Resepi daging jeruk limau kasturi ini ada cara nak buat dia bagi tak rasa pahit dagingnya. Petuanya kena peram sampai 5 hari dengan perahan limau kasturi tanpa biji. Biji itu yang buat daging rasa pahit.
Cara buat daging jeruk limau kasturi ini dikongsikan oleh Naeamah Balqis yang begitu tersusun barang dapur dalam peti ais rumahnya. Setiap bulan dia akan beli daging lembu.
Lebihan itulah dia buatkan jeruk. Harga daging lembu yang dibelinya di pasar malam dalam RM37. Separuh di simpan dalam freezer untuk masakan lain.
“Separuh lagi buat daging jeruk. Lama dah tak buat. Teringin pula nak makan.”
Bila dah gaul dengan bahan-bahan dia, simpan dalam peti ais. Biarkan 4 ke 5 hari. “Nanti bolehlah tuan rumah goreng bawang dan cili. Makan dengan nasi panas-panas.”
Ketika memasaknya pun tak perlu lama-lama. Jika betul cara potong daging dan cara menjeruknya, daging itu sendiri akan jadi lembut sebaik dimasak.
Ini Resepi Daging Jeruk Limau Kasturi Semudah ABC
3 bahan sahaja…daging + limau kasturi + garam
Ads
Daging dipotong nipis-nipis. Sebelum potong basuh dahulu daging seketul besar tu.
Limau kasturi.. sedap pulop nampak limau ni. Masa picit dalam daging nanti, asingkan biji limau. Jangan masukkan sekali nanti pahit.
Garam secukup rasa
Masukkan daging yang telah dipotong dalam satu bekas / besen. Masukkan garam secukup rasa, masukkan air perahan limau nipis. Gaul sebati. Ni cara malas la.. kalau rajin, susun daging selapis dalam bekas. Pastu tabur garam dan picit limau. Kemudian, buat lapis ke-2. Tabur garam dan picit limau. Ulang step sampai habis.
Dah siap! Simpan dalam bekas. Letakkan kulit limau sikit. Simpan kat dalam peti ais. Lepas 4 /5 hari boleh la tuan rumah goreng bawang dan cili. Makan dengan nasi panas-panas. Umpphh… silalah uolss buat.
Ads
Lepas 5 Hari Masak Daging Jeruk Macam Ini
“Malam ini masak daging yang saya jerukkan hari itu. Cukup 5 hari malam ini. Goreng bawang dan cili. Sedapnya, manis bawang, masin semua ada. Cukup rasa. Makan dengan nasi panas-panas.”
Daging jeruk yang dah siap peram 5 hari.
Bawang merah (potong bulat-bulat) + bawang putih ketuk + cili merah besar
Yang nak jalan jauh balik ke kampung halaman musim-musim cuti perayaan ini, eloklah semak siap-siap baki Touch n Go mak ayah tu. Tak perlu lagi ke kaunter, boleh semak secara online saja. Mana tahukan, rupanya dalam kad Touch n Go kita tu ada lebihan rebate.
Bro Ohsem Akhtar Syamirini berkongsi langkah-langkah mudah untuk semak dan cetak terus transaksi Touch n Go mak ayah. Ada 6 kelebihan yang mungkin mak ayah tak perasan bila kita semak transaksi kita secara online ini.
1. Amat berguna untuk proses tuntutan tol.
2. Tiada lagi resit fizikal diperlukan.
3. Berguna untuk semak di mana kad Touch n GO telah digunakan.
4. Juga berguna untuk semak “rebate”.
5. Boleh semak baki terkini.
6. Mudah untuk uruskan banyak kad.
√ Nanti tak perlu lagi nak simpan resit banyak – banyak atau resit hilang dan lain – lain.
√ Kalau kad hilang pun boleh lagi tengok kat mana kad tu digunakan.
√ Kalau kenderaan hilang pun sedikit sebanyak dapat membantu. Tak perlu nak pergi kaunter Touch n GO untuk urusan macam ni.
Mungkin anda rasa pelik tetapi percayalah kalau ikut cara ini anda dah tak perlulah berpeluh bagai semata-mata nak gosok baju setiap pagi.
Cara ini agak membantu kalau anda jenis ibu yang bekerja, tambah pula kalau dapat suami yang memang harapkan anda selesaikan bab pakaian.
Namun jangan risau, anda boleh guna cara ini untuk pastikan baju tak berkedut tanpa menggunakan seterika. Haaaa… macam mana nak buat dan apa yang anda perlukan?
Sehelai baju berkedut
Air batu
Mesin basuh yang ada pengering
Cukup masukkan baju dan 3-4 ketul air batudan tutup mesin basuh.
Set selama 10 minit dan biarkan baju berpusing bersama air batu di dalam mesin pengering.
Setelah itu keluarkan baju dan anda akan dapat hasil baju yang tak kusut!
Selama berpusing di dalam pengering, air batu akan meleleh dan menyebabkan baju jadi lembab dan kesannya lebih lembut dan fleksibel. Cara ini cukup unik dan banyak orang yang sudah pernah mencubanya.
Well… cuba dulu, siapa tahu kerja anda lebih mudah ya wanita!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kuali Tak Lekat (Non Stick) merupakan antara peralatan memasak kesayangan mak-mak. Selain memudahkan kerja memasak didapur, kuali sebegini boleh tahan mahal harganya, nak-nak kalau jenis yang berjenama dan diimport daripada luar negara. Namun satu perkara yang mak-mak perlu tahu, walau macam mana sayang sekalipun dengan kuali non stick tersebut, awas iya elak daripada menggunakannya sekiranya lapisannya telah bercalar, kerana ia boleh membahayakan kesihatan.
Saya adalah antara penggemar kuali tahan lekat atau kuali non stick yang memudahkan untuk kerja-kerja memasak di dapur. Andai nak goreng telur tak melekat, andai nak sauté bahan-bahan pun mudah.
Namun satu perkara yang perlu kita ambil berat sekiranya kita menggunakan kuali non stick ini, adalah untuk elakkan daripada ianya tercalar.
Ya CALAR yang merbahaya.
Calar pada permukaan kuali non stick ini akan menyebabkan lapisan yang digunakan untuk menjadikan permukaan kuali itu tidak melekat akan terdedah ke dalam masakan yang kita ingin masak.
Bermakna, ada bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kita makan, akan bercampur dengan masakan yang kita masak, tanpa kita sedar.
Adalah penting untuk kita gunakan peralatan yang sesuai seperti sudip kayu atau sudip yang tidak mencalarkan permukaan kuali ini.
Andai telah tercalar? apa perlu kita buat adalah untuk melupuskan sahaja kuali tersebut walaupun mungkin ianya kuali kesayangan kita.
Atau bolehlah buat hiasan di dinding-dinding bukannya untuk digunakan sebagai peralatan memasak.
Jika sebelum ni kita belum tahu, mungkin kita akan terus gunakan, selepas ini, silalah tukar kepada kuali baru.
Kesihatan kita lebih berharga. Rugi kiranya kita sediakan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk memasak, tetapi kesudahannya menggunakan kuali yang berbahaya.
Sekadar berkongsi untuk manfaat bersama.
Untuk elakkan kuali non stick daripada calar balar mahupun rosak permukaannya dan tahan lebih lama, sebenarnya mak-mak boleh ikut 6 tip ini.
Sebaik meletakkan kuali diatas dapur, tuang minyak dengan segera dan jangan biarkan kuali panas sehingga berasap. Ini kerana jika kuali non stick dibiarkan panas begitu, ia akan menghasilkan toksik yang boleh membahayakan kesihatan.
Menurut Professor Robert L. Wolke, dari University of Pittsburgh kuali non-stick selamat digunakan selagi ia tidak dibiarkan terlalu panas.
Gunakan api perlahan atau api sederhana jika menggunakan kuali jenis ini. Elakkan menggunakan api besar dan masak dalam jangka masa yang lama. Pastikan suhu kuali anggaran dibawah 500C bagi mengelakkan lapisan non stick yang menyadur kuali rosak.
Jangan biarkan air dalam kuali tersejat ketika panaskan kuali. Sebaiknya selepas kuali dicuci, lap menggunakan kain lembut bagi mengeringkan air didalam kuali tersebut.
Perlu tahu satu ‘kepantangan’ bagi kuali jenis non stick ini menggunakan senduk, sudip atau sudu sekalipun yang diperbuat daripada logam. Ini kerana bila bergesel, ia akan menghakis permukaan kuali dan mengakibatkan kuali bercalar. Sebaiknya gunalah alatan memasak yang diperbuat daripada kayu atau plastik tahan panas.
Salah satu kelebihan kuali non stick ialah ia cukup mudah dicuci tak perlu disental dengan kasar. Memadai menggosok perlahan permukaan kuali dengan span lembut, kotoran cukup mudah ditanggalkan. Jangan sesekali menggunakan berus dawai besi pulak iya!Rosak kuali nanti.
Sewaktu mahu menyimpan kuali jenis ini, elakkan daripada menyusun kuali non stick ini secara bertindan-tindan atau berlapis-lapis. Sebaiknya gantung atau biarkan tanpa ada benda lain yang disusun diatasnya.Jika mahu susun berlapis juga, pastikan alas dahulu permukaan kuali dengan tuala lembut atau apa-apa sahaja lapi agar permukaan non sticknya tidak tercalar.
Hari ini tular keputusan dari Mahkamah Tinggi tentang Datin Seri Rosmah Mansor dapat penangguhan pelaksanaan bersyarat bagi pembayaran RM67.5 juta kepada syarikat barang kemas berpangkalan di Lubnan.