Penat lelah berbulan berlatih, tersingkir pertandingan bahas gara-gara terputus bekalan elektrik. Menyertai pertandingan perbahasan di sekolah bukan perkara yang mudah. Memerlukan komitmen yang tinggi daripada cikgu dan pasukan yang bertanding.
Persediaan untuk berlatih pula adakalanya berbulan-bulan lamanya sebelum hari pertandingan. Apatah lagi berjaya terpilih sehingga ke peringkat negeri, usaha dan kerja keras perlu berlipat kali ganda.
Namun cukup mengecewakan, apabila tiba hari pertandingan dinantikan, pasukan yang gigih berlatih ini tersingkir kerana masalah teknikal tiada internet, terputus bekalan elektrik.
Pertandingan Bahas Dalam Talian (Online)
Menerusi perkongsian oleh Cikgu Michael Bandang Tinggai, 4 orang pelajar didikannya dari SK Ulu Sungai Arip terpilih menyertai pertandingan Perbahasan Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sarawak 2022.
Pertandingan tersebut telah dianjurkan secara dalam talian. Namun, rezeki tidak menyebelahi mereka, impian pelajar tersebut untuk mengikuti pertandingan bahas berkecai kerana bekalan elektrik dan capaian internet terputus apabila tiba giliran mereka untuk berbahas.
“Sedih, tak dapat cikgu berdepan dengan muka anak-anak.Berbulan berlatih, berakhir macam ni je. Hujung minggu takda, siang dan malam bersama mereka”
“Hakikat yang amat pahit untuk ditelan, tersingkir kerana masalah teknikal yang tak pernah habis, seperti ‘blackout’ ni.Sampai bila lah terus macam ni”
“Bahas peringkat Negeri Sarawak, kami mengundur diri”
Difahamkan bahawa Michael Bandang Tinggai merupakan seorang guru yang mengendalikan dan melatih pelajar-pelajar untuk bertanding dalam perbahasan tersebut mewakili Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Selangau.
Ads
Ramai Beri Kata Semangat
Ramai yang turut bersimpati dan memberikan kata-kata semangat buat para pelajar ini supaya tidak berputus asa.
Ads
@michaelbandangwlb71Sedih 😭😭 Tak dapat cikgu berdepan dgn muka anak-anak. Berbulan berlatih, berakhir macam ni je. Tersingkir krna masalh teknikal yg tk pernah habis, spt blackout ni. Sampai bila lah terus macam ni 😭😭😭♬ Kenangan Terindah – Vicky Shu
Mingguan Wanita: Kasihannya, tumpang simpati dengan nasib pelajar pasukan bahas SK Ulu Sungai Arip ini. Semoga terus kuat, tidak berputus asa dengan cabaran begini dan ada rezeki lain untuk terus bertanding nanti.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mudah je sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri burger home made di rumah. yang pastinya lebih terjamin kebersihannya, bebas daripada sebarang bahan pengawet dan rasanya sedap lagi menjimatkan berbanding jika dibeli.
Boleh rujuk perkongsian resipi oleh Shafique Shahareen ini yang telah mendapat perkongsian lebih 76,000 di laman sosial facebook. Apa yang menarik, selain mencipta resipi daging burger, dia turut menghasilkan resipi sos istimewa bagi melengkapkan rasa sempurna burger ini. Burger tersebut dibuat untuk isteri tersayang, perkongsian secara santai namun dia tak sangka ia boleh menjadi viral.
“Macam mana nak cerita iya. Ok macam ni, wife saya sekarang ni pelik sikit.Dulu beliau peminat tegar burger McD. Tapi lepas je saya buat burger home made ni, minat beliau terhadap McD kian memudar.Ini yang merisaukan saya.Bila kami jalan depan restoran McD, beliau buat donoo je.Selalunya dah melenting-lenting dah suruh singgah.Korang tengok la ye sama-sama bahan-bahannya dekat bawah ni.Khas untuk suami yang tak de keje nak buat time cuti.”
Bahan-Bahan:
(Perapan Daging)
800gram Daging kisar Ramly
Dua sudu Lada Putih/ Sulah
Satu sudu kecil Lada Hitam
Setengah kiub Stok Daging
Satu Sudu Besar Sos Worcestershire
4 ulas bawang putih (hiris/cincang)
2 biji Bawang Merah (hiris/cincang)
(Sos Istimewa)
2 sudu besar Sos Cili
2 sudu besar Mayonis
1 sudu kecil serbuk kari
2 sudu besar Sos Worcestershire
Cara Membuat:
1.Masukkan semua bahan-bahan dalam daging kisar dan gaul sebati.
2.Bahagikan daging tersebut kepada beberapa bahagian, bergantung pada ketebalan daging burger yang diingini.
3.Lapikkan dengan plastik atau baking paper, leperkan ia seperti bentuk daging burger.
4.Lapiskan secara bertindih (seperti dalam gambar) bagi memudahkan untuk memasak.
5.Boleh juga terus digoreng atas kuali.
6.Sementara itu, untuk menghasilkan sos istimewa pula, hanya perlu campurkan bahan-bahan tersebut dan kacau rata.
Bolehlah masak burger seperti biasa. Tambahkan dengan keju, sos istimewa, sayur-sayuran seperti kobis, timun jeruk, tomato dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing.
Siap! selamat mencuba!
Menurut Shafique, bermula suka tengok rancangan masakan di saluran Asian Food Channel (AFC), resipi burger dan sos yang dihasilkan pula merupakan idea ketika hasil pengalaman kerja di hotel. Jelas beliau, anggaran 800 gram daging kisar tersebut boleh dapat 9 kepingan daging burger home made.
Baju Sarat Mesej Pilihan Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Pereka Fesyen Dedah Simbolik Gaun Berlian Bersulam Tangan. Baru-baru ini, Dato’ Sri Siti Nurhaliza menghiasi pentas di Konsert Fenomena Siti Nurhaliza di Singapura dengan menggayakan gaun yang direka oleh pereka terkenal Fiziwoo.
Menariknya, gaun yang dihiasi ribuan berlian bersulam tangan ini mempunyai simbolik yang tersendiri. Gaun yang berfungsi sebagai kanvas berkilauan, mengubah penghormatan peribadi menjadi paparan seni dan penghormatan yang menakjubkan.
Penghormatan Menakjubkan
Gaun FOR YOU
Gaun yang mesra dipanggil ‘For You’ oleh peminat setianya, Sitizoners, sangat menyentuh hati Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Dengan menggabungkan palet warna hitam, putih, hijau, dan merah, pakaian itu melambangkan kekuatan dan harapan, secara simbolik menggemakan tema solidariti dan ketahanan.
Dicipta dengan perhatian yang teliti, gaun ini mengandungi naratif peribadi yang signifikan, termasuk penghormatan kepada suaminya dan anak perempuannya, serta refleksi mengenai nasib Palestin.
Kata-kata seperti “Khalid, untuk kamu adalah cahaya saya”, “Afwa Al Aafiyah, untuk kamu adalah tonggak kekuatan dan masa depan ratusan jiwa” dan “Dr Mohanad, untuk kamu adalah jambatan harapan” diintegrasikan dengan lembut ke dalam rekaannya, menambahkan lapisan makna dan emosi.
Mesej Penuh Emosi
Menurut pereka fesyen Fiziwoo, kehadiran mesej-mesej yang penuh emosi ini, ditambah dengan skema warna simbol yang mencerminkan bendera Palestin, menekankan komitmen Dato’ Sri Siti Nurhaliza terhadap advokasi dan solidariti.
Malah antara mesej yang disampaikan melalui seorang pejuang, Dr. Mohanad. Beliau merupakan seorang wira yang diiktiraf di Palestin turut menyatakan rasa terima kasih yang mendalam.
Penyanyi nombor satu negara itu menerima kecaman aktivis anti-Israel apabila dia berkongsi pentas dengan penerbit dan komposer terkenal, David Foster menerusi Konsert Eksklusif `Hitman Returns – David Foster and Friends’ di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
“Di tengah-tengah perjuangan dan kesusahan kami, isyarat solidariti anda bersinar dengan mendalam.”
Tambah Fiziwoo lagi, gaun tersebut meneruskan naratif dari kerjasama pertama mereka dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza, sekaligus menandakan bab penting dalam perkongsian kreatif mereka.
Busana rekaan duo Fiziwoo yang dinamakan red tulle ball gown pernah digayakan oleh penyanyi kesayangan ramai ini pada Konsert Siti Nurhaliza On Tour 2019 pernah mendapat perhatian ramai apabila pereka fesyen ini menjadikan beberapa lirik lagu popular Dato Sri Siti Nurhaliza sebagai rujukan utama pada baju berkenaan.
Kejayaan demi kejayaan terus diraih oleh penyanyi Ernie Zakri apabila merangkul anugerah Soundtrack Sinetron Paling Ngetop di acara SCTV Music Awards anjuran stesen televisyen (TV)Indonesia, semalam.
Menerusi perkongsian Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 32 di laman Instagram miliknya, ibu kepada seorang cahayamata ini teruja apabila lagu nyanyiannya, Masing Masing yang menjadi runut bunyi drama di stesen TV Indonesia itu meraih pengiktirafan.
“Terima kasih semua, alhamdulillah. Ini pertama kali saya masuk TV Indonesia.
“Masya-Allah, rezeki yang luar biasa. Terima kasih SCTV, Universal Music Malaysia dan Indonesia,” katanya selepas menerima anugerah.
Lagu Masing-Masinh merupakan ciptaan Ade Govinda dan Nabila V itu berjaya merangkul anugerah tersebut menerusi sinetron berjudul Luka Cinta.
Pelantun lagu Aura ini juga merupakan artis Malaysia kedua memenangi anugerah dalam SCTV Music Awards selepas Datuk Seri Siti Nurhaliza yang meraih trofi Artis Asing Paling Ngetop pada 2004.
Masing Masing berjaya mengenetepikan lagu Cinta Pertama Dan Terakhir ‘soundtrack’ bagi sinetron My Heart, Ku Dengannya Kau Dengan Dia (Di Antara Dua Cinta), Kehilanganmu (Naik Ranjang) dan Takkan Berpaling Darimu (Saleha).
Dalam masa sama, Ernie dan Ade sempat membuat persembahan di atas pentas penuh gemilang tersebut.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tukar duit raya di mesin ATM tanpa stres beratur, ini 29 lokasi khusus untuk pengguna CIMB. Masuk je penghujung Ramadan, antara difikirkan ialah misi...