3 ditahan buat provokasi kepada pelanggan McDonald’s Kuantan, sabit kesalahan boleh di penjara 7 tahun. Tindakan mengeluarkan kata-kesat kepada pelanggan yang membeli makanan segera McDonald’s Sg Isap Kuantan yang tular di media sosial baru ini membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan pihak berkuasa.
Memetik laporan China Press, polis telah menahan tiga lelaki tempatan, termasuk seorang anggota tentera kerana didakwa melakukan provokasi dan ugutan terhadap pelanggan di sebuah restoran makanan segera McDonald’s di Sungai Isap, Kuantan di Pahang.
3 Ditahan Buat Provokasi Kepada Pelanggan McDonald’s Kuantan
Tangkapan tersebut dibuat pada Sabtu, sekitar jam 3.30 petang membabitkan seorang jurujual kereta berusia 33 tahun yang mempunyai rekod jenayah membabitkan dadah.
Manakala seorang lagi merupakan seorang kerani bank berusia 33 tahun dan seorang anggota tentera berusia 27 tahun yang berkhidmat di Kelantan.
Menurut laporan tersebut, pihak polis turut merampas sebuah kereta Honda, sebuah trak dan alat kawalan jauh.
Semalam, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu dipetik Kosmo Online berkata pihaknya giat mengesan suspek selepas laporan polis dibuat seorang lelaki berumur 40 tahun.
Ads
Katanya, berdasarkan laporan polis dalam kejadian kira-kira pukul 10.25 malam itu, beberapa lelaki yang sedang berkempen memboikot restoran McDonald’s telah memanggil pengadu dan mengeluarkan kata-kata kesat serta melakukan provokasi terhadap pengadu.
“Pengadu cuba menghindari mereka dengan masuk kembali ke dalam premis McDonald’s namun selepas keluar untuk pulang ke rumah, kumpulan lelaki itu sekali lagi melakukan provokasi terhadap pengadu.
“Ketika pengadu hampiri kumpulan lelaki berkenaan, salah seorang daripadanya capai topi keledar lalu diberi kepada kawannya dan lelaki itu ugut akan pukul pengadu namun situasi itu dileraikan isteri pengadu,” katanya.
Sabit Kesalahan Boleh Di Penjara 7 Tahun
Menurut Wan Mohd Zahari, pengadu kemudiannya datang ke balai polis bagi membuat laporan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Katanya, pada masa ini pihak polis telah merakam percakapan pengadu dan saksi serta melakukan semakan kamera litar tertutup di premis berkenaan.
Ads
Jelasnya, berdasarkan siasatan awal modus operandi suspek adakan mengugut memukul pengadu dengan topi keledar disebabkan pengadu masuk untuk makan di premis McDonald’s.
China Press melaporkan bahawa isteri pengadu telah campur tangan dan memujuknya untuk melaporkan kejadian itu kepada polis.
Di bawah Seksyen 506, ugutan bunuh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nad Zainal kini gembira & bahagia, tenang bersama anak-anak “tidak pernah memusuhi bekas suami”. Bijaknya pelakon Nad Zainal menyembunyikan masalah rumah tangga yang berantakan sebelum ini.
Hingga tiada siapa yang dapat menghidu kemelut rumah tangganya hingga berlakunya perceraian.
Malah ketika itu wajah Nad Zainal juga tidak ada nampak tanda-tanda seperti orang yang sedang dalam proses mahu bercerai ataupun dalam masalah yang berat.
Sehinggalah dirinya sendiri mengumumkan ikatan perkahwinan dengan bekas suami Muhammad Faliq Amirudin terlerai selepas tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga bersama.
Seperti yang dikongsikan menerusi Berita Harian Online, Nad akui kini hidupnya semakin bahagia. Tidak mahu riak namun hidupnya semakin tenang disisi dua orang cahaya mata kesayangan.
“Jujurnya, saya lebih gembira dan bahagia.
“Bukan mahu riak atau langsung tidak terkesan dengan perceraian, tetapi kehidupan tenang bersama anak-anak.
“Namun, saya tidak pernah memusuhi bekas suami. Hubungan kami baik-baik sahaja.
“Bagi saya, tidak perlu ‘berdrama’ apabila sudah tidak sehaluan lagi.
“Saya juga tidak pernah menghalang bekas suami berjumpa anak-anak, setiap hari sekalipun.
“Ini kerana bekas suami juga berhak ke atas mereka,” jelasnya.
Anak-Anak Masih kecil Belum Fahami Apa Berlaku
Pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin yang juga ibu kepada dua cahaya mata , Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1, tidak pernah menghalang bekas suami bertemu anak-anak.
“Anak-anak masih terlalu kecil, masih belum faham apa yang berlaku. Setakat ini, anak-anak tidak pernah bertanya kenapa kami tidak tinggal sebumbung.
“Bekas suami bebas menemui anak bila-bila masa. Siapa ada kelapangan, boleh ambil anak, tidak perlu berdrama.
“Jika saya sibuk bekerja, anak-anak akan dijaga pembantu rumah. Pada masa sama, ibu bapa saya turut membantu mengawasi cucu sepanjang ketiadaan saya,” sambung Nad.
Bayi 16 bulan meninggal dalam kereta, bapa terlupa hantar ke rumah pengasuh. Lagi kes bayi meninggal dalam kereta selepas ibu bapa terlupa anak ada di dalam kenderaan.
Jika sebelum ini melibatkan kakitangan hospital yang terlupa anak di dalam kereta, kali ini ia melibatkan ibu bapa di sebuah universiti awam.
Bayi 16 Bulan Meninggal Dalam Kereta
Bapa Terlupa Hantar Ke Rumah Pengasuh
Dilaporkan, seorang bayi perempuan berusia 16 bulan meninggal dunia selepas tertinggal tidak sengaja di dalam kereta bapanya sebuah institusi pengajian tinggi awam di Kuala Nerus semalam.
Anak syurga ini, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bapanya pada pukul 4.30 petang di dalam kenderaan selepas habis bertugas.
Bapa mangsa yang cemas terus bergegas membawa anaknya ke pusat kesihatan berdekatan dan hasil pemeriksaan pegawai perubatan bertugas, bayi tersebut sudah meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata,
siasatan awal mendapati bapa kanak-kanak tersebut terlupa untuk menghantar anaknya itu ke pusat asuhan kanak-kanak pada sebelah pagi.
Beliau berkata pihaknya menerima makumat kira-kira jam 4.30 petang daripada pusat kesihatan IPTA berkenaan yang memaklumkan seorang kanak-kanak perempuan telah meninggal dunia.
Ujarnya sejurus menerima maklumat pihak polis terus ke lokasi dan membawa mayat berkenaan ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat.
Abdul Rahim berkata pihaknya juga proses mengambil kenyataan ibu bapa mangsa.
Katanya disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Justeru itu orang ramai diminta tidak membuat spekulasi yang boleh menganggu siasatan pihak polis dan menjejaskan emosi keluarga mangsa. Mayat bayi tersebut dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk dibedah siasat.
Memang tak dapat dinafikan wanita, mahupun isteri merupakan ‘pengurus’ terbaik melibatkan kewangan keluarga mahupun perniagaan.Segala urusan kewangan dapat diatur sempurna dan dapat dirancang dengan baik, tanpa perlu risau demi kebaikan keluarga mahupun dalam bisnes.
Wawa Uruskan Semua Duit Perniagaan
Perkara ini diakui sendiri oleh selebriti dan pelakon popular Aeril Zafrel,34 terhadap isterinya Wawa Zainal 31. 10 tahun hidup bersama, mendirikan rumahtangga dan membina empayar perniagaan, Aeril cukup menghargai jasa isterinya yang mampu menguruskan semua duit perniagaan dengan baik sekaligus menjadi salah satu tip kejayaan mereka.
Bukan apa, selain kerja keras, pengurusan kewangan yang betul juga amat penting untuk perniagaan meningkat maju dan berjaya.
“Antara tips kejayaan yang saya amalkan hingga la ke harini ialah saya biarkan Wawa uruskan semua duit perniagaan kami. Malah sampai ke harini saya masih tak tahu lagi nak transfer duit company. Sebab saya percaya kalau wanita yang uruskan duit, inshallah semuanya akan baik-baik saja”
10 Tahun Usia Perkahwinan
Mencecah 10 tahun usia perkahwinan, Aeril juga bersyukur melalui susah senang bersama isteri tersayang dan berusaha melengkapi kekurangan masing-masing.
“Alhamdulillah sudah 10 tahun kami hidup bersama.Banyak dugaan yang telah kami lalui, dari awal perkahwinan hinggalah ke harini. Kami bukanlah pasangan yang sempurna, masih banyak yang kami harus pelajari walaupun sudah 1 dekad sebantal bersama. Kerana saling melengkapi kekurangan masing-masing itu lebih baik daripada mencari kesempurnaan.”
“Alhamdulillah tidak terkira banyaknya nikmat yang tuhan telah pinjamkan sepanjang kami bersama, daripada 4 orang anak hinggalah kejayaan wawacosmetic pada harini ni.”
Terdahulu, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2012.Pasangan sama cantik, sama padan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar,9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa,7, dan Ayya Soffya,2, dan Muhammad Fahri kini berusia dua bulan.
Mingguan Wanita: Tahniah buat Aeril dan Wawa atas kejayaan dalam perniagaan. Terbaik, Aeril percaya dan serahkan segala urusan kewangan perniagaan pada isteri dan antara tip kejayaan mereka berjaya dalam bisnes juga.
Suasana sebak di Konvokesyen UniSZA apabila ibu terima skrol diploma arwah anak yang meninggal dunia dua minggu sebelum tamat pengajian – hadiah terakhir Airel buat ibunya.