“Alhamdulillah Selesai Majlis Resepsi,” itu antara luahan rasa kesyukuran buat Penyanyi popular era 1980-an, Azian Mazwan Sapuwan,46 yang berkongsi berita gembira apabila selamat menerima menantu baru pada Sabtu lepas.
Anak lelaki Azian, Mohammad Ashraf Zulkarnain selamat mendirikan rumahtangga dengan pasangan hidupnya Mei Che Murni Atiera Nurfatehah. Majlis akad nikah diadakan pada 13 Ogos manakala majlis resepsi sebelah pihak pengantin perempuan diadakan pada 14 Ogos lepas.
Penyanyi yang popular melalui lagu “Cinta Embunan Pagi” dan “Rumah Kecil Tiang Seribu” ini, turut meluahkan rasa syukur kerana majlis meraikan pengantin berjalan dengan lancar. Malah berterima kasih pada saudara mara dan kawan-kawan rapat yang turut serta menyertai majlis.
“Alhamdulillah selesai majlis resepsi dan bersanding meraikan pengantin baru.
“Kepada sebahagian saudara mara dan sebahagian kawan-kawan rapat yang turut serta dalam rombongan TERIMA KASIH banyak-banyak saya ucapkan. Mohon maaf jika ada kekurangan di sana sini. LOVE SEMUA.
“Saya juga mohon maaf kepada yang tak dapat jemputan, harap memahami,” ujar Azian yang juga pernah menyertai Gegar Vaganza musim kedua pada 2015.
Ads
Mohon Doa Kebahagiaan Perkahwinan Anak & Menantu
Azian turut memohon doa agar anaknya yang baru sahaja mendirikan rumahtangga ini di berkati dan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Mohon doa semua semoga mereka berdua dapat melayari alam rumahtangga dengan baik, diberkati dan menjadi suami isteri yang soleh dan solehah..amin”
“Doakan ye semoga rumahtangga yang dibina berkekalan, berbahagia hingga akhirnya.”
“Doa mama.. Abang & Mel selamat menempuhi alam perkahwinan, alam yang penuh ranjau dan duri. Jadilah suami yang soleh dan isteri yang solehah. Semoga dikurniakan limpahan rezeki, kesihatan, kesabaran dan nikmat yang diberkati.Aamiin ya rabb.
“Selamat datang ke dalam keluarga kami Mel dan SELAMAT PENGANTIN BARU Abang & Mel,” ujar Azian yang memiliki 7 orang cahayamata.
Mingguan Wanita:Tahniah buat Azian Mazwan dapat menantu baru. Memang sama cantik mak mentua dan menantu. Semoga dikurniakan cucu-cucu yang comel nanti.
Allah… disengat tebuan sampai meninggal! Ya, mungkin sudah ajalnya… adik Muhammad Adrian Aiman Mohd Rosmin dijemput Ilahi ketika dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II), Kota Bharu selepas disengat tebuan ketika bermain di halaman rumahnya di Kampung Benting Lintang, Jertih, kelmarin.
Muhammad Adrian, 8, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Benting Lintang disahkan meninggal dunia kira-kira 11 pagi tadi.
Kalau ikut cerita ayahnya, Mohd Rosmin Ong Bo Jit @ Hussin, 30, kejadian berlaku ketika anak sulungnya itu sedang bermain kira-kira 100 meter dari rumahnya.
Sebelum itu anaknya dikatakan bermain badminton berdekatan kawasan itu dan kemudian bermain dengan rakannya di dalam semak berhampiran.
“Kemudiannya dia bersama empat rakannya diserang tebuan yang bersarang di atas pokok di kawasan itu dan anak saya paling banyak kena sengat di seluruh badan.
“Berdasarkan kesan pada tubuhnya dipercayai dia disengat lebih 60 tebuan,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Muhammad Adrian kemudiannya dihantar pulang ke rumah oleh anak saudaranya dengan motosikal pada 6.45 petang.
Boleh Bercakap Lagi
Mohd Rosmin berkata, keadaannya ketika itu sudah lemah tetapi masih boleh bercakap dan menyebabkan dia bersama isterinya, Nor Azah Hamid, 27, terus mengejarkannya ke Hospital Besut dengan kereta.
Kata pemandu lori itu, anaknya boleh bercakap sehingga pihak hospital memasukkan tiub ke mulutnya pada 9 malam untuk memastikan dia tidur dan berehat.
“Memandangkan keadaannya yang agak teruk menyebabkan Muhammad Adrian kemudiannya dirujuk ke HRPZ II untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Namun akhirnya…
Selepas dirawat di hospital itu keadaannya didapati stabil, tetapi bermula 9 pagi tadi anaknya jadi kritikal kerana buang pinggangnya tidak berfungsi sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian.
Jenazah Muhammad Adrian selamat dikebumikan di Kampung Benting Lintang, petang tadi. Moga keluarga mangsa tabah dengan ujian Allah, AL FATIHAH.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ikan bilis goreng dah biasa dengarkan, ayam goreng kunyit waima udang goreng kunyit pun selalu sangat orang kita makan. Tapi anak ikan haruan goreng kunyit ini tak ramai yang tahu melainkan anak-anak yang membesar dari sawah bendang.
Lauk ini memang simple lagi menyelerakan yang amat-amat. Sebabnya makanan sebegini mengembalikan nostalgia. Mengimbau kembali kisah waktu kecil yang mana mak-mak akan bawa anak-anak menangguk anak ikan haruan di bendang.
Demikianlah yang dituturkan Puan Norahalina Lina yang menetap di Sungai Besar dalam Grup Masak Apa Hari Ini (MAHN)
“Teringat dulu masa kecil. Mak kita suka bawa kita pergi ke bendang untuk menangguk anak ikan haruan ni. Basuh bersih-bersih. Letak garam dan kunyit, goreng. Makan dengan nasi panas-panas. Sedap.”
Cari Anak Ikan Haruan
Dekat sawah padilah tempat anak ikan haruan paling suka berhabitat. Tak pun dekat parit kecik di sawah. Ikan haruan suka bawa anak-anaknya di situ.
3 Cara Masak Anak Ikan Haruan
Basuh bersih-bersih
Letak garam dan kunyit. Gaul rata
Goreng
Rasanya: Macam ikan biliskah? Lain Sikit. Anak ikan ini lagi sedap daripada ikan bilis. Ambil nasi panas-panas dan anak ikan goreng tu gaul dan makan macam tu je.
Ini Cara Lain Memasaknya
Komen lain dari geng MAHI cara lain nak masak anak ikan haruan yang ‘rare’ ini
Sedapnya goreng letak cili api dan bawang
Buat pais pun sedap
Bungkus daun pisang dan bakaq
Gaul garam kunyit sikit dan balut daun kunyit
Bubuh garam kunyit goreng, sebelum letak ikan tabur tepung beras dalam minyak dan hirisan halia baru buh ikan
Buat cekodok anak marak & kopi
Masak sambal kering
Basuh taruk garam kunyit dan masuk serbuk kari sesudu dan goreng
Buat pais balut daun pisang buh bawang, serai, cabai muda, garam dan kunyit. Sedap sangat!
Kegunaan Lain Anak Ikan Haruan
Peram dengan asam keping dan garam buat umpan pancing ikan puyu di bendang.
Doktor selebriti, Dr Say Shazril menegaskan agar jangan ambil mudah dengan serangan jantung. Berkongsi pandangan di instagram miliknya, Dr Say jelaskan biarpun dia baru berusia 34 tahun tetap berisiko untuk kena serangan jantung.
Jelasnya lagi, dia tidak mempunyai penyakit darah tinggi, diabetes (kencing manis), tiada sejarah keluarga yang ada sakit jantung malah tidak menghisap rokok. Bagaimanapun, kolesterol dalam badannya tinggi. Tetap ada risiko di situ.
Sebagai langkah pencegahan, Dr Say akan menjalani ujian imbasan untuk memastikan tahap risikonya itu. Dalam pada itu, dirinya berasa terkesan dengan video viral berkenaan pemandu yang dikatakan mabuk. Walhal Allahyarham sedang berdepan serangan penyakit jantung.
Video pemandu lori yang dituduh mabuk oleh wanita yang merakam ni cukup mengecewakan saya. Tanpa asal usul beliau dituduh mabuk & tiada sebarang pertolongan diberikan kepada beliau.
Kalau korang amati video ni elok-elok nampak betapa dalam kesakitannya pemandu tu sambil dia ber-grunting in pain & sambil tangan kirinya memegang dada kirinya.
Saya faham orang biasa mungkin tak tangkap apa yang dialami pemandu tu akan tetapi perlukah menghukum beliau sebegitu?
Kalaulah wanita tersebut bertanya “pakcik ok ke? Nak sy panggil ambulans?” instead of menuduh pakcik tu, mungkin beliau boleh diselamatkan sebab when it comes to sakit jantung atau angin ahmar, TIME IS PRECIOUS. Inalillah pemandu tersebut telah meninggal dunia. Let this be a lesson to all of us, number one TO NEVER JUDGE ANYONE AIMLESSLY & number two TO EDUCATE OURSELVES ON NUMBER 1 KILLER IN OUR COUNTRY FOR 20 STRAIGHT YEARS yakni penyakit jantung iskemik.
Berisiko Kena Serangan Jantung
Saya tak hisap rokok, saya tiada darah tinggi, saya tiada diabetes, saya tiada sejarah keluarga sakit jantung tapi saya ada kolestrol tinggi. Adakah saya berisiko untuk kena serangan walaupun usia saya baru 34 tahun ni? Semestinya!
What to do? Saya dah berbincang dengan pakar sakit jantung & beliau suggestkan saya untuk buat CT Angiography Selasa minggu depan.
Katanya risiko saya rendah tapi i just want a peace of mind sebab serangan jantung ni terlalu mengejut. Apa-apa nanti saya update. Semoga dipermudahkan segala urusan kita & semoga kita sentiasa dilindungi-Nya.
Mingguan Wanita : Didoakan semoga Dr Say segera sembuh. Dan jadilah manusia yang lebih empati dengan manusia lain berbanding cuma mahu mencari kesalahan orang lain.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...