Kecantikan

Air Kulit Delima, Tak Sangka Khasiatnya Lagi Bagus Daripada Isinya!

Share

Patutlah ada sesetengah orang gigih buat air kulit delima semata-mata nak cantik, rupanya khasiat jus ini untuk kulit memang cukup luar biasa.

Tambah kalau buat sendiri, beli buah yang segar dan kisar. Fuh! Tetapi sebenarnya ada rahsia buat air kulit delima ini lebih sedap diminum, cuba godek resepi yang dikongsikan Puan Aisyah Badar Bajrai ini…

Resepi Air Kulit Delima

Korang nak tau tak antara isi delima dengan kulit delima. Kulit dia lagi best tau. Kulit delima tu 2x ganda antioxidant dari isi dia.

Kalau kita rajin minum air kulit delima ni, nanti muka kita awet muda, kulit anjal, kedut pun segan nak duduk lama.

Ahh, muka pun boleh pinkish pinkish. Tapi kena rajin laa. Kalau malas memang tak jadi apa.

Oraitt jom tengok cara buat air kulit delima ni.

Air kulit Delima

1. Amik kulit delima yang dah kering anggaran 2 jari. ( jemur kulit delima bawah matahari sampai dia betul betul kering)
2. Rebus dengan segelas air selama 10-15 minit
3. Bila air dah warna kuning, dah boleh tutup api
4. Sebelum minum boleh masukkan madu. Baru la kita minum sedapp.

Nota:

Air ni boleh minum 1-3 kali seminggu.

Ini antara khasiat kulit delima

– 2x ganda antioxidant
– kaya dengan vit C
– bagus untuk usus, masalah cirit birit
– detox badan
– kurangkan kedut, lambatkan proses penuaan
– penawar sakit kepala
– batuk
– lembabkan kulit
– mencegah kanser
– buasir
– cacing
– turunkan kolestrol
– menguatkan jantung
– radang sendi/ antibakteria

Jangan lupa tag kawan korang yang suka makan buah delima. Kot kot dorang tak tau kulit delima tu sebenarnya boleh buat air ngan masker.

Nota:

Keringkan kulit delima dulu bawah matahari. Anggaran 7-14 hari. Bila nak guna, amik sikit jek dah cukup.

IKLAN