Berbeza betul hasil selepas kerja-kerja pengubahsuaian bilik yang jarang dipakai ini menjadi bilik kerja. Cantik! Bilik terbiar ini jarang sekali digunakan oleh keluarga Huda Zainal. Cuma seminggu sekali guna untuk gosok baju dan letak barang mainan anak.
“Masalah utama bilik ni, bila hujan bocor. Beberapa kali panggil repair bumbung pun bocor juga. Sampai rosak dinding. Sudahnya hanya guna untuk aktiviti menggosok baju seminggu sekali dan letak mainan yang jarang main.
“Lepas dah repair kali ketiga, alhamdulillah akhirnya dah ok. Barulah ada mood nak transform bilik ni jadi bilik kerja.
“Gigih juga nak transform bilik ni. Hari-hari buat, tapi buat sikit-sikit.”
Hasil selepas
Selepas : dari sudut berbeza.
Ubahsuai Bilik Kerja Dari Hari Pertama Hingga Sembilan
Hari pertama :
Buat kerja-kerja elektrik. Daripada kipas dinding tukar kepada kipas syiling. Tambah lampu, daripada 1 down-light biasa tambah 4 lampu LED. Nak bagi terang lagi bersuluh. Kata nak jadi bilik kerja kenalah cukup pencahayaan.
Kerja wiring ni suami buat sendiri.
Habis rosak semua sebab bocor.
Hari ke-2 :
Kikis cat lama yang dah kembang akibat kena hujan. Kerja ni banyak Haziq (anak 6 tahun) yang buat. Dia memang gemar kerja-kerja pertukangan ni.
Ads
Filler. Tampal kat dinding yang lubang dan menggerutu.
Hari ke-3 :
Tampal dinding dan siling dengan filler. Mana yang tak sekata, yang berlubang, yang retak. Semua tampal.
Hari ke-4 :
Huda dah mula cat siling dengan warna putih.
Suami cat dinding dengan wall sealer. Dinding rumah ni jenis pre-cast wall. Kalau tak cat sealer akan bertompok-tompok.
Cabut skirting
Hari ke-5 :
Huda masih cat siling untuk lapisan kedua.
Guna cat spray untuk cat skirting. Pastu salah warna pula. Belasah je.
Suami tanggalkan semua skirting bagi memudahkan proses mengecat. Kemudian mula cat dinding dengan warna pilihan. Kelabu gelap.
Hari ke-6 :
Masih lagi cat siling sebab belum sekata. Susah rupanya nak cat syiling ni. Lengan dengan bahu pun dah terasa nak tercabut. Pesanan penaja, kalau ada hati nak cat syiling, pastikan kuat semangat. Memang penat dan lenguh yang amat. Dah lah panas sebab tak boleh buka kipas.
Suami cat dinding untuk lapisan kedua.
Ads
Sabtu pagi. Tanggalkan grille. Nak cat putih.
Bukan senang weh. Tapi dah mula kena habiskan gak.
Hari ke-7 :
Cat grille guna cat minyak. Benda paling menyesal buat. Suami cakap dah, susah. Nanti tak cantik. Isteri degil nak juga tukar daripada hitam jadi putih. Jadi suami layan kan kemahuan isteri.
Pastu sendiri menyesal. Dekat 4 jam ok, cat grille aje.
Time ni kul 11 kot. Esok kerja ye.
Hari ke-8 :
Siang Huda spray skirting. Aduh salah beli warna. Golden yellow. Belasah jelah.
Malam tampal 3D brick wallpaper. Beli dekat shoppee.
Lepas siap pasang wallpaper pasang rod langsir ikea dan terus gantung langsir.
Gamkan semula skirting.
Letak penyeri.
Hari ke-9 :
Meja dan kerusi sampai. Anak-anak yang tolong pasangkan semua.
Akhirnya, berjaya siap.
Ads
Kos Untuk Kerja-kerja Pengubahsuaian
Cost yang habis tak banyak. Sebab semua DIY sendiri. Janji rajin dan mahu buat.
Barang elektrik :
Kipas RM190
Lampu LED (4 biji) RM52
Ni wall sealer yang guna.
Ni cat yang guna untuk dinding. Warna dark grey. Masa beli ni baru tahu. Lagi pekat warna lagi mahal harga.Siling pun jenis juga. Cuma warna putih.
Apa pasal lah gambar cat minyak ni terbalik. Ni guna cat grille.
Untuk dinding :
Filler RM5.50
Wall sealer RM80
Nippon easywash 5L (dark grey) RM150
Nippon easywash 5L (putih) (baki cat dinding ruang tamu masa PKP)
3D brick wallpaper RM174
Peralatan mengecat (pakai yang lama)
Cat spray untuk skirting RM14
Gam untuk skirting (guna baki winscouting PKP)
Gigih pasang langsir sendirian. Siap jahit bawah kat situ. Nak labuh yang perfect.
Untuk tingkap :
Set rod langsir Ikea RM55
Kain langsir (sheer curtain) RM104
Kain langsir turquoise RM65
Eyelet tape dan ring RM14
Cat minyak RM20
Perabot :
Meja study RM105
Kerusi RM46
Total lebih kurang RM1074. Jimat banyak sangat berbanding nak panggil upah orang buat.
*Gigih naik taraf bilik extra dalam rumah ni.
Final. Cuci lantai guna pursue & scrub bud amway. Scrub bud ni terbaik sebab lantai tak calar. Guna pursue senang cat keluar. Nak tanggalkan gam wallpaper yang melekat dekat lantai pun senang. Paling penting. Tangan terpelihara. Tak kasar lepas buat kerja buruh.
Pantang kalau berjemur atau terkena cahaya matahari, mulalah ‘sunburn’ dan kulit muka jadi kusam. Lepas itu, ada juga yang akan keluar jeragat dan bintik-bintik.
Segan pula bila tengok kulit muka diri sendiri. Belum lagi kalau orang tengok. Nak tampal dengan solekan pun belum cukup membantu gamaknya. Salah satu keadaan ini timbul pun sebab faktor usia juga kan!
Ingat tak, ketika zaman sekolah dan muda-muda dulu, sabun betik sangat popular. Bila tengok orang guna, kita pun mulalah nak ikut sekali sedangkan kita tak tahu apa fungsinya.
Rupanya, inilah fungsi sabun betik untuk kulit muka kita. Perkongsian daripada Dr Rizal Abu Bakar pula lebih kepada penggunaan pes betik. Ini pun lebih kurang sama saja bahan utamanya.
Perasan tak kalau kulit muka nampak gelap., pasti akan nampak kusam.
Ada bintik hitam. Bila sentuh, ada timbul macam daki pun ada. Ni tanda ada saki baki kulit mati. Sebab tak cuci elok elok.
.
Kalau tonyoh kuat sangat nanti kulit menipis. Bahaya.
Ini petua nak bagi senang tanggal. Guna betik – buah bagus untuk tanggalkan sel kulit mati degil.
Gabungkan dengan tomato. Bukan sahaja kulit jadi cerah. Tapi jadi licin. Tak menggerutu. Gatal pun kurang, Ruam merah makin reda.
Enzim dalam betik sangat lembut pada kulit. Tak akibatkan kakisan dan pedih.
Bila pakai, bau harum. Bukan bau kimia.
Lenyekkan betik dan tomato sampai jadi pes. Lumur pada muka selama 20 minit. Cuci guna air sejuk.
Mingguan Wanita : Mungkin ada yang sayang nak guna pes betik sebab sedap juga kalau dimakan kan. Tapi kalau nak cantik, apa salahnya. Boleh beli dua biji, satu untuk makan satu lagi untuk pes betik. Settle.
Biasanya bila anak-anak makan dalam kereta, ada cebisan makanan berterabur sekaligus boleh mengundang anak lipas datang ‘berkampung’. Memang serabut, bila banyak anak-anak lipas dalam kereta ni.
Sebelum nak hantar kereta ke kedai untuk servis halau dan matikan anak- anak lipas ni, boleh cuba dahulu petua mudah yang dikongsikan oleh Puan Cik Zati ni.
Berikut perkongsian tersebut;
“Saja nak share, ini hasil tangkapan malam tadi dalam kereta abah Mia.Kalau ada yang nak try petua ni pon boleh.”
Bahan-Bahan:
Bekas plastik kosong
Minyak masak yang telah digunakan (minyak baru adalah membazir)
seketul kecil marjerin/ mentega
sedikit susu pekat manis
Cara Membuat:
1. Campurkan minyak masak, marjerin dan susu pekat manis di dalam satu bekas.
2. Letak semalaman dalam kereta di bahagian tempat letak kaki atau bawah seat atau mana-mana tempat yang kita suka.Esok pagi boleh lihat hasilnya.
MW: Mudah sangat tip ini dan jimat kos. Jadi buat mak ayah yang ada masalah anak-anak lipas berkampung dalam kereta tu, boleh cuba tip mudah yang dikongsikan ini.
Air Teh Tarik memang ramai yang suka. Namun tak ramai yang pandai buat dan tahu ramuannya bagi menikmati rasa teh manis, pekat, kelat, lemak dan berbuih memang secukup rasa. Rupanya kena letak sedikit esen vanila, barulah Teh Tarik ni rasanya ‘Kaw’ dan lebih sedap macam dijual di tepi jalan.
Boleh cuba cara buat Teh Tarik Kaw seperti yang dikongsikan oleh Puan Rozana Mamat ini sebagai panduan.
Hari ini Mak Jemah bukan nak share masak makanan tapi masak air teh tarik kaw-kaw. Rasa macam yang orang buat jual tepi jalan tu. Lupa dah amik resepi kat mane. Cuma guna 5 bahan je yang dah sedia ada kat umah. Lets check it out!
Bahan-Bahan:
Air 500ml
Teh 4/5 uncang (lagi banyak lagi kaw)
Susu Pekat (ikut tekak masing-masing nak manis mane)
Susu cair setengah tin (nak lagi lemak, bubuh je lebih)
1sudu kecil esen vanila
Cara Membuat:
1. Didihkan teh uncang.
2. Selepas tu bubuh susu pekat,susu cair dan esen vanila.
3. Biarkan mendidih seketika,siap!
*Kalau nak minum ais, tunggu sejuk dulu then tambah je ais ketul.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...