4 beranak hilang di Pulau Perhentian selamat pulang, telefon rosak dimasuki air laut. Sebelum ini tular satu permintaan dari seorang lelaki yang meminta pertolongan dari orang ramai untuk mengesan keluarga mentuanya yang dipercayai hilang ketika bercuti ke Pulau Perhentian.
Apa yang membuatkan hatinya risau ialah keluarga mentuanya gagal dikesan sejak 30 September. Hasil laporan polis dan bantuan orang ramai, difahamkan empat beranak ini yang memakirkan kereta di Jeti Kuala Besut dilihat sudah bergerak keluar dari pulau pada 1 Oktober.
4 Beranak Hilang Di Pulau Perhentian Selamat Pulang
Sejak mewarkan hal ini di media sosial, ada berbagai cerita dikongsikan. Namun sebentar tadi, melalui akaun facebook yang sama lelaki berkenaan dikenali sebagai Ah Pek di facebooknya, memaklumkan bahawa ibu mentuanya sudah selamat sampai di rumah.
Difahamkan kesemua mereka gagal dihubugi kerana telefon bimbit mereka rosak dimasuki air laut ketika bercuti dan sebab itulah keluarga ini sukar dihubungi.
Sudah Pulang Ke Rumah
Dalam hantaran di facebooknya sebentar tadi, Ah Pek menulis :-
“Alhamdulilah ibu mertua,adik ipar lelaki dan dua orang anak saya telah selamat dijumpai.
Terima kasih pada semua rakan,pihak polis dan semua yg terlibat membantu kes ini sehingga selesai”.
“Sekarang saya masih dalam perjalanan dari Terengganu menuju pulang ke Kluang untuk tarik laporan. Yang bahawasanya kes sudah selesai. Tanpa bantuan anda siapalah saya.
Sekali lagi ucapan ribuan terima kasih bagi semua yang membantu, mendoakan dan menyampaikan. Semoga Tuhan membalas jasa baik dan niat murni tuan-tuan. semua.Alhamdulilah Syukur.
Walaupun berlainan bangsa dan agama, layanan mak mentua tak pernah berubah. Dia tidak kekok untuk masak dan jaga cucu-cucunya. Cuma, masalah utama kami adalah bahasa. Tapi lama-kelamaan masing-masing boleh terima dan faham. Terima kasih mak..
Ads
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mula mengaji pada usia 3 tahun, rahsia adik Zinnirah khatam hafazan 30 juzuk pada usia 10 tahun. Usianya masih muda, baru 12 tahun. Namun ada sesuatu yang istimewa pada pelajar darjah 6 ini.
Ini kerana pada usianya 10 tahun 11 bulan, adik Zinnirah Abu Dzar sudah pun menghafal 30 juzuk Al-Quran. Perkongsian menarik mengenai diri adik Zinniriah dikongsikan di fb Jabatan Agama Islam Malaysia (JAWI) sempena Pertandingan Tilawah dan Hafazan Peringkat Wilya Persekutuan yang diadakan baru ini.
Sebagai peserta hafazan yang agak muda, berusia 12 tahun, adik Zinnirah murid darjah 6 Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin, sudah mula menghafaz Al-Quran pada usia 3 tahun secara talaqqi bersama ibu dan ayahnya.
Dan, Masya-Allah, adik Zinnirah sudah khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran pada usia 10 tahun 11 bulan.
Ini kali pertama dia menyertai Majlis Hafazan Peringkat Negeri. Kami tanya apa rahsia mengekalkan hafazan? Katanya rutin menghafaz setengah muka Al-Quran setiap hari di rumah.
Dalam pada itu, bapanya, Abu Dzar yang juga mudir di Tahfiz Darul Haafizhiin Al-Furqan sempat menitipkan nasihat buat ibu bapa.
Katanya, “anak-anak sangat mudah menghafaz sebab akalnya masih suci bersih. Kalau kita tak galakkan anak-anak menghafaz Al-Quran, mungkin mereka akan hafal perkara lain yang kurang baik. Lebih-lebih lagi dengan persekitaran mencabar hari ini. Jadi tanamkan Al-Quran dalam jiwa anak sedari kecil, insya Allah mereka lebih mudah menghafalnya, katanya yang menitipkan sedikit pesanan buat semua.
“Ini bukti kemalangan, pemilik dashcam kongsi rakaman penunggang motosikal maut dilanggar penyanyi rock. Sejak semalam dilaporkan penyanyi rock popular tahun 80-an, Alim Kriss terlibat dalam kemalangan jalan raya di di Jalan Kuantan-Maran berhampiran susur Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Unipsas).
Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, Alim atau nama sebenarnya Abdul Halim Mohd Bukhari dikatakan memandu kereta jenis BMW dipercayai terlanggar sebuah motosikal menyebabkan penunggang, Eddy Kusmiran Ambi, 61 meninggal dunia di tempat kejadian.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, penyanyi lalu Tiara itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika penyanyi itu memandu dalam perjalanan dari arah bandar Kuantan menghala ke Rompin.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal dari arah sama dipercayai mengubah lorong secara tiba-tiba dari kiri ke laluannya di sebelah kanan.
“Ekoran ekoran jarak terlalu dekat, vokalis Kris itu gagal mengelak lalu terlanggar motosikal tersebut menyebabkan penunggangnya, seorang buruh binaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya.
Namun di sebalik kemalangan itu, orang ramai yang melalui tempat kejadian menampilkan satu bukti rakaman dashcam menunjukkan penunggang motosikal sememangnya berada di lorong kanan dan tidak dilihat cuba mengubah kedudukannya semasa kemalangan terjadi.
Ia dirakamkan dari dashcam seorang pemandu dan dimuat naik oleh individu Semerah Darah di FB Grup Kemalangan Jalan Raya Hari Ini 2023 memperlihatkan penunggang motosikal telah berada di laluan kanan sebelum dilanggar dari arah belakang hingga terpelanting dan maut di tempat kejadian.
Dapat dilihat juga kereta itu dipandu agak laju dan tidak sempat membrek sebelum melanggar penunggang motosikal berkenaan.
Dirinya menulis ringkas, “berita fitnah, ini bukti kemalangan” (katanya merujuk kepada laporan dibuat oleh akhbar mengenai kejadian itu dengan memetik sumber polis).
Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Eddy Kusmiran. Apa pun, biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan sewajarnya. Waallahualam.
Raja Ema tak layan mesej nakal budak muda. Pelakon dan penyanyi 80-an yang pernah popular dengan lagu Jejaka Idaman dan Angan-Angan yang juga pemilik nama lengkap, Raja Ema Raja Ibrahim lebih selesa hidup sebagai ibu tunggal dan tinggal bersama anak-anaknya.
Raja Ema yang juga anak kepada Allahyarham Seniwati Yusni Jaafar juga begitu mengunci rapat soal kehidupan peribadinya selepas bergelar ibu tunggal lebih 20 tahun. Terbaru Raja Ema mendedahkan pernah menerima mesej nakal daripada pengikut di media sosial miliknya yang mahu mendekati dirinya.
Namun ibu kepada dua anak, Putera Ammar dan Putera Al Kashah ini juga memberitahu terdapat segelintir golongan muda juga memberikan komen kurang menyenangkan. Namun Raja Ema tidak pernah ambil peduli sebaliknya hanya bertindak membuat tapisan setiap mesej diterima di laman sosial miliknya.
“Ada juga mesej-mesej nakal tapi mereka tidak berani melampau dan kebiasaannya pembantu akan tapis semua mesej yang diterima.
“Gangguan di media sosial itu perkara biasa sebab saya anggap mereka ini budak-budak… Kalau saya layan boleh jadi gaduh, jadi lebih baik biarkan sahaja.
“Kalau nak terangkan setiap soalan yang diberi pun susah sebab mereka tidak rasa apa saya lalui.
“Kalau ada cuba pikat, saya selalu beritahu saya ‘single but not available’. Saya gembira kehidupan bersama anak-anak. Mereka pun semua sudah besar dan kami selesa begini,” ungkap Raja Ema seperti mana dipetik menerusi mStar Online.
Raja Ema juga lebih selesa hidup sendiri selepas bercerai dengan bekas suami iaitu penyanyi Sheqal pada 1999.
“Saya juga sibuk dengan kerja termasuk perniagaan makanan yang diusahakan. Semua itu sudah cukup buat saya gembira dan selesa hidup tanpa pasangan,” kongsinya lagi.
Cukup menyayat hati kemalangan tragis antara dua buah kereta yang berlaku semalam, dua maut manakala empat lagi cedera yang melibatkan Proton Saga dan Nissan Sentra.