Demi anak perempuan, sang ayah pasti sanggup lakukan apa sahaja. (Faces Portraits / Napoleon Soriano)
“Bimbang anak mengamuk, hilang mood bergambar.” Ayah ini sanggup pakai rambut pink, berskirt tutu semata mata untuk menjaga mood anaknya yang mulai meragam.
Begitulah perangai anak anak, memang sukar diramal dan kadang kadang amat menguji kesabaran mak, ayah. Tindakan ayah ini mendapat pujian netizen kerana sanggup lakukan apa saja demi menjaga hati anaknya.
Bimbang Anak Mengamuk
Seorang ayah di Manila, Filipina, sanggup memakai rambut palsu berwarna merah jambu dan berskirt tutu demi memastikan mood anak perempuannya tenang ketika satu sesi fotografi hari jadi, lapor portal Coconut News semalam.
Menurut Napoleon Soriano, anaknya iaitu, Felicity Isabella atau Ellie mula mengamuk ketika mereka sedang merakam kenangan sambutan hari lahir pertamanya, baru-baru ini.
Aksi Soriano yang sanggup berpura-pura menjadi pari-pari demi mengembalikan keceriaan Ellie mendapat pujian pasukan jurugambar yang diupah bagi majlis tersebut.
Sungguh kental semangat ayahnya. (Faces Portraits / Napoleon Soriano).
IKLAN
“Tidak kira apa usaha ibu bapa untuk memastikan gambar cantik sempat dirakam, jika kanak-kanak mengamuk dan tiada mood, kami tidak mampu berbuat apa-apa.
“Namun ayah ini sangat kental, dia tidak mahu persiapan comel ini sia-sia maka dia sendiri yang jadi bahan prop,” tulis jurugambar itu di laman Facebook.
Ayah Ini Sanggup Pakai Rambut Pink, Berskirt Tutu
Menurut Soriano, kesediaannya menjadi ‘pari-pari’ dalam gambar majlis hari jadi anaknya hanyalah sekadar gurauan.
“Saya fikir daripada membazir lebih baik gunakan semua prop yang ada dan rakam kenangan tersendiri.
IKLAN
“Lagipun upah jurugambar dan perancang majlis adalah tidak murah,” jelasnya. – Agensi
Mingguan Wanita : Begitulah kasih ayah hingga ke hujung nyawa. Apatah lagi dengan anak perempuan, sang ayah pasti sanggup lakukan apa sahaja.
Seorang ayah ini kebiasaannya mendidik anak dengan cara tersendiri. Dia tak perlu pun nak membebel macam mak-mak, cukup dengan pandangan tajam atau renungan saja, anak-anak dah sedia maklum.
Ayah kepada penyanyi kumpulan De Fam, Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin ini pun ada cara tersendiri mendidik anaknya.
Sejak dari kecil, ayah Cik Manggis yang mesra dengan panggilan Uncle Sam ini selalu memberinya pesan. Katanya, “Belajar betul-betul, dah besar jadi ORANG.”
Dan pesanan itulah sampai ke hari ini paling lekat dalam mindanya. “Terima kasih kerana membesarkan saya dengan kesabaran tahap dewa dan menjadi contoh yang paling baik untuk saya belajar erti kehidupan.”
Luah Cik Manggus sempena ulang tahun usia ayahnya yang ke-66. Doa anak ini lagi, “Semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT. In Shaa Allah Ta’ala. @samzurah”
.
Kecut.. Cuak.. Bila Ayah Dah Buat Pose Macam Ni
Dalam pada itu, Cik Manggis sempat mengimbas cara ayah menegurnya ketika di zaman kanak-kanak. Ketika berkongsi gambar berdua dengan ayah, ini yang Cik Manggis maklumkan.
Perasaan bila nampak Ayah buat pose macam ni time dulu-dulu, ya Allah.. Tuhan je tau betapa kencangnya jantungku berdegup! Cuak gila! Antara situation yang boleh relate dengan pose ni:
1. Bila kau tengah pecut basikal jipang nak balik rumah, sebab dah bunyi azan Maghrib. (Ayah dah standby depan gate)
2. Bila kawan-kawan datang rumah, tak bagi salam or tak salam Ayah. Pose sambil berkata kat diorang “Kau tak reti salam ke?” (Time ni confirm semua muka biru. HAHAHA!)
3. Bila kantoi ponteng ngaji, pi main kompang.
4. Bila ayah masuk bilik. (cc: @itudyana @dayashamsuddin)
5. Bila Ayah panggil makan, kau jawab “malas nak makan”.
…. dan banyak lagi.
Apa pengalaman korang dengan ayah korang? OR ada sesiapa yang berpengalaman dengan Ayah Manggis?
Begitulah.. apa pun harapan setiap ayah tentunya mengharapkan kejayaan yang cemerlang untuk anak-anaknya. Semoga ayah Cik Manggis diberi kesihatan yang baik untuk hari-hari mendatang.
Pelakon Nabila Huda, 36 berkongsi rasa bahagia bila mana anak perempuannya, Keisha Laila dapat menguasai bahasa Mandarin walaupun baru belajar dalam 14 jam.
Membuatkan ibu ini yakin dengan keputusannya untuk meneruskan persekolahan anaknya di rumah atau homeschool adalah tepat.
Ini yang Nabila kongsikan akan kejayaan Keisha.
Korang ingat lagi tak Abil penah cakap Abil berhentikan Keisha dari school and decided untuk dia homeschool je? Abil cuma suruh dia belajar basic subjects only Maths, Sains and English je with @thelennyrahman
Pastu i came up dengan idea nak battle dengan Keisha belajar foreign language. Pastu masa i post on my Instagram, @fasihmandarin approach both of us masa MCO 2.0 tu.. Tapi mummy tak dapat teruskan sebab shooting.
So keisha continue and guys, Keisha dah terror! She can write and speak in Mandarin. Just imagine kalau ikut kan dia belajar baru 14 hours and dia dah power gila! Before MCO 3.0 , @na.laoshi datang rumah, tapi bila dah lockdown dorang sambung online je.
Keisha Boleh Cakap Mandarin
Dalam pada tak pergi sekolah, ketinggalan banyak benda, tak dapat nak belajar dengan sempurna, Keisha dah boleh cakap Mandarin! I am so proud of you @lilkupukupu !
Tengok result exam dia. Thank you @na.laoshi @fasihmandarin . Mummy nak cry cry jap laaa..😭😍 To mummy and daddy out there,try la bagi anak-anak korang belajar Mandarin dengan dorang ni.
Kalau tak dapat sekolah dengan sempurna, at least, boleh cakap Mandarin, jauh perjalanan hidup dorang nanti.. boarder bukak kite nak pergi shopping kat china pun senang bawak dorang je settle!!Hahahaha!
Dalam pada berseloroh, Nabila tetap berkongsi pesanan agar ibu ayah memberi pendedahan pada anak-anak mereka mempelajari bahasa Mandarin.
Pesanan buat para wanita, jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat cinta dan janji manis apatah lagi jika menjalin hubungan di alam maya. Ini kerana banyak kes yang berlaku wanita terjerat dengan cinta palsu, menjadi mangsa penipuan ‘love scam’ sehingga mengakibatkan kerugian berpuluh malah beratus ribu ringgit.
Wanita kesunyian, berdepan masalah keluarga atau kematian suami yang meninggalkan harta menjadi sasaran mudah sindiket untuk mengaut keuntungan dengan menggunakan identiti palsu.
Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC), Datuk S Sasikala Devi, berkata pihak berkuasa menerima sekurang-kurangnya dua kes setiap hari membabitkan wanita berusia 30-an ke atas menjadi mangsa penipuan itu.
Katanya, ramai wanita yang sudah bersuami juga mudah terpikat dengan pujukan romantik mereka sehingga sanggup melakukan apa saja diarahkan termasuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun diberikan sindiket selepas terperangkap terbabit.
Jadi Keldai Akaun
Malah, ada juga wanita dijadikan sebagai ‘keldai akaun’ kepada sindiket terbabit yang sebilangannya dikenali melalui media sosial terperangkap dengan ‘ayat cinta’ bagi mengumpan mangsa sehingga akhirnya terpaksa kerugian beratus ribu ringgit.
“Akaun berkenaan pula dipercayai milik keldai akaun terdiri daripada individu tempatan yang dijual atau disewa kepada sindiket serendah RM200 sebulan disebabkan kesempitan hidup.
Kes terbaru membabitkan seorang wanita dari Hong Kong, berusia 60 tahun mengalami kerugian sebanyak RM95 juta selepas memasukkan wang ke dalam satu akaun milik orang tempatan di negara ini yang dipercayai akaun keldai.
“Dalang sebenar tidak akan menggunakan akaun mereka sendiri untuk mengelak ditangkap, manakala keldai akaun pula tidak memegang kad bank berkenaan kerana sudah diberikan kepada sindiket.
“Apabila dalang ditahan, mangsa gagal mengenal pasti penjenayah semasa sesi pengecaman kerana gambar yang dilihat dalam internet sebelum ini berbeza daripada yang ada di depan mata,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab bertajuk ‘Krisis Digital Bagi Generasi Baharu, Menumpukan Wanita Sebagai Ibu’ sempena Forum Keseimbangan Kehidupan Kerja 2018 Antarabangsa (IWLBF 2018), di sini, baru-baru ini.
Dua ahli panel lain turut membincangkan tajuk berkenaan adalah Ketua Pegawai Operasi Talent Department, Prasana Sailanathan dan Pejuang Hak Asasi Kanak-Kanak, Nurul Eeman Mansor.Yang turut hadir, Pengasas ADLA Group, Datuk Hasnorliza Hassan.
Alam Maya Perangkap ‘Cinta’
Sasikala Devi percaya tumpuan sindiket adalah dalam kalangan wanita pelbagai lapisan usia yang menjadikan alam maya sebagai perangkap ‘cinta’.
“Penjenayah siber lazimnya akan menyamar menggunakan gambar berwajah ‘Mat Salleh’ yang kacak, tetapi sebenarnya ‘Pak Hitam’ yang menggunakan kata-kata romantik untuk memerangkap wanita sebagai sasaran,” katanya.
Justeru, bagi mengekang isu ini, anak juga perlu memainkan peranan dengan mengambil berat apa yang dilakukan ibu mereka sekiranya sering dilihat banyak menghabiskan masa melayari internet.
“Kalau ibu anda selalu bersendirian di dalam bilik dengan telefon atau komputer, pastikan dengan siapa dia bersosial kerana kita bimbang mereka mudah terpedaya dengan sindiket penipuan di dalam internet,” katanya.
Selalunya, ibu atau bapa yang kerap memantau anak kerana risau apabila anak obses melayari internet, sebaliknya peranan sama perlu dimainkan mereka untuk kebaikan bersama.
“Bukan saja ibu bapa yang perlu risau dengan jenayah siber membabitkan anak, tetapi anak juga perlu mengambil tahu aktiviti dilakukan orang tua mereka di internet,” katanya.
Tidak Mudah Terperangkap Janji Manis
Beliau menasihatkan wanita supaya tidak mudah terperangkap dengan janji manis atau terpedaya dengan helah sindiket yang memang licik menggunakan pelbagai kelemahan individu.Wanita juga seharusnya menyiasat latar belakang lelaki bagi mengelak sebarang penipuan sehingga merugikan diri sendiri dan wang ringgit.
Sementara itu, Nurul Eeman Mansor, berkata krisis digital lebih cenderung membabitkan remaja di bandar berbanding di luar bandar.
“Teknologi digital tidak dinafikan banyak membantu memudahkan kehidupan seharian, tetapi masyarakat tidak boleh membiarkan robot mengambil alih peranan manusia.
“Kanak-kanak dan remaja mudah dijadikan mangsa buli siber sehingga mengakibatkan mereka murung, tetapi masalah berterusan kerana tiada tindakan tegas daripada ibu bapa untuk mengawal penggunaan teknologi ini,” katanya.
Info: Kes Love Scam
• Januari hingga Ogos 2018 – 1,301 kes
* Kerugian RM83.6 juta di seluruh negara .
• Sepanjang 2017 – 1,652 kes
* Kerugian RM61.9 juta di seluruh negara.
MW: Semoga para wanita mengambil pengajaran dan iktibar daripada perkongsian ini. Jangan mudah terjebak ‘cinta’ di alam maya. Siasat dulu latar belakang serta tidak mudah percaya dengan kata-kata manis, apatah lagi apabila melibatkan wang ringgit!
Suami kalau nak menggembirakan hati isteri, tak perlu pun beri hadiah yang mahal-mahal. Ketahuilah wahai para suami, dengan sedikit kudrat yang anda sumbangkan mampu membuatkan si isteri tidur dengan hati berbunga-bunga.