Ads

4 Langkah Membentuk Roti Jala Lobak & Tembikai, Sedap ‘Bak Hang’ Dicicah Kuah Serawa

roti jala & tembikai

Kreatifnya roti jala lobak dan tembikai dari hasil air tangan Puan Nor Fatihah ini. Bentuk tradisional tu macam rupa popiakan. Hebat tak hebat wanita ini, dia mengubah bentuk roti jala jadi lobak dan tembikai. Beliau kongsikan sekali 4 langkah cara membuatnya.

Hari ni kite makan buah tembikai dengan lobak merah je…hihihi.. Akhirnye terjebak juga buat roti jala bentuk lobak merah ni. Yang bentuk tembikai tu kite reka sendiri. Tak tiru kat mana-mana tau. Tengok orang buat roti jala bentuk lobak hari tu tercetusnye idea nak buat bentuk tembikai ni.”

roti jala lobak & tembikai

Kata Puan Nor Fatihah lagi, beliau lebih suka makan dengan kuah serawa. Akuinya anak-anaknya pun ‘excited’ dan bertambah selera nak menikmati hidangan kreatif roti jala lobak dan tembikai tu.

Bahan-bahan Roti Jala Lobak & Tembikai

3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak
1 biji telur
Garam secukup rasa
Pewarna merah, oren dan hijau

Cara Membuat

1. Satukan semua bahan-bahan. Kacau dan tapiskan.

Ads

2. Bagaikan kepada 3 bahagian dan campur pewarna merah, oren dan hijau. Masukkan ke dalam botol/ acuan roti jala.

3. Corakkan bentuk lobak merah dan tembikai @bentuk yang disukai di atas non stick pan dan biar masak. Lipat/gulungkan.

4. Hidangkan dengan kuah serawa @ kari.

Ads

Bahan-bahan Kuah Serawa

1 cawan santan pekat
1 caran air
1/2 cawan nissng/ gula Melaka
Gula pasir secukupnya
1 helai daun pandan – disimpul
1 biji telur dipukul
Garam secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum dan sedikit air (untuk pekatkan kuah)

Cara Membuat

1. Satukan santan, air, nissang/ gula Melaka, gula pasir dan daun pandan. Kacau dan didihkan di atas api.

2. Masukkan telur, garam dan kacau.

Ads

3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum dengan air. Kacau hingga kuah pekat.

Anda mungkin berminat dengan

roti jala lobak & tembikai

4 Langkah Membentuk Roti Jala Lobak Dan Tembikai Secara Bergambar

Mudahnya Membentuk Roti Jala Tembikai, Original Idea Dari Puan Nor Fatihah

roti jala lobak & tembikai

Ini Pula Membentuk Roti Jala Lobak Yang Pernah Dikongsi Oleh Netizen

roti jala lobak & tembikai

Sumber/Foto: FB Nor Fatihah

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Suami Kepada Arwah

Luahan Suami Kepada Arwah Nahas Temerloh, “Ini Tamparan Hebat dan Titik...

Sebak mendengar luahan suami kepada arwah nahas Temerloh, Saifulnizam Sulaiman selepas apa yang berlaku. Bukan mudah untuk terima kehilangan insan tersayang buat selama-lamanya.