Bukan mudah bagi wanita bergelar isteri untuk berkongsi kasih dengan wanita lain. Faktor rasa cemburu, keadilan dan kemampuan suami dalam memberikan kasih sayang sama rata pada semua isteri sering menjadi alasan.Namun suami kepada 8 orang isteri ini mungkin antara yang ‘bertuah’!
8 Isteri Tinggal Sebumbung
Seorang lelaki mendapat perhatian dalam media sosial selepas mendedahkan dia mempunyai lapan orang isteri yang hidup sebumbung.
Ong Dam Sorot yang merupakan seorang artis mencacah tatu menerusi satu wawancara dalam YouTube, memaklumkan dia berkahwin dengan lapan wanita kerana mempunyai ‘perasaan cinta yang adil terhadap mereka’.
Detik Berjumpa Semua Isteri
Ong turut memperkenalkan semua isterinya dalam wawancara itu dan menceritakan bagaimana dia berjumpa dengan semua wanita itu dan berkahwin.
Ads
Kelapan-lapan isterinya menyifatkan Ong sebagai suami yang baik, bertimbang rasa dan pandai mengagihkan masa.
Menurut Ong, dia bertemu dengan isteri pertamanya di majlis kahwin rakannya, isteri kedua dalam pertemuan di pasar, ketiga (di hospital), keempat, kelima dan keenam (dalam media sosial), ketujuh (di kuil) dan kelapan (ketika bercuti).
“Ong mungkin merupakan lelaki paling penyayang yang pernah kami jumpa,” menurut kelapan-lapan isterinya.
Dua daripada isteri Ong kini hamil anak pertama mereka dan lelaki itu sudah memiliki seorang anak dari isteri pertamanya.
Mingguan Wanita: Bukan calang-calang untuk mempunyai 8 orang isteri yang boleh tinggal sebumbung. Pastinya lelaki ini sangat berkemampuan dan bersikap adil pada semua isteri-isterinya.
Siti Saleha sah bercerai dengan suami Ahmad Lutfi. Akhirnya mahligai yang dibina pelakon Siti Saleha, 32 bersama suaminya Ahmad Lutfi Azhar terlerai jua.
Pasangan tersebut telah melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 namun rumah tangga yang dibina mereka tidak dikurniakan zuriat.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Siti Saleha, sah bercerai dengan suaminya dalam sebuah prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, hari ini.
Malah adik kepada Sam Bunkface ini juga akui tentang perceraian tersebut dan menyatakan ianya berlaku secara baik.
Malah dia juga reda dengan jodohnya dengan Ahmad Lutfi hanya bertahan selama empat tahun.
“Okay, untuk hari ini kami sudah bercerai secara baik.
“Jodoh kami tidak panjang, sampai di sini saja. Itu sajalah saya nak cakap.
“Selebih itu saya tak nak ulas apa-apa,” ungkap heroin drama 7 Hari Mencintaiku.
Terus terang Saleha juga menyatakan dia dan Ahmad Lutfi sudah tidak sehaluan.
“Kami tak ada persefahaman, itu saja. Terima kasih,” katanya.
Sebelum ini, Saleha mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap Ahmad Lutfi. Menurut pelakon ini, ia dilakukan atas kebenaran mahkamah.
Berita keretakan mahligai pelakon ini tidak digembar-gemburkan dan Saleha sendiri sebelum ini tidak pernah berkongsi mengenai masalah peribadi secara terbuka di media sosial mahupun media.
“Bimbang anak mengamuk, hilang mood bergambar.” Ayah ini sanggup pakai rambut pink, berskirt tutu semata mata untuk menjaga mood anaknya yang mulai meragam.
Begitulah perangai anak anak, memang sukar diramal dan kadang kadang amat menguji kesabaran mak, ayah. Tindakan ayah ini mendapat pujian netizen kerana sanggup lakukan apa saja demi menjaga hati anaknya.
Seorang ayah di Manila, Filipina, sanggup memakai rambut palsu berwarna merah jambu dan berskirt tutu demi memastikan mood anak perempuannya tenang ketika satu sesi fotografi hari jadi, lapor portal Coconut News semalam.
Menurut Napoleon Soriano, anaknya iaitu, Felicity Isabella atau Ellie mula mengamuk ketika mereka sedang merakam kenangan sambutan hari lahir pertamanya, baru-baru ini.
Aksi Soriano yang sanggup berpura-pura menjadi pari-pari demi mengembalikan keceriaan Ellie mendapat pujian pasukan jurugambar yang diupah bagi majlis tersebut.
Sungguh kental semangat ayahnya. (Faces Portraits / Napoleon Soriano).
“Tidak kira apa usaha ibu bapa untuk memastikan gambar cantik sempat dirakam, jika kanak-kanak mengamuk dan tiada mood, kami tidak mampu berbuat apa-apa.
“Namun ayah ini sangat kental, dia tidak mahu persiapan comel ini sia-sia maka dia sendiri yang jadi bahan prop,” tulis jurugambar itu di laman Facebook.
Menurut Soriano, kesediaannya menjadi ‘pari-pari’ dalam gambar majlis hari jadi anaknya hanyalah sekadar gurauan.
“Saya fikir daripada membazir lebih baik gunakan semua prop yang ada dan rakam kenangan tersendiri.
“Lagipun upah jurugambar dan perancang majlis adalah tidak murah,” jelasnya. – Agensi
Mingguan Wanita : Begitulah kasih ayah hingga ke hujung nyawa. Apatah lagi dengan anak perempuan, sang ayah pasti sanggup lakukan apa sahaja.
Setiap ujian dan pertemuan itu bersebab. Jika terima dengan hati sabar, tentu diberikan ganjaran yang tidak terhitung banyaknya. Sebagaimana kisah Khairunnisa Hamzah ini yang diuji kenderaan pancit betul-betul di selekoh jalan.
Biar pun awalnya sukar untuk mendapatkan bantuan. Berkat berselawat, akhirnya Allah hantarkan bantuan dari seorang pemandu kereta Viva yang baik hati.
Kebetulan, kejadian berlaku di Melaka. Dan dekat pula dengan kediaman pemandu kereta Viva itu. Maka, dibawalah Khairunnisa dan anak-anak ke rumahnya demi keselamatan.
Siapa sangka, lelaki yang membantunya itu rupanya pembuat perabot barang kayu dan besi. Manakala, Khairunnisa dan suami mengusahakan kerja-kerja menghias kediaman klien-kliennya. Bukankah itu satu kebetulan yang indah.
“Masa berborak dengan isterinya baru saya tahu mereka sedang nak cuba hidup baru. Nak pindah ke utara. Bekerja dengan sedara. Tapi sudah setup bengkel pertukangan di Melaka. Sebab nak dapat projek tu tak ada, tu nak bekerja dengan orang saja.
Subhanallah… Saya banyak kali sebut Subhanallah. Kemudian saya maklumkan kami mencari sahabat bertukang. Saya kenalkan diri kami Mommy Daddy Decor. Saya tunjuk YouTube saya.
Allah… Begitu rupanya pertemuan kami yang Allah tentukan. Doakan Ammar dan keluarga murah rezeki. Doakan banyak projek Ammar dapat. Mereka sangat baik. Kalau mereka tak tolong kami tadi, Allahuakbar, entah sampai bila kami tersadai dalam keadaan yang bahaya.” Kongsi Khairunnisa
Nak jadi cerita.
Dekat situ tayar ‘vanfire’ pancit sepancitnya.
Betul-betul di selekoh. Tempat orang belok laju, double line dan ramai termakan belok. Mommy pujuk Daddy drive ke depan sikit sebab tak mahu tragedi berulang lagi bagi kes kereta rosak dan anak-anak berada di dalam.
Tak boleh jalan dah. Tu abang dah dirikan tikar dekat belakang sana nak bagi orang nampak” Daddy dah mula bongkar barang nak tukar tayar. Tapi…
Tapi itulah, dek kerana rim tayar canggih sangat, pakai yang emas, skrunya tak dapat dibuka dengan alat sedia ada.
Jeda!
Si kakak teringat kisah yang meragut 8 beranak tempoh hari. Terdengar si kakak arahkan adik-adiknya.
“Semuaturun. Turun. Duduk tepi sana”
Mommy bawa anak-anak ke depan sikit.
Lama juga duduk di tepi. Sambil anak-anak mula berselawat sampai dah berQasidah.
Banyak kenderaan lalu. Tapi double line dan selekoh laju. Semua berlalu pergi.
Satu demi satu Daddy mula call.
Perlu dapatkan pembuka nut yang bercorak sama.
Belum dapat bantuan.
Lori ayam besar warna merah datang laju,
Lori ayam besar warna biru pula pergi berlalu,
Terhayun badan Mommy yang mendukung Asytar yang tak mahu diletak.
Terus berselawat sambil buat signal amaran pada Arsyad yang dah mula mencuba aksi yang bukan-bukan.
Tup tup, sebuah kereta Viva hijau berhenti.
Allahuakbar,
Memang kereta Viva baik hati
Orang Melaka memang baik dengan Viva ke?
Sungguh…
Terima kasih Ammar.
Ammar bincang dengan Daddy untuk ambil anak-anak dan Mommy untuk dibawa ke rumahnya yang berdekatan saja di simpang sebelum itu.
Mulanya kami menolak. Tak nak menyusahkan. Tapi, kata Ammar…
“Divider ni baru. Bukan apa, sebab dah ada kejadianlah di sini. Sini selalu terjadi…”
Allah, lemah lutut.
Sebelum apa-apa, baiklah akur.
Kami anak beranak memangku naik Viva Ammar.
Ammar bawa ke rumah sewanya.
Isteri Ammar masakkan cekodok.
Ammar ada anak seorang.
Dan Ammar tinggalkan kami dengan isterinya.
Ammar pergi bantu Daddy pergi ke bengkel kereta.
Duduk segan, tapi akhirnya cekodok dikunyah juga. Anak-anak dah bebas tengok tv. Kami berborak.
Ya Allah,
Rupanya ada sebab kenapa Allah berhentikan kami di situ!
Kalau kami pembuat makeover,
Ammar dan isteri adalah pembuat perabot, barang kayu, besi dan sebagainya.
Ammar ada bengkel.
Kami pula ada customer.
Ammar baru rancang nak mulakan hidup baru dengan pulang ke kampung di Utara, tetapi Allah ketemukan kami tadi dan nampaknya terlalu banyak peluang dan projek untuk bekerjasama.
Ammar ada bengkel,
Kami ada idea.
Kata si kakak Aisyah,
“Semua ni Allah dah rancang”
Benar belaka.
Menurut Khairunnisa lagi, “Terima kasih Ammar Khan atas bantuan di kala kami dalam keadaan bahaya. Terima kasih Nur Farah Adlia kerana sudi berikan kami menumpang seketika di rumah kalian dengan cekodok panas pula. Terima kasih Raisya kerana sudi kongsi mainan untuk dimain bersama. Sungguh tak akan pernah kami lupakan kalian sekeluarga. Allah Maha Mengetahui kenapa kita berjumpa. Allahuakbar.
Hari yang diingati~sampai mati.
Sungguh saya terkedu menerima bantuan Viva Hijau yang Tuannya bernama Ammar. Teringat kisah Viva dari Melaka. Sungguh mereka begini, dalam keadaan diuji dan punya kemelut hidup tersendiri, tapi mereka hidup pandang bawah. Sanggup berhenti dan hulurkan bantuan walau itu selekoh bahaya. Ada anak kecil umur setahun lebih di tinggalkan sekejap untuk turun bantu. Di pujuk kami untuk anak anak ke rumah dulu sebab dah berapa kali selekoh tu kemalangan.”