Anak dijangkiti Covid-19, Allah tahu sebaiknya. Begitulah luahan pelakon yang juga bergelar ibu tunggal Shakilla Khoriri apabila mengetahui anaknya Ameena Sofia dijangkiti Covid-19.
Untuk rekod Ameena merupakan anak hasil perkongsian hidup Shakilla bersama Fizi yang merupakan penyampai radio di stesen Suria FM.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018, namun mereka memilih haluan hidup masing-masing apabila mengesahkan sudah bercerai pada Disember tahun lalu.
Anak Dijangkiti Covid-19, Allah Tahu Sebaiknya
Sebelum anaknya Ameena disahkan positif Shakilla bagaikan sudah mendapat petanda awal.
Beberapa hari sebelum itu dia telah mendapat mimpi anaknya masuk hospital. Akhirnya keresahan tersebut terungkai apabila puteri kesayangan disahkan positif Covid-19.
Hati ibu itu makin tidak tenteram apabila dirinya pula negatif.
“Beberapa hari masa Ameena duduk dengan daddy dia, rasa macam ada sesuatu tak kena. Mimpi dia masuk hospital dua hari berturut-turut.
Ads
“Lepas ambil dia dari Fizi, dalam hati saya cakap anak saya tak okey.
“Dia mula muntah sejak malam tadi sampai ke pagi ini. Hati saya kuat cakap, ‘habislah anak aku kali ini’.
“Pagi ini Ameena bangun tak sempat sarapan, bawa dia ke klinik buat ujian calitan dan dapat jawapan yang buat saya betul-betul kecewa.
“Dia positif, saya negatif,” luahnya menerusi akaun rasmi Instagramnya.
Percaya Ada Hikmah
Hati ibu itu makin tidak tenteram apabila dirinya pula negatif. Saat mendapat tahu anaknya positif, Shakilla berasa kepalanya seperti dihempap batu besar.
“Dalam hati fikir macam mana saya nak ganti tempat dia. Biar saya (yang sakit).
“Tapi saya percaya. Semua ini ada hikmah.
Ads
“Minggu depan Ameena masuk tiga tahun.
“Sedang saya sibuk siapkan sambutan hari lahir dia tapi diduga dengan ujian begini.
“Allah tahu yang sebaiknya,” tulis Shakilla yang turut memohon agar mendoakan anaknya cepat sembuh.
Dibanjiri Doa Dari Rakan Artis & Peminat
Pada ruangan komen rakan artis mendoakan buat si kecil, Ameena Sofia agar cepat sembuh.
Memasuki hari ke-5 bulan puasa, dan kesempatan cuti hujung minggu lepas, tentu ramai mak mak yang dah melawat bazar Ramadan. Perasan tak, kebanyakan menunya sama jer setiap tahun?
Hasil tinjauan team Mingguan Wanita di beberapa bazar Ramadan sekitar Lembah Klang, 5 makanan ini antara yang didapati paling laris dan diburu golongan wanita. Cuba tengok, sama ke tak?
(1) Kuih Tepung Pelita
Kuih kegemaran anak-anak dan mak mak bila berbuka. Rasanya lembut, lemak manis dan cair di mulut. Paling terkenal adalah Tepung Pelita Paya Jaras yang popular dengan slogannya, ‘Rasa Sebulan Rindu Setahun’.
(2) Martabak
Kalau lalu gerai martabak ni, memang tak sah kalau mak mak tak singgah. Bau semerbak martabak yang digoreng, dari jauh lagi dah memanggil-manggil. Selalunya gerai martabak ni memang banyak, tapi ikut nasib juga ada peniaga yang kedekut inti, harga mahal, rasa ke laut?
(3) Ayam Golek / Ayam Percik
Ini memang pilihan mak mak yang tak sempat masak lauk berbuka. Bila tengok ayam-ayam togel atau kambing bergolek di bazar Ramadan, tertelan air liur. Tengok ayam percik pun sama, tiba-tiba jer laparkan? Bau asapnya pun dah cukup mencabar iman. Dapat pula ayam percik Kelantan.
(4) Air Tebu, Air Kelapa, Air Soya Ais
Walaupun ada macam-macam pilihan air yang dijual, tapi ramai yang masih berbaris panjang di gerai air tebu, air kelapa dan air soya. Mungkin sebab perisa pilihan ni lebih semula jadi dan bukan berasaskan air gula semata-mata. Apa pun, tengok juga kebersihan peniaga. Minta kurang gula dan kurang ais ya!
(5) Popia Basah
Kalau tengok popia basah bersalut sambal memang menguji jiwa betul. Antara yang paling sedap adalah Pak Ya Popia Power. Peniaga yang jual popia sedap biasanya tak kedekut inti, bersaiz besar dan berpatutan.
Tip Sebelum ‘Terbabas’ Di Bazar Ramadan
Mak mak fikirlah dulu sebelum beli. Fokus terhadap makanan yang dimahukan saja untuk berbuka.
Amal konsep 1:2. Beli 1 juadah berat dan 2 juadah ringan saja. Itu sudah memadai untuk berbuka dan moreh.
Utamakan makanan yang dimasak tanpa santan atau berminyak. Kurangkan kuih-muih manis, air minuman atau bubur.
Ajak anak-anak beli di gerai yang bersih dan makanannya bertutup. Tengok peniaganya juga, bertopi dan berapron tak? Kalau kukunya panjang dan kotor, oh tolonglah cari gerai lain!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cukup glamour die negeri Kedah, resepi Nasi Daging Utara ini tak ada sukatan, jenis main campak campak baling masuk periuk je. Tapi kata Puan Nor Farhana, kalau mak-mak buat in shaa Allah menjadi dan puas hati. Rugi tau kalau tak cuba! Dengan air asam yang menggoda. Fuh!
Cara masak:
Daging fresh rebus dulu.
Rebus sekali kulit kayu manis + bunga lawang + jintan manis + buah pelaga + sedikit garam.
Rebus sampai daging tu separuh masak. Air rebusan tu kang nak guna buat masak nasi
Bahan nasi:
2 cawan beras basmathi (Beras rendam dulu sejam dengan sedikit garam bagi kembang)
3 cawan air rebusan daging (pakai cawan yang sama dengan sukatan beras.
1 cawan beras = 1 setengah cawan air)
Minyak sapi
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lada hitam
Serai
Serbuk kari daging (tak payah banyak)
Serbuk kurma (letak lebih sikit untuk sedap)
Serbuk kas kas (sedikit sahaja)
Garam
Buah tomato
Daun ketumbar
Cara buat:
Mula-mula tumbuk bawang merah + putih + halia.
Tumis bahan tumbuk tadi dengan minyak sapi dalam periuk sampai agak garing.
Masuk rempah kurma + sedikit rempah kari daging + serai + lada hitam yang ditumbuk + garam + serbuk kas kas + sedikit air. Tumis sampai pecah minyak.
Masuk 3 cawan air rebusan daging.
Kemudian masuk beras yang direndam tadi. Tos dulu buang air. Kacau-kacau sikit beras tu dalam periuk.
Bila nasi dah agak masak. Masuk daging yang direbus dah empuk dan daun ketumbar dalam periuk. Kacau-kacau biar masak bersama nasi. Tutup api. Siap.
Bahan untuk air asam
Cili padi
Asam jawa
Garam
Belacan
Kerisik
Buah tomato
Bawang kecil
Cara buat:
Tumbuk cili padi + garam + belacan smpai agak lumat.
Kemudian masukkan dalam mangkuk. Perah air asam jawa pekat-pekat. Gaulkan dengan cili tumbuk tadi. Potong bawang dan tomato nipis-nipis. Boh sekali dalam bahan cili. Last sekali boh kerisik sikit. Yummmm sedap.
Makan panas-panas sedap gila baq hang. Laki panggil pun tak perasan!
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelbagai taktik dan kaedah diguna pakai dalam memastikan pemberian suntikan vaksin dapat dilaksanakan dengan berjaya. Termasuklah dengan menawarkan hadiah lumayan berupa wang tunai, bagi mereka yang mendaftar suntikan vaksin. Sekaligus merebut peluang menjadi ‘jutawan segera’ dalam sekelip mata.
Tuah dan rezeki buat seorang pelajar yang menjadi ‘jutawan segera’ apaabila memenangi hadiah wang tunai berjumlah AS$ 1 juta (RM4.15 juta) selepas menjadi salah seorang daripada lebih 2.7 juta individu di Australia yang mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Menang Hadiah Utama
Joanne Zhu, 25, memenangi hadiah utama kempen Million Dollar Vax yang dijalankan di negara itu bagi menggalakkan lebih ramai warga Australia untuk mendapatkan suntikan pelalian terhadap Covid-19.
“Adakah saya sedang bermimpi? Saya tidak mempercayainya,” kata wanita itu kepada stesen berita tempatan, NEWS 7.
Zhu berkata dia sedang bekerja ketika mendapat berita menggembirakan itu selain menjadi satu-satunya individu di Australia yang memenangi hadiah tersebut.
Berkongsi Hadiah
Wanita itu mahu berkongsi hadiah tersebut bersama rakan-rakan dan ahli keluarganya yang menetap di China dan sudah tidak ditemuinya sejak dua tahun lalu akibat penutupan sempadan akibat pandemik Covid-19.
“Sekiranya sempadan negara sudah dibuka, saya mahu menerbangkan ahli keluarga saya dari China dan menaja penginapan mereka di hotel lima bintang bersempena Tahun Baru Cina,” katanya.
Million Dollar Vax
Perikatan Million Dollar Vax diwujudkan oleh sekumpulan dermawan dan syarikat untuk meningkatkan kadar vaksinasi dengan menawarkan hadiah lumayan.Perikatan itu menyerahkan sejumlah AS$4.1 juta (RM17.03 juta) kepada lebih 3,100 individu yang mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19.
Mingguan Wanita: Rezeki sungguh, siapa sangka dengan mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin boleh bertuah jadi ‘jutawan segera’ dengan memenangi hadiah utama. Tahniah buat pelajar ini.
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Kucing dipukul & disumbat dalam longkang tanpa sebab, wanita kongsi "manis" jadi mangsa jiran benci kucing. Tular di media sosial, seekor kucing bernama "Manis"...