Jika selama ini kaki ayam tak ‘dipandang’ atau dibuang terus,selepas membaca fakta menarik dibawah ini, mak-mak memang kena jadikan kaki ayam antara menu wajib dirumah .Hah, tapi kenapa kaki ayam?? Sebenarnya, kaki ayam sangat bagus untuk dimakan kerana mempunyai pelbagai zat dan khasiat serta amatlah baik untuk kesihatan. Bila masak menu kaki ayam ni sekurang-kurangnya ia membantu meningkatkan kesihatan dan imuniti seisi keluarga.
Berikut antara khasiat dan kelebihan makan Kaki Ayam:
1.Miliki Kolagen Yang Tinggi
Berita baik buat wanita yang nak cantik dan awet muda.Penyelidikan yang dijalankan oleh Department of Animal Science of National Chung-Hsing University di Taiwan mendapati kaki ayam mengandungi kolagen yang sangat tinggi dan mampu memberi kelembapan pada kulit.
Antara manfaat kolagen yang terdapat dalam kaki ayam adalah ia membentuk kulit yang anjal, menjadikan kulit sihat, menggantikan sel-sel kulit mati dengan ganti sel-sel kulit baru dengan cepat.Kolagen pada kaki ayam juga dapat meningkatkan metabolisma terhadap lemak sekaligus membantu menurunkan berat badan.
Ads
2.Kurangkan Risiko Tulang Rapuh
Pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah.Ini kerana kaki ayam kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kologen boleh mudah diserap oleh tubuh. Nutrisi ini untuk kukuhkan struktur tulang dan cegah kerapuhan tulang dan sakit sendi apabila dah tua.
Ads
3.Sembuhkan Cedera
Nutrisi yang dijumpai dalam kaki ayam adalah seperti protein dan kalsium. Kedua-dua nutrisi ini sangat penting untuk membantu menjana semula saraf, otot dan tulang manusia. Kajian mengatakan kaki ayam mempunyai nutrisi untuk membantu menyembuhkan kecederaan dan membuatkan tubuh jadi lebih sihat.
4.Sihatkan Saluran Pencernaan
Bahagian kaki ayam mengandungi tulang rawan yang sangat lazat.Nutrisi yang terkandung dalam kaki ayam seperti protein, kolagen, kondroitin dan Glucosamine larut apabila dimasak menjadi sup dan ia sangat baik untuk sistem pencernaan. Usus akan jadi lagi lembut yang membuatkan sistem pencernaan jadi lebih baik.
Ads
5.Kesihatan Kuku Terjaga
Kaki ayam yang dah dimasak akan menghasilkan asid amino, kologen, glisin, hidroksipolin dan prolin yang boleh membantu menjaga kesihatan kuku. Kaki ayam yang dimasak akan mengeluarkan cecair atau gel khas iaitu gelatin. Cecair itu yang akan membuatkan kuku kita sihat dan terjaga.
6.Menyihatkan Gusi
Gusi adalah rangkaian kuat yang digunakan untuk menyokong gigi.Kekurangan vitamin dan beberapa nutrisi lain juga akan membuatkan gusi mula bermasalah.Nutrisi yang terkandung dalam kaki ayam akan menyihatkan gusi dan memperbaiki keadaan kesihatan gusi.
7.Membentuk Probiotik Semulajadi
Agen gelatin yang banyak didapati pada cecair dari rebusan kaki ayam sangat baik dalam membentuk probiotik semula jadi. Probiotik akan membuat tubuh mampu membentuk imuniti semula jadi, sekaligus menyihatkan usus dan mengatasi masalah saluran pencernaan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak-mak yang suka masam pasti suka yang amat makan jambu batu yang digaul dengan asam kulit limau ini.
Kalau sebelum ini anda jenis cicah dengan asam yang dah siap beli, rasanya resepi yang dikongsi Puan Nor Azlin Ahmad ini lagi berselera. Ini mak-mak nak buat bisnes jual jambu batu asam kulit limau pun, lepas. Pasti laku keras!
Nah, sila cari bahan-bahannya dulu ya!
Jambu Batu Tabur Asam Kulit Limau
Bahan-bahannya:
Kulit limau
Sesudu gula
Mak-mak cuma perlu kisar kering dan tabur atas jambu yang dipotong nipis. Sedap… masam-masam manis gitu.
Kalau mak-mak tak nak masukkan gula pun OK, ikut tekak sendiri ya.
Kisar sampai hancur, ya.
Itulah hasilnya, memang mudah. Haaa… lepas ini mak-mak yang mengidam pun mesti suka, selesai puaskan anak tekak!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sesekali nak tukar selera untuk keluarga, boleh cuba masak Mee Kari yang paling simple tapi cukup sedap ni. Tak lah susah mana pun, ikut resipi ini yang paling senang dah asas nak buat Mee Kari. Paling penting rahsia Mee Kari sedap, kepekatan kuah kena pandai agak-agak, jangan terlalu cair atau pekat sangat.
Berikut resipi Mee Kari yang paling simple, mak-mak boleh cuba buat dekat rumah nanti.
Bahan-Bahan Diperlukan:
Mee kuning (celur sekejap)
Fishball (goreng dan hiris)
Fishcake (goreng dan hiris)
Tauge
Daun sup (hiris)
Lada merah/hijau (hiris)
bawang goreng
Limau kasturi
Telur rebus belah dua
Nak tambah kerang/udang pun boleh
Bahan (Kuah):
Ayam @ daging
Tauhu pelampung (goreng sekejap)
2 biji bawang merah besar *
3 biji bawang putih*
2 sudu besar udang kering*
10 tangkai cili kering*
1 batang serai (ketuk)
4 sudu besar serbuk kari (dibancuh dengan sedikit air)
1 kotak kecil santan
1 cawan air
1 kiub pati ayam
Cara Membuat:
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak. Masukkan serai, bahan kisar * dan serbuk kari yang dibancuh. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam / daging. Biar masak sekejap.
4. Masukkan santan dan air serta kiub pati ayam, kepekatan kuah agak² je ya. Jangan cair atau pekat sangat.
5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa.Biar mendidih. Kemudian masukkan tauhu tadi. Siap.
MW: Mudah je kan nak buat mee kari ikut resipi ni. Boleh cuba nanti di rumah. Paling penting kena pandai agak kuahnya, jangan terlalu pekat atau cair sangat.
Ramai yang suka makan tart telur. Jika ada yang teringin, apa kata buat sendiri. Senang sahaja nak buat. Paling penting, kita dapat jimatkan wang kerana harga pastri ini bukannya murah kalau dibeli dalam kuantiti yang banyak.
Cuba buat sendiri tart telur mengikut resipi yang dikongsi olehNorain Naim atau lebih mesra dengan sapaan Ain ini.
Tart Telur Homemade Lagi Sedap Dari Bakery
“Assalamualaikum kesayangan, ada yang tunggu tunggu resepi dari Ain ke tu.
“Since ramai yang tanye resepi tempoh hari so harini Ain nak kongsi resepi bukan saje kegemaran anak-anak tapi mak mak ,ayah ayah, nenek nenek ,atuk atuk pun suka tau.
“Buat mudah sangat sangat. Jom cikedot.”
Bahan Pastry
Pastry brand KAWAN @ apa apa jenama pun boleh
Filling
150g Gula Pasir
250ml Air panas
4 Biji telur
200ml Fresh milk @ Full cream
1 Sudu Teh Esen Vanila
1. Bancuh gula dengan air panas dulu sampai gula larut.Ketepikan sehingga air gula sejuk.
2. Whisk telur tak perlu lama. Masukkan air gula, fresh milk @full cream milk,esen vanila dan kacau. Tapis bancuhan telur tu sebab kita tak nak ada buih.
3. Sebelum tepek kulit pastry Ain sapu butter sikit sebab tak nak dia melekat dekat acuan. Dah sapu, tepek kulit pastry dekat acuan,kemudian tuang bancuhan telur sehingga hampir penuh. Jangan penuh sangat nanti melimpah ruah. Kalau melimpah, kulit luar akan serap filling tu dan buat kulit pastry jadi lembik.
4. Bakar dalam oven pada suhu 180°C sehingga masak atau kekuningan. Masa masak ni berbeza ikut oven masing masing. (Oven Ain masak dalam 15 minit.Kalau oven awak jenis panas lagi mungkin cepat lagi masak).
5. Untuk pastikan tart telur dah masak, ambik lidi bersih cucuk. Kalau lidi yang keluar tu bersih maknanya tart kita dah masak.
6. Keluarkan tart dari oven. Kalau Ain terus ambil lidi cungkil tepi tepi kulit tu supaya bila dah sejuk senang nak keluarkan tart dari acuan.
Dah sejuk boleh makan dengan bacaan Bismillah. Konfem sekejapan dah licin sebab sedap sangat ya ampunn.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...