Madu Ambil Giliran, Tuntut Hak Pelik-pelik, Begini Cara Hadapinya

Bila letak Allah di tempat paling tinggi dalam hati, insyaAllah banyak perkara sulit sebenarnya kita dapat selesaikan dengan baik. Ustazah Hannan Alias berkongsi panduan jawapan pada persoalan madu yang dianiaya madu sendiri.

Bismillah..
Pagi-pagi dapat mesej.
Ustazah, madu saya fitnah saya. Bercerita segala cerita rumah tangga poligami kami kepada orang luar.’
Hubungan sebelum ni baik tak?’
Kami tinggal serumah. Dia sangat baik. Saya pun menyantuni dia dengan baik. Tapi rupanya dia yang menghancurkan keharmonian poligami yang kami bina selama ini. Rupanya dia api dalam sekam.’
Sebelum nak sekamkan orang, lihat ke dalam diri dulu. Mungkin kita pun sekam yang ada baranya tanpa kita sedar.’

Baca sini : Kisah poligami, tak nak bermadu bukan alasan untuk cerai.

*****************************

Madu Yang Baik Itu Anugerah

Mendapat madu yang baik itu anugerah. Mendapat madu yang pura-pura baik itu adalah training secara langsung dari Allah. Mendapat madu yang jahat pula, tu cara Allah nak bagi kita syurga dengan mudah.

Ya.

Banyak sekali saya terima kes, awalnya baik. Rapat. Kalau orang tengok semua terinspirasi. Hingga ada yang menjadikan mereka idola.

Namun, apabila sesuatu kebaikan itu dibuat bukan kerana Allah, maka tibalah suatu hari yang Allah sendiri akan hancurkan ikatan itu. Allah boleh buat macam-macam. Sebab apa? Sebab Allah itu maha baik. Penuh kasih sayang, nak kita sedar, bahawa sesuatu yang tidak disertakan Allah bersamanya maka akan hancur.

Allah boleh twist hati madu yang asalnya nampak bagus redha mulia baik kepada sikap yang sebaliknya. Kerana apa? Kerana Allah nak bagitahu kita.. “cukuplah lihat madu itu baik. Sesungguhnya AKU la yang paling baik.”

Tapi kita tak pernah sedar semua tu. Sebab apa? Sebab kita tak nampak. Kita terhijab dari memandang siapa yang mengizinkan semua kebaikan itu. Sesungguhnya Allah itu sangat cemburu bila kita melebihkan yang lain selain Dia.

IKLAN

Kenapa Dah Tak Harmoni?

Cuba cek diri kita. Apakah keharmonian itu bersandarkan pada diri kita atau Allah? Kalau kita sandarkan keharmonian itu pada kita, memang kita akan sakit bila kita tak dapat seperti yang kita nak. Tapi apabila kita sandarkan harmoni itu hanya pada Allah, kita akan lapang dada aja, apa jua bentuk harmoni yang Allah atur buat kita.

Allah jentik hati kita sebab Allah tak nak kita leka. Tak nak kita lalai. Nak kita sedar.. oh, aku masih ada Allah.

Soal dulu harmoni sekarang dah tak harmoni, serahkan aja pada Allah ya. Lepaskan suami dan madu itu ke Allah. Serahkan kembali ke Allah. Allah maha tahu apa yang terbaik buat kita.

Soal madu suka fitnah, suka jaja cerita rumah tangga kita kepada orang lain, biarkan saja. Jangan lupa doa. Minta sungguh-sungguh ke Allah. Kita tak mampu nak tutup mulut madu. Namun kita mampu guna kuasa doa kita. Cuma kita je tak yakin. Nak juga tengok madu tu. Nak juga merasakan diri sebagai mangsa. Akhirnya merana sendiri.

Madu ambil giliran? Tuntut hak pelik-pelik? Biarkan aja. Kalau rasa payah sangat, doa je, Ya Allah, gantikan aku dengan perkara yang lebih baik. Mana tahu nanti Allah akan ganti suami baru yang jauh lebih soleh dari yang sedia ada.

Stop merasakan diri sebagai mangsa!

Dah Memang Sejak Azali Madu Begitu..

Soal madu jahat, itu dia punya pasal. Dah memang dia sejak azali begitu. Kita tak boleh buat apa. Namun awas! Bila merasakan diri kita lebih mulia dari madu dan tak layak disakiti oleh madu, maka itu petanda hati kita dalam keadaan tenat.

IKLAN

Sebab syaitan ni, bila dia tak boleh nak jadikan kita sebagaj orang jahat, maka dia akan tiupkan rasa kedalam diri kita merasa lebih mulia dari orang lain. Hingga timbul rasa, aku tak layak disakiti. Kah! Bagus sangat ke kita? Mulia sangat ke kita?

Setiap masalah atau ujian yang hadir itu sebagai latihan untuk menguatkan lagi keyakinan kita kepada Allah dan meningkatkan taqwa kita. Tapi kita sering tak nampak benda tu.
Madu jahat, laki tak adil, biarkan. Allah pasti sediakan balasan setimpal buat mereka. Itu dosa mereka. Jangan kita jadikan diri kita bodoh berganda dengan membalas kejahatan mereka dengan menjadikan diri kita dua kali lebih jahat dari mereka.

Bila Allah izinkan sesuatu itu berlaku, baik atau buruk, pasak dalam hati, Allah pasti nak bagi hadiah yang terbesar buat kita. Hikmah yang berganda buat kita. Sabar dan yakin saja dengan Allah.

Ustazah sedap cakap sebab tak jadi ke ustazah!’

Bukan soal sedap cakap atau tak sedap cakap. Ia soal diri kita. Kalau dah madu pun jahat dengan kita. Suami pun jahat dengan kita, takkan kita nak buat jahat dengan diri kita dengan menjadikan diri kita jahat dengan cara membalas kejahatan mereka dengan kejahatan? Jika kita sendiri tak mampu nak protect diri kita, siapa lagi yang akan protect?

Merdekakan Diri Dari Belnggeu Suami Mahupun Madu

Point di sini ialah, merdekakan diri dari belenggu suami dan madu. Ingat, mereka juga manusia yang sama seperti kita. Kita ada salah, mereka juga berganda salahnya. Jadi, maafkan, ikhlaskan dan lepaskan mereka. Lepaskan mereka terus ke Allah.

IKLAN

Usah difikir lagi soal mereka. Ingat, ketaatan kita selepas Allah dan rasul itu adalah suami. Maka, taati aja. Madu itu cukup lah disantuni dengan berbuat baik. Ada depan mata layan. Kalau tak ada, jangan terhegeh-hegeh pergi cari. Kelak kita akan sakit sendiri.

Lihat la dari skop yang lebih luas. Tak penat ke asyik nak bergaduh benda yang sama. Tak puas hati pun kerana benda bodoh yang sama juga?

Sakit hati?

Itu normal. Itu la mujahadah namanya. Memang sakit. Sebab gantinya adalah pahala. Dan yang sakit itu adalah ego kita. Biarkan ia sakit. Tak lama pun. Nanti bila hati dah benar-benar solid dengan Allah, ego itu terhapus sendiri. Dan waktu itu, tiada lagi sakit. Sebab dalam hati dah ada Allah yang maha segalanya.

Ada dan tiada suami itu biasa sahaja. Sebab kita yakin dan kita tahu Allah ada sedang menjaga kita dan memeluk hati kita dengan sesungguhnya.

Jelas?

Moga dapat sesuatu ya.

Cakap pada diri.. Terima Kasih Allah untuk tarbiah secara langsung ini.

MW : Hidup bermadu itu juga ujian dariNya, ikhlas dan redha itulah punca hati jadi lebih bahagia dan tenang.

Sumber/Foto : Hannan Alias

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI