Rambut sihat, lebat, hitam berkilat tanpa uban walaupun usia meningkat memang menjadi impian ramai wanita. Hakikatnya penjagaan kesihatan rambut ini perlu dititik beratkan dari zaman muda lagi. Ia termasuklah mengamalkan petua tradisonal yang terbukti keberkesanannya seperti sapuan air ramasan /lendir bunga raya di kulit kepala dan rambut.

Pengasas jamu Honey Herbs, Suzima Hazish ini ada kongsikan amalan bidan kampung yang dipanggil sebagai Mak Zah, memiliki rambut lebat hitam walaupun usia dah masuk 60-an.

Berikut perkongsian tersebut;

“Wah, Mak Zah cantiknya rambut. Kenapa walaupun dah masuk usia 60-an tapi rambut lebat hitam? Ha..apa rahsia ni? Kaler rambut ke?”

Biasalah akak bertanya, sambil mengorek rahsia. Haha!

Mak Zah merupakan seorang bidan di kampung. Jadi memang hebatlah dia bab-bab petua dan rahsia perawatan tradisional ini. Panjang lebar beliau terangkan masa tu.

Ini petua untuk penjagaan kesihatan rambut yang diajarkan oleh beliau:

Bahan-Bahan :

10 kuntum bunga raya yang sedang kembang
200ml air.
1 sudu besar Virgin Coconut Olive Oil ( Minyak Zaitun)

Cara Membuat:

  1. Masukkan 10 kuntum ke bekas.

2. Masukkan semangkuk air sukatan di atas.

IKLAN

3.Kemudian ramaskan dan biarkan selama 30 minit sehingga lendir bunga tersebut keluar. Cukup masa 30 minit di masukkan 1 sudu minyak zaitun.

4.Selepas sebati semua ambik air ramasan bunga raya tersebut di basahkan ke kulit kepala sehingga rata rambut. Biarkan 10 minit.

5.Kemudian di bilas air dengan bersih. Tidak perlu pakai syampu lagi selepas bilas tersebut.

6.Bagi yang masalah keguguran rambut boleh amalkan 1 ke 2 kali seminggu. Kebiasaanya boleh nampak perubahan selepas 1 bulan jika di amalkan secara konsisten.

IKLAN

Akak pun tak cakap banyak. Hanya dengar sahaja apa yang diceritakan oleh Mak Zah. Mata akak pula ternampak terus pokok bunga raya di laman rumahnya. Terus akak minta izin. Nak buat terus petua ni. Hehe!

Bab kecantikan rambut sangat akak titik beratkan. Apatah lagi dengan menggunakan bahan-bahan secara natural.

Khasiat Bunga Raya

Menurut kajian yang di Journal of Ayurvedic and Herbal Medicine (JAHM), bunga raya atau nama saintifiknya Hibiscus rosa-sinensis ini mengandungi khasiat :

1. Menghitamkan dan melebatkan rambut dengan lendir bunga raya yang mengandungi agen pelembap.

IKLAN

2. Mengelakkan rambut beruban dan membantu kulit rambut jenis kering juga berkelemumur secara sifat astringen semula jadi, antiradang dan mampu memerangkap radikal bebas dan sifat perencatan enzim.

3. Menguatkan rambut dan akar bagi mengelakkan rambut dari keguguran dengan kandungan Vitamin C dan mineral.

Semoga bermanfaat.

SuzyHoney
Habis bunga raya akak petik! Ha ha!

Baca Lagi Di Sini: Umur 55 Rambut Takde Uban, DAUN KARI Rahsia Rambut Berkilat Hitam

MW: Jadi buat mak-mak yang inginkan rambut hitam berkilat dan sihat walaupun usia dah meningkat, boleh amalkan petua tradisional yang dikongsikan ini. Banyak khasiat lendir bunga raya ini untuk kesihatan rambut.

Sumber: SuzyHoney