Rutin harian wanita yang bergelar isteri dan ibu sangatlah sibuk bermula daripada celik mata di pagi hinggalah nak lelap semula pada malam nanti. Mana nak siapkan anak-anak ke sekolah, uruskan diri sendiri mahupun siapkan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis. Tak hairanlah ramai yang memilih memulakan hari dengan mengambil secawan kopi untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Memahami situasi wanita yang seharian mempunyai gaya hidup cukup aktif ini, amalan pemakanan diet seimbang yang mengandungi susu berkhasiat juga adalah sangat penting untuk kesihatan diri. Ia membantu menyokong keperluan harian termasuklah penjagaan tulang, sendi dan otot. Jadi kenalah rebut khasiat kedua-duanya ini untuk terus kekal aktif dan dapat menunaikan tanggungjawab dengan sempurna.

Anlene Café Latte

Berita baik buat wanita, Anlene ada memperkenalkan produk tenusu inovatif terbaru, Anlene Café Latte dalam bentuk stik pek. Pilihan bijak buat wanita yang mempunyai rutin harian aktif selain dapat menikmati secawan susu dengan rasa kopi sebenar malah turut memperolehi khasiatnya yang tersendiri.

Anlene Café Latte, susu dengan rasa ‘ummph’ yang dirumus khas dengan susu berkhasiat dengan kopi sebenar. Ia mengandungi formulasi Movemax, dengan kalsium tinggi, protein tinggi, kolagen, rendah lemak dan kurang gula* yang membantu memenuhi keperluan harian golongan yang sibuk.

IKLAN
Mulakan Hari Lebih ‘Ummph’, Rasai Susu Dengan Kopi Sebenar Pilihan Stacy Anam
Anlene Café Latte, susu dengan rasa ‘ummph’ yang dirumus khas dengan susu berkhasiat dengan kopi sebenar.

Pilihan Stacy Anam

Stacy Anam antara selebriti yang terkenal dengan gaya hidup aktif. Cukup lincah menari diatas pentas, pada masa yang sama bertanggungjawab dan sibuk menguruskan anak-anak serta rumahtangga. Amat penting bagi dirinya memilih Anlene untuk menjaga kesihatan diri.

“Amatlah penting ku jaga tulang, sendi dan otot, supaya hidupku sentiasa aktif. Anlene Café Latte dengan kopi sebenar, ia mengandungi kalsium, protein dan kolagen.Aku ingin lakukan yang terbaik sebagai seorang penyanyi, ratu tarian dan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan saya memilih Anlene” Stacy Anam, Artis.

Mulakan Hari Lebih ‘Ummph’, Rasai Susu Dengan Kopi Sebenar Pilihan Stacy Anam

IKLAN

Minumlah Hari Ini!

Bagi memeriahkan lagi kemunculan Anlene Café Latte, Anlene telah menyediakan 100,000 set bernilai RM1 Anlene Café Latte dengan biskut Julie’s Oat di stesen LRT utama dari Mac hingga April sebagai tanda sokongan untuk rakyat Malaysia dalam memulakan hari dengan sarapan yang berkhasiat.

Nikmatilah keenakan dan rasa susu berkhasiat dengan kopi sebenar. Hanya tambahkan air dan boleh diambil di mana jua dalam menyokong gaya hidup aktif anda. Anlene Café latte boleh didapati di seluruh cawangan pasar raya negara termasuk 99 Speedmart. Hanya RM9.90 untuk pek 7 stik dan RM19.90 untuk pek 16 stik.

IKLAN

*54% kurang gula (sukrosa) berbanding Anlene Coklat UHT per 100ml

Untuk maklumat lanjut dan sampel percuma, sila layari laman web atau Facebook Anlene.

Video Youtube

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI