum ini memetik laporan Sinar Harian, seorang jiran berusia 50-an yang enggan dikenali mendakwa bekalan elektrik di rumah wanita ini dipotong akibat kegagalan membayar bil sejak beberapa bulan lalu.
Beliau yang sudah tinggal di perumahan itu sejak 23 tahun lalu memaklumkan, dua beranak ini tinggal di rumah berkenaan manakala dirinya tinggal di blok sebelahan dan hanya tahu mengenai kejadian tersebut ketika pulang dari rumah saudara semalam.
“Saya pun jarang nampak dua beranak itu. Apa yang saya tahu, wanita itu tidak bekerja, suami ditahan dan mungkin semua keadaan membuatkan kejadian tidak terduga ini.
“Bayangkan tinggal bersama anak kecil tanpa bekalan elektrik, itu amat sukar. Bekalan makanan pun tak tahu ada atau tidak. Saya sangat simpati dengan keadaan mangsa,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan perumahan itu.
Bercerita lanjut, beliau berkata, jiran-jirannya yang tinggal di blok sama dengan mangsa memaklumkan mereka telah terhidu bau busuk sejak 21 Jun lalu.
“Jiran-jiran dari tingkat atas, bawah dan aras sama semua mengadu terbau busuk yang sangat kuat. Mereka sangka bau sampah atau bangkai haiwan dan telah memaklumkan kepada pihak pengurusan pangsapuri.
“Misteri bau busuk itu akhirnya terungkai pada petang semalam apabila polis menjumpai mayat wanita dan anak kecilnya di dalam bilik utama rumah,” katanya.
Beliau menambah, wanita itu tidak bergaul dengan jiran-jiran dan kali terakhir dilihat adalah pada Mei lalu.
“Dia jarang dilihat di luar rumah, jika terserempak, dia hanya senyum sahaja. Kali terakhir jiran-jiran nampak dia adalah dua bulan lalu. Tak sangka dia sudah meninggal dunia dalam keadaan seperti itu,” katanya.
Terdahulu, polis mengesahkan kes kematian dua beranak yang ditemui dalam keadaan reput di sebuah unit pangsapuri tiga bilik di Jalan Bukit Gambir di sini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 4.41 petang mengenai bau busuk yang disyaki datang dari sebuah rumah di kawasan berkenaan.
Anggota bomba terpaksa memecah pintu kediaman mangsa selepas polis menerima laporan mengenai bau busuk dari rumah tersebut.
Menurutnya, sebaik pintu rumah berjaya dibuka dengan bantuan bomba, pemeriksaan mendapati terdapat dua mayat reput iaitu seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan di bilik utama rumah berkenaan. Katanya, siasatan awal mendapati mangsa masing-masing berusia 40 dan dua tahun.
Mereka dipercayai mempunyai hubungan ibu dan anak berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemukan.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Remaja perempuan hilang sejak 8 Mei, ibu percaya anak masih hidup – “Adik nak balik tapi mungkin ada yang halang.” Sudah lebih dua bulan berlalu sejak kehilangan Nor Alieya Maisarah Mohd. Hassan, 14, dari kediamannya di Taman Seri Telok Mas, Melaka pada 8 Mei lalu, namun ibu remaja itu masih yakin anaknya dalam keadaan selamat.
Menurut Noorlaili Mahat, 53, dia percaya anak bongsunya itu sebenarnya mahu pulang, namun dihalang oleh pihak tertentu daripada berbuat demikian.
“Mak cik rasa Adik (Maisarah) nak balik tetapi ada orang tahan, dia memang ada (hidup) lagi, mak cik percaya,” katanya penuh harapan.
Tambahnya, sehingga kini beliau dan suaminya, Mohd. Hassan Elias, 52, tidak pernah berhenti mencari anak mereka, termasuk menjejak ke lokasi-lokasi yang berkemungkinan dikunjungi Maisarah, seperti kediaman ibu saudaranya di Seremban, Negeri Sembilan.
Meskipun begitu, usaha mereka setakat ini masih belum menemui sebarang petunjuk, malah rakan-rakan anaknya juga tidak mengetahui keberadaan Maisarah.
“Sehingga kini kami sekeluarga termasuk kakaknya masih mencarinya, namun tiada sebarang petunjuk. Kawan-kawannya juga tidak tahu keberadaannya,” ujarnya sayu.
Noorlaili memaklumkan bahawa siasatan polis masih diteruskan, namun belum ada perkembangan positif yang dimaklumkan kepada keluarga.
“Cuma dua minggu lepas pasukan polis ada datang ke rumah dan ambil sampel rambut, sikat dan baju Adik untuk tujuan Ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Polis pun masih kesan dia, tak tahu dia ni pergi mana,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa Maisarah tidak mempunyai teman lelaki, sebaliknya percaya kehilangan itu mungkin berpunca daripada perasaan merajuk kerana dimarahi sebelum ini akibat enggan ke sekolah.
Kes kehilangan Nor Alieya Maisarah pernah dilaporkan media pada 25 Jun lalu, selepas beliau dipercayai keluar dari rumah dengan membawa beg sekolah serta beberapa helai pakaian. Ketika kejadian, ibunya yang bekerja di sebuah restoran ikan bakar sempat bertemu anaknya pada pukul 4 petang sebelum keluar bekerja.
Menurutnya lagi, kehilangan remaja itu hanya disedari apabila anak keduanya memberitahu bahawa Maisarah tiada di rumah. Usaha menghubungi telefon bimbitnya juga gagal.
“Apabila pulang saya lihat beg sekolahnya dan beberapa helai pakaian miliknya sudah tiada, kami buat laporan polis pada hari sama,” katanya kepada pemberita.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan Maisarah diminta menghubungi Noorlaili di talian 014-3818326 bagi membantu siasatan.
Isteri Akbar Sahari meninggal dunia, lama berjuang ‘melawan’ kanser. Pengacara dan pelakon, Akbar Sahari, dilanda duka apabila isteri tersayang, Noorsuzilawati Mohd Noor, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kanser.
Berita pemergian Allahyarhamah disampaikan oleh rakan baik Akbar yang juga personaliti televisyen, Fedtri Yahya, menerusi hantaran di Instagram pada awal pagi ini.
Kongsi Fedtri, beliau sudah mengenali pasangan tersebut lebih 20 tahun dan pernah diberi penghormatan sebagai pengacara majlis perkahwinan mereka.
“Pagi ini menerima berita duka. Noorsuzilawati binti Mohd Noor, isteri kepada sahabat saya, Akbar Sahari, telah kembali ke rahmatullah.
“Allahyarhamah berjuang sekian lama melawan kanser. Saya sebak mengenangkan kekuatan keluarga ini sepanjang tempoh rawatan dan ujian mereka.
“Kami bersahabat sejak lebih dua dekad lalu. Malah saya sendiri yang mengacarakan majlis perkahwinan mereka suatu ketika dahulu.
“Hidup ini penuh perjuangan, akhirnya kita semua akan kembali kepada Yang Maha Esa. Moga Allah mengampunkan dosa arwah Suzie dan mengurniakan kekuatan buat Akbar serta anak-anak menghadapi kehilangan ini,” luahnya penuh rasa hiba.
Dalam masa sama, Akbar turut memaklumkan mengenai pemergian isteri tercinta menerusi Insta Story dengan memuat naik status ringkas, “Innalillahi wainna ilaihirojiun.”
Difahamkan, Allahyarhamah Noorsuzilawati telah disahkan menghidap kanser usus tahap empat sejak tahun 2020. Malangnya, sel-sel kanser tersebut turut merebak ke bahagian lain termasuk hati, paru-paru dan ovari.
Sebagai info, Akbar kini bergelar pengacara sukan di saluran Astro Arena dan terkenal sebagai hos program Scoreboard bersama Fedtri.
Video kenderaan berlogo JIM yang tular membawa kepada penahanan seorang lelaki Pakistan. Siasatan kemudian mendedahkan rakaman lama itu dimuat naik ke status WhatsApp oleh isterinya.