Ramai yang ingin dilihat berjaya di mata orang lain. Tak hairanlah dengan menjual “air liur” dan menampilkan gaya hidup mewah, ramai yang percaya dan mula mengikuti termasuk mendaftar sebagai peserta. Namun saat ditanya apa bisnes diceburinya dan kejayaan dicapai, tiada jawapan yang keluar. Berbeza dengan sifu bisnes, Ifran Khairi.
Antara sifu dalam dunia perniagaan ialah Irfan Khairi yang menjadi mentor dalam dunia perniagaan digital dan digelar pakar perniagaan internet. Dirinya amat dikenali dan bagi yang ingin tahu bisnes apa pernah diceburinya sebelum dirinya mampu bercakap di khalayak ramai, inilah senarai bisnes pernah diceburinya.
Abang buat business apa?
Macam-macam dik. Dari gagal awal dulu sampai laaa sekarang ni.
Business pertama adalah sebagai designer. Lepas saya graduate dalam bidang design di Staffordshire University, UK, saya mulakan business online sebagai designer, design cover buku, logo, website dll. Tapi…
“Tahun pertama gagal. Dapat 3 pelanggan je setahun.
Masa tu la saya mula cari mentor. Dan mentor saya pertama namanya Corey Rudl seorang jutawan online yang jual accessories kereta.
Bagi saya, cari mentor ni penting. Lebih-lebih lagi mentor yang betul-betul terbukti berjaya dalam bidang apa yang saya nak belajar.
Kat situ la baru perniagaan online saya berjaya dan 2 tahun kemudian, Alhamdulillah jana RM1 juta dari perniagaan internet pertama sebagai designer.
IKLAN
*Ni sebelum saya mengajar orang ramai tentang perniagaan online lagi.
Dari dulu sampai sekarang saya mulakan pelbagai lagi perniagaan, jual sejadah, kurma, fintech, app development, luggage delivery, export abaya dari dubai, training and consulting dan ada lagi.
Dari mula perniagaan kecil, sekarang ni alhamdulillah perniagaan berkembang hingga Dubai, UAE.
Tapi, perniagaan kembang ke Dubai pun saya ada mentor, iaitu Tan Sri Dr Daud Bakar.
Dr Daud Bakar masa tu (hingga kini) ada perniagaan di Dubai sebuah konsultansi kewangan syariah, dan seperti yang saya kata tadi. Bila cari mentor, saya cari seorang mentor yang betul-betul berjaya dalam bidang saya nak capai.
IKLAN
So, saya follow Tan Sri Dr Daud Bakar, dan Alhamdulillah dah 6 tahun kembangkan perniagaan hingga Dubai. (ni gambar dengan Dr Daud masa saya muda.Masa tu beliau belum Tan Sri lagi ).
Tu la bagi saya, penting untuk belajar dari mereka yang betul-betul mempunyai pengalaman terbukti apa yang dilakukan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Dan filosofi ini juga saya bawa dalam menyampaikan ilmu. Saya kongsikan berdasarkan ilmu dan pengalaman sebenar perniagaan online.
Contohnya, bila saya nak ajar buat video, saya pastikan saya berjaya dalam buat video hingga YouTube beri saya anugerah Silver Award.
Bila saya nak ajar peserta program saya buat video viral, saya pastikan saya pun dah hasilkan beratus-ratus video viral (yang positif!).
Bila saya nak ajar tentang perniagaan, InsyaAllah saya pun berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang perniagaan pelbagai dari perniagaan gagal, hingga la perniagaan kini di bawa global.
Inilah filosofi dan cara saya.
Sooo… promote diri sikit…. sekiranya anda nak mulakan perniagaan online dari rumah macam saya lebih 20 tahun lalu, tapi tak tahu nak jual apa, nak mula di mana, sertai webinar PERCUMA bersama saya HARI INI di www.NakJualApa.com Saya kongsikan caranya A-Z dengan anda… -ik dubai
Bagaikan pinang dibelah dua, merpati dua sejoli Elly Mazlein, 39, dan pasangannya, Mohamad Azlan Che Nuh, 29, telah selamat disatukan dalam satu acara gilang gemilang.
Pada tanggal 18 Januari dengan sekali lafaz tepat jam 9.09 malam, Mohamad Azlan telah selamat bergelar suami kepada ibu Putri Sara Sefhia, 4 ini yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Dalam majlis itu juga pihak lelaki memberikan mas kahwin berupa seutas gelang tangan emas bernilai RM1,800 bersama empat dulang hantaran lain yang merupakan barang kemas dan senaskhah al-Quran.
Pihak perempuan pula membalas dengan tujuh dulang barangan hantaran yang terdiri daripada barang berjenama iaitu sebentuk cincin, sebuah beg tangan, sebuah beg dompet, sebuah beg, seutas tali pinggang, topi keledar dan sepasang kasut.
Paling menarik perhatian, rakan-rakan artis turut menjadi pengiring pengantin dengan membawa dulang hantaran yang terdiri daripada Fasha Sandha, Rita Rudaini, Nad Zainal, Jasmine Ashraff, Azza Elite, Intan Sarafina, Linda Beego dan Faradhiya.
Dipermudahkan & Berjalan Lancar
“Saya bersyukur kerana segala-galanya dipermudahkan dan berjalan lancar seperti dirancang. Kini, saya dan suami mengecap fasa baharu dalam ikatan perkahwinan. Doakan kebahagiaan kami berdua,” ungkap pelakon yang popular dengan drama Kampung People yang dibintangi sejurus selepas diijabkabulkan.
“Insya-Allah, kami akan sama-sama melayari bahtera rumah tangga ini dengan sebaik mungkin,” sambung Elly sambil menjeling suami yang berada di sisi.
Elly mengenali suaminya yang juga seorang guru menerusi laman sosial. Sebelum ini lebih setahun Elly lebih selesa menyembunyikan identiti bakal suami kepada umum. Akhirnya sehari sebelum majlis pernikahan berlangsung, Elly mendedahkan wajah Mohamad Azlan pada malam berinai.
Lelaki yang menjadi pilihan Elly merupakan seorang pemuda yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan. Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 17 Disember yang lalu, namun Elly memilih untuk tidak memperkenalkan bakal suaminya itu kepada umum.
Tema Malam Bulan Di Pagar Bintang
Pada majlis pernikahan dan resepsi ini, Elly yang mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom begitu cantik mengenakan tiga persalinan rekaan Jimmy Couture dan solekan oleh Gebriel Padan. Manakala Azlan pula begitu segak dengan rekaan Senitra.
Majlis yang bertemakan Malam Bulan Di Pagar Bintang ini juga turut menyaksikan kehadiran kira-kira 740 tetamu jemputan yang terdiri daripada keluarga, sahabat handai dan rakan media.
Antara rakan artis yang hadir meraikan mempelai ialah Rozita Che Wan, Aidil Aziz, Uqasha Senrose, Emelda Rosmila dan Catriona Ross.
Seusai majlis persandingan pasangan ini sempat beramah mesra dengan pihak media dan Elly yang popular dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan tersenyum manis tatkala dilontarkan pelbagai soalan.
“I Love You, Terima Kasih Terima Mama”
Tatkala ditanya perasaan Elly selepas bergelar isteri buat kali kedua, terus pelakon yang terkenal dengan sikapnya yang manja berpaling ke arah Mohamad Azlan lantas meluahkan perasaan yang terbuku.
“I Love You, terima kasih banyak-banyak kerana sudi terima Mama seadanya, jagalah saya dan anak kita Sefhia baik-baik,” kata Elly penuh romantik. Elly turut menyatakan dia dan Mohamad Azlan sememangnya gementar menantikan detik bersejarah mereka.
“Perasaan gementar itu memang ada, apatah lagi Mohamad Azlan yang tak biasa dengan keadaan sebegini. Dulu saya pujuk juga dia untuk bergambar sama tapi dia segan. Sefhia pula dia tak banyak tanya cuma saya terangkan hari ini merupakan hari bersejarah buat Mama dan Papa jadi dia tak perlu takut.
“Lagipun papa dia cakap jangan menangis sebab kita nak sambut majlis keraian. Sefhia seolah-olah faham dan tidak meragam,” cerita Elly yang akui sejak berkenalan dengan Mohamad Azlan, pemuda itu begitu rapat dengan anaknya. Apatah lagi kini Mohamad Azlan sudah bergelar suami, sudah pasti Sefhia lebih menyayangi dirinya.
“Saya Tak Kisah Orang Cakap Dia Gedik” Mohamad Azlan
Walaupun beza usia hampir 10 tahun dengan Elly namun Mohamad Azlan tampak relak dan matang.
“Ikutkan sebenarnya saya masih gementar tapi saya cuba biasakan diri. Alhamdulillah dengan sekali lafaz Elly sah menjadi isteri saya. Selepas Elly mendedahkan bakal suaminya sehari sebelum kami diijabkabul, kawan-kawan ramai yang bagi ucapan. Namun saya sama seperti dulu. Cuma saya kena biasakan diri dan terima dunia baru memandangkan Elly merupakan seorang selebriti,” ungkapnya.
Ditanya mengapa dia memilih Elly Mazlein sebagi suri hatinya, Mohamad Azlan menerangkan kelembutan yang ada pada wanita itu menarik hatinya untuk lebih mengenali sekali gus memperisterikan Elly.
“Saya jatuh cinta kerana kelembutan dia. Kalau menonton drama lain karakter berbeza dengan dunia nyata. Elly seorang yang sangat lemah lembut dan menjaga setiap pertuturannya. Saya tak kisah jika orang cakap dia gedik. Saya bertuah dijodohkan dengan Sayang (Elly) kerana kelembutan dan kesopanannya,” sambung Mohamad Azlan.
Memandangkan isterinya merupakan seorang selebriti popular, Mohamad Azlan tidak meletakkan syarat dan restu jika isterinya aktif dalam dunia seni seperti biasa.
“Kami sudah bincang perkara ini sebelum berkahwin lagi. Saya percaya isteri akan menjaga batas-batas. Sebelum kahwin pun dia sangat menjaga Batasan inikan pula selepas bergelar isteru. Saya percaya dia mampu menjaga imejnya sebagai seorang isteri,” luah Mohamad Azlan.
Berkongsi tentang diri isteri yang dia fahami, Mohamad Azlan menjawab Elly sebenarnya seorang yang tidak suka orang yang banyak alasan.
“Isteri sebenarnya tak susah kalau kita pandai ambil hati dan tak banyak alasan. Dia sendiri tak suka orang banyak alasan. Contohnya jika buat salah saya kena minta maaf dan tak boleh cakap alasan itu dan ini. Kalau saya dengar cakap dan saya mengakui salah saya dalam sekelip mata dia boleh berubah,” getus Mohamad Azlan yang sentiasa menyokong kerjaya isteri serratus peratus. Ini kerana sebelum mengenali lebih rapat wanita ini dia sudah mengetahui Elly merupakan seorang artis terkenal.
Usia Bukan Halangan
Elly Mazlein juga turut menambah walaupun dia dan suami berbeza usia namun itu bukanlah satu masalah besar.
“Pada permulaan memang rasa tak yakin sebab usia berbeza. Tapi sebenarnya usia tak jadi masalah sebab benda tu benda baru dalam hidup saya. Alhamdulillah suami faham dengan kerjaya saya tapi pada awalnya saya agak susah nak faham kerjaya Azlan, lama-lama barulah faham. Selepas berkahwin kami akan berbulan madu di rumah kami di Cyberjaya. Insya-Allah sewaktu cuti sekolah bulan Mac ini baru kami merancang berbulan madu di London,” jelas Elly.
“Saya dah bincang dengan isteri, insya-Allah jika diizinkan Allah kami mahu anak secepat mungkin. Saya faham dengan faktor usia isteri dan kalau boleh nak secepat yang mungkin,” jawab Mohamad Azlan sambil tersenyum.
Memandangkan Elly pernah kecundang pada bahtera perkahwinan yang pertama, diaju apakah janji yang disimpan untuk memastikan isterinya itu tidak menderita lagi, tegas lelaki itu.
“Di hadapan semua, saya berjanji akan menjaga Elly Mazlein dengan baik dan akan cinta awak sepenuh hati saya. I Love You.” Ikrar Mohamad Azlan.
Banyak lagi sebenarnya cerita menarik yang dikongsikan oleh pasangan pengantin baru ini. Ingin ketahui lebih lanjut, baca sambungannya di dalam Majalah Mingguan Wanita terbaru isu Februari, volume 1 yang kini telah pun berada di pasaran.
Suami orang boleh disondol apatah lagi bekas suami sendiri. Begitulah hakikat yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Tidak ditujukan pada sesiapa, banyak sungguh kisah suami orang dirampas wanita lain. Ingatlah ya golongan wanita jika hendak bahagia janganlah sondol hak orang lain.
Paling menghairankan ada pula bekas isteri yang tidak senang duduk bila melihat bekas suami bahagia di sisi isteri baru. Ada yang kepanasan dan mula mengambil kesempatan merampas semula bekas suami dan rela menjadi isteri kedua.
Suami Orang Boleh Disondol Apatah Lagi Bekas Suami Sendiri
Jatuh cinta itu lumrah manusia. Malah jatuh cinta itu tak salah tetapi hormatilah hak orang lain dan jangan pentingkan perasaan sendiri. Ingatlah ya, jangan jadi perampas hak orang lain sebab suatu hari nanti hak kita tu pula yang akan dirampas.
Kisah sebegini banyak diluahkan di medium sosial namun sebagai insan wanita yang mengasihani nasib wanita yang lain tolonglah jangan kecewakan hati wanita lain.
Menerusi perkongsian Puan Sharifah Zahidah menerusi Facebook Sharifah Zahidahmembuka mata orang di luar sana agar jangan dibuat main bab kahwin cerai. Apatah lagi pada mereka yang berselingkuh dengan bekas pasangan selepas bercerai. Tolonglah ya jagalah kehormatan diri sebagai seorang wanita. Buat pasangan yang dah bercerai tu janganlah sibuk nak jilat ludah sendiri ya.
Puan Sharifah Zahidah
SONDOL MENYONDOL BEKAS JANDA DAN DUDA SENDIRI
“Si isteri baru dapat tangkap video suami dengan bekas isteri berzina di bilik hotel SELEPAS mereka dah sah bercerai (bukan video ketika dalam perkahwinan). Si isteri baru ini juga bukanlah berstatus penyondol. Mengenali suami dan bersetuju berkahwin atas statusnya yang sudah menduda sebelum mereka mula berkenal kali pertama. Tapi sayang, rumahtangganya disondol bekas isteri suami.
“Ini luahan yang saya baca dari satu group FB.
“Inilah parahnya, bila kahwin cerai dibuat main. Nak cerai, cerai. Then, habis. TAMAT segalanya. Jangan sesekali hidup dan terbawa-bawa dengan kenangan lama. Itulah yang jadi punca berskandal dengan bekas masing-masing.
“Ini bukan kes pertama. Ni kes yang dah banyak sangat bermaharajalela sekarang. Sampai dah kebas hati ini seakan hilang rasa bila terbaca luahan sang isteri ini.
“Beginilah.
“Sesiapa juga yang memilih untuk melalui jalan perceraian, WAJIB bersikap EKSTRA MATANG dengan keputusan yang diambil. Sebab perceraian ada kesan jangka panjang yang SUKAR DIRAMAL. Jangan buat keputusan untuk short term relief.
“Perceraian sebenarnya satu solusi yang membawa rahmah di saat ianya dilakukan kerana melaksana syariat TUHAN. Menyelamatkan 2 insan yang terbelit dengan pertelingkahan tak berkesudahan. Tapi apabila SIKAP DAN KEFAHAMAN insan itu tempang pada tujuan perkahwinan dan perceraian – maka di sinilah akan melahirkan KEPUTUSAN YANG BERSIFAT MELULU yang akhirnya menjadi rantaian kepada masalah-masalah baru.
“Dah bercerai, tapi dendam berapi dengan bekas laki atau bini.
“Dah bercerai, tapi rindu pula nak kembali bermadu.
“Apa ini?
“Cerai is cerai.
“HABIS. FULLSTOP.
“Bina hidup baru.
“Bina jiwa baru.
“Campak tepi semua yang lama-lama.
“Bawa seluruh jiwa raga tu bina hidup baru samada sendirian atau dengan pasangan baru. Yang penting, tutup dan buang buku lama, campak jauh-jauh.
“Sejauh yang mungkin!
“Terima hakikat, hidup baru TAKKAN PERNAH LAGI SAMA DENGAN KEHIDUPAN DAHULU. Takkan!
“Ini sudah bercerai. Sibuk balas dendam.
“Sudah bercerai, sibuk nak merajuk dan minta ditatang hati dan perasaan oleh bekas pasangan.
“Jika perceraian disusuli dengan ISTIKHARAH yang panjang dan ISTISYARAH yang matang – inshaALLAH masalah sebegini boleh dielakkan.
“Dah cerai, HABIS.
“Benda ni ramai pasangan bercerai kena belajar buat.
““Belajar dulu formula ini sebelum minta cerai.
“Kahwin cerai bukan benda main-main.
“Berani buat, berani tanggung.
“Jangan dah cerai, sibuk nak jilat ludah sendiri.
DAH JADI AJNABI SEMULA
“Satu perkara yang segelintir insan bercerai tak faham, khususnya mereka yang ada anak dari perkahwinan terdahulu adalah – dia cuba-cuba membawa kemesraan lalu dalam kehidupan selepas perceraian.
“Bila bercerai, bekas pasangan tak perlu bermusuh. Tapi tidak bermusuh itu juga bukan bermakna boleh TEMAN TAPI MESRA.
“Apa jua kemesraan – adalah haram kerana hubungan pasangan yang sudah bercerai adalah sama dengan ajnabi.
“Jika kita ex wife, nak bercakap dengan bekas suami – sila hormati isteri baru sang suami kerana bekas suami dah jadi SUAMI ORANG. Sama macam kita tak boleh bermesra dan kena jaga batas dengan suami orang, begitu juga tak boleh bermesra dan wajib jaga batas dengan bekas suami kita sebab dia pun dah jadi SUAMI ORANG LAIN. Sama juga dengan bekas isteri kita, dah jadi isteri orang lain.
“Jenis yang tak faham bahasa ni akhirnya akan bawa cerita-cerita ‘berskandal dengan suami/isteri lama’. Di sinilah punca.
“Mula-mula video call mesra. Gelak tawa mengusik manja.
“Lama-lama mula hantar gambar anak-anak kononnya wajah saling tak tumpah. Kemudian meluah rindu. Kemudian menunjuk kesal atas apa yang berlaku. Kemudian merisik-risik jika ada peluang baru. ‘Demi anak-anak’ katanya. Dan seterusnya… Berlaku apa yang tak sepatutnya berlaku, skandal dengan bekas pasangan masing-masing.
SUAMI ORANG BOLEH DISONDOL, APATAH LAGI BEKAS SUAMI SENDIRI.
“Ini realiti zaman sekarang.
“Suami orang yang curang, takkan curang melainkan dengan PEREMPUAN juga. Jadi tanggapan bahawa hanya perempuan yang menjadi mangsa kecurangan adalah salah. Di sebalik seorang suami/isteri yang curang, ada lelaki/wanita lain yang turut dicurangi.
“Demi ALLAH, benda ni dah bersepah berlaku. Dulu selalu dengar suami curang dengan janda atau anak dara kan? Tapi zaman sekarang, betapa ramai suami curang dengan isteri orang lain! Cannot brain kan.
“Bila asbab perpisahan adalah kes suami/isteri yang curang dan minta cerai dengan pasangan untuk kahwin dengan skandal dia sendiri, wajar sebenarnya isteri baru kepada sang suami/isteri untuk rasa INSECURE dengan ‘kehadiran’ bekas pasangan ini ke dalam hidup baru mereka berdua.
“Sebab apa?
“Sebab suami orang pun si bekas isteri boleh sondol. Apatah lagi sekadar nak sondol bekas suami sendiri. Jauh lebih mudah.
“Sebab itulah, bila sudah bercerai, jauhkan rumahtangga kita dari apa jua campur tangan walau sebesar zarah dari bekas isteri atau suami ini tadi. Potensi untuk benda buruk terjadi adalah sangat tinggi.
“Dan selalunya, orang yang bawa DNA penyondol ni, cukup pandai berdrama dan tanpa rasa malu nak tunjuk baik dan mesra depan bekas pasangannya yang dah pun bersuami / beristeri baru.
“Kalau bukan sebab DNA penyondol, tentulah dari awal dia tak sondol laki / bini orang dan sanggup minta cerai dengan laki sendiri sebab nak kahwin dengan suami orang kan? Sampai suami orang tu pun bercerai berai dengan isteri dia. Tapi sebab dah ada DNA penyondol, wajar si pasangan baru berhati-hati dengan lebih ekstra.
“Percayalah, tak semua orang suka tengok bekas pasangan dia bahagia dengan pasangan baru.
“Jika menepis godaan lelaki atau wanita di pejabat pun sudah ramai yang tewas, apatah lagi menepis godaan bekas suami / isteri yang pernah tidur sebantal dengan kita.
“Sebab itu, TIADA ISTILAH BERKAWAN BERMESRA DENGAN BEKAS PASANGAN. Yang ada cuma istilah BERURUSAN.
“Apa beza berkawan dengan berurusan?
“Kita berurusan dengan adab yang formal dan profesional bila di kaunter kerajaan. Kita tak extra manja atau mesra bila berurusan di kaunter kerajaan. Betul kan?
“Jadi begitulah untuk bekas pasangan.
“Berkawan itu tak wujud.
“Cuma wujud berurusan dengan profesional.
“Kalau tak dapat kawal diri nak bermesra atau nak control lagi hidup bekas pasangan – tak pandai nak berurusan secara profesional – wajarlah sekatan-sekatan lain dibuat dengan lebih ekstrim demi menjaga rumahtangga kita dari disondol sesiapa.
“Ingat, zaman sekarang.
“Alangkan isteri atau suami orang pun boleh disondol, apatah lagi kerja menyondol bekas suami / isteri sendiri. Celah gigi saja buat pemilik dna penyondol.
“Jadi, berhati-hatilah.
“Hati budi manusia akhir zaman ini sukar diramal.
“Ambil pengajaran dari kisah-kisah yang berlegar dalam internet. Jaga family kita betul-betul.
“Dah jadi bekas suami, bekas isteri.
“Sila jaga maruah diri. Usah terbawa-bawa dengan perasaan masih memiliki bekas pasangan kita yang kini dah jadi milik orang lain.
“Dah berkahwin dengan janda atau duda yang bercerai kerana orang ketiga, sila berhati-hati ekstra dengan kehadiran orang ini dalam rumahtangga kita.
“Ingat, alangkan suami atau isteri orang pun mereka boleh sondol. Inikan pula bekas suami atau bekas isteri mereka sendiri.
“Maka jadilah kes macam cikpuan di atas ini.
“Tak jadi kat kita. Tapi wajib kita ambil pengajaran.
“Sebab skandal dengan bekas sendiri sekarang ni kian jadi trend!
“Saya sendiri pun walau sangat meyakini kesetiaan dan kasih sayang Bang James pada saya, tetap kami ambil kisah ini sebagai pedoman. Jaga rumahtangga kita elok-elok.
“Dah dapat pasangan baik tu, simpan elok-elok.
“Jangan tunjuk depan orang especially bekas pasangan.
“Awas. Penyondol berkeliaran,” kongsi Sharifah Zahidah yang sangat bermanfaaat.
Lebih Serasi Sebagai Kawan Berbanding Ketika Menjadi Suami – Komen Warganet
Pelbagai komen yang diberi oleh warganet yang nyata punya pandangan tersendiri. Malah ramai yang lebih selesa menjadi kawan sahaja berbanding sewaktu hidup bersama dalam rumah tangga.
Mingguan Wanita : Gerun bila baca pelbagai luahan suami isteri yang berpisah.
Bila mak, ayah masing-masing mulai sakit dan tua, anak-anak kebiasaannya mula menjauh. Mulalah berkira-kira jadual menjaga mak, ayah yang mula meningkat usia. Tak kiralah anak sulung ke, anak tengah ke atau anak bongsu, masing-masing harus memikul tanggungjawab menjaga mak, ayah yang merosot kesihatannya.
Sepatutnya ketika inilah anak-anak berebut menjaga mak, ayah. Bukannya pass orang tua macam bola. Tetapi setelah mak, ayah tiada, datang pula menuntut dan berebut harta. Jauhkanlah diri daripada bersikap begini.
Ikuti perkongsian, Firdaus Shakirin Pesan kepada adik-beradik… Bila sudah besar, sudah ada kerja, sudah ada pendapatan, sudah ada duit, cari harta sendiri… Beli rumah, beli tanah, beli aset… Bagi ada harta dengan nama sendiri… Jangan direbutnya tanah sekangkang kera di kampung itu nanti… Jangan disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik-beradik bergaduh, bermasam muka… Tak guna… Kita ini sulung ke, kita ini lelaki ke, nanti bahagian kita lebih daripada adik- beradik yang lain ke, jangan fikir, jangan berharap… Jangan letak target yang kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak sawah… Jangan… Sebab nanti bila tak dapat, kita mulalah nak marah, nak bergaduh dan nak menuntut… Walhal ketika "harta" itu ada, bukan kita yang jaga, bukan kita yang usahakan, bukan kita yang berbakti… Tup, tup bila harta itu sudah tiada pemiliknya, kita nak sangat-sangat "hak" kita… Hak apa yang kita nak? Hak apa yang kita tuntut? Kita berhak ke? Usaha sendiri untuk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita-cita kita… Yang lebih utama ialah menjaga ibu bapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa-apa daripada mereka… Ini tak, kita buat mereka seperti bola…sekejap pass sana, sekejap pass sini… Kita sebagai anak yang perlu bagi "sesuatu" kepada orang tua kita dan bukannya menunggu dan berebut "sesuatu" hasil penat lelah mereka… Kalaulah kita berebut menjaga orang tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung orang tua kita kan? Tetapi banyak yang jadi bodoh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yang bernama "harta pusaka"… Time sakit tak nak jaga, time sudah tiada datang menuntut pula…
MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua, ingatlah betapa besarnya jasa mak, ayah membesarkan kita selama ini. Ketika mereka sakit, jagalah dengan baik hingga akhir hayat mereka. Jangan direbut harta yang sedikit, gali dan carilah harta sendiri.