
Isi Kandungan
ToggleResipi Air ‘Vanilla Blue Dengan Aiskrim’, Nikmat Terasa Bila Berbuka! Memang lain daripada yang lain, setelah seharian berpuasa nikmat berbuka cukup terasa apabila dapat minum ‘Vanilla Blue Dengan Aiskrim’ ini. Cukup sempurna lemak, manis rasa vanila nya. Jika selalu beli air di bazar ramadan, mak-mak boleh buat sendiri air ni di rumah. Mesti laku nanti, anak-anak suka.Bahan-bahan tak banyak, nak buat pun mudah.
Boleh cuba resipi air mudah yang dikongsikan oleh Puan Nordiana Ab Kadil ini sebagai rujukan.
Nikmatnya terasa bila berbuka puasa dengan :
VANILLA BLUE WITH ICE CREAM
Bahan-Bahan;
3 cawan Air masak
5 Esen vanila (saya guna penutup botol esen)
Setengah tin Susu pekat Saji
Satu tin Susu sejat cair Saji
1 Pewarna biru (guna penutup pewarna)
Ais secukupnya
Aiskrim vanila
Cara Membuat:
Campurkan semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan aiskrim vanila dan kiub ais. Kacau rata untuk dapat kan rasa vanila yang sempurna.
Siap!
Selamat mencuba.
Mesti Baca: RESIPI Air Balang Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi, Laku Keras Habis Setiap Hari!
Baca Lagi Di Sini:Peniaga Sedekah Resipi Air Balang Keladi Aiskrim Vanilla Untuk 40 Liter!
Artikel Menarik: Resipi Aiskrim Vanila Homemade Pakai Blender, Rasanya Sama Macam Beli Kedai

Mingguan Wanita: Menariknya air ni warna biru. Cukup menarik perhatian dan sangat sesuai dibuat ketika berbuka puasa atau hari raya nanti. Tak perlu beli di Bazar Ramadan, boleh buat sendiri je.
Sumber: Nordiana Ab Kadil
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Brokoli Sayuran Hijau Tinggi Serat, Jadikan Aneka Gorengan Pun Sedap

Isi Kandungan
ToggleBrokoli atau kubis bunga hijau biasanya digunakan di dalam sup, stu atau gorengan. Namun sayuran berwarna hijau yang dikatakan berasal dari Itali ini sangat tinggi khasiat dan memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan. Bukan bermakna menidakkan peranan ubat-ubatan moden dalam mengubati penyakit tapi memakan makanan yang berzat mampu membantu meningkatkan tahap kesihatan yang baik.
Brokoli misalnya, sangat berkhasiat tinggi. Bahkan walau hanya dikukus atau direbus hingga agak empuk, ia enak dimakan sebagai ulaman kerana rasanya lemak manis. Selain itu pelbagai hidangan enak yang boleh dimasak dengan menggunakan brokoli. termasuk gorengan lazat. Ia boleh juga dikisar dan dimasukkan ke dalam bubur nasi bayi.
Apa Khasiat Di Dalam Brokoli?
Beberapa kajian mendapati brokoli mengandung senyawa anti kanser kerana terdapat kandungan fitokimia yang bernama indole dan isothiocyanate. Inilah yang disebut-sebut sebagai manfaat brokoli yang paling besar.
Di antara zat yang terkandung di dalam brokoli ialah serat, antioksidan, vitamin A, B, C, K, dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Berikut adalah di antara manfaat sayuran berwarna hijau ini.
1. Membantu Turunkan berat badan
Sayuran yang kaya akan serat seperti brokoli sangat membantu program diet penurunan berat badan anda. Kandungan seratnya yang tinggi dapat membuat perut kenyang lebih lama. Sayuran berwarna hijau ini juga mengandungi vitamin serta mineral, dan rendah kalori juga lemak.
2. Menjaga Ketajaman Penglihatan
Kandungan lutein dan vitamin A yang ada di dalam brokoli membuatkan sayuran ini memiliki kemampuan untuk menjaga kesihatan mata. Sebuah kajian menunjukkan bahawa kadar lutein yang tinggi dapat mencegah penurunan fungsi mata seperti katarak dan makula. Sementara vitamin A sangat penting untuk menjaga kesihatan retina.
3. Menjaga Kesihatan Kulit
Memiliki kulit cantik, sihat dan terbebas dari segala permasalahannya ialah impian semua orang. Di dalam brokoli terdapat senyawa glucoraphanin, yang dapat membantu memperbaiki kerosakan kulit akibat paparan sinar matahari atau proses penuaan. \
Selain itu, ia dapat membantu untuk memperbaiki jaringan kulit yang rosak dan membuat kulit yang sihat dan bercahaya. Secara umum, mengambil brokoli baik untuk proses detoksifikasi kulit. Vitamin E di dalamnya sangat bagus untuk mempercepat proses regenerasi sel-sel kulit mati.
4. Menjaga kesihatan pencernaan
Kandungan serat yang tinggi dalam brokoli mampu menjaga pencernaan agar berfungsi dengan baik, mencegah penyakit seperti sembelit. Dan antioksidannya merupakan detoks semula jadi yang membersihkan saluran pencernaan seperti lambung dan usus dari racun.
5. Mencegah penyakit kardiovaskular
Brokoli mengandung vitamin B6 dan asid folid yang terbukti dapat mencegah penyakit kardiovaskular seperti jantung dan strok. Jadi jangan ragu untuk memakan sayuran yang satu ini. Tentunya harus diimbangi dengan gaya hidup sihat dan berolahraga secara teratur.
6. Membantu Mengawal Tekanan Darah
Dengan kandungan kalium dan magnesiumnya yang tinggi, brokoli menjadi salah satu sayuran yang dianjurkan untuk diambil oleh penghidap tekanan darah tinggi.
7. Menjaga Kesihatan Tulang Dan Gigi
Kalsium merupakan mineral yang sangat penting bagi kesihatan tulang dan gigi dan brokoli ini merupakan sayuran yang mengandungi kalsium yang tinggi. Selain kalsium, terdapat juga vitamin K yang dapat mencegah osteoporosis.
JOM Cuba Dua Resipi Gorengan Ini!
Dikongsi dua resipi gorengan mudah yang berasaskan brokoli yang dianggap sebagai ‘super food’ ini. Selamat mencuba.
BROCCOLI PARMESAN FRITTER
BAHAN-BAHAN:
230gm brokoli | cencang
1 biji telur
65gm tepung gandum
30gm keju parmesan parut
½ sudu teh garam
Serbuk lada hitam cukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan di atas kecuali minyak masak. Gaul sebati.
- Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Apabila cukup panas letakkan adunan tadi dan tekan dengan sudip atau sudu untuk meleperkannya.
- Balikkan adunan setelah satu bahagian sudah perang keemasan.
- Pastikan kedua-dua bahagian masak perang keemasan.
- Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Warna hijau brokoli membuatkan hidangan ini nampak lebih menarik.
Dapatkan resipi lain di sini:
Resipi Biskut Famous Amos SEDAP, Makan Sekali Hadap Terus Habis!
Telur Hancur Masak Tomato, Resipi Tanpa Guna Bawang, Simple & Sedap!
BROCCOLI MOZZARELLA BITES
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan madu

60gm brokoli | potong kasar
60gm keju mozzarela | parut kasar
1 biji telur
160ml susu segar
150gm tepung gandum serba guna
3gm serbuk penaik
½ sudu teh garam
½ sudu teh minyak masak
1 biji bawang merah | racik
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung dan serbuk penaik dan ketepikan.
- Di dalam mangkuk berlainan, satukan susu, madu, garam, telur dan minyak masak. Gaul sebati.
- Masukkan adunan tepung dan serbuk penaik tadi. Gaul sebati.
- Kemudian masukkan brokoli dan keju mozzarela, gaul sebati.
- Panaskan minyak. Sudukan adunan di dalam minyak yang panas. Goreng hingga perang keemasan.
- Angkat dan tos minyak.
- Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Enak dicecah dengan cili sos Thai.
Jangan lupa follow kami di:
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Senangnya Buat Murtabak Maggi, Masa Inilah Nak Ajar Anak Buat!

Isi Kandungan
ToggleBila 24 jam duduk kat rumah nie, dapurlah tempat yang kerap di singgahnya. Kejap ruang tamu, kejap-kejap masuk dapur. Ada sahaja benda yang nak dikunyah dan perut sentiasa je lapar, lebih-lebih anak-anak. Kadang-kadang, mak-mak pun dah kehabisan idea untuk masa apa pada keluarga.
Sudah tak ada idea, apa lagi maggi lah yang menjadi tumpuan. Nak tahu apa yang sesuai selain di masak maggi, mak-mak boleh buat murtabak maggi. Senang saja, anak-anak pun boleh buat. Apa kata, pagi esok mak-mak cuti, biar anak yang buat murtabak maggi untuk sarapan.
Kali ini, Anne IdZahra dari ‘AromaDapurAnneElZahra’ berkongsi murtabak maggi yang dibuat sendiri oleh anak bongsunya.
“Anak yang bongsu Faiz Izzairy berusia 12 tahun mula menyelongkar dapur di tengah malam apa yang hendak dimasaknya sendiri. Dikeluarkan mee segera dan diolahnya membuat murtabak maggie. Rupa2nya memang sedap walaupun ringkas.
“Timbul lah idea nak sediakan untuk sarapan pagi esoknya. Kesukaan seisi keluarga sudahnya.. Kadang2 idea anak nih memang boleh digunapakai mengikut kesesuaian keadaan. Saya olah cara penyediaannya”.
Kredit utk c bongsuku.. abam Faiz..
Murtabak Maggie Crapstick
Bahan2nya :-
2 bungkus mee segera
2 peket rempah segera
Sedikit garam (pilihan)
2 biji telur Gred A
3 batang jejari ketam (crapstick size panjang)
Air untuk mencelur mee & ketam
Sedikit minyak masak untuk menggoreng
Cara2nya :-
Didihkan air, masukkan mee & jejari ketam yang telah digunting/potong.
Setelah kembang, toskan dan letak ke dalam bekas.
Masukkan rempah segera, garam dan telur.
Gaulkan rata dan goreng.
Setelah agak masak, terbalikkan.

Biarkan seketika hingga masak
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan
Resipi & cara : Anne IdZahra
“AromaDapurAnneElZahra”
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Serbuk Kopi Guna Biji Kurma, Rasa Asli, Lagi Sedap & Jimat!

Buat penggemar kopi, mesti kat rumah sentiasa ada stok serbuk kopi kan! Kalau tak minum sehari memang tak keruan. Rasa ketagih la pula. Sedap sangat tu.
Tapi, bagaimana tiba-tiba tak ada stok serbuk kopi. Atau mak-mak nak cuba resipi kopi yang paling jimat dan sedap.
Inilah yang dikongsikan oleh Cikgu Kahar tentang cara buat resipi serbuk kopi yang hanya menggunakan biji kurma. Nak sedap ala-ala starbuck pun boleh, ada caranya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cara Buat Kopi Latte Ala Kampung, Lagi Lama Dalam Peti Lagi Sedap!
Rupanya Minum Kopi Hidup Lebih Lama & Rendahkan Risiko Dapat Penyakit
Info Lebih Menarik DI SINI
Serbuk Kopi Dari Biji Kurma
Nak jimat buat kopi sendiri tak perlu beli kopi asli, ikut je resipi saya buat ni Insya Allah sangat jimat.
Kopi asli baru 100 gm pun sudah berpuluh ringgit. Kopi biasa memang murah, tapi memudaratkan kesihatan selain ada kaffien.
Namun apa yang saya kongsikan ni boleh buat secara percuma je. Ok, apa bahan utamanya?
Biji kurma je.
Masa Ramadan lalu mesti banyak makan kurma kan. Lepas makan kurma apa kita buat? Buang bijikan? Ruginya….
Biji kurma boleh buat serbuk kopi ya, malah kita boleh buat lagi sedap dari kopi di pasaran sebab kita adjust sendiri.
Bahan-bahan :
1. Biji kurma. Apa saja kurma. Saya gunakan biji KURMA MARIAMI
2. Gula organik
3. Susu lembu segar, siapa alah boleh guna susu badam
4. Serbuk koko
5. Air tapis secukupnya
Cara-caranya :
1. Kumpulkan biji kurma sebanyaknya yang kita ada.
2. Basuh biji kurma sehingga bersih
3. Keringkan sekejap atau boleh terus sangai dalam kuali, bagi yang ada oven boleh terus masukkan dalam oven dengan 180° selama 30 minit atau ikut kesesuaian oven masing-masing.
4. Pastikan biji kurma sudah mula menghitam atau agak gelap. Jangan terlalu gelap atau hangus, nanti rasa terlalu pahit. Bila pahit, terpaksa guna gula banyak untuk rasa manis, tak elok untuk kesihatan.
5. Kisar dengan blander kering sampai betul-betul halus.
6. Siap dah serbuk kopi kurma.

Untuk buat kopi versi sedap.
1. Masukkan 2 sudu besar serbuk kurma dalam teko
2. Tambahkan air tapis/ kosong yang betul-betul panas ke dalam teko.
3. Biarkan selama 5 minit, supaya serbuk kurma tu dapat keluarkan aroma dan warnanya.
4. Tambahkan dengan 1 sudu besar koko
5. Masukkan gula organik 1-2 sudu besar, terpulang ukuran sendiri yang sesuai.
6. Masukkan susu segar dalam cawan, diikuti kopi, atau kopi dulu susu kemudian.
7. Buat kopi tarik sikit bagi berbuih.
8. Sedia untuk diminum, insyaaAllah lazat ya amat malah versi sihat.
Mulai hari ni tak perlu lagi beli kopi, beli saja kurma sekali gus dapat buat kopi secara percuma.
Mingguan Wanita : Lepas ni, biji kurma jangan dibuang, boleh buat serbuk kopi ye!
Sumber: Abdul Qahhar
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI