Dalam setiap rumah, rasanya mesti ada satu bilik khas untuk simpan barang. Pakai atau tidak, itu lain cerita. Yang penting sayang nak buang sebab mungkin satu hari nak pakai atau guna.
Begitulah mak-mak, suka simpan barang yang rasa tidak perlu pun. Nak buang sayang tapi kalau tak buang habis semak rumah. Kadang-kadang, pelik juga dengan barang disimpan itu tak guna pun.
Sikap seperti inilah dipanggil ‘hoarder, penyakit yang suka simpan barang. Saranan daripada Ir Hj Zainuddin Omar ini adalah dengan membuangnya bila barang yang tak diguna selama 90 hari. Mudah dan mata pun tak semak.
Pada satu hari saya melawat ke rumah teres seorang kenalan di Taman Medan.
Apabila masuk ke rumah saya lihat bermacam barang berlonggok di sana sini penuh satu rumah sehingga tiada tempat untuk duduk.
Terpaksa saya alihkan beberapa barang untuk ke meja makan bertemu ibu bapa kenalan tersebut.
Saya diberitahu oleh kenalan bahawa parents beliau adalah hoarders.
Saya perhatikan tiada tempat untuk berjalan bebas dalam rumah dan terpaksa melangkah berbagai barangan.
Memang terasa semak kepala melihat rumah yang penuh dengan bermacam barangan sehinggakan tiada tempat untuk duduk pun.
Ads
Rakan saya memberitahu bahawa ibu bapa beliau menjadi hoarders selepas mereka berkahwin dan menyimpan setiap barangan walaupun tidak digunakan lagi.
Apabila barangan mahu dibersihkan dan dibuang, ibu bapa akan memarahi anak-anak dengan alasan barangan boleh digunakan lagi satu hari nanti.
Ibu-bapa beliau mungkin berpenyakit obsessive-compulsive disorder (OCD).
Penyakit Suka Simpan Barang
Seorang rakan lain mengadu kepada saya bahawa isteri beliau menyimpan berpuluh kasut satu belah yang sudah disimpan puluhan tahun.
Alasannya satu hari nanti pasangan kasut yang hilang akan dijumpai semula.
Hoarders adalah mereka yang berpenyakit suka menyimpan barang dan sangat susah untuk berpisah dengannya.
Mereka akan berasa stres jika barangan milik mereka dipisahkan tak kira samada barangan mahal atau murah.
Ads
Rumah hoarders tiada tempat kosong kerana setiap inci dipenuhi barangan.
Kalau ada pun hanya tempat tidur dan tempat makan.
Perangai hoarders bermula dari muda dan menjadi kronik bila meningkat dewasa.
Semua barangan disayangi dan difikirkan ada keperluan satu masa nanti.
Akhirnya rumah menjadi satu stor besar.
Jadilah Seorang Minimalist
Trend sekarang adalah untuk menjadi seorang minimalist.
Ianya bukan mudah tetapi hati boleh diajar untuk berpisah dengan barangan yang tidak diperlukan.
Ads
Prinsip minimalist adalah konsep 90/90.
Lihat pada barangan milik anda.
Adakah anda telah menggunakannya dalam masa 90 hari?
Adakah anda akan menggunakannya dalam masa 90 hari lagi?
Jika tidak, maka anda boleh ‘let go’ barangan atau pakaian tersebut.
Mereka yang suka shopping online
Shopee/Lazada, sila ambil perhatian.
Mungkin anda juga seorang hoarder.
Mingguan Wanita : Tak perlu nak sayang sangat. Kalau memang dah tak guna, pejam mata dan buang. Habis cerita.
Tak seperti yang diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini, beliau tidak menyandang portfolio Menteri Pelajaran. Sebaliknya kekal meneruskan tanggungjawab sepenuhnya sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Ini selaras dengan manifesto Pakatan Harapan yang menjanjikan bahawa Perdana Menteri tidak akan mengambil jawatan menteri lain terutama Menteri Kewangan.
Tun M telah pun menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara pada jam 5 petang tadi (18 Mei 2018) dan menyerahkan senarai nama Ahli Perlimen untuk dilantik sebagai Menteri Persekutuan yang baru.
Ini Senarai Terkini Kabinet Malaysia 2018
Perdana Menteri: Tun Dr Mahathir Mohamad (BERSATU – Langkawi)
Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR – Pandan)
Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (BERSATU – Pagoh)
Menteri Pelajaran: Dr Maszlee Malik (BERSATU – Simpang Renggam)
Menteri Pembangunan Luar Bandar: Rina Harun (BERSATU – Titiwangsa)
Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR – Pandan)
Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR – Gombak)
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Zuraida Kamaruddin (PKR – Ampang)
Menteri Kewangan: Lim Guan Eng (DAP – Bagan)
Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook (DAP – Seremban)
Menteri Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo (Dap – Puchong)
Menteri Tenaga Manusia: Kulasegaran V. Murugeson (DAP – Ipoh Barat)
Menteri Pertahanan: Mohamad Sabu (AMANAH – Kota Raja)
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Salahuddin Ayub (AMANAH – Pulai)
Menteri Kesihatan: Dr. Dzulkefly Ahmad (AMANAH – Kuala Selangor)
Yang Dipertuan Agong telag memberi perkenan kepada nama-nama yang dicadangkan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan akan diadakan pada hari Isnin, 21 Mei 2018 jam 11.30 pagi di Istana Negara.
Sumber/Foto : Berita Harian, MStar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Menantu kiriman dari neraka, sanggup rakam suami aniaya ibu kandung Lumpuh. Seorang lelaki bertindak zalim apabila sanggup memukul dan menganiaya ibu kandungnya, meskipun wanita itu sudah lumpuh.
Menantu Kiriman Dari Neraka
Memetik laporan Sinar Harian, tidak hanya memukul dan menganiaya ibunya, aksi penganiayaan lelaki itu terhadap warga emas berusia 74 tahun itu turut dirakam oleh isteri pelaku yang berusia 51 tahun. Video yang dirakam itu menjadi tular di media sosial.
Gambar sekadar hiasan.
Menurut laporan media tempatan, kejadian berlaku pada 10 Mei lalu, di rumah pelaku yang dikenali sebagai H, 52, di Jalan Satria, Pekan Palas Rumbai, Kota Pekanbaru, Riau.
Menerusi klip video yang tular baru-baru ini, kelihatan warga emas itu tidak berdaya mempertahankan diri ketika ditampar pipinya dan diseret oleh anak lelaki sulungnya itu.
Gambar sekadar hiasan.
Polis yang mengetahui perkara itu menerusi hantaran video yang tular itu melakukan siasatan dengan segera hadir ke lokasi kejadian pada 26 Mei lalu.
Sementara itu, siasatan polis mendapati kedua-dua mereka mengaku bahawa perbuatan zalim itu telah berulang kali dilakukan ketika mangsa berada di rumah.
Polis kini mengenakan tindakan ke atas mereka berdua manakala warga emas itu pula sudah mendapatkan rawatan di hospital dan kini ditempatkan di rumah anak keduanya.
Teruja tengok wajah terkini Intan Liana Salleh. Bukan saja berseri-seri, aura cantiknya makin terserlah jelita. Lagi-lagi sekarang ini Intan dah dilamar menjadi ‘wajah rasmi’ ANAS Cosmetics. Intan yang membahasakan dirinya Bonda, juga bagaikan tak percaya dengan tawaran itu.
“Ya Allah! Rasa macam orang yang baru pulak, sukanya dengan look ni, boss Annas Easkey kalau bab mencantikkan orang memanglah win. Nak nangis pun ya tengok muka sendiri.
“Iyalah bonda kan sibuk jaga anak anak, lepas tu kene lamar pula jadi wajah untuk jenama kosmetik yang memang semua kenal ANAS Cosmetics lepas tu outcome photoshoot macam ni. Macam tak percaya muka sendiri.” Tulisnya di instagram miliknya.
Sebagai insan yang pernah melalui peristiwa paling pedih dalam hidupnya, Intan begitu cekal mengharungi ujian tuhan. Dan berkat kesabaran malah niatnya ikhlas mahu mencari rezeki untuk anak-anak buatkan Intan lebih yakin melangkah ke hadapan.
“Tiap kali bonda bekerjasama dengan boss Annas Easkey tak kira lah photoshoot untuk apa, hasilnya MashaAllah susah nak gambarkan. Kadang kadang bonda tak percaya yang bonda boleh sampai tahap macam tu sekali sebab bonda bukanlah sesiapa, bukan selebriti mahupun model professional.
“Tapi bonda yakin dengan percaturan yang Allah dah tentukan, bonda redha dengan segala dugaan. Bonda pasti yang segalanya ada hikmah. Segalanya sudah tertulis.”
Rezeki Untuk Anak-anak – Intan Liana Salleh
Kerjasama Intan dan Annas Easkey bermula dengan jenama pakaian Ashh & Annas. Dari situlah membawa kepada lamaran wajah rasmi produk kosmetik.
“Macam mimpi jadi kenyataan. Selama ini bonda dok dengar dari adik-beradik, kawan-kawan. last last bonda jadi wajah. Ya Allah.”
“Apa apa pun, bonda yakin. Sangat yakin, hikmah Yang hadirkan, segala rezeki yang di curahkan semuanya untuk anak anak. Semuanya untuk bonda besarkan mereka agar jadi anak cemerlang dan berbakti kepada keluarga.
“Wahai anak anakku, bonda kerja keras untuk kita tau. Bonda buat semuanya untuk besarkan kalian. Semoga Allah murahkan rezeki bonda. Kepada boss Annas Easkey bonda rasa syukur dapat bertemu dengan Annas. Terima kasih atas rezeki.”
Wajah terkini Intan : Tanpa solekan pun wajah Intan Liana Salleh semakin glowing berseri-seri gitew.
Tengok Air Muka Kak Intan, Saya Tahu Kerisauannya
Annas Easkey yang sama berbagi rezeki dengan Bonda Intan turut melahirkan kata-kata motivasi untuk ibu tunggal anak dua lelaki, Arish Muqri, 3 dan Ariq Muqri, 1 tahun.
“Saya kongsi rezeki dengan bonda intan supaya dia boleh meneruskan hidup sebagai seorang ibu tunggal, sebagai seorang ibu yang kuat menjaga anak anak demi kehidupan yang lebih baik. Dugaan yang kak intan tempuh amatlah besar yang jika orang lain mungkin tidak kuat dan mungkin akan putus asa dengan hidup serta segala benda.”
“Rezeki tak pernah salah alamat, apa yang saya kongsi dengan kak intan dan akhirnya rezeki saya pun bertambah. Kalau lihat pada air muka kak intan, saya tau dan faham kerisauan tentang apakah yang bakal berlaku pada masa depan tapi saya pasti yang sekarang dia kuat dan tabah demi masa depan anak anak.”
“Kepada Bonda Intan, tak banyak untuk saya kongsi tapi cukuplah untuk akak dan anak anak meneruskan kehidupan. Cukuplah akak tampung segala macam keperluan.” kongsinya di laman instagram miliknya sambil memaklumkan rasa terima kasihnya kerana Intan sudi menjadi wajah untuk jenama pakaian dan kosmetik miliknya.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...