Sumber Foto :   Instagram Siti Saleha

Siti Saleha sah bercerai dengan suami Ahmad Lutfi. Akhirnya mahligai yang dibina pelakon Siti Saleha, 32 bersama suaminya Ahmad Lutfi Azhar terlerai jua.

Pasangan tersebut telah melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 namun rumah tangga yang dibina mereka tidak dikurniakan zuriat.

Siti Saleha Sah Bercerai Dengan Suami Ahmad Lutfi, “Jodoh Kami Tidak Panjang, Sampai Di Sini Saja”

Siti Saleha Sah Bercerai Dengan Suami Ahmad Lutfi

Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Siti Saleha, sah  bercerai dengan suaminya dalam sebuah prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, hari ini.

Malah adik kepada Sam Bunkface ini juga akui tentang perceraian tersebut dan menyatakan ianya berlaku secara baik.

Malah dia juga reda dengan jodohnya dengan Ahmad Lutfi hanya bertahan selama empat tahun.

“Okay, untuk hari ini kami sudah bercerai secara baik.

“Jodoh kami tidak panjang, sampai di sini saja. Itu sajalah saya nak cakap.

“Selebih itu saya tak nak ulas apa-apa,” ungkap heroin drama 7 Hari Mencintaiku.

Siti Saleha Sah Bercerai Dengan Suami Ahmad Lutfi, “Jodoh Kami Tidak Panjang, Sampai Di Sini Saja”

“Kami Tak Ada Persefahaman”

Terus terang Saleha juga menyatakan dia dan Ahmad Lutfi sudah tidak sehaluan.

“Kami tak ada persefahaman, itu saja. Terima kasih,” katanya.

Sebelum ini, Saleha mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap Ahmad Lutfi. Menurut pelakon ini, ia dilakukan atas kebenaran mahkamah.

Berita keretakan mahligai pelakon ini tidak digembar-gemburkan dan Saleha sendiri sebelum ini tidak pernah berkongsi mengenai masalah peribadi secara terbuka di media sosial mahupun media.

Menarik Lagi : Detik Terindah Siti Saleha Kahwin, Ada 5 Sebab Utama Kenapa Ahmad Lutfi Azhar Jadi Pilihan Hatinya

Bukan Susah Sangat Nak Dapat Kulit Cantik Berseri Macam Siti Saleha, Rahsianya Kat Dapur Je!

Mingguan Wanita: Berpisah secara baik dan semoga Siti Saleha akan terus tabah harungi kehidupan.

Sumber : Harian Metro

Sumber Foto :   Instagram Siti Saleha

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI