Perkara yang paling ‘melegakan’ dalam kehidupan apabila bebas hutang, habis bayar ansuran bulan baik kereta mahupun rumah yang didiami. Namun perlu ambil tahu bahawa habis bayar ansuran rumah, janganlah ingat ia terus jadi milik kita. Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan. Panduan ini terutamanya bagi yang pertama kali memiliki rumah sendiri.

Baca perkongsian daripada Peguam Puan Faridah Begum Abdul Rahman ini sebagai rujukan;

Bila kita sudah habis bayar ansuran rumah, jangan ingat rumah itu terus jadi milik kita.

Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan.

1.Lepaskan Gadaian Di Pejabat Tanah

Lantik peguam untuk lepaskan gadaian di pejabat tanah. Kita selalu lupa, rumah kita digadaikan kepada pihak bank semasa kita membuat pinjaman.

2.Mohon Dokumen Dari Bank

Peguam akan tulis surat memohon beberapa dokumen dari bank.

3. Isi Dokumen

Selepas dapat dokumen dari bank, peguam akan mengisi dokumen-dokumen tersebut dan kembalikan kepada pihak bank.

4. Failkan Borang Melepaskan Gadaian

Selepas peguam terima dokumen-dokumen tersebut dari pihak bank, mereka akan memfailkan borang melepaskan gadaian ke pejabat tanah di mana hartanah tersebut digadaikan.

IKLAN

5. Tunggu Geran Baru Siap

Selepas siap difailkan di pejabat tanah, perlu tunggu geran baru siap.

6. Periksa Butiran Geran Baru

Selepas geran baharu siap, baru boleh ambil di pejabat tanah. Perlu periksa butir-butir lanjut dalam geran agar tidak tersilap dan perlu periksa sama ada gadaian sudah ditarik balik.

7. Serah Geran Kepada Pemilik

Geran akan diserahkan kepada pemilik rumah.

Ada beberapa langkah yang tidak ditulis untuk menampakkan proses tersebut mudah dan ringkas.Nampak mudah, tapi payah untuk mereka yang tidak pernah buat.

IKLAN

Faridah Begum Abdul Rahman
(Faridah &Partners)

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Baca Lagi Di Sini:
Hati-Hati, Perkara Kita Rasa BIASA Rupanya Kesalahan Waktu ‘Renovate’ Rumah!

IKLAN

Keliru Nak Tukar Kereta Baru Ke Tak, Sebelum Beli Pertimbangkan Dahulu Formula Ini

PENTING Cop E-Batal, Tukar Hak Milik Kenderaan Bila Habis Bayar Pinjaman Bank

Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Jadi bila habis bayar ansuran rumah, jangan ia ia automatik jadi milik kita iya. Jangan lupa lepaskan gadaian di pejabat tanah dan lantiklah peguam bagi memudahkan segala urusan bagi mendapat geran rumah yang baru.

Sumber: Faridah Begum Abdul Rahman

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI