Kajian telah menunjukkan juga bahawa kandungan vitamin C yang tinggi dengan kesan sampingan.

Ambil suplemen vitamin c berpada-pada, jangan sampai bagi kesan sampingan pada tubuh hingga menjejaskan kesihatan mak, ayah serta anak-anak.

Seperti mana mengambil ubatan, pengambilan suplemen vitamin C juga perlu mengikut keperluan atau dos yang ditetapkan.

Kongsi Dr Arisman, begini cara yang betul dalam pengambilan suplemen vitamin C.

Ambil Suplemen Vitamin C

Apa jadi kalau makan vitamin C berlebihan?

Fakta yang kita perlu tahu pertama sekali adalah badan kita tidak akan menyerap semua vitamin C yang kita ambil melalui suplemen.

Suplemen Vitamin C yang diambil lebih 2000 mg setiap hari mempunyai kesan sampingan yang serius pada badan.

Baca Di Sini : Tubuh Hanya Serap Kuantiti Diperlukan, Buat Apa Membazir Ambil Vitamin C Berlebihan

Berpada-Pada

Untuk kanak-kanak pula, berdasarkan ODS (Office of Dietary Supplements) tidak dibenarkan ambil suplemen vitamin C lebih dari paras (upper limit) yang ditetapkan seperti;

1 hingga 3 tahun: 400 mg/ hari
4 hingga 8 tahun: 650 mg/ hari
9 hingga 13 tahun: 1,200mg/ hari

Artikel Berkaitan : Rasai Kesan Luar Biasa, Booster Tenaga & Kecantikan Dengan Vitamin C Limau Kasturi

IKLAN

Jangan Sampai

Jika kanak-kanak mengambil suplemen vitamin C lebih dari jumlah yang saya sebutkan di atas, maka boleh terjadi kesan sampingan serius.

Apa kesan sampingan jika makan suplemen vitamin C berlebihan dari badan perlukan?

1. Gangguan sistem pencernaan
– mual, sakit perut (cramp) dan diarrhea.

2. Batu karang
– vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan melalui air kencing sebagai oxalate, iaitu bahan kumuh terakhir vitamin C.
– oxalate yang ditapis dalam buah pinggang ini boleh bergabung dengan mineral untuk membentuk batu karang. Iaitu batu karang calcium oxalate.(penyebab paling sering kes batu karang)

– Ada kajian menunjukkan pengambilan 2000 mg (dewasa) sehari selama 6 hari boleh meningkatkan jumlah oxalate dari buah pinggang sebanyak 20 peratus. Akhirnya akan meningkatkan juga risiko terjadinya batu karang.

– Ada kajian juga menunjukkan dos vitamin C yang berlebihan meningkatkan risiko terjadi batu karang buah pinggang sebanyak 2 kali ganda pada golongan lelaki, berbanding wanita.

IKLAN

3. Meningkatkan kadar zat besi dalam badan lebih dari sepatutnya
– Vitamin C juga berfungsi membantu meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan.

– semakin banyak vit C dalam darah, semakin banyak penyerapan besi (iron) ke dalam tubuh. Akhirnya boleh menyebabkan penumpukan besi atau iron overload seperti penyakit hemochromatosis.

Baca Juga Di Sini: Ambil Berlebihan Undang Alahan, Setakat Ini Tiada Kajian Vitamin C CEGAH COVID-19

Bagi Kesan Sampingan Pada Tubuh

Kajian telah menunjukkan juga bahawa kandungan vitamin C yang tinggi dengan kesan sampingan seperti di atas adalah hanya dikaitkan dengan suplemen. Tetapi bukannya dengan diet harian kita.

Kajian juga menunjukkan jika anda mengambil 1000 mg vitamin C setiap hari, sebenarnya tubuh hanya menyerap maksimum kurang dari 50% sahaja. Lebihan 50% lagi akan dikeluarkan melalui air kencing. Membazirkan? Ambil Suplemen Vitamin C Berpada-Pada, Jangan Sampai Bagi Kesan Sampingan Pada Tubuh

Dr. Arisman, MD.
“Sama-sama belajar”
https://www.healthline.com/…/side-effects-of-too-much…
https://jamanetwork.com/…/jamainter…/fullarticle/1568519
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4769668/

IKLAN

Mingguan Wanita : Paling penting kawal pengambilan suplemen vitamin C mengikut aturan yang betul dalam menjamin kesihatan yang baik. Boleh nak ambil SUPLEMEN VITAMIN C, tapi jangan OVER!

Sumber : Dr Arisman MD

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar.  Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.   

Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura  

Ambil Suplemen Vitamin C Berpada-Pada, Jangan Sampai Bagi Kesan Sampingan Pada Tubuh

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI