Air Nabeez atau air rendaman buah kurma ini merupakan antara minuman sunnah dan menjadi kegemaran Nabi Muhammada SAW. Ternyata air ini mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri dan sangat lah digalakkan untuk diamalkan demi menjaga kesihatan diri. Antaranya ia mampu menyingkirkan toksin dalam badan serta membantu sisi sistem penghadaman.
Kak Bib nak ulang balik pasal air nabeez. Ala, minuman sunnah yang banyak sangat khasiat tuu.Ni minuman favorite nabi Muhammad saw tau. Kalau dah favorite nabi, mesti la memang bebetul bagus kan?
Air nabeez ni berakali. Boleh bantu buang asid dari perut dan sistem pencernaan. Pastu, boleh singkirkan toksin dari badan.Air yang tinggi fiber ni boleh tambah tenaga, bantu sistem penghadaman, kuatkan daya ingatan, bantu sistem limpa ngan hati, hilangkan sakit tekak.
Bagus gak untuk pesakit ARTHRITIS dan GOUT.Untuk orang LELAKI, kalau amalkan, bagus untuk prostat.
Eh, memang banyak bebenor la khasiat dia. Senang cakap mudah paham; air ni macam DETOX.
Cara Buat Air Nabeez
Nak buat pun senang yakmat. Tak yah masak, tak yah rebus rebus. Lepas Isyak, rendam agak agak 100gm kurma atau 100gm kismis dalam 1 liter air. Kurma paling bagus, opkos la kurma nabi; AJWA. Tapi boleh jek gunakan kurma lain. Yang penting, guna buah kurma, bukan rempah kurma. Kalau kismis try carik manaqqa (warna kuning). Tu lagi bagus dari yang hitam.
Ads
Kak Bib guna guna 3 biji kurma untuk satu gelas air. Bagus kalau guna angka ganjil la kan. Kalau kismis, agak agak segenggam. Guna tangan korang, jangan tangan anak yang umur 2 tahun tu pulak. Pastu, jangan lupa tutup gelas tu. Biar semalaman atau agak agak 12 jam. Guna air biasa jek, bukan air panas. Lagi satu, jangan campur kurma dengan kismis. Pilih salah satu idaman kalbu.
Ni sebab Nabi tak kasi kita campur kurma dengan kismis tu sama sama. Kalau Ikut kajian sains yang Kak Bib jumpa, gabungan gas yang kurma dengan kismis ni keluarkan bila kita rendam, boleh mudaratkan badan.
Besok pagi pagi, keluarkan la kurma tu. Pastu, kacau, minum. Kurma tu boleh jek kita makan gitu atau kalau korang rajin, blend dengan air nabeez dan minum. Kalau nak minum malam, boleh rendam waktu pagi.
Ads
Minum ni LEPAS MAKAN DAGING pun bagus tau. Sebab air nabeez boleh bantu kita digest heavy food (mencerna makanan). Tapi ingat. Jangan minum air nabeez yang dah masuk 2~3 hari. Ini sebab air tu biasanya dah masuk proses penapaian (fermentation) untuk jadi arak.
Nak lebih selamat, simpan dalam peti sejuk. Jadi air nabeez tak mudah rosak.
‘Abdullah r.a berkata; aku mendengar Sufyan bertanya tentang Nabeez, Nabi menjawab;
Ads
‘Buatlah di malam hari dan minum ketika pagi’
(Hadis sahih dari Sunan an Nasa’ai vol 6, buku 51, Hadith 5745)
Abu Qatada r.a meriwayatkan bahawa ayahnya mendengar Nabi berkata;
‘Jangan menyediakan nabeez dengan mencampurkan kurma separuh masak dan kurma yang telah masak bersama sama, dan jangan mencampurkan anggur(kismis) dan kurma bersama tetapi hendaklah di lakukan secara berasingan’
(Sahih Muslim Book 23 Hadith 4904)
Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa nabeez yang disediakan untuk Nabi saw akan di minum oleh baginda pada hari tersebut, sehari selepasnya dan sehari berikutnya. Pada petang hari ketiga, baginda akan minum dan memberi kepada sahabat nya. Baki air tersebut akan di buang.
(Sahih Muslim Book 23 Hadith 4974)
Pepes Ayam memang sedap dinikmati panas-panas untuk minum petang. Aroma wangi isi ayam berempah dibalut dan dibakar dalam daun pisang. Namun jika tiada daun pisang, boleh juga dimasukkan dalam loyang yang disapu dengan minyak. Kukus dalam loyang sampai masak.Dah siap baru dipotong dan dibakar.
Boleh cuba resipi Pepes Ayam yang sedap perkongsian Puan Rosmirah Yussofini sebagai panduan;
Pepes Ayam sedap di makan panas-panas.Cuti-cuti ni bolehlah buat untuk makan dengan family.Mesti anak-anak suka.
Bahan-Bahan:
1 biji bawang besar
2 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
5 tangkai cili kering
Sedikit halia
1 Inci kunyit hidup
Sedikit daun kunyit hiris halus
3 ulas bawang putih
3 batang serai
1 kotak santan
1 ketul kiub ayam
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis.
*Semua bahan diblender halus kecuali minyak untuk menumis.
Cara Membuat:
1.Bahan yang siap diblender.
2.Tumis bahan yang diblender sampai naik bau.Masukkan santan.Gaul rata.Masukkan garam dan gula secukup rasa.Masak sampai bahan menjadi pekat.
4.Kisarkan telur dan isi dada ayam tadi.Tak perlu tambah air.
5.Ayam yang telah dikisar.
6.Sejukkan dahulu bahan yang ditumis tadi.
7.Campurkan bahan yang ditumis bersama ayam.
8. Gaul sebati.
9.Sediakan daun Pisang.Potong lebih kurang 3×4 Inci.Letak satu sudu makan adunan ayam dan lipat bahagian hujung.
10.Steplerkan bahagian hujung supaya tak terbuka.
11.Hasil yang telah dibungkus.
12.Kukus dalam pengukus lebih kurang 10-15 minit.Dah siap boleh diangkat dan terus di bakar atau difozenkan.
13.Pepes yang dah siap boleh dibakar di dalam pan atau oven.Bila warna dah coklat keperangan bolehlah di angkat. Kalau bakar dalam oven, suhu 180 selama 20 minit tapi bergantung pada oven masing-masing.Tunggu warna dia berubah kuning keperangan.
Siap untuk dihidang.
Tip Ekstra!
Kalau tak ada daun Pisang boleh je masukkan dalam loyang yang disapu dengan minyak. Kukus dalam loyang sampai masak.Dah siap baru dipotong dan dibakar.
MW: Menarik juga resipi Pepes Ayam ni. Makan panas-panas dan sesuai buat untuk minum petang.Balut dalam daun pisang memang wangi, tapi kalau takde kukus dalam loyang terus pun boleh.Barulah potong dan bakar.
Jumaat kali ini, MW share empat resipi istimewa yang tidak rumit untuk di buat. Dikongsikan oleh Chef Zainal Abd Rahman dari Restoran Tanjung Puteri, Seri Hartamas, Kuala Lumpur…resipi ini pastinya pantas memikat selera anda sekeluarga.
MEE WANTAN DAGING
Bahan-bahan :
• 100 gm mee wantan direbus terlebih dahulu
• 100 gm daging
• 2 ulas bawang putih yang dicincang
• Sesudu besar kicap pekat
• Sedikit minyak bijan
• Sesudu teh serbuk ayam
• 2 batang sawi
• Sedikit lada sulah
• Air secukupnya
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak bijan, tumis bawang putih yang dicincang hingga garing.
2. Kemudian tumiskan daging hingga masak.
3. Masukkan mee wantan yang direbus terlebih dahulu, serbuk ayam, kicap, lada sulah dan seterusnya sawi. Masukkan air mengikut skala kuantiti kuah yang dikehendaki. Siap untuk dihidang.
NASI GORENG SALOMA
Bahan-bahan :
• Semangkuk nasi putih
• Sesudu sambal belacan
• Sebiji telur
• Sedikit serbuk ayam
• Dua ulas bawang putih dicincang
• Sedikit udang, bebola ikan, sotong, dan fishcake (bahan tambahan ini boleh diolah mengikut selera masing-masing)
• Minyak untuk menggoreng
• Garam secukup rasa (*jika perlu)
Cara membuat :
1. Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih.
2. Masukkan udang, sotong, bebola ikan dan fishcake. Tumis sehingga bahan-bahan ini masak. Seterusnya masukkan sambal belacan.
3. Kemudian pecahkan telur, masukkan sedikit serbuk ayam gaul kesemua bahan tadi. Akhir sekali masukkan nasi. Gaul rata kesemua nasi dan bahan-bahan rencah di dalam kuali. Perasakan dengan garam jika perlu, siap untuk dihidangkan.
MEE GORENG P. RAMLEE
Bahan-bahan :
• Sebiji telur
• 100 gm mee kuning
• 50 gm udang basah
• 50 gm sotong
• Bebola ikan secukupnya
• Fishcake secukupnya
• Sedikit bawang putih dicincang
• Sesenduk sambal *cili kisar yang telah dimasak terlebih dahulu
• Sedikit kicap pekat
• Sesudu sos cili
• 2 batang sawi yang dipotong kecil
• Sedikit serbuk ayam
• Sedikit tauge
• Minyak untuk menggoreng
• Air secukupnya
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih.
Seterusnya tumis seketika udang, sotong, fishcake dan bebola ikan.
2. Langkah berikutnya masukkan cili kisar yang telah dimasak terlebih dahulu dan sos cili. Masak sehingga naik bau.
3. Masukkan mee dan sedikit air, diikuti dengan serbuk ayam. Curahkan kicap pekat serta pecahkan telur dan gaul rata.
4. Kemudian masukkan sawi dan juga tauge. Ringkas lagi menyelerakan.
KUIH LOMPANG
Bahan-bahan :
• 1.5 cawan tepung beras
• 0.5 cawan tepung ubi
• 2 cawan air
• Secawan gula merah
• Secawan gula pasir
• Pewarna mengikut citarasa masing-masing
• Dua helai daun pandan
• Kelapa parut bahagian putih sahaja
Cara Membuat :
1. Masak dua cawan air bersama daun pandan sehingga mendidih.
2. Dalam bekas berasingan masukkan tepung beras, tepung ubi, air dan secawan gula. Gaul kesemua bahan ini biar mesra. Jika ada yang mahukan lompang berwarna, anda boleh masukkan pewarna pilihan kedalam adunan ini.
3. Kemudian masukkan adunan ini ke dalam acuannya.
4. Adunan yang telah dimasukkan ke dalam acuan kemudian dikukus dalam periuk pengukus untuk tempoh 15-20 minit.
5. Setelah kuih lompang masak, angkat dan sejukkan seketika. Sebaik ia sejuk, barulah taburkan parutan kelapa di atasnya. Siap untuk dinikmati.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hidangan tradisi air tangan ibu sering kali mencetuskan memori bersama ibu di dapur. Pasti akan menggamit memori sang anak.
Gulai Minang Nangka Perut, Kari Pisang Muda Daging Tetel dan Terung Pipit Tumis Tempoyak Cili Padi antara hidangan orang lama yang tetap mampu menambat selera kita semua. Zaman berubah, namun masakan tradisi tetap jadi pujaan hati.
Walau bagaimana pun, kadangkala masakan tradisi sebegini sukar didapati di kafe dan restoran. Jadi, apa kata sediakan juadah tradisi ini untuk dinikmati sekeluarga. Selamat mencuba!
GULAI MINANG NANGKA BERSAMA PERUT
BAHAN-BAHAN:
500 gram nangka muda – potong dadu dan rebus
300 gram babat/perut – cuci bersih, rebus dan hiris kecil
500 ml santan
3-4 helai daun limau purut
2 batang serai – titik
2 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
6 biji cili padi
2 biji cili merah
4 biji buah keras
CARA MEMBUAT:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...