Setiap mak, ayah miliki cara tersendiri untuk mendidik serta membesarkan anak-anak. Namun adakah cara anda betul dalam memastikan anak-anak kaya jiwa dan akhlaknya.
Sebenarnya, anak-anak kita hari ini terlalu dahagakan perhatian ibu bapa kerana cerminan anak-anak ini datangnya daripada ibu bapa mereka sendiri.

Menurut Ustazah Isfadiah, memandangkan anak-anak adalah legasi, dengan melibatkan mereka sekali adalah cara terbaik untuk pastikan anak-anak ini berada di landasan yang betul.

Ikuti perkongsian, Saidatul Husna
[ Parenting Gaya Ustazah Isfadiah ]
Semalam saya sempat berjalan-jalan di bandar Kota Bharu dengan Ustazah Isfadiah. Sepanjang pemerhatian saya, Ustazah Isfadiah sememangnya ikon yang sangat berjaya dalam dunia parenting dan kekeluargaan.

Antara yang boleh saya kongsikan tentang beliau :-

1) Ustazah Isfadiah seorang yang bijaksana dalam membuat tindakan.

Semasa menerima panggilan telefon daripada seorang kenalan yang mengadu tentang masalah anaknya, ustazah Isfadiah sangat fokus dan mendengar dengan teliti (active listening).

Ustazah tidak banyak bercakap. Selepas kenalan tersebut berhenti mengadu, barulah ustazah berikan pendapat supaya bertenang dan berikan beberapa penyelesaian.
Cara Ustazah sama seperti keadaan isteri yang berada di dalam rumah tangga. Isteri cerdik adalah isteri yang bijaksana. Mereka tahu waktu mana perlu bercakap, mereka tahu waktu mana perlu mendengar.

IKLAN

Isteri yang bijak berjaya menguruskan kedua-duanya, mereka tahu menguasai teknik komunikasi yang betul pada tempat dan masa yang tepat.

2) Ustazah banyak berbincang dengan suami berbanding membuat keputusan sendiri.

Daripada penelitian saya, sepanjang berbual dengan mereka, Ustazah jarang mengemukakan cadangan melainkan selepas suaminya Ustaz Muhimin mendahulukan cadangan. Setelah kedua duanya berpendapat, baru mereka sepakat.

Dari situ saya belajar bahawa dengan mendahului suami sebenarnya isteri tidak kerugian apa apa.
Malah keputusan akan menjadi lebih praktikal kerana kelebihan lelaki pada akal untuk memberi pendapat rasional dan kelebihan wanita pula pada jiwa dan perasaan.
Bila bergabung kedua duanya, keadaan menjadi lebih harmoni.

3) Bidang Parenting sesuai dengan Ustazah.

Ini pengalaman mahal saya. Semasa kami berbual bual, tiba-tiba Ustazah minta untuk berhenti seketika. Bila ditanya kenapa, Ustazah kata beliau terlupa untuk memasukkan nombor telefon anaknya ke dalam group whatsapp bisnes yang baru dibina bersama team baru mereka.

IKLAN

Bila ditanya adakah Ustazah kekurangan staf sehingga memerlukan bantuan anak, beliau kemudian menjawab stafnya sudah memadai, namun ustazah sengaja melibatkan anak mereka sekali bersama staf lain adalah untuk memahamkan konsep perjuangan Ustazah dalam bidang dakwah.

Memandangkan anak-anak adalah legasi, dengan melibatkan mereka sekali adalah cara terbaik untuk pastikan anak-anak ini berada di landasan yang betul, tidak tercicir di jalan yang salah sama ada dari pengaruh rakan atau media sosial.

Subhanallah.

IKLAN

Akhirnya Ustazah pesan:

Anak-anak kita hari ini sangat dahagakan perhatian ibu bapa kerana cerminan anak-anak ini datangnya daripada ibu bapa mereka sendiri.

Ibu bapa yang sentiasa membersihkan cermin mereka daripada debu dan kotoran adalah ibu bapa yang membantu anak anak mereka melihat bukan sekadar jasad di cermin.

Malah dari cermin yang sama, anak anak ini juga mampu melihat suasana jiwa, taqwa, azam, impian, cita cita dan tujuan hidup yang lebih jelas di masa hadapan.

Begitulah.

Sumber: Saidatul Husna

MW: Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua. Anak-anak adalah amanah Allah, jadi jagalah sebaiknya. Begitu juga dengan suami, dahulukan suami dalam segala hal tidak akan mendatangkan masalah.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI