lipat baju

Nak lipat baju menimbun dengan Cepat, teratur & kemas ada caranya. Biasanya, hujung minggu lepas kes cuci mencuci dah selesai. Part yang paling ramai mak-mak tak suka nak buat pastinya bab nak MELIPAT BAJU! Memang renyah nak hadap kerja rumah yang satu ni.Menimbun tengok longgokan baju-baju ni, macam ‘Gunung Kinabalu’!Tapi malas macam mana pun, lipat tetap kena lipat juga.Kalau tak nanti lagi ‘sakit mata’ melihatnya.

Nak kerja-kerja melipat baju jadi lebih cepat, teratur dan kemas ikut tip dibawah ini.

1. Masukan dalam list things to do
Bila rasa malas tapi banyak kerja, kita mulakan dengan ambik satu buku dan satu pen. Catat apa kerja yang nak buat untuk hari ini. Termasuk perkara yang remeh. Jangan lupakan bab ‘basuh baju, angkat baju, lipat baju, simpan baju”.Semua masukan dalam list things to do. Tapi bukan semua serentak. Ada masa “angkat baju”. Ada masa “lipat baju”. Sebab apa yang ditulis tu sebenarnya adalah doa kita. Setiap kali baca list kerja tu, secara tak langsung, kita tengah berdoa minta Allah mudahkan urusan yang menimbun tu.

2. Lipat pakaian sambil tengok tv/ layan cerita
Letak sebakul baju yang nak dilipat tu kat ruang tamu. Baru on TV. Kalau on TV dulu, gamaknya, baju pun entah ke mana. Sambil tengok TV, tangan buat kerja. Ada masanya, kita lipat atas katil je. Sebab mudah nak simpan dalam almari. Tapi, sambil tu, layan cerita kat youtube atau dengar radio atau dengar ceramah. Tanpa sedar baju dah siap dilipat.

IKLAN

3. Asingkan pakaian ikut kategori
Tip ni dibuat tanpa sedar. Bila dah asingkan baju ikut kategori, mudah sebab tak payah pening nak tukar cara lipat. Betul tak? Kalau dah lipat t-shirt, cara yang sama je kan. Tak de lah nak kena tukar dari lipat t-shirt ke lipat tuala. Walaupun kita rasa remeh, tapi kena guna minda juga tu.

Jadi, senangkan kerja, asingkan ikut kategori saiz dan jenis. Dari yang kecil sampai la besar. Asing ikut kategori yang nak disimpan mahupun yang nak digosok dalam almari nanti. Ada baju jalan, baju suami, seluar, kain batik dan macam-macam lagi. Kalau rasa tak sempat nak lipat semua, angkut semua ikut kategori tu, sumbat dalam almari ikut tempat yang disediakan. Opsss….elakkan ye.

IKLAN

4. Sangkut/ Lipat pakaian yang besar dan perlu dahulu
Yang ni paling mudah. Ramai suka buat. Kalau sidai baju dengan penyangkut baju lagi best. Lepas angkat terus simpan dalam almari. Ada masa boleh jadi terapi diri dengan melipat kain-kain. Antara yang digantung siap, seluar kerja suami, jubah dan baju suami selain t-shirt.
Secara psikologinya, bila dah lipat/ gantung baju-baju besar tu dahulu, timbunan baju yang menimbun tadi, nampak akan nampak lebih sikit sebab tinggal baju bersaiz kecil dan sederhana. Baru lah kita lebih bersemangat nak habiskan lipat baju sebab tinggal sikit kan.

5.Barulah, lipat pakaian saiz sederhana
Pakaian yang sederhana ni biasanya t-shirt. Yang ni, asing juga antara jenis kain. Kalau kain ala-ala jersi bola tu, simpan asing. Sebab kain macam tu licin dan mudah serabai bila suami main tarik je masa ambil baju.

IKLAN

6. Akhir sekali, lipat kategori pakaian yang kecil pula
Lemah juga lipat yang kecil ni. Apa yang kecil nya? Stokin, tuala muka, seluar kecil dan seangkatannya. Yang ni semua, simpan dalam almari berlaci dan asingkan ikut kategori juga. Yang ni ada masa, bila tak sempat, sumbat je dalam laci ikut level. Tapi setakat ni, selepas operasi mengemas dan menyusun yang kecil ni dalam laci, masih dapat maintain susunan lagi.

7. Rewards diri dengan ‘sesuatu’
Untuk kekal rajin lipat pakaian, bagi lah upah kat diri sendiri. Ikut lah nak upah apa pun. Contohnya makan sedap-sedap ke, dapat pergi jalan-jalan ke.

Selamat Mencuba!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI